Followers

Sunday, May 31, 2009

dia buat hal pulak dah

apa nak jadi tah dengan lappyku???
tak boleh connect langsung dengan internet.
hari tu dengan wifi, sekarang ni guna LAN pun tak boleh gak.
bengong bengong.
tapi my sis boleh lak connect.
geram ni weh. nak marah je ni.
tak dapat nak post about yesterday's event.
and email Ummu the photos yang dia kepingin bangat mau tatap dibawa tidur.
haha. mr A mesti suka dengan statement ini.
sabar ye sayangku.

ni pun using her lappy to post, so tak leh lama-lama.
nanti mulut mak nenek tu bising.
bahaha.




adakah itu tanda-tanda....
laptop baru perlu dibeli?

Saturday, May 30, 2009

jangan diucap selamat tinggal

To Whom It May Concern,


PLEASEEEEEEEEE....

JANGAN PERGI....STAY DENGAN KITORANG.....
PERLUKAN KAMU SESANGAT DISINI......

MERAYU SANGAT-SANGAT....
JANGAN TINGGALKAN KAMI....




Wednesday, May 27, 2009

nothing feels right

everything pisses me off.

...workload yang tak pernah surut.
...people that get on my nerves.
...my laptop yang saya rasa nak baling ke dinding.
...my pc at the office yang tah kenapa tah tak boleh detect wireless.
...kedai makanan yang kenakan bayaran mahal nak termampos.


arghhhh!!!!

rumah yang tidak berpenghuni

jam 9.30 malam...

keadaan di rumah sedang gelap-gelita.
mak dan ayah tiada di rumah ketika saya pulang.
selalunya waktu macam ini, mak dah ready depan tv.
nak tengok CSI.
hmm, saya kehairanan.
"tak balik kerja lagi ke?" monologku sendirian.
risau pula tiba-tiba.


tet tet tet tet (dail nombor telefon ayah)
"Hello!" mak yang jawab.
"Mak kat mana ni? Tak balik lagi ke?" tanya saya gopoh gapah.
bunyi bising menjadi background music ketika perbualan berlangsung.
sekali mak saya jawab sambil bergelak ketawa...


"Mak ayah tengah berkaraoke ni!!
Kat ampang park!!"



hahhhhhh??????!!!!!



saya sebak.
sampai hati mak tak ajak saya join sekali.
isk isk.

Saturday, May 23, 2009

almari penuh dengan award






thanks to ayu and zida for this award.
tak tahu dah nak letak mana award-award ni.
rak dah penuh dah dengan trofi anugerah bintang fofular.
cewah! bahaha.





ok. itu saja.
malas nak tag-tag dah.
penat mak.

Friday, May 22, 2009

bila hati kata nak tapi mulut kata taknak

i have a confession to make.




...saya tak reti nak agih-agihkan kerja kat orang....
even though i knew it would be hard for me to handle it on my own, i still feel a bit awkward to assign someone to help me with it. bukan menyombong or rasa diri ini hebat boleh siapkan seorang diri, cuma takut membebankan orang lain yang sedia sibuk dengan kerja masing-masing walaupun boss dah minta orang lain tolong. nanti kang ada yang tak puas hatilah, tak sukalah...it's hard to pleased everyone.





itu saja luahan hati ketika melayan lagu hindustan di pejabat at this very hour.
(saya pasang lagu hindustan supaya saya tidak tersungkur di hadapan pc ini. sambil tu mengimbau kenangan di India semasa kemaruk dengan Dhoom Machalay...
bahaha!)


kenapa saya namakan post ini sebagai hati kata nak tapi mulut kata taknak...
sebab kan...sebab dalam hati tau mesti rasa macam nak pitam handle sorang-sorang. tapi cakap kat orang sekeliling everything's fine.


eh...macam tak kena je tajuk dengan tema tapi tak kesahlah...
sory, really bad in all these kata-kata metafora.
cewah!

Wednesday, May 20, 2009

damn that novel!

arghhhhh!!
kenapalah buat cerita yang menyayat hati.
dahlah sedih, menangis lagi.
menangis sampai tersedu sedan.
basah bantal tau kena airmata.
bengkak-bengkak mata.


damn that novel!
buat saya lambat ke pejabat kerana saya terbangun lambat.
semuanya akibat tidur lambat nak habiskan novel itu.
dan juga sebab penat menangis.
therefore, alarm clock tidak didengari lagi.

yes, i blamed it on the novel!
sila bertanggungjawab ok, si penulis novel.



novel apa yang saya baca?
novel cinta. hukhuk!
ye, silalah muntah sebab kejiwangan saya ini.
macamlah saya kesah.
mahahah..

Saturday, May 16, 2009

what a memory it has been!

we've met a year ago, masing-masing masih lagi malu-malu.
nak start a conversation pun tak tahu. (eh, it rhymes pulak..hehe)
we spent time together.
went to the movie together.
fell sick together.
went for a trip together.
we've been through a lot.
the goods and the bads.
so many ups and downs.
(but we took the bad things silly-ly. hekhek!)
we've shared so many things together.
do things together.
being each other's shoulder to cry on.
we were impressed by each other's kindness.
we were impressed by each other's intelligence.
it was magnificent!
i wouldn't trade it for the world!




today, marked the one year anniversary of my relationship...
nope, bukan dengan kekasih saya ok.
but with my infosys friends!
i missed you guys so much!

Friday, May 15, 2009

oh, si pencuri buku!

was reading Harian Metro this morning semasa terjumpa artikel berkenaan seorang 'detektif' yang ditangkap kerana mencuri buku bernilai hampir RM200 di MPH Mid Valley. i find it funny because dalam banyak-banyak benda dia nak curi, dia curi buku. 2 buku saja. RM200 saja pun, it's not like macam RM2000 ke apa. i seriously think he can afford it, being an actor and all...but let say, he couldn't afford it lah kan (al-maklumlah tiada job ke or whatever), why in the world dia tak download e-book saja. ni tak pasal-pasal kena tangkap, naik court semata-mata kerana buku yang bernilai RM200. being a public figure, takkanlah benda macam ni tak occur in his mind kot the consequences of his actions. beside, kalau nak mencuri sekalipun, pergilah kedai buku amin ke, kedai buku jenab ke...ini tak, nak mencuri kat kedai buku yang grand yang konfem konfem ada cctv, sensor semua tu.

apa daa...




oh, sungguh tidak berbaloi!
kerana RM200, terus ada rekod jenayah.

Thursday, May 14, 2009

hilang ingatan

di suatu tengahari yang lengang...

lokasi : pejabat

para pelakon :
si angau.
si pemalas.
si kakitidur.

babak 1 : action!

si pemalas (sedang mengunyah pop corn) : nak tengok gambar si wootwoot.
si angau pun meng-on-kan lappynya. dia pun menunjukkan gambar kepada si pemalas.
si angau : ada 3 je gambar.
si pemalas : kenapa sikit je gambar? semalam bermusyawarah tak snap gambar ke?
si angau : aku tak perlukan gambar. semua tersemat dalam memori.
(si pemalas sedang merollingkan eyes nya)

tiba-tiba si kakitidur yang waktu itu sedang bersiap sedia untuk tidur bangun dari pembaringan, lalu berkata..

si kakitidur : tak juga. kalau esok kau hilang ingatan macam mana? gambar tu boleh membantu!

si pemalas melopong mendengar lalu berdiri memberi tepukan gemuruh kepada si kakitidur kerana beliau telah bertukar menjadi si matang. si angau juga turut tergamam sambil tidak berkata apa-apa.






moral of the story :
abadikanlah setiap kenangan itu dalam bentuk gambar kerana kita mungkin tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup kita. oleh itu, silalah upah saya untuk mensnap gambar anda. haha. self-promote jap!

Wednesday, May 13, 2009

bengang niiiiii

pantang dan geram betullah.
tengok kereta sesuka hati saja parked sampai blocked jalan.
especially kalau kereta tu kereta-kereta besar.
macam Mercedes ke, BMW ke, Porsche ke...
mentang-mentang kereta besar.
ingat jalan tu dia punya seorang ke.
semua orang bayar cukai tau.
rasa macam nak mencarut-carut saja kat malaun-malaun tu.
bodoh betul.
ada akal, taknak guna.
taulah nak senang tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.
pastu kalau kena langgar, salahkan orang lain.
tak sedar sendiri yang salah.
bengang.bengang.

Tuesday, May 12, 2009

konichiwa...atashiwa ezzan-des

got tagged by muni, si kawan dd. find it quite interesting, tu yang beria nak buat ni.
cewah! padahal bosan nak mampus.
oh ye, panas sungguh kan malaysia ni. (tiada kaitan, saja nak luahkan)




For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter- translations below. Tag six of your friends and inform them of the tag. Have fun.



A - kaF - luK - meP - noU - doZ - zi
B - tuG - jiL - taQ - keV - ru
C - miH - riM - rinR - shiW - mei
D - teI - kiN - toS - ariX - na
E - kuJ - zuO - moT - chiY - fu


shaidatul adalah aririkakitekachidota dan ezzan adalah kuzizikato.
atashi aririkakitekachidota kuzizikato-des.

gila bapak panjang.
nak tulis kat muka depan buku latihan sekolah rendah ni maunya tak muat.
nak akad nikah pun, somput laki den nak lafaz namo den. haha!
konfem kalau orang suruh tulis nama ni, sumpah tak hafal!
ada yang satgi siap save nama sendiri dalam phone sebab tak hafal kan.
hoho!





nak tag - ummu, ayu, zida, linda and aida.
tak buat, siap korang! hukhuk...

geram, aku sedang geram

kenapakahtangankaugatalpergimenformatmp3playerkau.
padanmukadahtakbolehmainlaguterus.siotlah.
akudahnakhentakkatdindingdahmp3ni.
sebabgeramgiladukpicitpicitpunattapilagustilltakplay.
camharamlah.niyangnakngamukgilagilani.



pandai-pandailah korang nak baca ek.
heheh!

kena marah!

dalam keadaan seperti sunyi-sunyi tapi ada yang bersoksek...
tiba-tiba...

"takde kerja ke tu sume?!"

Mr L marah. siap jeling.
sangat terkejut okay.
yang sedang berdiri, semua lari bertempiaran ke tempat masing-masing.
saya ketakutan.
linda suruh saya cepat siapkan kerja.
dia kata Mr L suruh siapkan kerja secepat yang mungkin.



...


oh ok. mimpi rupanya.
ingatkan realiti tadi.
itulah padahnya tidur di waktu zohor.


terus nak sambung buat kerja.
sebab takut mimpi jadi realiti.
kroh kroh kroh...

Friday, May 8, 2009

another award



banyak betul award yang saya dapat. walaupun tidak segrand Oscar mahupun Grammy atau yang biasa-biasa Anugerah Bintang Popular!



thanks to Zida for this award

10 things about me (lagi!)
- selalu je cepat rasa bersalah kalau tak dapat siapkan kerja. tsk tsk!
- selalu rasa nak tampar, pukul, debuk hakim sebab tipah selalu tertipu dengan dia. ishhh!
- selalu je rasa nak marah luqman and bangkang cakap dia sebab dia jenis melawan. hoho.
- i can't say NO to people. tak sampai hati. (bukan semua la tapi)
- baru minggu lepas hati saya tersentuh dan terkezut melihat gugurnya airmata seorang lelaki H membaca blog seseorang. :'(
- akan selalu singgah kat tempat zida and eein, untuk bersoksek-soksek sebelum ke surau. haha.
- tak tahan sejuk kat office (malam terutamanya) tapi kalau main snow, tahan je lak kau! hehe.
- have this weird addiction to McD's fries. the best fries in the world lah wa cakap lu!
- lama tak minum JavaChip. oh, sungguh rindu!
- saya nak tidur dah sekarang ni. farewell and goodnight!



oleh sebab saya nak tidur, jadi mak tak kuasa nak fikir nak bagi award ni kat siapa-siapa noks!


Thursday, May 7, 2009

regret





macam mana aku boleh tertidur ni????!!
kan dah menyesal...


f**k betullah!!!







Monday, May 4, 2009

wah, terkejutnya!!!

plain ol' monday morning.
glooming monday sebab datang kerja dengan muka yang oh-so-tidak-bersemangat.
hari pun semendung dengan mood saya.
(semua ini berlaku tanpa senyuman di pagi hari)

masuk office, jalan menonong ke meja.
sekali tuh...mata terbeliak melihat sesuatu di atas meja berwarna pink.

"Wahhhhh.....terkejut noks!!"


kenapa saya terkejut?
sebab inilah...



tadaa....











yeay!!! saya menang motor (nada sinyu)...




inilah hadiah sempena kejayaan saya menjadi visitor ke 10000 di blog dd.
terima kasih dd diatas pemberian hadiah ini.
hmm, nanti 30 haribulan enam, bagi lagi ye hadiah.
ahaks!

Saturday, May 2, 2009

X-Men Origin: Gambit...I mean, Wolverine

hari ini pergi menonton X-Men Origin: Wolverine bersama fibo.
cerita dia ok lah, love the action scene as well as mutant-mutant tu punya power. adalah a few scene yang buat jaw dropped especially masa Ryan Reynolds a.k.a Deadpool bermain dengan pedang menentang berdas-das peluru and also the oh-so-powerful-Gambit. ceh, ayat skema gila tapi kalau korang nak tahu macam mana scene tu, silalah tonton sendiri. tak kuasa noks nak explain. haha.

dalam movie ni character Gambit diwujudkan (finally!!!). dalam previous X-Men movies, i was waiting juga lah for Gambit to appear but i was heartbroken. cewah! i've always been a fan of Gambit since i was a child masa tengok kartun X-Men di Marvellous Hour kat TV2 dulu. ingat tak lagi rakan-rakan sebayaku dan yang lebih tua macam dd and muni akan rancangan ini? haha. ok, berbalik pada Gambit. i think he was way much cooler than the wolverine himself. kenapa? because aksi dia saja buat saya rasa macam...walaweh! hebat gila. aksi dia saja buat aku terpegun sambil air liur meleleh sebab kagum dengan ke-cool-an dia and the way he play with the cards tu.

suka sangat pada Gambit ok. sebab dia agak nakal and sangat cool.
kan best kalau ada sambungan X-Men, include all the characters.
baru gempaq sikit. want to see Rogue & Gambit together *wink wink*


mari kita tengok sikit aksi Gambit yuk!




ps: Daniel Henney, si pelakon korea itu tiba-tiba ada pula dalam cerita ini.
tak tahu pula. hukhuk!

Friday, May 1, 2009

comeback kid





yeayyy! tomok wins.
after watching his transformation each week, i do think he truly deserved it!
(inilah baru transformasi, AF people, please take note ok!)
congrats!








ok. nak sambung tengok cerita Korea.
tapi lagu Tomok terngiang-ngiang la pula.