Followers

Monday, October 17, 2011

pengalaman public speaking



dalam masa 2 minggu lepas sahaja, dah 4 kali aku bagi ceramah dan sistem demo kat depan audience. dan bila aku kata audience, bukanlah di hadapan 5-10 orang ye. audience yang aku maksudkan adalah seperti satu AUDITORIUM. yang terdiri dari para doktor, nurses, pengarah hospital dan pengarah jabatan....kira dalam 40-80 orang koooo. aku dah rasa macam yang berhormat lah pulak bila kena naik stage, bagi speech, jawab pertanyaan pasal sistem dan macam-macam lagilah.  mau tak nervous?! nervous gilaaaa hokay...aku rasa aku tak boleh pegang microphone. rasa macam terus blur.


dan bila aku nervous, i tend to stammer especially 15 minit yang pertama. dan aku akan blank. apa orang cakap memang aku tak layan langsung dah. of course, aku akan sakit perut. masa first time bagi tu, dah lah aku memang sakit perut siap muntah-muntah, walaupun dah prepare nak cakap apa tapi tetap gabra ya amat. first demo tu kat melaka, screen resolution laptop tu tak berapa betul bila keluar kat projector masa aku present tu. penolong aku bagi nota cakap 'kecikkan screen browser sikit' tapi motip aku nak layan? dah tentulah aku macam tak leh nak function. nota tu aku baca then aku simpan dalam poket. tak buat pun apa disuruh. haha. tahap nebes yang maximum dah tu. sepatutnya slot aku present tu dalam setengah jam tapi aku settled present dalam 20 minit. laju mengalahkan ERL.

second one, dekat slim river. tak nervous sangat sebab tak ramai. dalam 40-50 orang macam tu kot. maybe masa tu aku dah sediakan script nak cakap apa. walaupun nervous gak tapi tak senervous kat melaka. next one was in ipoh. ok, ini aku adalah super super gabra tahap cipanzi tak boleh duduk diam siap suruh officemate check heartbeat. over kan? sebab apa? sebab dalam auditorium yang besarnya macam panggung wayang dan penonton adalah seramai lebih kurang 70-80 orang. kira seat nya menurun gitu. pastu nak berucap kena naik stage. macam dalam gambar ni...


tapi audience aku lagi ramai. penuh dewan. serius tak tipu weh, aku siap pergi toilet okay sebelum slot aku, duduk lama-lama praktis depan cermin. siap sms boss cakap 'boss je lah present sistem. saya nervous sangat sampai rasa nak pecah dada'. drama betul aku ni aku kan. kadang-kadang aku doa 'pleaselahhh blackout!! takyah aku present' tapi dah tentulah doa aku tuh tak dimakbulkan. aku ni kadang-kadang ada masa datanglah clumsiness tu. so masa aku nak naik stage buat demo sistem tu, dekat rostrum tu ada wayar-wayar tau...aku siap cakap kat diri aku, jalan baik-baik depan ada wayar jangan tersadung. dah macam orang gila dah aku cakap sorang-sorang.

and then lastly, hari jumaat lepas. demo sistem dekat port dickson. yang ni aku tak tahulah kenapa aku tetap nervous teramat sangat. padahal penonton lebih sikit berbanding masa kat ipoh hari tu. dalam 40 orang je kot. dah habit aku agaknya lah, mesti pergi toilet dulu sebelum demo. tah apa tah ada kat toilet tu boleh buat calmed the nerves aku pun tak tahulah. yang ni sampai tangan aku takleh duk diam. pegang pen, main-main dengan pen, pusing-pusingkan pen. bayangkan masa dekat rostrum tu aku nak taip kat keyboard pun tangan aku ketar-ketar. lagi pulak mic tu aku kena pegang instead of stand-in mic. dah macam karaoke dah aku rasa. cuma tak keluar suara je. masa kat pd ni mencabar sikit, sebab selama ni bila aku present last-last mesti aku akan tanya...'ada apa-apa soalan' hoping that no one will ask and no one did. sekali tuh kooo...kat pd bila tang sesi Q&A boleh plak ada soalan tentang user training. selalunya boss aku akan jawab tapi si MC ni boleh plak 'kita persilakan Cik Ezzan untuk menjawab soalan tersebut!'...woiiiiiiii apesal lak aku niii??!

nak tak nak, takkanlah aku nak buat dek je kan. so aku pun kembalilah ke rostrum. main bantai je jawab. pastu aku tengok macam orang yang tanya tu tak faham dengan apa yang aku cakap. aku pun bercakap dengan diri sendiri 'eh saya tak menjawab soalan ke?' tanpa disedari mic tengah ON. boleh pulak kannnnnn???? sekali tuh officemate aku yang duduk depan dewan dah tergelak dah bila aku pandang dorang. kan dah malu tertipah dah.


...huh....takmo dah present...


4 comments:

Seri Mas Nurwani said...

baca cerita ezzan pun dh terasa nervousnye.haha

rosealley said...

nervous kan present, xsuka jugak!

dd dudu said...

neves nevess

wahhh merantau ezannnn yeee

Ezzan Yusop said...

seri : baru baca je kan...kalo lah boleh rekod perasaan i pd waktu iteww..tentu dh x trgambar dh nervous tu...huhu..

ros : xsukaaaa sgt present2 ni. ishh...

dd : dendang perantau betul kan i nih...hehe...