Followers

Tuesday, October 4, 2011

what's inside?



i have a confession to make. i'm a bag-a-holic! i literally spent most of my money on bags. sebelum ni aku memang suka jenis handbag yang besar-besar. senang nak sumbat macam-macam. tapi semakin meningkat umur semakin aku rasa malas nak handbag besar-besar. sebab utama? adeh, sakit bahu. kalau ikutkan hati, aku dah malas nak pakai handbag sekarang. sebab apa pun aku tak tahu. tapi being a 'girl' takkan lah aku nak pergi kerja lenggang kangkung tak bawak handbag kan. tu sebab sekarang ni aku guna handbag comey je yang aku beli online kat blogshop ini : The Bag Galore.


bag ini boleh juga berfungsi sebagai clutch. jadi boleh guna untuk pergi dinner ke kenduri ke.
gampang bangat deh! 


bila bag makin kecik, tendency untuk aku buat sarang tikus dalam tu adalah kurang. aku pun senang nak selongkar nak cari kunci kereta ke apa ke. kalau tak, dulu aku siap duduk kat tepi-tepi jalan semata-mata nak cari kunci kereta yang nun jauh ke dalam tah terselit kat mana tah. heh. lagipun dah lah kadang-kadang aku ni kena bawak laptop jadi dengan bagpacknya, dengan handbag besar nya. rimas aku rasa. better bag kecik-kecik yang mudah aku nak bawak ke sana ke mari. moh ler kita tengok apobondo yang ada dalam bag den ni hah!




korang tengok purse aku? macam purse pergi pasar malam kan? haha. eh padahal aku beli kat the curve uols. tapi murah je lah. 10 hinggit ke berapa tah. lama dah guna. kenapa aku tak guna purse purse yang gila glams macam guess ke apa ke walaupun dulu aku adalah seorang pengumpul purse macam tu? well, cubalah korang bayangkan...dengan handphone 2 biji (1 tiada dalam gambar sebab aku tak bawak office dah handset tu, tinggal kat umah) lepas tu dengan iPod Touch lagi. pastu dengan purse lagi. macam mana aku nak ambil lauk masa makan nasi campur dekat kantin tu??? aku ada 2 ketiak je nak kepit taww...jadi, purse itu dibeli sebab boleh muat handphone. kat dalam purse tu janganlah ceghite, banyak noo resit2 yang aku pun tak ingat dah.

yang lain-lain tu biasa lah kan ada dalam handbag seorang perempuan. compact powder tu pun aku jarang noo pakai sebab malas nak mekap. pergi kerja je pun bukan pergi ngorat pakwe. samalah dengan lip balm dan eyeliner tu. pakai masa nak pergi kenduri ke, jamuan ke, parti buih ke. idok ler teman nak pakai masa pergi koje. yang sampul duit raya tu...perlu tulis empty kang satg korang suruh lak aku bagi duit raya kat anak-anak korang haha..ala, lagipun senang kot tiba-tiba aku jumpa kawan yang baru dapat baby ke, senang nak hulur.

tic tac tu sebagai ecstacy aku cewah ayat tak menahan. itu adalah ubat untuk aku tidak tidur dalam kereta or seminar or apa-apa lah yang aku kena wakil. tiba-tiba nak tanya boleh makan tak dalam parlimen? sebab aku kena bertugas kat parlimen minggu depan kuikuikui...

so that's basically it...what you'll find inside this handbag of mine! ;)



1 comment: