Followers

Wednesday, June 30, 2010

pelakon winter sonata bunuh diri?!


kenapa ramai bebenor pelakon korea bunuh diri ni? tadi tahu pasal 2nd hero cerita winter sonata yang famous amos masa zaman remaja saya cewah remaja. hehe. ha bukan bae yong jun tak tahu ejaan betul ke tak malas nak google tapi nasib baik (bak kata muni) bukan dia. kalau tak sia-sia je saya puja dia sampai siap kena sorok gambar dia masa spotcheck kat sekolah dulu. hehe. eh eh tapi serius tak faham kenapa diorang ni bunuh diri senang-senang je camtu. tension kot jadi pelakon kat sana. ke sejuk sangat kot kat sana. or maybe terlampau ramai artis-artis baru yang handsome lagi mengugat jiwa dan raga haha. aish. nampaknya, terpaksalah saya lupakan cita-cita nak berlakon bersama geum jandi dan ji hoo sunbae. motif? haha.




park yong-ha yang bunuh diri tu.



Tuesday, June 29, 2010

ada berani?



kalau tak cukup duit, cakap je lah tak cukup duit. come forward and tell me straight out. susah sangat ke. i was waiting for that answer to come out from your mouth actually. ni tak, bagi beribu alasan. save it lah people, i won't accept all your crap anymore!



Monday, June 28, 2010

all hail the germans!


seperti mana saya berasa kasihan apabila korea utara di belasah portugal dengan 7-0, begitulah juga perasaan saya ketika melihat perlawanan germany belasah england 4-1 walaupun supposedly the score should be 4-2 but nevertheless, buhbye england. buhbye gerrard. buhbye lampard. and as for the new generation of the english football, please work harder next time and forget about all the glitz and glamour ya! bear in mind that if you become famous, doesn't mean that you are good ;p

and to the germans, we won baby!!!! yesss!!! woohooo. now, let's beat the hell out of the argentina shall we :)



Friday, June 25, 2010

senior lah sangat


petang tadi saya baca paper. ye petang bukan pagi sebab ada meeting tapi bukan itu tujuan utama saya. takde orang tanya kaulah labu kenapa nak explain. ok berbalik pada topik kita yang belum mula lagi ni. hah, tadi baca paper pasal budak meninggal lepas kena ragging dengan senior dia. kes-kes macam ni buat saya rasa alahai dalam dunia yang serba moden ni pun ada lagi budaya bodoh tu. cakap pasal ragging ni kan teringat masa minggu orientasi nak masuk diploma dulu. i don't know lah whether this is ragging or not but i kinda feel like it was.

masa orientasi dulu, time is everything. kami disuruh makan dan kunyah secepat mungkin. bayangkan baru suapan pertama kakak senior akan berdiri kat tepi sambil memekik 'cepat sikit makan!'. masa tu dia tak kisah kalau kita tercekik ke apa. stupid. bayangkanlah nak dapat air masak pun susah. dah macam dehidrasi dah.

i remembered this one time, this kakak-kakak senior siap paksa-paksa budak pakai tudung untuk yang free hair tu. bukan takat paksa tapi terjerit-jerit dari tingkat atas dengan suara yang kuat. damn loser. kau ingat dengan kau terjerit-jerit budak boleh terima lah nasihat kau. saya bertudung tapi kenapa bila dengar jeritan maut dia tu saya rasa macam 'mana ada orang nak berdakwah dengan cara macam ni!'. niat baik tapi cara serius shit failed.

then bila orientasi of courselah kan ada qiamulail. diorang buat sesi yang sedih tu saya pun tak tahu sesi apa tapi maybe ada kot yang tahu. ala yang dia cakap pasal mati. pasal parents semua tu kan. ha, masa ni siapa yang tak nangis pun kena marah. tengok. bila menangis orang kata mesti budak ni banyak dosa, bila tak nangis dikatanya tiada perasaan. tak sayang mak bapak lah. dey dey, dah kalau setiap kem motivasi pun diorang buat benda yang sama budak lama-lama mesti dah imun dah.

pastu kalau siapa jalan seret kaki pun kena marah juga. ni namanya otak letak kat bontot. dah kalau memang gaya orang jalan macam tu nak buat macam mana. suka hatilah nak jalan macam mana pun. mereka ini agak pathetic. masa berjalan beramai-ramai kalau putus barisan pun kena marah. sungguh tak faham macamlah nak masuk kem tentera. nak masuk diploma saja pun.

just because you are senior does not mean that you can act like a snob. psstt so kheri, jangan dera pegawai baru suruh belikan sirap untuk kamu. miahaha! ;p





dah. mahu pulang sudah. okthxbai.

cantik menarik kau memang da' bomb



lunch tadi saya ke kenduri kahwin. curlass kau noks lunch pergi makan free. satu jabatan pergi. siap naik kereta big boss. hehe. oh lupa nak cakap kenduri kahwin anak buah bos saya. kat dalam putrajaya gak so jadi tadi lepas meeting terus zooooom ke precint 16. sampai-sampai je saya nak pengsan. bukan sebab migrain. ataupun sebab cuaca ke apa. tapi sebab ya rabbi!!!!!! cantiknyaaaaaaaa...terasa macam dalam taman. rasa macam waduh waduh cantiknya sayang sangat tak bawa DSLR saya ke majlis ini. ye lah kan takkan pergi office nak bawak beg kamera kot sungguh poyo sebegitu macam nak tunjuk kat orang ramai je. hehe.




tema majlis sungguh cantik menarik. tema adalah biru turquoise dengan putih. sangat cantik. tak sangka kombinasi warna dia sangat cantik, cantik sangat. pengantin pun sangat cantik. baju dia pun cantik. hand bouquet dia sangat cantik. make up dia cantik. arghhh semuanya cantik. pelamin cantik. hantaran cantik. pokok yang kat pelamin tu lagilah amatlah cantik. inilah yang saya nak masa majlis nikah saya yang tak tahu bila tah. arghh tekanan tengok sebab cantik sangat. ok kira ada berapa banyak perkataan cantik dalam ayat tadi. haha.





Thursday, June 24, 2010

teacher, i dong understang


tak faham...

  • kenapa ada sesetengah blogger yang bragged about how good their blog is? sendiri pula tu yang declare blog dia bagus. apakah kriteria-kriteria sebuah (ke sesuatu?) blog yang boleh diklasifikasikan sebagai blog bagus? saya pun tak tahu. aish pelik betul bila baca blog dia. tapi betul lah juga, siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri. haha.
  • kenapa saya tiada semangat untuk bekerja. rasa macam terpaksa je kerja. bukan suka bekerja. kadang-kadang timbul niat macam ahh malasnya nak pergi kerja nak cuti tanpa gaji boleh tak selama sebulan macam tu. tapi itu lagi satu masa elah nya. duk kat hati je tak tercakap di mulut (tapi tertulis kat blog ;p )
  • kenapa mostly penyokong english league club macam liverpool and man united tak sokong pun england untuk world cup ni?
  • kenapa saya cepat rasa bosan dengan seseorang ni. dulu kemain selalu lah berhubung tapi sekarang whatever that he/she talked, i did not find it interesting anymore. tak kuasa nak melayan. kejamkah saya?

dah. nak tengok itali main jap. tapi dah ngantuk. okthanksbye.





saya sokong!



semalam tengok bola. england game. glad they'd make it to the next round sebab nanti mereka akan dibelasah jumpa germany. yezza. suka sangat. ye saya suka tengok bola. dari dulu masa sekolah tengok bola. tapi sekarang not every gamelah teman nak tengok. kalaulah masih remaja lagi akan saya tengok game yang pukul 2 pagi itu tapi apakan daya, saya kerja kena bangun awal nak siapkan sarapan untuk seisi rumah. ceh ceh tipu. bangun awal sebab nak rebut parking. siusiu. oh ye, bila tengok match tu kan yang buat saya selalu tertanya-tanya bukanlah kenapa player ni suka blamed the coach bila kalah atau kenapa si rooney tu tak habis-habis nak mengamuk macam lah dia tu hebat sangat main depan pintu gol pun tak dapat masuk tapi ini. ini yang buat saya tertanya-tanya...





penyokong-penyokong ni kan, depa ni tak kerja ke?






mumble mumbling


lamanya tak menulis. ceh. padahal baru beberapa hari je. lol. been terribly busy for the last couple of days. busy apa? busy masuk meeting, keluar meeting. nampak kan betapa busy nya pegawai ini. cewah. life so far has been a little bit dull. broke and dull. no challenges whatsoever. anyway, actually there's nothing much to say, just that...



office work is plain damn boring.



Monday, June 21, 2010

room makeover

huishhhh!!! *sound effect perlu ada* fuh lega. weekend baru ni saya telah menjalankan room makeover ke atas...roomlah kan apa lagi. got a new wardrobe. ceh new lah sangat padahal yang dapat new one adalah adik saya. saya dapat dia punya old wardrobe. so apa lagi sesi kemas-mengemas pun bermula macam pengantin baru masuk rumah baru macam ros kawan saya *motif?*


it took me a day jugalah nak complete the makeover. alih barang ke sana ke mari. then bila tak sesuai angkut balik. damn. terasa seperti eric leong. cuma takde scene surprise surprise. haha. sekarang bilik saya sudah kemas dan teratur. jadi geng bandung, bolehlah melepak dirumah saya ya. untuk plan kita ke bandung lagi. wah tetiba saja kan. ;p


gambar di waktu siang.


gambar di waktu malam. mode romantik tetiba siap light up the candle. ;p


sayang. tiada gambar sebelum. silap bukan sayang. should be Nasib Baik tiada gambar sebelum. haha. mak siap cakap "haaa baru nampak macam bilik!" *so korang boleh bayangkan lah ek betapa seleraknya bilik anak dara pemalas ini siusiusiu ;p * harap ianya akan sentiasa kemas sampai raya nanti malas dah nak kemas balik. haha.



oh ye. happy belated father's day! semalam celebrate dengan sebiji kek. dibeli oleh adik saya meera yang datang dari putrajaya. fyi, masa celebrate belum habis kemas bilik lagi. jadi makan kek dengan muka selebet orang belum mandi. haha.


tiup kek tu yah yah! love you yah yah!




untitled

tak tahulah kalau korang pernah berada dalam situasi ni ke tak. situasi apa? tanya tipah. sabar. jawab temah. ok sambung. saya akan gabra gila vavilah kalau nak kena pasang projector for the first time. ye. saya gabra. saya tak tahu cucuk ke mana semua wayar-wayar tu. tapi saya tidak mahu hilang macho. jadi tidak bertanya. main trial and error. bukan itu sahaja. kalau projector tu tak clear lah, nak focuskan dia, nak skrin dia besar yada yada yada saya akan lagi gabra sebab tak tahu nak tekan kat mana. ye. saya budak IT. tapi saya tidaklah celik IT sangat. itulah padahnya masa sekolah takmo belajar rajin-rajin dengar cakap cikgu. jadi murid-murid, selamat kembali ke sekolah.

ok. tak tahu nak nama kan tajuk entry ini. korang bagilah sendiri nama dia. nama cun akan dijadikan nama entry ini. bai.



budak kampung

entah macam mana entah semalam, tiba-tiba adik saya meera tegur. "kak shida putih ek" wah i apalagi noks terus melompat keriangan haha tipu. baru macam nak berbunga lah sikit ke perasaan bangga tu kan sekali tu ayah spoiled mood. "dulu masa duduk kampung dia hitam". oh wajahku terus berubah menjadi ini (-_-).

ayah terus bercerita "dulu masa ayah datang nak ambik dia balik KL terkejut tengok kak shida dah macam anak india". waaa terus nangis disitu. tapi dalam hati saja. hee. mana taknya, dulu masa cuti sekolah mesti rasa seronok sangat sebab dapat balik kampung. suka balik kampung masa tu sebab dapat jumpa geng. masa itu saya sangat buas. rasa macam dunia ini ana yang punya. makcik saya siap cakap "kak shida ni balik kampung je mesti merayap ke mana-mana tah!" ye walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di KL tidak bermaksud saya ni sekadar budak bandar bila saya kat kampung. dulu ada juga yang usik-usik kata woah budak KL dah datang ni. tapi takkan lah masa tu saya nak duduk rumah je kan mestilah nak berkawan. so apalagi...

saya pernah siap nak menceroboh masuk kawasan padang golf belakang kampung saya ikut jiran belakang rumah. naik motor dengan kakak saudara sampai accident dan terus fobia selepas itu. masuk hutan keluar hutan. main sembunyi-sembunyi kat dalam kebun getah. mandi air pasang siap jumpa ular. main galah panjang sampai jatuh-jatuh jerit-jerit. main baling selipar, baling tin sampai berlebam jugalah. main rounders dah rasa macam hebat masa tu. main mercun sapa yang tembak ke langit paling tinggi dia adalah ikon ketika itu cewah. pergh. saya memang lasak.

benda-benda macam tu yang budak sekolah kat KL tak main. ye lah, sekolah kan takkan nak main baling kasut sekolah pula kan kang tak pasal-pasal mak bapak datang sekolah anak dia cedera kena baling. hehe. so kat sekolah paling popular masa zaman saya dulu main getah in out side by side dan permainan kad macam one happy family semua tu. kat kampung? non ado nak main permainan macam tu. tak rock lah brader.

tapi sekarang bila masing-masing dah besar, dah masuk sekolah menengah tegur pun jarang bila balik kampung. saya duduk je kat rumah tunggu orang meminang. haha over sikit. saya berkepit je dengan arwah nenek. tiada sudah aktiviti geng pengembaraan bermula *ye lebih kurang upin ipin gak*. ada yang saya dah terlupa nama mereka. rupa mereka. worst, saya tak ingat yang saya pernah berkawan dengan dia especially bila ada yang nak kahwin dan famili saya dapat jemputan. mak akan berkata "ala, dulu yang shida main dengan dia kat kampung tu". saya selalunya akan membalas. "tak ingat!" ahh teruknya kamu.

boleh tak habis cenggini je? ;p



Sunday, June 20, 2010

duit duit dimana kau duit


sejak akhir-akhir ni saya selalu emo. kalau tengok bola sampai pagi tapi alih-alih seri je rasa lagi nak hantuk kepala footballer tu semua. haha. kalau saya tengah main fb ke then si budak 4 ekor tu (bobo, bibi, tommy and jerry) pun duk main kat kaki saya marah gak sebab diorang suka bebenor main kat wayar. kadang-kadang siap angkat tangan macam nak pukul tapi diorang dah lari keluar merajuk macam hindustan. ahaks. saya emo juga bila tengok baki duit di akaun yang tidak masuk lagi gaji akhir mei lepas. emo sangat emo. tiada duit bil telepon memang confirmlah akan di bar tidak lama lagi. nak bayar duit asb pun tiada. kenalah denda ni sebab lambat bayar. tidak bergaji. memang begini lah jadinya. hish. duit memang boleh buat kita emo. motif tiba-tiba nak mengadu nasib jadi papa kedana selama dua bulan ni? supaya anda bisa membantu mangsa rakus berbelanja ini dengan meng-click iklan nuffnang saya ye please. miahaha.



Thursday, June 17, 2010

your email id had won 1 million dollars!

...kepala otak kau lah labu! tak tahulah korang ada dapat ke email yang kata anda menang motor tu tapi saya ni hampir setiap hari dapat.

serius rasa nak bom je sender-sender yang bodoh lagi bebal bagi email yang your email id had won 1 million dollars tu, yang kata menang loteri lah semualah yang mirip macam tu. better yet, baik israel serang malaun-malaun ni. memenuhkan email saya je. apa? ingat semua orang jadi gila ke bila nampak simbol duit tu? walaupun saya suka duit (lagi-lagi dalam keadaan saya yang terdesak tidak bergaji selama 2 bulan walaupun sibuk buat kerja) takde maknenye saya nak percaya benda-benda macam tu. dahlah nama entah apa-apa tah. tak pasal-pasal saya kena buat filter kat email. menyusahkan betul. by the way kan, out of curiousity, macam manalah malaun-malaun itu dapat email address kita?

ada ke orang percaya dengan kata-kata bengap tu? manalah ada orang yang baik hati nak bagi duit macam tu saja. kalau nak juga dapat duit, pergilah masuk Jangan Lupa Lirik. tempted juga nak masuk JLL sebab nak dapat duit, banyak pula tu. tapi satu hal pula, nak kena ingat macam-macam lirik. aduyai. part-part nak hafal ni den memang lomah botui. lirik pun kadang-kadang suka tibai sendiri je. ha ok dah melalut. dahlah nak balik.

*eh baru pukul 4. (-_-) <--- emo! *






the biggest loser





weh sepanyol. kenapa kau kalah. kau bukan tak tahu ini satu-satunya match yang aku tengok sepanjang start world cup ni. yang lain aku tak tengok. tapi sebab ada fernando torres, iker casillas dan xabi alonso, aku gagahkan diri juga tengok match kau sampai habis. walaupun aku rasa macam germany yang akan menang world cup ni tapi aku tak tengok pun diorang lawan. aku tengok match kau. sebab aku tak kenal player germany. tahu player england je. tapi kau. kau ada pemain barcelona, real madrid semua. oh aku sungguh keciwa. setakat hari ni, this is the biggest upset so far. depan gol pun tak masuk. aku siap terjerit bangun duduk bila korang duk attack swiss sampai kena marah dengan mak suruh diam dia nak tidur. oh, terus aku puasa hari ni. sebab frust. ok tipu. puasa sunat sebenarnya. kalau aku ngantok kat office hari ni semua salah kau! bai.









Wednesday, June 16, 2010

jom pergi korea!


sedang berjalan bersama sepupu sepapat di alamanda semalam, kami singgah di parkson tengok topi untuk budak-budak. pastu sepupu berkenan lak dengan satu winter cap ni. sangat cantik. lebih kurang macam gambar kat bawah ni. tapi warna pink. spontan saya cakap 'kalau pergi korea masa winter pakai ni mesti cun kan kak!'. tiba-tiba anak sepupu saya berkata 'ala, dah pergi dah!'. saya dan sepupu saya tergamam lalu berpandangan. dalam hati saya berkata 'bila masa lak dorang pergi korea ni. tak gtau pun' konon dah habis sentap. then, sepupu saya pun tanyalah anak dia seorang ni.

"bila masa donna pergi korea?" curious gila kami nak tahu dalam mimpi mana lak budak ni pergi korea.



nak tahu dia jawab apa?





"mummy, kan hari tu kita pergi aquaria!" budak 7 tahun itu berkata sambil tersengih. korang tahulah kan what happened next. kami bantai gelak kahkahkah sampai terus letak balik topi tu tak jadi beli. haish, budak-budak ni. comel sungguh. dia ingat korea dan aquaria tu adalah tempat yang sama. oh sungguh terhibur semalam. weee!



Tuesday, June 15, 2010

rossa dah kahwin?



saja gempak. macam artis indonesia rossa tu lak yang kahwin. ceh. padahal ini artis kelantan. haha. ok. tersebutlah kesah...sepasang kekasih....*sila baca dengan nada syair* ermm ermm ok tak reti nak berpuisi. nak mengarang sajak lagi lah tak reti. surat kiriman rasmi saya masih terkial-kial nak karang inikan pula nak karang puisi.

(straight to the titik) last weekend, saya telah fly fly away to kelantan. pergi berjumpa dengan kekasih hati. haha tipu. shahir bukan orang kelantan dia orang perak. ok. serius. salah seorang kawan baik saya telah pun berkahwin. kawan saya ni saya rasakan amat cantikkkkkkkkkkk sekali. saya rasa amat bertuah sebab ada kawan yang hot dan gojes seperti dia. sekali tengok orang kata dia macam pelakon korea yang autumn in my heart tu. please, sila jangan suruh saya eja nama pelakon tu sebab saya tak tahu dan malas nak google. *oh, sudah tersasar sambung balik*. dua kali tengok orang kata macam...hmm macam...macam ros lah. haha. orang lain panggil dia ros, rosa tapi saya lain. oleh sebab saya sayang dia lebih jadi saya panggil dia artis kelantan yang cantik. ye, memang panjang. penat juga nak menghafal. tapi takpe. saya sudi.

sebenarnya trip ke kelantan ini amatlah banyak dugaannya. plan nak gi kenduri kahwin ros ni sudah dibuat even before my bandung trip. masa tu semua dah pakat lah kan nak cuti hari jumaat 11hb jun lepas so that boleh attend the solemnization. tapi kita kan hanya merancang. saya dapat tawaran kerja baru. so tak dapat lah nak cuti jumaat tu. haida pula ditugaskan supaya standby last minute. dalam erti kata lain, cutinya tidak diluluskan. dd dan kheri je dapat cuti. so dorang pun pergilah dulu. saya? naik flightlah kan apa lagi. ni pun satu, last minute booking. dd dan kheri percuma lina dan wawa ambil saya di airport hari sabtu.

hari yang dinantikan telah pun tiba. pengantin memakai busana yang diterbangkan khas dari bandung. mempelai yang sama cantik sama padan duduk bersanding di atas pelamin yang tersergam indah. warna ungu menjadi pilihan pada hari bahagia sang merpati dua sejoli *sila bayangkan gaya maya karin cakap dalam Nona. siusiusiu* haha. diterbangkan khas inda. kahkah.


haish..macam tak percaya je ros dah kahwin dengan idzuan. rasanya baru semalam berkenalan dengan ros bila dia sorang tergelak kuat dalam workshop padahal semua orang gelak cover. ingat tak ros? sewaktu ezzan dan ummu memandang ros sebab ros gelak kuat masa workshop kat precint 16 tu? ingatkah anda? hahaha. lepas ni mesti susah dah ajak ros lepak-lepak after office hours kan. mesti terus balik rumah kan. mesti nak sambut idzuan balik kan. yang penting mesti lepas ni rajin memasak untuk suami tercinta kan. haha.

to you my sayang ros, jangan garang-garang lagi dengan idzuan. hahaha. jangan jegilkan mata anda. jangan terkejut bila dia habiskan minuman anda. hahaha. nanti kalau kita ke bandung ke australia ke, kamu tidurlah dengan kami ek. biarkan idzuan dan kheri. biar dorang bayar lebih. kita bayar murah je walaupun hotel mahal. oh pesanan ini juga untuk kheri dan dd bila kamu dah kahwin nanti. hahaha. seriously my dear, can't wait for you guys to have kids. wah gitu tak sampai seminggu tau i dah berangan nak bermain dengan baby kamu. let me spoiled them. ros garang dengan dorang takpe. haha. hmm mesti ros comel kan masa pregnant. miahaha. sayang kamu sangat-sangat. nanti ezzan kahwin kat perak datang ek. *motif perak? haha*













Monday, June 14, 2010

dapat tag terus jawab



motif copy bulat-bulat tajuk entri dd? saja. malas nak fikir. tengah sakit tengkuk. nak EL. tapi baru masuk. tak macho awal-awal cuti. padahal sebab nak cuti lama masa raya. motif cakap pasal raya puasa pun belum? tiada. haha.








1) apa yang bermain di fikiran anda?
dd. sebab baru lepas baca blog dia and tergelak-gelak pasal kes monyet. sungguh sweet jenaka itu. *jenaka?*


2) apakah nama samaran anda?
kadang-kadang orang panggil saya angelina jolie. haha. tipu. Ezzan. kadang-kadang orang panggil Shaidatul. nak lagi glamour, dd akan panggil saya Ezzan Makwe Shahir. haha. saja gedik dengan dia.


3)berikan 3 orang yang anda sayang
me, my family and my friends.


4) panggilan untuk si dia?
shahir. kadang-kadang shahir af8. nak gedik lagi, abg shahir. haha. *muntah beramai-ramai!*
siapa si dia? saya pun tidak tahu. mungkin dia. mungkin.


5) hadiah yang diimpikan dari seseorang yang istimewa
HAPPINESS. *cliche but true*


6) blog mana yang anda suka tengok.
apa-apa blog yang berkaitan dengan wedding. saya akan terus jadi over kalah mak andam. haha.


7) tag kan pada 15 blogger.
oleh sebab dd dah tag kawan-kawan saya, tak perlulah saya menambah beban mereka yang sedang sibuk bekerja untuk mencari sesuap nasi. ayat poyo. saya tahu.


okthanksbye.




My Best Friend's Wedding : Part 2


memang.

saya memang banyak bestfriend.

last weekend, one of my best friend just got hitched!

nuh jauh kat kelantan sana.

nanti saya cerita lebih ye.

tapi sekarang tengok lah gambar ni je dulu ek.



coming soon!!

(photos will be upload to thecamerajunkie)

* oh baru perasan sebelum ni ada title entry yang serupa (My Best Friend's Wedding) masa maisarah kahwin last year.



Friday, June 11, 2010

caca merba


nota 1 : entah kenapa saya tidak pernah merasakan Justin Bieber itu cool walaupun hampir seluruh dunia go Bieber Fever. bagi saya dia hanyalah sekadar orang kata apa tu...hmm ha budak-budak baru nak up. mungkin faktor usia menyebabkan saya berfikir begitu. tapi yang peliknya asal terdengar je lagu dia 'Baby baby baby ooohhh' saya pun turut menyanyi sekali. kadang-kadang bila dah habis lagu tuh, saya masih lagi menyanyi chorus lagu tu. pelik.

nota 2 : saya sangat suka coklat murah. selalu rasa coklat mahal tak sedap. dah lah tak sedap. pahit pula tu. suka sangat-sangat Crispy atau Kit Kat. eh tapi kalau coklat Daim yang murah tu memang saya tak suka. sebab dia suka lekat kat gigi. tak comel bila bercakap ada coklat. macam iklan dentyne tu lelaki yang ada daun lekat kat celah gigi. hehe.

nota 3 : saya sangat hairan. kadang-kadang takde buat apa pun waktu siang selain dari mengira waktu untuk pulang pada hari bekerja tetapi balik rumah tetap penat. rasa nak tidur je. dalam pukul 9 camtu dah menguap banyak kali dah. tapi tahan gak mata sebab nak masak lauk. bukan masak betul-betul. masak kat cafe world. haha.

nota 4 : serius tak faham. kenapa orang gomen (yang perempuan) tak boleh pakai seluar slack masa kerja? kenapaaaaaaaa?????!! *tak puas hati ni sebab couldn't see the point*

nota 5 : oh ye. minggu ni je saya rasa nak sekeh kepala seorang cleaner ni. 1st time dia tegur tak boleh basuh botol air dalam toilet (pfft?!!) sebab nanti bos dia marah sebab kotor. then saya pun balaslah "itulah tugas seorang cleaner. membersihkan kotoran" sambil tersenyum. ok tipu. saya balas dalam hati. dia suruh basuh kat pantry. ok alasan diterima. the second time around, saya dah nak terkucil boleh pula dia kata jangan guna tandas dulu sebab dia baru bersihkan nanti kalau terus guna kotor balik. BODOH. kau ingat aku ni kucing ke nak kencing dan berak merata. cakap je lah kau pemalas nak bersihkan balik.

nota 6 : kadang-kadang geram bila orang anggap bila namanya pegawai IT, mesti tahu semua benda pasal komputer. kalau macam tu, boleh lah saya cakap asal namanya doktor mesti tahu pasal semua penyakit kan? faham tak contoh kalau korang ada komplikasi masa mengandung,korang pergi jumpa doktor pakar mata. korang pergi sebab kononnya dah nama dia Doktor, mesti dia tahu sakit apa and apa nak buat. tak logik bukan? samalah macam IT. ada orang IT yang hebat programming, ada yang hebat tang networking, ada yang hebat pasal database, ada yang tak hebat langsung macam saya. haha. faham tak apa saya nak cakap ni?

nota 7 : dah, saya nak bersiap, nak kejar flight ke Kelantan. okthxbye.




Thursday, June 10, 2010

tiada ku sangka...cempedak jadi nangka...

*nada terkilan*


sedihlah macam ni.
rupanya ini balasan diorang kat aku.
lepas ni jangan haraplah aku nak tolong.
aku dah kira baiklah tak report kat K*** pasal kau.
walaupun ramai dah cakap apa yang korang buat tu salah.








Sunday, June 6, 2010

menentang zionis


i was checking my facebook this morning. banyak betul invite yang saya ignore. saya macam terpanggil untuk menulis mengenai group di facebook yang I Hate Israel, Boycott Israel yada yada yada semua tulah. sejujurnya saya rasa macam agak useless bila orang invite join this kind of group. jangan salah sangka. saya juga membenci zionis itu. marah bila kekejaman mereka tidak diendahkan PBB dan segala semualah yang kononnya mengatakan mereka adalah pejuang hak asasi manusia. tapi yang menjadi persoalan saya, apa aktiviti mereka untuk menentang pihak zionis? sekadar mengumpul pengikut tapi tak berbuat apa-apa. agak useless bagi saya.

i would like to share some article with all of you which i think was very informative and an eye-opener for all of us.

(credit to Blog PakarHowTo)

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah : manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi.


MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang
solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam
Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk
menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”


Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”


Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?




Friday, June 4, 2010

fetch me


dear journal,

i don't know why i loved the feeling of having my parents to fetch me from work especially when they had the day off. called me spoiled or gedik or whatever, but i can't help smiling from ear to ear knowing that i'll be going back with them. i kinda feel like i'm a school girl all over again. you know, the excitement of having your parents fetching you from work or school waiting for you to hop in the car and drive off somewhere before heading back to home. i feel joy. a joy that you could not describe in words.

i'm not sure others would understand how i feel. to be honest, i don't like to work. but had to. that's the only way to earn a living. if i were given a chance whether to work at the office or work from home, i would choose home in a heartbeat. i really like to stay at home. i kinda feel a sense of belonging whenever i'm home although there can be a little crazy at times with the yelling and laughing. damn. dah mengarut. okthxbye.


so-called spoiled brat!



Wednesday, June 2, 2010

bila....



bukan bila april. ini bila meeting.

bila meeting, mestilah disediakan makanan.
bukan sebarang makanan, tapi makanan bernama delifrance.
bila ada delifrance, mestilah makan bersama rakan.
bila makan, mestilah kenyang.
bila kenyang, mestilah mata macam ada gam.
bila mata dah ada gam, mestilah satu hapah pun tak faham.



sekian, pantun 6 kerat dari saya.




entah kenapa entah, lirik ni selalu berlegar-legar di fikiranku. kadang-kadang sampai ternyanyi tanpa disedari. bila orang pandang macam hairan, baru perasan. bukan perasan bagus tapi perasan ternyanyi kuat pula. lirik apa kamu tanya? ni hah lirik ni...






Andainya kau jadi milikku, selalu kunyanyikan lagu rindu...
Andaikan kau dan aku bersatu, dunia ini berseri selalu...


*muntah*