Followers

Showing posts with label bored. Show all posts
Showing posts with label bored. Show all posts

Friday, September 23, 2011

berhenti kerja


(ayat entri ini mungkin agak kasar)


ada sebuah masaelah.

hati aku kuat mengatakan untuk berhenti kerja. aku bosan dengan situasi sekarang. aku bosan bila orang mengadili aku berdasarkan surat. adakah kemampuan menulis surat menjadi kayu ukuran seseorang itu bekerja? adakah kemampuan mengarang ayat surat rasmi menunjukkan seseorang pegawai itu matang dalam kerjanya? bodoh! tak masuk akal! statement 'pegawai tak perlu ambil masa lama untuk deraf surat, sejam dua jam dah boleh siap' adalah paling gampang aku rasa sampai rasa nak lempang orang yang mengeluarkan kata-kata 'bangang' itu!

aku bukannya ambil jurusan penulisan surat rasmi di universiti dulu.

aku rasa amat tidak adil bila seorang pegawai teknologi maklumat (atau apa-apa pegawai teknikal seperti jurutera) diberi markah berdasarkan keupayaannya melakukan tugas-tugas pengurusan. adat. setiap syarikat mesti ada Key Performance Index (KPI) yang digunakan untuk mengukur kualiti performance pekerja masing-masing. lalu pihak atasan menggunakan alasan 'pegawai ini tidak reti buat surat, lambat buat surat' untuk memberi markah yang rendah kepada pegawai tersebut. adilkah?

sedangkan pegawai tersebut sebenarnya dan sepatutnya membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan skop kerja dia. yang berkaitan dengan bidang dia. tapi sekarang dia diadili melalui kerja yang bukan skop dia. tersasar jauh dari bidangnya. that's unfair! yes, i know..who says life is fair anyway. tapi tak bermakna something could not be done! 

aku masih muda (yes, i'd like to think under 30 is still young) lagi. aku sepatutnya masih mengasah bakat dalam bidang IT. sepatutnya masih mencari ilmu IT. sepatutnya masih belajar lagi. 2 tahun membuat programming belum cukup untuk memahirkan aku sebagai 'orang IT' walaupun 5 tahun belajar di universiti. nak kata intermediate pun macam jauh saja lagi.

sejujurnya, minda aku tak berkembang kat tempat ni. ilmu IT dan kemahiran yang aku ada walaupun tak banyak, aku rasa tak dapat dimanfaatkan disini. membazirnya aku rasa siap pergi India belajar programming tapi in the end aku stuck behind the desk doing management works. aku tak tahulah orang lain, mungkin ada yang suka buat kerja-kerja pengurusan. aku memang tidak. naluri aku (cewah) hanya pada kerja-kerja teknikal.

ye, mungkin tension bila buat programming. entah kenapa, setension-tension aku buat programming aku tak pernah lagi sampai jatuh sakit. ye, stress saya disini sampai saya sakit. tak tipu punya, doktor kat klinik sendiri yang cakap aku stress sampai effect pada hormon badan siap tumbuh bintik-bintik merah kat tangan. malu cerita tapi itulah yang terjadi. tapi percayalah...lagi tension berhadapan dengan kerja-kerja pengurusan dan orang yang atasan yang banyak songeh ini. serius tak tipu. serius tak tipu. memang sengaja repeat.

jadi disini aku nak menasihati pada mereka-mereka di luar sana yang amat berbakat dalam IT (programming, network etc) di pihak swasta, bergumbiralah! dan sekiranya anda ditawarkan untuk bekerja dengan gomen, usahlah dipersia-siakan bakat yang ada pada anda (dah macam juri AF komen dah aku ni)...bagi aku, bekerja ini kita kena enjoy. whether the surrounding or the work itself. then, baru semangat nak bekerja tu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu diseru. bila enjoy, then you will perform at your best self. and you will be one hell of a satisfied worker.

aku memang nak berhenti kerja....tapi...

....macam mana nak pujuk mak ayah supaya mereka dapat memahami kehendak anaknya yang seorang ini? dan lagi satu....kat mana nak cari kerja kosong sekarang ni?


update : sedap plak guna aku dalam entri. rasa macam matang. sejajar dengan peredaran usia. nak guna aku lah untuk entri-entri lepas ni.

Wednesday, April 13, 2011

wordless wednesday

(tiru tajuk ros ;p)




Tuesday, October 5, 2010

why so serious


semenjak berkerjaya baru ni kan (walaupun takdelah baru sangat dah 4 bulan dah), saya dah macam hilang diri saya sendiri. faham tak ayat sastera poyo ni? omputih kata i lost my own self. i wasn't like my old self. i don't know this is the new me or what but i hope it's not. no, bukan saya tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ni, more than grateful i tell you cuma saya dah biasa jadi diri saya yang sebenar depan orang lain. saya sebenarnya seorang yang laid-back kinda person. i don't take things seriously sometimes. i like to have some fun in everything that i do. maksudnya even though the task was kinda serious but i will make it as enjoyable as it can be.

saya ni memang jenis suka gelak. suka ketawa dengan kawan-kawan. so saya suka buat lawak. and bila orang lain buat lawak saya memang nak join gelak sampai sanggup lah berjalan ke tempat mereka supaya saya dapat bergelak ketawa dengan mereka. fyi, tempat duduk saya agak jauh sikit dari mereka yang suka berketawa ni. tapi saya rasa sekejap pun takpelah. asal dapat gelak. i love the happy mood sebab bila mood ok nak buat kerja jadi lebih bersemangat. i need those happy mood to cheer me up everytime i headed to the office.

tapi bila suasana tu tegang, serius jadi saya pun akan berubah menjadi ultraman yang serius. walaupun memang ultraman tu dah serius tak pernah gelak (pernah dengar ke ultraman gelak?) tapi ultraman adalah seoarang yang tidak cool dan tak ceria langsung. at least kalau jadi superman dia boleh lah jugak senyum sikit. samalah seperti keadaan saya. saya tidak mahu menjadi seorang yang serius. tak mahu menjadi some cold hearted person. tapi kadang-kadang keadaan menuntut saya menjadi seorang yang serius. tak percaya? tengok entry ni saja dah tahu saya dah berubah menjadi serius. urghhh. tak best langsung.

but the truth is, i was kinda afraid that i'll turn out to be that way one day.



Thursday, September 23, 2010

entri tiada motif


hai. selamat sejahtera.

berita sengal hari ini - seorang budak didapati menyampah dan menyumpah seranah apabila menonton filem child's play yang untuk kali ke berapa sudah tidak dapat dipastikan. beliau mengatakan cerita itu sangatlah poyo dan tidak logik. tiada rasa takut di dalam dirinya apabila menonton cerita yang perasan-hebat-ingat-orang-takut-noo itu. beliau berkata lagi, apa ke bodoh patung yang huduh itu boleh buat seks dengan patung perempuan yang lagi huduh dan dapat anak patung. disarankan kepada para ibu bapa supaya tidak lagi menggalakkan anak anda bermain dengan anak patung chucky yang huduh lagi burok itu kalau tidak mahu anak anda menjadi mangsa kekejaman anak patung itu. Ianya juga akan membuatkan anak anda takut untuk melihat dan bermain semua anak patung selepas itu seperti budak tersebut suatu ketika dulu sebelum beliau menjadi remaja purba yang tidak suka letak anak patung besar-besar kat bilik takut malam-malam patung itu berjalan lalu say 'Hi! Boleh ngorat?' dan terus mati mengejut.

sekian berita jam-ban kali ini. khas dibawakan oleh odah the glamer, pengeluar anak patung comel terbesar di merong mahawangsa.



Sunday, September 19, 2010

sindrom malas bekerja


perhatian perhatian wahai rakyat jelata. dengan ini diumumkan...



cuti hari raya telah ditetapkan pada bermulanya syawal sehingga akhir syawal.

sekian terima kasih.




yang benar,
kerajaan merong mahawangsa



* sindrom teruk si pemalas ini untuk bekerja. dah severe dah ni. kena admit to ward that can cure laziness.

Friday, July 23, 2010

pencen awal


taip taip padam. taip taip padam. itu je yang saya buat sepuluh minit yang lalu. bukan takde idea. cuma tak reti nak susun ayat. bukan ayat-ayat cinta. ayat penyata. ayat yang ingin menyatakan bahawasanya saya rasa macam nak pencen. wah kau baru berapa bulan kerja dah nak pencen. serius. rasa penat sangat bekerja. tapi sebelum pencen kena cari laki dulu. kang duit pencen habis nak minta kat siapa lagi kan nak beli beg tangan Chanel dan Hermes semua tu. haha. hmm tak faham macam mana orang boleh bekerja sampai umur 60 tahun. kalau saya umur 40 je kalau boleh nak pencen. lepas pencen bukak bisnes cekodok pisang dan cucur udang. meniaga je la tepi jalan. tak laku sedekah kat jiran tapi cakap ada lebih sengaja simpankan sikit untuk dia. senang. sempoi.

kalau ada orang kata kerja gomen ni senang dan boleh relek relek sila tampar bulat-bulat je muka orang tu. itu semua dusta belaka cewah. penat sebenarnya kerja gomen ni. sebenarnya gomen ke swasta ke semua sama je. masih kerja bagai nak rak. masih lagi rasa penat bekerja. yang senang swasta adalah anda tidak terikat dengan segala peraturan. susahnya cuma anda mungkin boleh senang dipecat lalu menanam anggur. senangnya kerja gomen anda akan dapat segala benefits semua gaji dibayar setiap bulan dan kurang sikit risiko dibuang kerja dan pada masa yang sama, melatih diri anda untuk berdisiplin. mana tak nya tipah oiii kang tak berdisiplin kena tindakan tatatertib. kau nak? haha.

eh dah macam tak tahu apa yang nak dinyatakan disini dalam ayat penyata. ok tah mana satu tah ayat penyata tersebut.



Thursday, June 24, 2010

teacher, i dong understang


tak faham...

  • kenapa ada sesetengah blogger yang bragged about how good their blog is? sendiri pula tu yang declare blog dia bagus. apakah kriteria-kriteria sebuah (ke sesuatu?) blog yang boleh diklasifikasikan sebagai blog bagus? saya pun tak tahu. aish pelik betul bila baca blog dia. tapi betul lah juga, siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri. haha.
  • kenapa saya tiada semangat untuk bekerja. rasa macam terpaksa je kerja. bukan suka bekerja. kadang-kadang timbul niat macam ahh malasnya nak pergi kerja nak cuti tanpa gaji boleh tak selama sebulan macam tu. tapi itu lagi satu masa elah nya. duk kat hati je tak tercakap di mulut (tapi tertulis kat blog ;p )
  • kenapa mostly penyokong english league club macam liverpool and man united tak sokong pun england untuk world cup ni?
  • kenapa saya cepat rasa bosan dengan seseorang ni. dulu kemain selalu lah berhubung tapi sekarang whatever that he/she talked, i did not find it interesting anymore. tak kuasa nak melayan. kejamkah saya?

dah. nak tengok itali main jap. tapi dah ngantuk. okthanksbye.





Monday, June 14, 2010

dapat tag terus jawab



motif copy bulat-bulat tajuk entri dd? saja. malas nak fikir. tengah sakit tengkuk. nak EL. tapi baru masuk. tak macho awal-awal cuti. padahal sebab nak cuti lama masa raya. motif cakap pasal raya puasa pun belum? tiada. haha.








1) apa yang bermain di fikiran anda?
dd. sebab baru lepas baca blog dia and tergelak-gelak pasal kes monyet. sungguh sweet jenaka itu. *jenaka?*


2) apakah nama samaran anda?
kadang-kadang orang panggil saya angelina jolie. haha. tipu. Ezzan. kadang-kadang orang panggil Shaidatul. nak lagi glamour, dd akan panggil saya Ezzan Makwe Shahir. haha. saja gedik dengan dia.


3)berikan 3 orang yang anda sayang
me, my family and my friends.


4) panggilan untuk si dia?
shahir. kadang-kadang shahir af8. nak gedik lagi, abg shahir. haha. *muntah beramai-ramai!*
siapa si dia? saya pun tidak tahu. mungkin dia. mungkin.


5) hadiah yang diimpikan dari seseorang yang istimewa
HAPPINESS. *cliche but true*


6) blog mana yang anda suka tengok.
apa-apa blog yang berkaitan dengan wedding. saya akan terus jadi over kalah mak andam. haha.


7) tag kan pada 15 blogger.
oleh sebab dd dah tag kawan-kawan saya, tak perlulah saya menambah beban mereka yang sedang sibuk bekerja untuk mencari sesuap nasi. ayat poyo. saya tahu.


okthanksbye.




Wednesday, April 14, 2010

permainan orang kaya



saya bukanlah seorang yang penyabar. sebab itu saya tak boleh bermain catur. walaupun sebenarnya memang sedia maklum tak reti nak main tapi apakan daya, perasaan nak belajar main catur memang tak pernah wujud. lagipun, saya rasa catur adalah permainan untuk orang hebat dan yang kaya-kaya je. diulangi ye, yang SAYA rasa bukan KAMU rasa. mana tak nya, nak main catur kena fikir strategi. oleh sebab 2 orang yang bijak pandai yang main jadi strategi lagi dahsyat so kena ambil masa yang lama. jadi bila tengok rose dan linda bermain catur, saya menguap beribu riban kali sampai dari mula-mula duduk tengok diorang main sampai saya berbaring. siap bertanya..."bila nak habis ni?"

lagipun, main catur kena senyap. sungguhlah tidak sesuai dengan saya yang bising ni. tu yang saya lebih suka main One Happy Family At Home dengan Snap! sebab boleh bising. gelak. main tepuk-tepuk dan yang penting pastu boleh main tipu. haha.



checkmate! rose kalah. haha.


tapi walaupun tak suka main catur tapi kalau tengok orang main, mak tak sabar nak tunggu noks mereka menjerit 'checkmate!'....ok tipu mereka tak jerit saya je suka dengar orang cakap checkmate dengan bersemangat. kira macam diorang jerit SNAP! *pastu tersengih bangga dapat kad lagi-lagi kalau banyak!* masa main game Snap tu.






hmm...tetiba macam nak main Snap dalam ofis ni. ada sesiapa yang boleh pinjamkan?



Tuesday, April 6, 2010

kenapa saya memprivate blog

ye, saya private. selama 2 hari je pun.
ok ok nobody noticed kan except cik rosalinda = ros, linda dan aida.
haha.


sebenarnya blog ini sedang direhatkan. dia menjalani servis yang ke 100 000km. haha. takdelah. sebenarnya niat di hati macam nak tukar template and at the same time buat defragment blog. tahu defragment apa? google it kalau tidak tahu. saya pun deletelah mana-mana entry yang video dia dah tak boleh play ke, entry pasal saya suka programming ke (ada ke) or entry pasal saya dulu dah bertunang tapi sekarang dah putus ke haha saja je bagi contoh ok bukan betul pun. tapi you get the idea lah kan. oleh sebab macam seronok main delete-delete saya pun terdeletelah entry yang tak diplan nak delete. mood saya yang ober eksaited untuk bermain dengan template yang cun-cun terus terbantut lalu kembali ke template asal. baby are you down down down down down dowwwwnnnnn *jay sean menyanyi*. terus tulis status kat FB kalau ada sesiapa tahu cara nak recover entry. a friend of mine kata dia ada satu cara.

cara apa? ini caranya...







.....retype all the entries. dangggg!! pengsan terus shut down laptop.




*kalau korang perasan, shoutbox widget and twitter pun terlupa nak copy balik. dah la tak save huhuhu. malaslah pula nak paste balik widget tu so korang komen je la kat mana-mana yang boleh dikomen. nanti ada mood rajin saya add balik widget tu. sekarang ni tiada mood woo.



Friday, April 2, 2010

conflict of interest



kejap ek kejap ek.
saya macam confused sikit.
take a look at the photo below.








ini meja seorang programmer ke meja pemilik butik pengantin ni? miahahahah! ni semua gara-gara excited ros nak kahwin so bawak semua majalah pengantin ke pejabat. ok ok now people know kenapa saya susah nak fokus buat kerja (aishh membocorkan rahsia peribadi). mana tak nya, duk belek majalah ni satu-satu pastu discussed cakap yang ni cantik yang tu cantik sampai diri sendiri pun tiba-tiba rasa nak kahwin.

cewah. teehee.



Thursday, March 18, 2010

cry for help



DEAR BOSS,

can i request you to allocate another person to help us out on this freakingly annoying and bored-to-death Training Module?

please?


sekian.



yang benar,



(yang dah tak larat. dah tak kuasa. dah naik muak. dah malas nak ambil kisah)






Wednesday, February 24, 2010

wondering




i deleted some of the 'so-called-friends yang sumpah memang tak kenal and tak pernah jumpa pun inikan lagi berborak' in my friends list at facebook account. kenapa delete? hmm sebab tiba-tiba rasa nak privacy. rasa macam nak buat profile tu strictly for friends yang SAYA KENAL je. takmolah ada ulat yang menyebuk. errr...kejamkah saya?





Tuesday, December 8, 2009

my busy workstation!



oleh kerana tiada mood hendak membuat kerja hari ini, jadi kita apa ya kawan-kawan????



bukan bukan...
bukan tidur...



bukan...bukan...
bukan juga pergi merayap
(eh tapi kejap lagi memang nak keluar pun nak pekena laksa penang yang nyum nyum walaupun saya tak berapa suka sangat suka laksa penang sebab laksa johor lagi superb tapi oleh sebab laksa penang tu kuah dia sangat marvellous saya akhirnya kalah juga dengan laksa penang. hikhik eh dah lari tajuk)




tapi...







yaaaaa...kita camwhoring!! hikhik!




keadaan workstation saya ni yang serabut macam saya juga.
haha. oh kantoi, desktop tidak memaparkan saya sedang buat kerja.
huhu.




ok. kasi close up sikit yuk.






hah, baru tunjuk tengah buat coding. siusiusiu ~






*update : tak jadi makan laksa penang hikhik...saya makan nasi ambang yang super sedap bersama air kelapa sejuk. oishhh...chedap cangat...siap tapau cempedak goreng sebagai bekalan untuk tea time. hukhuk!



Monday, November 2, 2009

monday morning

today is a happy day even though it's monday. memandu ke tempat kerja dengan tersenyum tanda hari ceria. kenapa?

pilihan jawapan :
A. gaji full tak masuk lagi jadi dapat tahan nafsu bershopping tak tentu hala *ehem ehem dear boss please take note ya*
B. akan ke luar negara tak lama lagi untuk menenangkan fikiran yang kusut ni. *woah, luar negara macam jauh je kan*
C. dapat dengar lagu Kuch Kuch Hota Hai pagi tadi di Fly FM sempena birthday Shah Rukh Khan hari ni.


jawapannya adalah....











Monday, October 26, 2009

office pet




ada pekerja baru di office saya sekarang ni.
sungguh comel buat saya tak betah nak berjauhan dengan dia.
tugas dia adalah untuk menghiburkan hati kami di kala kebosanan dan ketensionan bekerja.


everybody, please say hi to Puteri...

...
...



nama saya Puteri.



saya pandai buat programming. sebab itulah mentor saya ini memaksa saya menyiapkan kerjanya. buli je kerja dia ni...aipppp (gaya megat marah :p )


siapa yang bagi nama Puteri ni?
tentulah pencinta kucing nombor satu di dunia yang baru saja kehilangan kucingnya jadi dia main bubuh je nama Puteri tu sebab dia kata saya cute macam Nora Danish. wah, gitu! ;p
...
...




dia pakai baju kaler merah meraikan kemenangan The Reds.
wahahah... :)









Thursday, October 22, 2009

are you worth it?

was blog hopping just now (rehat sebentar dari kerja yang bertimbun) and came across this cool site where you can actually know how much you are worth for. well, not you just your blog. hehe.






Daily Pageviews : 150
Daily Visitors : 113
Worldwide Rank : 1,770,918
Malaysia Rank : 14, 932



so...are you worth it? :)

hmm...kalau letak hantaran kahwin ikut harga blog ni boleh tak? :p



Monday, September 14, 2009

ada tak




....company yang bagi cuti seminggu sebelum raya dan juga seminggu lepas raya? meh lah sini beritahu saya. hikhik! :)


and company BapakLoPunyaSendiri or LoPunyaCompanySendiri juga tidak termasuk okay dalam senarai....miahaha!



main point : sudah tiada mood mahu buat kerja sekarang ni! lalala...
i want nobody, nobody but you...clap clap! (sambil goyang-goyang kepala)



Monday, August 24, 2009

diari ramadhan ezzan episod 3

scene pagi:
i'm early today! clap clap...what's the big deal you asked me? mestilah big deal as i was always late to the office due to the lack of sleep sebab berfacebook. muahaha! blame it on that site! monday is the day where semua manusia merasai malas hendak bekerja lalu menyorongkan bantal ke kepala sendiri untuk bertafakur sebentar sementara menunggu waktu pulang. hahaha. aipppp! puasa-puasa ni keluar air liur basi kang tidur tu. bangun bangun ummu. eh eh, ummu pulak! ;p

last week, boss said if you come at 7 o'clock in the morning, then you can go back home at 4 in the evening. nampak macam best kan. tapi being a so-not-morning person, pukul 7 pagi hendak tercongok depan office adalah perkara yang mustahil bagi saya. tapi kalau balik pukul 4 tu, saya boleh punctual. kahkahkah! oh ye, saya sampai office hari ni pukul 8.30...then, i can go back home at...hmm, what time ek boss? lemah sikit ilmu kira-kira ni. kol 4 jugak kan? hikhik... ;p

(geramnya tengok cupcakes ni!)



scene tengahari:
pergi keluar jap tadi. dengan ummu, dd and ros. tapi kami bukan ke drive through mcd ke apa ye harap maklum. pergi printing kad kahwin. cewah! blushing blushing. ok, sekarang masa untuk tidor. kroh kroh kroh!


scene petang:
tiba-tiba dipanggil MEETINGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!
gagagagagaga! nak kena siapkan kerja pulakkkkkkkkkkkk!!!!
ok ok geram geram.



terus tiada mood langsung.
mungkin siaran diari ramadhan ezzan akan ditangguhkan buat sementara.
sebab lepas ni, scene dia akan direpeat untuk beberapa hari.
huh!



Friday, August 21, 2009

kerjaya kegemaranku

saya kerja esok. hah????!!!
faham tak faham tak?


esok saya kerja. hah???!!!
dah faham ke?
kenapa? tak percaya kah?

iye serius saya kerja esok.
tak tipu okay.
tak baik tipu bulan puasa ni.



tengok muka comel saya ni?
takkanlah saya nak tipu kot.


...

...









esok saya plan nak ambil gambar makanan kat bazaar-bazaar ramadhan.
maybe esok pergi bazaar kat Setiawangsa.
hah, amik kau! duduk kat cheras, pergi bazaar nun jauh kat keramat sana.

oh ye, lupa nak beritahu.
itulah kerja saya sebenarnya esok. hahah!
snap gambar makanan untuk ditepek di blog camerajunkie ku nanti.
muahahah!