update : ros gtalk kata "en.lutfi tak berubah lah ezzan, maintain macam dulu!...pheuwwww...
Followers
Wednesday, June 6, 2012
mimpi-mimpi
update : ros gtalk kata "en.lutfi tak berubah lah ezzan, maintain macam dulu!...pheuwwww...
Wednesday, March 30, 2011
luar biasa
ni gambar yang original :)
Monday, February 28, 2011
the sengals
Friday, February 18, 2011
bad bad dreams
Monday, January 17, 2011
'AKU BENCI PEROSAK PERAMPAS SUAMI DAN TUNANG ORANG'
wah wah tajuk dah macam entry panas kat redlinda punya blog je kan. haha. saja je linda, aku nak sensasi gitu tiru gaya kau. muahaha. sebenarnya tadi baru berjalan-jalan di mukabuku. lalu terserempak dengan satu page. eh ke group? eh tak ingat lah. anyway, nama page tu 'AKU BENCI PEROSAK PERAMPAS SUAMI DAN TUNANG ORANG'. *jaw dropped* mak aiii tak tahu pun ada wujud group macam ni. siap letak gambar-gambar perempuan yang rosakkan hubungan atau rumahtangga sesetengah pihak. sungguh scary gila. tak boleh bayangkan perasaan kalau muka sendiri jadi bahan cacian dipage itu.
hmmm, ni yang buat saya berfikir limaratuslimapuluh kali ni sebelum nak berpacaran dengan johnny depp ni. walaupun dia tidak berkahwin dan tidak bertunang, tapi dah ada anak kan. kang tak pasal-pasal ada orang letak gambar odah kat page tu. grrr....takutnya! minta dijauhkan...
hah, linda...hari tu kau ada buat entry pasal suka rampas boyfriend orang kan. jaga-jaga cik salmah. gi check muka ada tak kat situ. walaweh haha memain je lah cepat gelak haha. lagipun kes kau boyfriend je kan, yang ni kes suami and tunang orang. siusiusiu...eh tapi adalah group 'aku benci perosak perampas suami, tunang dan kekasih orang'...kuang kuang kuang!
Monday, January 3, 2011
mengat sengal
Friday, December 17, 2010
salah ayat
sedang enak tidur siang al-maklumlah cuti kan semalam sekali tu talipon berbunyi. demmit. kacau noks. dengan mamainya menjawablah panggilan tersebut. "hello ezzan, esok meeting pukul 9 pagi jadi kan?" dalam hati ishh bukan ke dah postpone ke pukul 3 ptg. mesti takde orang email lagi maklumkan pindaan waktu cewah pindaan inda. "dah postpone ke pukul 3, supposedly xxx email cakap postpone. takpe nanti i maklumkan ye i'm on leave today"..."oh ye ke sorry sorry!"
saya pun apa lagi noks. bukak laptop cepat-cepat dan terus tulis email tanpa membacanya balik konon rasa dah habis betullah tu ayat-ayatnya...
"adalah dimaklumkan bahawa xxxxx yang dijadualkan pada hari Jumaat jam 9.30 pagi telah ditunda ke jam 3 petang. segala kesulitan amatlah dihargai. sekian, terima kasih."
SEND.
....
....
ehhh waittttttttt!!!!.....segala kesulitan amatlah dihargai????!!!!
*pengsan*
note to oneself : never write an email with your eyes half closed. okthxbai.
Thursday, September 23, 2010
entri tiada motif
hai. selamat sejahtera.
berita sengal hari ini - seorang budak didapati menyampah dan menyumpah seranah apabila menonton filem child's play yang untuk kali ke berapa sudah tidak dapat dipastikan. beliau mengatakan cerita itu sangatlah poyo dan tidak logik. tiada rasa takut di dalam dirinya apabila menonton cerita yang perasan-hebat-ingat-orang-takut-noo itu. beliau berkata lagi, apa ke bodoh patung yang huduh itu boleh buat seks dengan patung perempuan yang lagi huduh dan dapat anak patung. disarankan kepada para ibu bapa supaya tidak lagi menggalakkan anak anda bermain dengan anak patung chucky yang huduh lagi burok itu kalau tidak mahu anak anda menjadi mangsa kekejaman anak patung itu. Ianya juga akan membuatkan anak anda takut untuk melihat dan bermain semua anak patung selepas itu seperti budak tersebut suatu ketika dulu sebelum beliau menjadi remaja purba yang tidak suka letak anak patung besar-besar kat bilik takut malam-malam patung itu berjalan lalu say 'Hi! Boleh ngorat?' dan terus mati mengejut.
sekian berita jam-ban kali ini. khas dibawakan oleh odah the glamer, pengeluar anak patung comel terbesar di merong mahawangsa.
Sunday, September 19, 2010
sindrom malas bekerja
perhatian perhatian wahai rakyat jelata. dengan ini diumumkan...
cuti hari raya telah ditetapkan pada bermulanya syawal sehingga akhir syawal.
sekian terima kasih.
yang benar,
kerajaan merong mahawangsa
* sindrom teruk si pemalas ini untuk bekerja. dah severe dah ni. kena admit to ward that can cure laziness.
Tuesday, September 7, 2010
nan desu ka?
nak kata saya emo. takdelah sangat. cuma...cuma rasa sedih dan nak tergelak tengok orang tak bertamadun emo terlebih baling taik siap nak rempuh nak ganyang bagai tapi tak sedar diri eh pathetic gila. tak sedar dek untung pun ada. tak sedar ke mereka memalukan negara sendiri? tak sedar ke? tak ke mereka rasa lebih baik bakar lemang dari bakar bendera? at least bakar lemang kenyang lah juga.
eh ke mereka tak makan lemang? haha. ok, bakar...bakar roti. sedap juga tu dibuat sahur. buh kaya. cicah nescafe pun cantik gak. kenyang siot.
ps : tajuk macam tak mencerminkan cerita kan. hehe. saja. ha jangan marah-marah ni nak raya. maaplah ye. ;)
Friday, August 27, 2010
posisi tidur yang seksi (18SX)
Sunday, August 8, 2010
jatuh cinta kali ke...
lagi-lagi ku jatuh cinta...
jatuh cinta dengan...
suka kalau setiap weekend tengok jdrama. yang tak suka sebab nak download lama. teringat dulu download drama2 ni guna torrent. mak oiii seminggu baru habis 11 episod download. gilak ah. hehe. neway, Atashinchi no Danshi is second best jdrama i've watched next to Hana Kimi (japan). saya masih lagi rasa Hana Kimi terbaek wok tengok banyak kali pun wa sanggup. apsal semua drama yang saya suka ada Horikita Maki? sebab saya suka dia. dia sangat kawaii heee!
Thursday, August 5, 2010
dialog kelakar
tiba-tiba teringat satu dialog dalam filem kegemaranku, Papadom.
Saadom sediakan lunch untuk anak dia dan kawan-kawan anak dia. Masa rehat siap tunggu kat kantin bersama papadomnya. Sekali tu, kawan liyana jasmay tu cakap...
"Uncle Dom, kami tak mahu makan nasi hari ni. Nak diet. Kalau tak macam mana nak dapat pakwe macam Johnny Depp!"
and then, he replied with..
"Johnny Depp tu sekolah sini ke? pergi panggil dia, uncle nak jumpa" Saadom dengan muka selambanya jawab. muka yang memang clueless. serius funny. saya gelak berdekah-dekah. lawak gila kentang. kahkahkah.
Tuesday, July 27, 2010
aksi comolot
jap jap. saya tak faham. apa yang kecoh bebenor pasal KD comolot ni. tak faham tak faham. dalam ada apa dengan cinta si dian comolot dengan nicolas saputra tak kecoh pun. dalam heart si sengau irwansyah comolot dengan acha kenapa tak digembar-gemburkan pun. sebab tu semua lakonan semata-mata ke. dalam lakonan tu semua jujur ke. syahwat tak naik ke. si inul goyang gerudi dah macam tarian lucah tu yang lagilah menyampah saya tengok pastu orang lelaki sana semua suka pastu jerit-jerit diterima pulak ek. serius tak faham.
jangan salah faham. saya bukanlah menyokong aksi itu atau peminat KD sumpah bila dengar lagu jika kau tak datang dengan lagu amarah tu rasa macam watdehel lagu ni tak sedap siot. cuma tertanya what's the big deal semua suratkhabar nak kecohkan pasal kes comolot tu padahal ada lagi berita penting macam bila si torres tu nak umumkan dia akan stay dengan liverpool please jangan kemana-mana duk je kat kelab kesayangan i tu. ish yang saya pun satu sengal. pergi baca cerita sampah itu pagi-pagi tak mengembangkan minda betul. sengal sengal.
sakit pun salah ke?
tak boleh blah dengan statement :
kerja macam kita ni tak boleh sakit-sakit. sebab kalau sakit nanti tak berjalanlah kerja tu.
deyyy!! kau ingat sesuka hati ke orang berdoa minta jatuh sakit?? minta kena batuk, demam bagai?? apa daa...cakap tak guna otak! tah pape tah. tahulah kau hebat. jarang sakit. tapi tak perlu keluarkan statement poyo macam tu.
Friday, July 23, 2010
pencen awal
taip taip padam. taip taip padam. itu je yang saya buat sepuluh minit yang lalu. bukan takde idea. cuma tak reti nak susun ayat. bukan ayat-ayat cinta. ayat penyata. ayat yang ingin menyatakan bahawasanya saya rasa macam nak pencen. wah kau baru berapa bulan kerja dah nak pencen. serius. rasa penat sangat bekerja. tapi sebelum pencen kena cari laki dulu. kang duit pencen habis nak minta kat siapa lagi kan nak beli beg tangan Chanel dan Hermes semua tu. haha. hmm tak faham macam mana orang boleh bekerja sampai umur 60 tahun. kalau saya umur 40 je kalau boleh nak pencen. lepas pencen bukak bisnes cekodok pisang dan cucur udang. meniaga je la tepi jalan. tak laku sedekah kat jiran tapi cakap ada lebih sengaja simpankan sikit untuk dia. senang. sempoi.
kalau ada orang kata kerja gomen ni senang dan boleh relek relek sila tampar bulat-bulat je muka orang tu. itu semua dusta belaka cewah. penat sebenarnya kerja gomen ni. sebenarnya gomen ke swasta ke semua sama je. masih kerja bagai nak rak. masih lagi rasa penat bekerja. yang senang swasta adalah anda tidak terikat dengan segala peraturan. susahnya cuma anda mungkin boleh senang dipecat lalu menanam anggur. senangnya kerja gomen anda akan dapat segala benefits semua gaji dibayar setiap bulan dan kurang sikit risiko dibuang kerja dan pada masa yang sama, melatih diri anda untuk berdisiplin. mana tak nya tipah oiii kang tak berdisiplin kena tindakan tatatertib. kau nak? haha.
eh dah macam tak tahu apa yang nak dinyatakan disini dalam ayat penyata. ok tah mana satu tah ayat penyata tersebut.
Thursday, July 22, 2010
lady boss
sengal tak saya kalau saya kata saya tak berminat nak jadi bos? sengal tak sengal tak? cepat cakap sengal. ugut ni ha. ok. ini is serius. haish. mengeluh dulu. sejak jadi kuli ni kan and bila tengok orang kena marah sana-sini nak menjawab dengan big big boss lagi saya rasa macam arghhh takmo jadi bos. jadi bos kena balik lewat. jadi bos kena duduk dalam bilik seorang-seorang sejuk beku sorang-sorang. jadi bos kena jaga anak-anak buah dia. jadi bos kena selalu bersedia untuk bertindak kalau dapat panggilan maut dari big-big bos. jadi bos selalu kena marah. jadi bos nak kena jaga banyak benda. jadi bos kena ada tanggungjawab besar sampai...eee stressnya jadi bos.
hah ok lah den tak sabau nak packing mempacking ni. nak kena pergi ehem ehem australia isnin ni ada meeting plus kursus plus bengkel. weeee!!
psst. percaya ke? non ado nak pergi australia sah pun tidak lagi. haha.
Wednesday, July 14, 2010
let me know
can someone tell me...
di manakah saya boleh mendaftarkan diri menjadi pengutip bola di tepi padang sewaktu piala dunia berlangsung?
saya rasakan pekerjaan itu sungguh menarik kerana tidak perlu mengalami tekanan perasaan. oh, maybe not. saya mesti tidak dapat fokus apabila fernando torres sedang berlari-lari di hadapan warming up untuk masuk ke padang. saya mungkin mengalami heart attack. oh. mungkin tidak.
Friday, July 9, 2010
bad bad movies
maaf. lama menghilang. bukan kerana keciwa sebab german kalah. mahupun keciwa bercinta. tapi sebab saya sibuk. saya tahu. sungguh cliche. tapi tak kesahlah labu. janji rock. beberapa hari yang lepas saya ke terengganu untuk bershopping UAT. bukan uat sebagai shortform buat ek tapi ini UAT. apa itu UAT? sila cubit pipi sendiri kalau malas nak google. malas bebenor kamu ni. eh kenapa cubit pipi. entah saya tidak tahu. haha. oh ye pergi balik naik flight MAS. entah kenapa kan sejak dah pandai tengok movie kadang-kadang saya ada perasaan takut gak naik kapal terbang ni. ni semua salah filem hollywood lah ni.
1) Final Destinations - yang pertama ok. kalau korang pernah tengok cerita ni confirm rasa macam seram sejuk je kan masa nak take off tu. saya kadang-kadang suka fikir bukan-bukan. kadang-kadang kalau saya nampak kat dinding flight tu macam ada calar calar ke terus teringat kat cerita ni. issh bad influence bad influence. another thing saya selalu fikirkan masa nak mendarat tu kan tiba-tiba roda tercabut. boleh bayangkan tak tengah laju tu mendarat sekali roda tercabut pastu tersasar lalu meletop enjin. PFFT!!! WEH, KENAPA KAU BUAT ORANG LAIN TERFIKIR PASAL ITU JUGA?! mungkin itulah yang akan korang cakap bila baca ayat ini. cewah.
2) Snakes On A Plane - woooo cerita ini buat saya selalu tak senang duduk kadang-kadang rasa nak duduk bersila. takut ular lalu kat bawah seat passenger. extreme sungguh khayalan saya. lagi takut nak pergi toilet sebab dalam cerita tu ular tu first keluar kat toilet masa scene ehem ehem tu lah. hah. scene apa tu. pepandai lah korang fikir sendiri. miahaha. kenapalah diorang buat cerita ular-ular ni. aish.
3) Air Force One - eh bukan kasut Nike Air Force 1 tu ek kang korang blur-blur pula. Air Force One tu President USA je boleh naik. walaupun mati hidup balik non ado nak dapat naik Air Force One tu, selalu juga fikir kalau ada penjahat yang nak take over the plane.saya suka tengok muka-muka yang satu flight dengan saya. ada juga terlintas 'eh muka dia macam muka orang jahat' tapi saya sedapkan hati je. tahu tak baik fikir bukan-bukan pasal orang lain entah-entah dia anak datok yang loaded ke tapi can't help it lah kawan.
ok dah. yey spain masuk final! eh kau bukan sokong germany ke? saya sokong dua-dua. kalau tak percaya, bacalah ini.
Thursday, June 24, 2010
mumble mumbling
lamanya tak menulis. ceh. padahal baru beberapa hari je. lol. been terribly busy for the last couple of days. busy apa? busy masuk meeting, keluar meeting. nampak kan betapa busy nya pegawai ini. cewah. life so far has been a little bit dull. broke and dull. no challenges whatsoever. anyway, actually there's nothing much to say, just that...
office work is plain damn boring.


