Followers

Showing posts with label tv. Show all posts
Showing posts with label tv. Show all posts

Friday, July 13, 2012

big!




meh nak promote satu drama. huh, aku memang takde kerja lain. duk promote drama korea je. tapi serius, i no lie one lah. cerita ini adalah super best. tahap aku tengok sampai gelak-gelak, nangis dan sakit tengkuk. kenapa sakit tengkuk? ate, dah duk atas katil pastu bongkok-bongkok tengok laptop. manalah tak sakit kan. masa aku baca synopsis drama ni kat Channel 391 KBS tu, terus aku rasa "omo! macam best jer cite ni!"...pelukun pelukunnya adalah Lee Min Jung, Gong Yoo yang drop dead comel dan op koslah kat gambar tu dah terang-terangan ada Suzy yahh!

BIG

Big - mengisahkan Gil Da Ran (seorang cikgu sekolah menengah) yang excited nak kahwin dengan Seo Yoon Jae (seorang doktor) merasakan bahawa tunang dia ni macam dah tak sayang kat dia. at the same time, ada budak baru yang bersekolah kat tempat Da Ran mengajar yang bernama Kyung Joon macam suka kat Da Ran ni. dia banyak provoke Da Ran ni supaya berterus terang je dengan Yoon Jae...pasal tak puas hati sebab Yoon Jae ni tak bagi perhatian kat dia. bila Da Ran tanya kat Yoon Jae..."awak dah tak sayangkan saya ke?" ke "pernah tak awak cintakan saya?" something like that lah. haku pun tak berapa nak hengat. then, Yoon Jae cakap untuk dia jawab soalan Da Ran tu, dia nak jumpa Da Ran dulu. masa Yoon Jae ni nak pi jumpa Da Ran, dia dan Kyung Joon yang masa tu baru beredar dari tempat Da-Ran, terserempak dengan accident. they both tried to avoid the accident lalu dua-dua tercampak ke dalam tasik. masa kat dalam tasik tu, Kyung Joon dah tak sedarkan diri. Yoon Jae kan doktor, jadi lepas dia berjaya keluar dari kereta dia masa dalam laut tu, dia pergi selamatkan Kyung Joon. rupa-rupanya, masa Yoon Jae selamatkan Kyung Joon, roh dorang ni macam tertukar. Roh Yoon Jae masuk dalam badan Kyung Joon, roh Kyung Joon masuk dalam badan Yoon Jae. Kyung Joon dalam badan Yoon Jae hidup, tapi Yoon Jae dalam badan Kyung Joon still in a coma.........

so, nak tahu macam mana kesudahannya? tengoklah uols. sekarang kat Korea dah episode 12. mak hadap benda alah ni setiap hari rabu lepas tunggu diorang sub. sehari tengok 2 episod. pastu kebulur tak tahu nak tengok apa dah dan tak sabar nak tunggu episod minggu depan. heeee :)




footnote : kira macam 18 going on 30.



Saturday, December 10, 2011

current (korean) obsessions




aku nangis, ketawa, geram semualah bila tengok cerita ni.
ok. have to agree with my sister.
lee dong wook oppa memang sangat super handsome.
wuwuwu...


another one is of course
the super hilarious show i've ever watch
gelak guling-guling sampai rasa nak pecah perut
the best game show ever

...

...



RUNNING MAN!!!

setiap jumaat pukul 6.30 petang mesti dah terpacak depan tv tengok channel One HD. 
kalau termiss, tunggu ulangan hari ahad pukul 11.30 malam. 
esok ngantuk kat office pun takpe. sanggup.






Sunday, October 2, 2011

lemahnya perempuan



source


korang layan cerita Soffiya kat TV3 tu tak? aku? layan lah gak. kadang-kadang. kalau teringat aku layanlah. mula-mula tengok cerita tu ingatkan yang rogol yaya tu bapak tiri, ghupenye bapak betul. tadi baca paper yang pasal ada sesetengah tak puas hati dengan drama tu sebab isu sumbang mahram yang dipaparkan di kalangan masyarakat melayu. aku pun ada gak tak puas hati. tapi bukanlah pasal isu tu.

aku sannnngatttttt tak suka dan rasa menyampahhhh bila drama selalu nak tunjuk perempuan tu lemah. perempuan selalu dianayai. mungkin sebab tu aku tak suka gila babeng cerita Natasha dulu yang fasha berlakon tu. kalau dah kena sebegitu teruk tak reti ke nak melawan? tak reti ke lari ke, sepak terajang balik ke...apa-apalah. tak boleh terimalah bila lemah macam tu. takmo report polis lah, bila kawan datang rumah takmo cerita kan perkara sebenar. nak cover baek punya lagi lak tu. ishhhh memang tak faham. memanglah orang kata perempuan itu insan yang lemah. well, lemah tak bermaksud lembik. lemah jugak tak bermaksud tak boleh guna akal nak atasi situasi tu.


eh aku pun tak tahu motif aku tulis entry ini. emolah teww...


footnote : lebih suka Cinta Elysa hehe. sebab lebih sweeeettt.... ;)

  

Saturday, October 16, 2010

remember them?



long before twilight became famous and long before people are going ga-ga about the love stuff between bella and edward yada yada yada, there was another sorta the forbidden love thingy between a vampire and a mortal that i was such a huge fan of while i was still studying in high school. yes high school which means like a gazillion years ago. *tsk tsk rasa tua*


remember her?

and him?


yes. Buffy The Vampire Slayer and Angel. OMG. terasa macam remaja semula bila tengok cerita ni balik online. teringat masa zaman sekolah dulu setiap minggu mesti akan tunggu cerita ni kat tv. ol' skool gilalah cerita ni. entah angin kus-kus mana tah yang datang melanda malam ni, buat saya teringin nak tengok cerita Buffy balik. balik-balik dari office tadi terus on laptop search the final episode of Buffy and Angel. serious tak pernah tahu macam mana cerita ini berakhir. tu yang terus google. tapi lepas dah tengok ending terasa lak nak tengok episod-episod sebelum tu. so menatap wajah kesayangan hamba lah ni dari tadi. rasa puas hati sangat sebab tahu ending dia macam mana walaupun nak loading lama noo...

*mungkin sebab cerita lama jadi uploader video ni macam hidup segan mati tak mahu ewah *


Buffy and Angel.

my favourite TV couple!


Saturday, September 4, 2010

playful kiss


sekarang saya tengah ada mood nak layan drama korea ni. the korean version of Itazura Na Kiss. tengok pun sebab ada Ji Hoo sunbae. he will always be my Ji Hoo cewah. takmo panggil dia Kim Hyun Joong sebab...nama dia panjang sangat penat nak sebut. haha. let's just hope this drama is as good as the anime yang memang saya suka gila-gila lah.

drama baru siarkan kat korea 1 September hari tu. harap keluar cepat-cepat kat KBS Astro tu malas dek non nak tunggu video load 40 tahun kemudian. hoho.




Saturday, August 21, 2010

busunako! busunako! busunako!


* busunako = ugly sunako




yatta!! habis dah 10 episod cerita yamato nadeshiko shichi henge ni. habis tengok dalam masa sehari je. semalam. oh ye tengok DVD. baru puas hati boleh tengok kat TV malas nak tengok kat laptop rasa kecik noo skrin. bestlah cerita ni aida. eh tetiba nama aida. hehe. saya banyak kali gelak. serius kelakar. nangis pun ada gak especially towards the ending tu. walaupun hero dan heroine dia takdelah handsome and cantik mana pun tapi tetap feeling-feeling gitu. paling tak boleh blah bila hero jerit 'BuSunako!' banyak kali pastu heroine jadi kuat boleh putuskan tali dan gari. hebat. hehe.

eh ok. dah habis cerita ni dah tak tahu nak tengok cerita apa. cepat. cerita jdorama apa yang best? yang boleh saya beli dvd ni. cewah.





Friday, July 2, 2010

world cup exits


haha brazil haha.

kaka? lagi haha.


never really like brazil. haha.

kudos to the dutch! can't wait for the germans vs argentines tomorrow.

psst...terus twitter over capacity bila brazil kalah. haha.




Wednesday, June 30, 2010

pelakon winter sonata bunuh diri?!


kenapa ramai bebenor pelakon korea bunuh diri ni? tadi tahu pasal 2nd hero cerita winter sonata yang famous amos masa zaman remaja saya cewah remaja. hehe. ha bukan bae yong jun tak tahu ejaan betul ke tak malas nak google tapi nasib baik (bak kata muni) bukan dia. kalau tak sia-sia je saya puja dia sampai siap kena sorok gambar dia masa spotcheck kat sekolah dulu. hehe. eh eh tapi serius tak faham kenapa diorang ni bunuh diri senang-senang je camtu. tension kot jadi pelakon kat sana. ke sejuk sangat kot kat sana. or maybe terlampau ramai artis-artis baru yang handsome lagi mengugat jiwa dan raga haha. aish. nampaknya, terpaksalah saya lupakan cita-cita nak berlakon bersama geum jandi dan ji hoo sunbae. motif? haha.




park yong-ha yang bunuh diri tu.



Thursday, June 17, 2010

the biggest loser





weh sepanyol. kenapa kau kalah. kau bukan tak tahu ini satu-satunya match yang aku tengok sepanjang start world cup ni. yang lain aku tak tengok. tapi sebab ada fernando torres, iker casillas dan xabi alonso, aku gagahkan diri juga tengok match kau sampai habis. walaupun aku rasa macam germany yang akan menang world cup ni tapi aku tak tengok pun diorang lawan. aku tengok match kau. sebab aku tak kenal player germany. tahu player england je. tapi kau. kau ada pemain barcelona, real madrid semua. oh aku sungguh keciwa. setakat hari ni, this is the biggest upset so far. depan gol pun tak masuk. aku siap terjerit bangun duduk bila korang duk attack swiss sampai kena marah dengan mak suruh diam dia nak tidur. oh, terus aku puasa hari ni. sebab frust. ok tipu. puasa sunat sebenarnya. kalau aku ngantok kat office hari ni semua salah kau! bai.









Sunday, May 30, 2010

OMG!!!



OMG...rasa sungguh tak percaya.
OMG...dapat cakap dengan Shahir AF8 dalam phone.
OMG...terus gugur jantung.
OMG...nervous gila sampai tergamam dalam phone.
OMG...suara dia sedap walaupun dalam telefon.
OMG...boleh bayangkan dia sengih masa cakap tu.
OMG...dia gelak bila saya cakap 'nervous ni tak tahu nak cakap apa'.
OMG...saya rasa tua bila dia cakap 'ni kakak kak eqah kan'.
OMG...saya blushing walaupun tidak cakap berdepan.
OMG...saya masih tersenyum sumbing ketika menulis puisi ini.
OMG...saya mahu adik saya terus selamanya bersama AF8.
OMG...tiba-tiba jealous dengan adik saya.
OMG...kenapa entah saya sangat suka dengan dia.
OMG...adikku meera pula dapat cakap dengan maulana.
OMG...dia kata dia pun nervous.
OMG...dua-beradik yang sedang mengalami sindrom angau.


semuanya OMG lah!







Friday, May 28, 2010

the saddest drama ever


i'm not sure i've wrote about this. malas pula nak tengok archive so saya tulis sajalah ye. kalau korang rasa saya dah pernah tulis pasal ni, korang mengadulah kat pejabat agama. haha. ok. saya rasa mesti ramai dah tengok cerita Jepun 'One Litre Of Tears' kan. yang drama punya. bukan yang movie. personally, saya rasa cerita itu perlu ditukar tajuk kepada Berliter-liter of Tears. haha. saya tengok cerita ni during semester break sebelum masuk semester 6 masa ambil bachelor science comp dulu. cerita ini dicadangkan oleh sahabat saya memandangkan saya asyik mengadu pada dia bosannya cuti (ceh padahal bukan tak boleh buat final project masa tu. hihi).

so saya pun tengoklah cerita ni. ada 11 episod cerita ini. and truthfully, it is THE SADDEST drama ever. and i mean like...EVER. saya habiskan tengok 11 episod tu dalam masa satu hari juga. tak pernah saya menangis sebegitu teruk bila menonton cerita. saya memang nangis ok. teresak-esak sampai terhenjut-henjut bahu. feeling saya masa tengok drama tu...pergh! memang kalahlah bila saya tengok Kuch Kuch Hota Hai. tisu bersepah-sepah atas tilam masa tu. merah muka. rasanya kalau lah saya kumpul air mata yang mengalir masa tengok cerita tu, mungkin dah penuh gayung kot, boleh buat basuh mukalah. cewah. mana taknya, dari episod pertama dah nangis. sampai lah episod 11. straight menangis. penat rupanya menangis ni. yang paling tak dapat saya lupakan, lepas saya tengok cerita tu saya terpaksa telan panadol sebab pening macam nak demam. dahsyat kau! over acting kan macam lah saya yang berada dalam drama tu. haha. tapi serius. itu yang terjadi.

nah...my fave song of the drama!






Tuesday, May 25, 2010

gambar shahir af8?




jap...jap...nak bagi korang jeles jap...



are you ready?!


....


....


....



tadaaaaaa!!!!!




shahir. juara AF8!!



adik saya bersama sang juara.
ok. sebenarnya saya pun jeles sebab dia dapat bergambar dengan shahir.
pesan kat dia suruh kirim salam kat shahir tapi dia tak sampaikan pun.
oh keciwa.


oh sebelum tu, ni gambar budak-budak af8 yang lain.



nah muni, khas untuk anda! ;)
iwan AF8




ok dah. cukup sudah angau tuh. sambung kerja balik! ;p





Sunday, May 23, 2010

Lirik : RSVP & Kebahagiaan Dalam Perpisahan





akhirnya akhirnya...shahir menang. wah gitu. tak sia-sia saya suruh orang afundi. saya afundi tak? teeettttt! no komen. saya afundi masuk, yes. wah semangat kau gitu. rasa kan bila shahir pandang kamera kan dengan renungan mata dia tu kan rasa macam dia pandang saya seorang saja. boleh? wah berangan tak sesuai tau! hehehe.



sebenarnya saya ada dapat 2 tiket ke Konsert Final AF8, plan nak pergi bersama adikku ameera tapi apakan daya tiba-tiba macam malas nak bersesak. hehe. al-maklumlah dah lama tak pergi konsert jadi tak biasa sangat rasa sesak. satg kang nak pergi toilet lah, nak cari surau nak solat, nak beli minuman lah. oh sungguh payah. but i thanked and appreciate my sister lah for getting me the free tickets walaupun tempat duduk dia upper tier nun kat atas sana kalau saya ambil gambar pun guna dslr lense biasa pun hanya nampak budak-budak AF tu cenonit je. ahaks!

tapi kan entah kenapa tah antara semua budak-budak AF8 ni punya lagu baru saya paling suka lagu maulana. R.S.V.P yang bermaksud silalah respond dalam bahasa pasarnya. haha. best apa...ku pinta kau respondez s'il vous plait yada yada yada...here goes the lirik..

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu


Lagu shahir adalah second best. Kebahagiaan dalam perpisahan. tengok video klip dia rasa macam nak jerit 'hot! hot!'. sangat suka masa chorus lagu ni...embun pun takkan mampu, menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh. nah ambil lirik ni.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

(Korus)
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Tiap titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti







yeayyyy!!! shahir menang. i suka. yippee!!





footnote : tiba-tiba rasa nak jumpa shahir. ok. saya obses. hari tu cakap orang obses pasal artis kan. sekarang saya lak berjangkit. ahaks! tapi takdelah sampai nak menghentam orang lain. kan. ;p







Tuesday, April 20, 2010

drama cinta bersiri


saya memang suka cerita cinta. baik dalam filem mahupun novel. tapi ada satu yang saya tidak suka. cerita cinta drama bersiri. kenapa tak suka? sebab saya tak suka menunggu. kalau boleh nak tahu ending dia terus. supaya i tak suspense noks. buat tak keruan nak tahu kisah selanjutnya. cewah. masa zaman nur kasih tu dulu, kalau lah dibuat jadi novel confirm saya baca. tapi masa zaman tu lah sekarang dah tahu ending rasa macam tak worth it pula beli. kalau nak beli pun semata-mata nak bayangkan remy ishak yang hawt itu dalam watak adam. haha.

cakap pasal drama bersiri ni kan, ada satu cerita kat tv3 tu yang buat saya tertarik menarik nak tengok. ye. ADAMAYA. kenapa saya rasa tertarik? sebab sein yang super handsome (teringat dia menari hebat dalam sehati berdansa dulu) ada dalam cerita tu. and at the same time, saya suka jenis cinta yang ala-ala mula-mula benci pastu sayang. yes, i know. very cliche kan. tapi nak buat camno, naluri den ni hah yang suko. kahkah.

tapi sayang, cerita tu waktu siang. saya pula kerja sampai malam. al-maklumlah, CEO. muahaha! lagi-lagi sekarang ni waktu yang agak busy nak termampos. so, peluang nak tengok tv pun hanyalah selepas pukul 10 mlm. nak tengok adamaya pun, boleh tengok online je. yang online pun banyak lak part nak kena tunggu dia loading lagi. kenapa tv3 tak boleh buat macam watch-series tu? senang. sekali gus satu episod macam saya tengok Glee and CSI:NY. weh, banyak nya songeh kau. haha.




so now i'm giving ADAMAYA a chance.
let's see whether it is worth watching for!



psst...baru episod ke-2 tapi saya dah rasa macam malas nak tengok. apa kes ni? huuhuu...



Monday, April 12, 2010

perempuan yang kurang ajar


pernah tak korang rasa macam nak pijak-pijak, nak sepak-sepak, nak tendang-tendang, nak tumbuk-tumbuk seseorang? saya tak kisahlah semua nak kata kejam ke apakan, kata tiada perikemanusiaan ke whatsoever, memang dah tak kisah dah so saya nak beritahu yang saya pernah berperasaan begitu. saya rasa nak sepak-sepak dan tampar-tampar seorang perempuan kurang ajar, si Rita Rudaini dalam drama Tiupan Sangkakala tu. hebat woahhhh lakonan dia. sampai saya yang jarang tengok drama melayu pun boleh sampai melekat kat TV lah sampai tak tengok AF lah sampai saya pengaruh adik saya suruh tengok sekalilah sampai…ok sampai situ saja.

aksi dia flying kick suami dia tengah solat, i was like….Ya Allah!!! terkezut i noks sampai wondering ada ke manusia biadap macam tu di muka bumi ini? tak boleh bayangkan kalau benda tu terjadi betul-betul di depan saya. tah-tah dah ada aksi tarik rambut antara saya dan Rita. takpun, aksi tampar-menampar berlaku macam dalam wrestling bila perempuan gaduh. serius, tak boleh bayangkan. apa-apapun, bagus Rita. suami betul anda sangat handsome eh eh tiada kena mengena haha.




eman! rita!

bergabung! meletop!




Tuesday, April 6, 2010

facebook hate group




macam dah jadi trend dah sekarang ni. trend apa? ye, trend hate page di facebook. i seriously don't get it. contoh macam ada page ANTI-TERJAH TV3 and 1,000,000 people hates AF. you seriously think kalau dah ada 1 juta jadi member then diorang akan ikut cakap korang lah? ye lah tu. unless kalau korang adalah Menteri Penerangan yang boleh gam sesuatu show or an artist. kalau tak suka jangan tengok. senang cerita. bila tiada orang tengok jadi rating of the show pun turun. bila rating turun nanti sooner or later tiada lagilah cerita itu. and same goes for hate page for Fasha Sandha, Linda Onn and Scha Al-Yahya tu. lebih kurang lah kan macam yang anti-terjah and af tu. honestly, i think that was just a crap. nampak sangat tidak matang. and also macam nampak sangat yang korang care sangat pasal depa sampai sanggup tubuhkan group tu. bagi saya, benda ni akan membuatkan mereka rasa mereka popular sampai ada hate page sendiri. sebab dah tak suka baik buat tak layan je. kalau benci dorang jangan pergi tengok movie diorang, jangan tengok drama dorang and tak payah dengar siaran radio mereka. it other words - BOIKOT je sudah. tak perlu nak memburukkan mereka.



*saya sangat tak suka gilerrrr cerita-cerita slot Aksi di TV3 - tiada sesiapakah yang mahu menubuhkan group Say NO to Jidin or I Hate Papaya di Facebook? (camne saya tahu? tengok iklan je sudah rasa poyo rasa nak gelak berdekah-dekah)



Tuesday, March 16, 2010

animal movies


(ye, animal movies bukan animal planet)

lewat malam tadi, semasa mengambil mood untuk tidur sekali tuh tangan gatal saya telah menekan butang R di astro ria lalu tertidur. haha. ok, bukan begitu ceritanya. ceritanya macam ni. saya telah menonton cerita Marley & Me kat alahai tak ingatlah pulak HBO ke StarMovies tapi either one lah kan. saya kalau boleh akan avoid tengok cerita-cerita macam ni not because i hate dogs ok. i like looking at dogs tapi yang jinak-jinak saja lah oh wait scratch that. i like looking at puppies. puppies are soooo freaking cute. especially yang bulu lebat sampai tak nampak mata pastu jalan tergedek-gedek. kihkih. comel comel. anyway, one reason i don't want to watch animal movies is that i know for sure i'll end up crying. tak boleh wooo tengok binatang tu mati in the end or binatang tu kena dera. memang menangis lah saya macam tengok kuch-kuch hota hai dulu. macam semalam, gatal tangan tengok Marley & Me terus menangis teresak-esak nak tidur pun air mata masih mengalir di pipi gitu. tengok Stuart Little pun saya boleh nangis. kihkih.



comelnyerrrr.....grrr!

kalau tengok national geography tang sekumpulan harimau tengah nak terkam kuda belang ke apa kan akan sedih lah. mesti akan jerit "kasihannya!!!" kat depan tv tu walaupun saya tahu itu adalah makanannya tapi tetap sedih. kalau tengok ularkatak kena makan dengan katak ular pun rasa kasihan. mungkin sebab cara makan dia kot. main sambar je. uhuk uhuk!




awww...comel sangat kan! mana saya tak nangis bila dia mati di pangkuan tuan dia. hukhuk!




footnote : ok. disini saya ingin menyatakan sesuatu. sebelum ada suara-suara sumbang yang sibuk nak mengomen tak tentu hala meh sini saya clarifykan dulu. mungkin bagi sesetengah orang menganggap apalah budak ni suka anjing. dahlah Islam. tak tahu ke haram binatang tu. well, bagi saya tak salah kan kalau saya suka dengan anjing lainlah kalau saya bersentuhan dengan anjing dengan keadaan basah tapak tangan itu baru haram. kena samak. Islam pun tidak menyuruh kita bersikap kejam terhadap binatang. i can't stand tengok gambar-gambar haiwan diseksa. sedih tengok kenapa manusia boleh zalim begitu sekali.




Thursday, January 28, 2010

love this show


this is my current favourite tv show at the moment (aside from CSI lah). sungguh superb and super fun ok. rasa macam nak ikut nyanyi and menari masa tengok cerita ni. lagu semua best-best, you can sing a long to it.


i am sooooo into gLee!!!




the cast of glee!!



please...worth a watch i tell you!
anda akan rasa terhibur
(if you enjoy musical lah kan like am i)