Followers

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, July 1, 2011

the day i turned 26


30 JUN 2011


12.01 pagi - sms bertubi masuk wishing me happy birthday. tapi entah kenapa malam tu gua tidur awal siot. ngantuk nooo. ada yang saya sempat saya balas. ipod pun asyik bunyi notification tone tanda orang komen kat my facebook wall, lupa lak off wi-fi. tapi i reallllyyyyyy appreciate all the wishes. terharu terharu. thanks a lot! 

6.45 pagi - got a wish from my dearest daddy! through sms. yes, duduk serumah tapi pagi mesti tak sempat jumpa kadang-kadang. selalu masa dia left for work pagi-pagi tu saya sedang 'sabunnnn di bilik mandiii...sabunnn'.

1.00 tengahari - lunch treat oleh vendor. di Old Town Cyberjaya. kenapa kat Cyber? sebab ada keje sikit kat sana. saya ni kalau orang mentioned je kata nak belanja mulalah fikir nak yang palinggg sedap dan palinggg mahal. haha. kejam. tapi sebab tak lapar sangatkan so macam order biasa-biasa je. order paratha apetah. tapi tak habis. pas kat member minta dia habiskan. masa tu rasa, huh nyesal tak order toast tu je. sedapnyaaa....cilok kawan punya sikit. hehe.

2.00 petang - nak sambung balik kerja lah kan kat TM Cyberjaya tu, sekali tu........BAMMMM!!! ACCIDENT pula kat depan bangunan Shell. i was on the passenger's seat kat belakang. a friend was driving my car when another car hit us on the driver's side masa the other party tu nak buat u-turn kat junction yang tak boleh u-turn. dia kata dia tak perasan kereta weols. sakit gak lah badan, terhentak ke kerusi depan (tu la tak pakai lagi seatbelt belakang!). shaking siot. sampai rasa terketar-ketar nak pegang handphone nak call ayah. selalu masa accident mesti saya macam blank tak tahu nak buat apa. masa yang lain keluar kereta, boleh plak saya still duduk dalam kereta tengok dorang deal dengan the other party. lambat sikit nak gain momentum. huhu. dah reda rasa terkejut tu, baru gelabah keluar. ambil gambar crime scene cewah. then gedebak gedebuk (itu bukan bunyi bertumbuk harap maklum ;p), kena buat police report sebab nak claim insurance dia. i'm pretty sure we're on the right side. KAMI TAK BERSALAH. ewah.

3.00 petang - melilau cari balai polis Cyberjaya. kenapa lah terceruk noo balai polis tu. pusing sana pusing sini cari. bila buat report tu sementara nak tunggu sarjan datang, lepak kat balai polis tu layan cerita Philippines - Marimar. wahh motif saya takde perasaan siap boleh senyum layan telenovela. haha. member komen 'cik ezzan boleh senyum lagi'...ate, takkan nak nangis kot. hehe. saya selalu memang sengih je. masa accident dulu dengan ummu pun boleh plak saya gelak. masa dengan maisarah pun, boleh gak siap buat lawak-lawak. i don't like to think about what happened that much. tapi masa duduk-duduk tu kan ada gak lah terfikir...boleh plak kan accident masa birthday. kira macam birthday present lah ni. hehe. konpom ingat sampai bila-bila...hehe. eh dah dah tak payahlah nak rasa bersalah ek bahrin...;p benda dah nak jadi kot....ezan tak salahkan pun, kena belanja ezzan TGI Friday je cewah muahaha...

6.00 petang - 2 days before dd dah beritahu nak belanja tengok wayang 'Transformers' on my birthday. dorang dah booked tiket. terpaksa lah cancel cakap dengan dd. walaupun memang nak tengok sangat tapi takkan accident-accident ni nak kuar tengok wayang kan. kena marah dengan ayah kang lagi parah...then, dd & kheri decide nak datang rumah petang tu. konon macam nak jumpa lah. ceh macam melawat mangsa kemalangan plak rasa. sekali tu, lebih surprise lagi...dd bawak kek!!! OMG!!! terharunyaaaa!!!! i'm sooo touched!


7.00 petang - pujuk punya pujuk parents saya, akhirnya diorang bagi saya pergi tengok wayang. yes, dah 26 tahun still minta izin hokayyy...huhu. terus lah nyah kami pergi tengok wayang. dorang belanja makan plak. OMG. terharu sangat macam tak henti senyum-senyum. weols makan Ichiban Ramen. my first time. memang tak pernah masuk ok restoran ni. tak tahu nak order macam mana and nak makan apa. kang salah order tak kena plak dengan tekak. tapi gamble je lah. bila dah makan tu rasa macam sedap gak makanan jepun ni. selalu sushi je kan. ni try ramen plak. not bad gak lah. heee :)


9.00 malam - time for Transformers 3!!! yeahhh....tapi kan tapi kannnnnnnnn....banyak kali saya nguap noks masa tengok cerita tu. penat duduk pun ada. siap fikir 'bila nak habis ni?'..huhu. surprisingly, i don't find the autobots fight tu interesting pun. sama je macam dulu. saya lebih suka masa human soldiers buat strategi nak lawan dengan decepticons. best. tu yang lebih menarik. bagi saya lah. heee...and then, the new actress yang replace megan fox tu cam takde point pun berlakon cerita tu. takde chemistry pun dengan shia. lebih prefer shia and megan walaupun takdelah suka sangat megan fox tu. eh jap ni review movie ke review birthday haha.



all and all, i think my 26th birthday was.......memorable! yup, that will sum up the whole day. there's happy, shock, surprise and of course, food! haha. sedih itu langsung takde...heee...






Monday, February 21, 2011

surprise birthday party!

jumaat hari tu, dapat miss call dari zura. bila tengok nama zura kat skrin phone tu macam agak cuak sikit. aishhh kenapa zura, wife mengat call ni? megat hilang ke? dia tak balik rumah dah 2 hari ke? saspen odah ni. so, saya pun call zura balik. rupanya zura nak jemput datang ke birthday party si mengat sabtu esoknya tu (19/2). kus semangat. terus odah cakap 'nak joinnnnnnnn!!!!'. tak sampai sesaat fikir. kehkehkeh. zura explained lah dia nak buat makan-makan sikit jemput beberapa budak-budak OAS yang zura kenal tapi megat tak tahu yang kitorang nak datang. yes, i still consider myself as one of them walaupun dah nak dekat setahun berpisah tsk tsk tsk..eh tetiba terluah perasaan kat sini cewahhh. anyway, sukaaaa sangat surprise surprise ni walaupun kadang-kadang saya ni bukanlah suka disurprisekan sebab selalu tak tahu nak bagi reaksi macam mana cewah...    * bagi hint kat dd and rosa untuk birthday saya nanti lol! *

birthday boy man with wifey! matching outfit giteewww... ;p

majlis dalam pukul 3 macam tu tapi ada budak yang bernama ezzan tu lambat sebab tak perasan jam dah pukul 2.15 tapi tak gerak-gerak dari rumah padahal janji nak jumpa rossa dan aida pukul 2.30 kat OAS. panggg sikit itu budak. pukul 3 baru gerak dari putrajaya berarak ke Sungai Merab, ke mahligai (wah kemain) megat dan zura. sampai-sampai terus saya jerit..."megatttt you're old!!! dah sebaya dengan ros!!" hahahah...

masuk-masuk je rumah, terus 'wahhh besarnya rumah megat'...orang kaya siot. patutlah tak pernah nak jemput datang rumah ececeh. borak sikit-sikit pastu terus ke acara red carpet - potong kek. semua makanan dimasak oleh chef zura. wahhh sedapnya carrot cake itu. dari spaghetti bolognese ke pizza ke carrot cake, ke potato wedges and fruit salad semua zura yang masak. zura kata kacang ngan yin je beli. kehkehkeh.
food fiesta nyum nyum

the guests of honour. cewah. ehh seriusnya rossa tengok cerita Hindustan 'Hum Tum'...huhuhu. oh yours truly takde lak dalam gambar ni. sebuk makan. muahaha. eh faliq pun takde. kesian dia. takpe seri ada. hehe.


bestnyeee lepak rumah megat. hehe. kalau ada bantal kat depan tv, sure dah rembat dah. ececeh. anyway, masa balik  tu kan, boleh pulak zura and megat siap tapaukan kek, salad buah and spaghetti untuk kitorang. alaaaa segannya. dah lah datang birthday party orang tak bawak hadiah. sengal tak saya? yes, pergi birthday party dengan perut yang kosong. tak bawak hadiah pun. kesian megat. patutnya tetamu datang bawak hadiah, ni tetamu pulang siap dapat door gift lagi ececeh. sekarang tengah sengkek sikit sebab habis duit beli handphone. insyaAllah nanti ezzan bagi hadiah ek kat megat. wah siap tulis kat sini. hehe. saja, supaya ingat. ehh hadiah lina pun tak bagi lagi. oh my oh my.


Monday, August 2, 2010

she's 17 now!


my sistah, ameera turns 17 today! yes, 2nd of august. ahhh to be 17 again. i still remember the day i turned 17. ok tipu. damn can't remember what i had for my 17th birthday. tuanya kau semua dah lupa! anyway, yeay (lupa nak bersorak). dah besor dah budak ni. cewah. as usual, bila birthday mesti ada celebration makan-makan kan. tak lengkap gitu setakat bagi hadiah je walaupun tak bagi lagi ni. so, kitorang apa lagi noks, celebrate lah kan. cuma celebrate a day early which was yesterday lah kan. oleh sebab dia duk putrajaya, so celebrate pun kat sana je la kan. tapi teman ni malas bebenor nak pergi alamanda rasa naik jemu. jenuh fikir last-last tu, birthday girl pun suggest satu tempat ni.

tadaaaaa disinilah tempat kami celebrate birthday si meerawk ni...

ohmygucci. sangat suka ini tempat. rasa macam nak kahwin kat sini. tetiba. tapi serius. siap beritahu ayah dalam kereta on the way balik. see the view. see see...aishhh jatuh chinta lah dengan tempat ini. bayangkan majlis kahwin kat tepi tasik pastu bot-bot lalu. oh sungguh indah. ok cukup berangan itu.





and of course, a celebration entry would not be complete without the FOOD. yes, orang malaysia ni asal birthday je belanja makan kan. senang. tak payah pening fikir nak bagi hadiah apa. orang tu suka ke tak. aish. so, anyway this is what we ate. saya memilih salmon. sedap siot. memang berbaloi. i think the prices were quite reasonable. lebih kurang macam harga nando's lah gitu. murah kan murah kan. food sedap bersama view yang amazing. it couldn't get any better than this. right?




eh oh ye, lupa nak kenalkan. the birthday girl herself!
say HI to ameera, the youngest of the Yusop's Angels!
*haiiiii meerawk! ni kak dd yg meera cakap macam muka tiz zaqyah tu*
mungkin itu monolog dalaman dd apabila dia cakap hai to meera. ;p



HAPPY BIRTHDAY DARLING SISTER!
BELAJAR RAJIN-RAJIN JANGAN NAK DUK CARI BOYPREN JE MEMANJANG.
KANG SIKIT-SIKIT GADUH. HAHA.
GOOD LUCK IN YOUR SPM.
INGAT KAK NOR NAK BAGI APA KALAU DAPAT LEBIH DARI 5A. HEHE.



DAH TAK TAHU NAK MERABAN APA.




EH EH...TERLUPA SESUATU


anyway, last but not least, nah gambar penulis melaram beg yang telah dibeli berzaman di bandung baru nak pakai hari ni. cewah!


motif posing maintain sama? harus. perlu tunjuk itu beg.




Thursday, July 1, 2010

b-day!

yesterday was my 20th birthday. ye memang 20. jangan korang memandai cakap eh ingatkan 25. tapi kalau cakap eh ingatkan 17 tahun tadi tu takpe. sungguh diterima dengan hati terbuka dan tersenyum lebar. a year has gone by. dari programmer sekarang menjadi typist. tukar bidang secara tak sengaja. entah kenapa macam tahun ni birthday tak rasa gembira pun. actually tak rasa apa pun. mungkin sebab environment baru. mungkin. dan saya pun tak celebrate sangat tahun ni. dinner pizza and spaghetti je semalam with family. nothing fancy. anyway, thanks for all the birthday wishes dear friends. really appreciate it. walaupun korang tengok kat facebook je kan bukan ingat takpe takpe masih comel sebab wish. comel sangat. nak try lah hide kan birth date tahun depan. cewah.

goodbye june. hello july.




footnote : dah start balik pukul 5. weeee!



Thursday, November 26, 2009

birthday celebration





birthday siapa kah yang di sambut sehari sebelum raya qurban ni? sebenarnya birthday dia esok tapi oleh sebab esok dia kena korban cuti jadi kami forwardkan birthday dia ke hari ini. eh eh lupa pula nak cakap nama birthday girl. ni hah, budak ni punya birthday!





officemate saya yang sangat saya sayangi.


So, kami (saya, dd, haida, luqman dan wawa) bercadang nak buat surprise birthday party untuk ros. bukan calang-calang ni. siap booked taman ok. dah macam garden wedding dah. cewah. ros sangat terkejut ok. dia ingatkan saya pergi jumpa member. aleh-aleh dd bawa dia lunch kat taman tu. then we sang 'Selamat Hari Tua' in English. wakakah!


muka ros yang terkejut dan happy. eh happy ke? hehe ;p

we ordered KFC di Alamanda dan berpicnic kat secret garden. secret? ssh ssh dd tak kasi beritahu kat mana taman tu. hikhik! lepas makan, as usual kami camwhoring with luqman as the photographer. sebenarnya, nak beli kek kat alamanda tapi kalut sampai terlupa pasal kek. terpaksa lah settled for 3 pieces of cakes dari Secret Recipe.



later that evening, ros dapat surprise lagi. this time around from her fiance. hantar cake bersama dengan coklat dan bunga. tapi bukan tunang dia lah yang hantar, the delivery guy. auwwwww, so sweet. romantik sangat. terus mengalir air mata ros sebab terharu sangat-sangatlah i tell you. nasib baik juga tak beli kek besar sebab idzuan dah beli.




again, happy birthday kak ros....






Wednesday, October 7, 2009

inilah dia



...surprise itu!


today is my bestfriend's birthday.
Welcome to the 24-years-old-but-still-20-at-heart club.
wah gitu! heheh.



- the unique birthday card / certificate -



- the birthday girl with her birthday present -



- this cute house with a cow is a gift from dd -





saya ada kawan. nama dia Ummu.
dia mengidap sakit gelak yang tak terkawal.
tapi...saya tak kesah! hahah...




- we even dressed a like. take a look at our baju.
corak dah hampir sama dah ni! siu siu siu -




HAPPY BIRTHDAY SAYANG




LOVE YOU LOTS!


...xoxo...








Surprise!!!!

Wah! Hadiah apakah ini? Untuk siapakah?
Well, all i can say is stay tuned to find out...

Tuesday, September 1, 2009

dear blog,


Happy 1st Birthday!





my blog turns 1 today. woohooo!!!
happy 1st birthday dear.
wah, berdear-dear dengan blog gitu.
nak hadiah ke?
haha. mereng. cakap dengan blog sorang-sorang.


let's recall my first ever post....LIFE



Friday, July 3, 2009

TGI's Friday

oleh sebab kempunan nak makan waffle semalam tu kan, hari ni terus lunch makan waffle. hokhok! sungguh tidak senonoh. awal-awal datang kerja beritahu semua orang (tak on pc lagi ni), hari ni kita lunch kat alamanda yuk, nak makan waffle. pastu dah ajak kroni-kroni (cewah!), tiba-tiba dapat ym dari linda...nak belanja saya sempena birthday saya yang dah expired itu. alolo, malu i noks. orang offer belanja. terima kasih linda belanja makan hari ni. ha cik boss, bila nak belanja saya pulak, roti bakar tak dikira ek. heheh! anyway, last-last pergi alamanda, saya hanya spent RM1 sahaja untuk bayar parking. hehe! sungguh saving hari ni. kalau macam tu, saya nak declare setiap hari jumaat birthday saya. cewah. hoissh, heaven sungguh!



pastukan, balik-balik office tiba-tiba ayu letakkan sesuatu atas meja saya. wow, nervous sungguh! beg plastik PDI tu. jeng jeng jeng...


apakah itu??? sungguh curious case of benjamin butang betul. hikhik..


sekali tu kan....


hikhik. novel rupanya. bertambahlah koleksi novel saya. patutlah beriya tanya saya masa kat MPH tadi, "kau rasa cerita ni best tak?"..lepas saya baca sinopsisnya.."macam best"... al-maklumlah, ayu ada tendency membeli novel yang....huarggggghh!! menguap..hukhuk! kak yuyu, jangan marah yuk. ceh, rupanya nak bagi saya novel itu. terima kasih kak yuyu and adik haida. hoisssh, adik inda.



kesimpulannya kan...I.HEART.FRIDAY!
happy weekend everyone!


eh eh terlupa pulak. dd pun ada bagi present gak masa birthday saya hari tu. hik, kecil hati dd saya tak mentioned dalam post ni nanti. inilah diberi oleh kakak dd kepada adik ezzan. bahaha. adik inda. diari si kucing. comel sangat, membuatkan ku...oh, teringat kat lulu! terima kasih kakak dd.