Followers

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

comellah boss saya ni


isnin lepas, aku ke Kota Kinabalu untuk attend meeting. yes, meeting je pun. bukan kena pergi kursus kat sana ke apa. flight pergi pukul 9.20 pagi, meeting pukul 2.30 petang dan flight balik pukul 6.50 petang pada hari yang sama. yup, aku balik hari okesss. dah macam business woman dah. cuma takde private jet je. cewah.

sampai KK dalam pukul 11.30 macam tu. bila aku kat KK kan, baru aku rasa best giler boss aku ni. motip boss aku yang ajak pergi pasar ikan, pasar Philippine dan pasar kering? "saya nak cari ikan bawal lah!" statement yang keluar dari mulutnya. comelkan boss aku ni. heheh. oh ye, boss saya lelaki ok. dia stock ayah-ayah. satu yang tak tahan, bila dia suruh aku..."ezzan, you tolong pilihkan brooch untuk isteri saya? sekarang trend macam mana?" wah gituuuu....curlass kau jah. jadi brooch consultant plaks kan. "you beli tak butang baju melayu untuk boyfriend?" wah wah wah boss aku ni nak bergosip lak. masa ni aku dah habis gelak dah. hehe. terasa macam bersembang dengan ayah je. bila aku balas "takde!" dia kata "takkan tak beli untuk boyfriend...." pastu bila aku balas..."bukan takde tak beli tuan haji, takde tu maksudnye takde boyfriend" pastu kitorang gelak sesama. haha. yang memborongnya dia, aku tak beli banyak mana pun. lagipun adik aku pun baru balik dari sabah bulan julai hari tu. boleh pulak dia cakap "apa laa ezzan, datang KK tak shopping banyak.." aku lak balas "...saya tak plan pun nak jalan, so duit yang bawak pun tak banyak..." ;)



pastu petang tu, lepas dah habis meeting masa kat airport, boleh pulak boss aku ni stop kat kedai diamond. wahdushhhhhh dahsyat nooo. aku tak pernah lah nak stop kat kedai emas kalau jalan sengsorang. dia terus masuk kedai diamond tu bila nampak sign SALE 50%-70%. ingatkan nak beli untuk wife dia ke kan, sekali tu dia cari cincin untuk dia. tak ke comel boss aku ni? aku terhibur sangat. haha. aku pun apa lagi kan, duk try lah segala cincin yang ada kat dalam kedai tu. tapi serius, memang aku rasa murah. cincin yang regenya rm1k jadi rm500 je. dah lah blue sapphire diamond laks tu. style dia macam design cincin kate middleton lagi. boss aku plak siap cakap "...xmo ambik satu ke ezzan?" gulp. nak ambik satu? aku bawak duit rm100 je. rm60 dah habis kat pasar dah tadi. ada ke cincin diamond 40 hengget? "...saya tak mampu nak beli cincin macam ni tuan haji, saya mampu stok-stok cincin kat pasar tadi je..." gelak lah lagi weols.

anyway, flight aku pukul 6.50 kan. KK lak buka puasanya 6.33. tapi 6.30 kitorang dah kena board the flight. aku bawak masuk air je and some cookies je dalam beg. pastu masa kat pintu masuk tu, aku nampak orang lain ada yang bawak masuk dunkin donuts lah, marry brown lah. aku lak macam terkesima. boleh ke bawak masuk flight semua tu? sekali rupa-rupanya boleh. aaahhh kalau aku tau aku dah beli dah burger tadi. sebab dinner is served dalam pukul 7.45 masa tu. waaah belapar lah i. lagi-lagi, ada bad weather right after take-off tu so they couldn't served the food sooner. berkoroncong untuk ana lah perut aku ni. tapi ni kira first time lah aku berbuka dalam flight. selalunya orang berbuka dalam kereta kan. aku berbuka dalam flight. hehe.

my iftar. chicken briyani. yg paling sedap adalah kitkat iteww



Wednesday, August 8, 2012

quiche ayam, cendawan & bayam robek hatiku eh ah eh ah


amacam? ada ala-ala macam masakan azwan ali tak nama makanan yang aku masak weekend lepas? muahaha. as usual, weekend adalah program ketuk-ketukkkk ramadhan bagi iols. so, kali ini kak joyah ingin mempersembahkan hidangan quiche. apa itewww quiche adik-adik? well, quiche ni bagi yang tak tahu is a bit like a pie without the pastry top. tu dalam bahasa mudahnya. nak lebih spesifik, google la der.

                                                 this is a pie                                                this is a quiche


sebenarnya, minat aku timbul untuk buat quiche ni sebab mak aku pernah buat dulu masa aku duduk keramat which is like 15-16 years ago (haha sekarang dah tua baru nak belajor buat). masa tu rasa...wah sedapnya quiche ni. tu yang terus rasa sedap tu memang tersemat dikolbu. so, since i was possessed with a semangat rajin memasak bulan ni, aku pun google lah resepi quiche ni. satu sifat aku kalau cari resepi, mesti nak cari bahasa melayu punya. aku tak berapa faham resepi kalau dia dalam english. aku mesti wondering apo bondo tu. lagipun resepi melayu selalunya mention nama bahan yang dia guna dan dorang bagi tips. aku ni kalau masak mesti nak ikut betul-betul resepi dan bahan-bahan yang digunakan.

so, okay...here goes the recipe.

Bahan-bahan pastri :
2 cawan tepung gandum
170g mentega sejuk - dipotong kiub
secubit garam
5-6 sudu besar air sejuk (yang ni kalau aku cek dalam buku resepi mat saleh, ada yang buh 3-4 teaspoon je. tapi aku suggest minimal lagi baik. sebabnya aku TERtuang BANYAK air sejuk ni dalam adunan, terus jadi lembik. bila lembik susah nak uli doh tu. terpaksalah aku tambah tepung. siusiusiu~)

Bahan-bahan inti:
6 biji cendawan butang/swiss brown - dihiris kasar
1 biji bawang besar - dicincang
2 keping dada ayam - dipotong kiub
1 ikat bayam - dipotong kasar
3 biji telur
3/4 cawan sour cream atau boleh guna krim memasak
3/4 cawan susu segar/susu penuh krim UHT
1 cawan cheddar cheese - diparut
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
  1. sediakan pastri. gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk pengadun. masukkan mentega yang telah dipotong kiub ke dalam tepung sehingga campuran mempunyai tekstur kering seperti serbuk roti.
  2. campurkan air sejuk sesudu demi sesudu dan gaul dengan garfu sehingga adunan bersatu membentuk doh. uli doh sikit sahaja dan balut dengan plastik pembungkus makanan. simpan dalam fridge selama 30 minit.
  3. sediakan bahan inti. dalam kuali yang panas, gorengkan hirisan cendawan dengan sedikit minyak sambil membalik-balikkan selama beberapa minit until brown. keluarkan dari kuali.
  4. dalam kuali yang sama, tumiskan bawang besar sehingga lembut, masukkan potongan ayam dan stir until cooked. masukkan bayam dan masak sehingga layu. tambah garam dan lada hitam secukup rasa. sejukkan inti sementara menyediakan kulit pastri quiche.
  5. panaskan oven kepada 220 celcius. sediakan tin tat/quiche berukursan 12 inci. yang ni kalau korang nak buat mini quiche pun boleh dengan menggunakan beberapa tin tat/quiche yang kecil.
  6. keluarkan pastri dari fridge. taburkan permukaan meja kerja dengan sedikit tepung dan juga di atas pastri. canaikan pastri kepada ketebalan 3-5mm menggunakan penggelek. (jangan plak korang buat macam mamak roti canai tu haha)
  7. alihkan kepada tin tat/quiche dan muatkan serta kemaskan ke bucu tin. trim pasti berlebihan.
  8. pukul telur, sour cream/cooking cream, susu, garam dan lada hitam.
  9. ratakan bahan-bahan inti (cendawan, ayam dan bayam) ke dalam kulit quiche tadi. taburkan cheese. tuangkan campuran telur dan krim sehingga memenuhi quiche.
  10. bakar dalam oven  yang bersuhu 220 darjah celcius selama 20 minit, selepas tu turunkan kepada 170 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga quiche masak dan keperangan.
  11. keluarkan dari oven, biarkan sejuk sedikit sebelum mengeluarkan quiche dari tin.

voila!! my version of ze quiche!! :)


senang je kan.....(tapi aku rasa leceh lah gak sebab aku takde penggelek kooo. last-last aku gelek dengan gelas je. tapi takes time lah. gelasnya comel lote. nak canai 12 inci. last-last aku penyekkan sendiri je doh tu dalam bekas quiche)

anyway...fyi, sebenarnya resepi ni namanya Quiche Ayam, Cendawan, Kentang dan Bayam. tapi boleh pulak kan, last minute cek-cek kat dapur, dah habis pulak kentangnye kan. so...tak include lah kentang dalam resepi ni. tapi kalau korang nak juga guna kentang, boleh gunakan 2 biji kentang yang dipotong kiub dan direbus sehingga lembut. pastu masa masukkan inti dalam kulit quiche (step 9) includekan sekali kentang yang dah lembut tu. tapi kalau takde kentang pun ok je. sedap je aku rasa. as usual, mendapat pujian....pernah ke aku tak dapat pujian bila masak? haha.



eh pernah. masa buat kek batik tahun lepas. tak sedap aku buat. hahah! ;)

selamat mencuba....


              

Tuesday, July 31, 2012

resepi hari ini




setiap kali masa bulan ramadhan, mesti angin rajin memasak aku datang. macam-macam resepi nak cuba. cari kat internet. tengok kat buku. so, i came across this recipe in The Perfect Picnic book, mak den punya. baca-baca hmmm macam senang je. apa lagi, bertungkus lumus lah mak jemah kat dapur tu. semalam sampai-sampai je rumah dari office, lepas solat terus masak bendalah ni. Potato & Onion Tortilla. 

Ingredients : 
- 1 1/4 cup olive oil
- 6 potatoes (thinly sliced) 
- 2 onions (sliced - dalam bentuk onion ring)
- 6 eggs
- salt, black pepper
- cherry tomatoes for serving purpose 

Steps :

1. Panaskan minyak dalam large frying pan. Tumis bawang bersama-sama dengan kentang tu tadi. Buh garam sikit & blackpepper. Masak dalam 20 minit (until soft) dengan api yang kecik.


2. Beat the eggs in a large bowl. Bila kentang & bawang tu dah soft dah, masukkan bahan-bahan tu ke dalam mangkuk telur tu tadi. Kacau sikit, then masukkan semula kesemua tu dalam kuali balik. 
3. Cook for 3-4 minutes until the base is set. Cover the pan with a plate and carefully invert the tortilla onto it. Dah terbalik, masuk balik dalam pan dan masak lagi selama 5 minutes, until it is golden brown on the outside and moist in the middle. 
4. Diced the tomatoes and serve with the tortilla. 




dalam erti kata yang lain, cara dia macam kita buat telur dadar cuma takde lah rasa telur dadar. cuma yang ni tebal. dan ada isi. and rasa sedap sebab ada kentang dalam tu. untuk first trial ni, aku hanya guna 3 biji kentang je. sebab takmo tebal sangat tortilla tu. so 3 biji kentang tu bersama dengan sebiji bawang besar, telur aku guna 4 je. lagi satu, masa masak tortilla tu, kurangkan minyak. jadi base dia rangup sikit lah. yang aku buat ni dapat 6 slices. Alhamdulillah, habis uols. licin pinggan. anyway, kalau korang takmo served guna tomato pun takpe, boleh juga diced the capsicum. buatlah 3 warna nampak meriah sikit lah kan. hehe. and lagi satu, kalau korang nak jadi kreatip lagi, bolehlah kot buh cendawan dalam mixture tu.




selamat mencuba....


nak famous amos



oleh kerana weekend hari tu teringin sangat-sangat nak makan chocolate chip famous amos tapi malas bebenor nak keluar weekend hari tu, terpaksalah kan rajinkan diri buat cookies ni. ye lah, the nearest mall pun nak beli famous amos ni pun kat the mines lah kot (tak tahu lah kalau ada kat jusco cheras selatan/bandar mahkota). tak koser ler aku nak drive ke sana semata-mata nak beli cookies. heh. anyway, aku tak pernah buat sebelum ni walaupun tahu ianya amatlah senangkan. tapi malas kot selama ni. selalunya mak yang buat masa nak raya. yang ni den buat sendiri.


nampak macam jadi kan. memang jadi pun. miahaha. tapi keras sikiiiiitttt je, tak banyak but still eatable. mungkin terlebih tepung kot. dapat pujian dari ayah. boleh buat bisnes katanya. ayah aku senang je, asal boleh dimakan dia puji. bila aku tanya, tak keras sikit ke yah cookies tu, dia kata takdelah...sambil tu cicah nescafe panas. nampak noo takmo kecikkan hati aku kan. hehehee...

penat juga ek buat kuih ni. ececeh. itulah kata orang yang tak selalu masuk dapur. masuk bila bulan Ramadhan je. anyway, dapat lah jugak satu tin cookies tu hari tu aku buat. boleh buat kudapan depan tv dan benda untuk diterjah masuk dalam perut selepas balik terawikh. heh.



Friday, July 20, 2012

ahlan wa sahlan ya ramadhan





my favourite month is back! 
bulan yang paling ditunggu. paling dinanti. paling dirindui. 
i always feel at ease during ramadhan. 
the calming effect that ramadhan brings is just indescribable. 

and to all muslims, selamat berpuasa dan beribadah!



Monday, August 29, 2011

pengalaman membuat pavlova



dari dulu lagiiiii terasa nak sangat makan pavlova ni. semenjak dia jadi uber-famous. dah banyak kali jugaklah suruh adik bawak pergi makan pavlova ni. tapi sampai sekarang, belum pernah rasa secubit pun pavlova. serius tak tipu. orang cerita satu slice je pun dah berbelas ringgit. kalau satu cake tu ada survey blog-blog jual more than RM100. woahh giler siot mahal noo. sedap sangat ke? that's what i thought. then hari tu baca blog member, dia buat pavlova tu sendiri. tengok macam senang. and so i thought why don't i give it a try...


so malam tadi after the last terawih, bertungkus lumuslah saya di dapur nak buat pavlova. kenapa malam bukan siang? siang super busy with laundry and cleaning up the room. malam is the only time i got left. hee. resepi dia korang boleh lah cari kat internet. bersepah uuu...


nak buat pavlova ni guna putih telur. senang? well, jangan lah tertipu. sebab you have to be EXTRA careful bila asingkan putih telur ni. kenapa? one tiny drop of kuning telur termasuk dalam bekas your meringue tak akan jadi. yes people. tak akan jadi. malam tadi masa nak asingkan tu kan, 2 previous eggs dah berjaya tau. then when it comes to the third one, damnnnnn termasuk lah pulak. to make matter worst, arghhh tak cukup lak telur dalam fridge! yang lagi worsttttt lagi? arghhh dah pukul 11.30 malam takde kedai bukak dah! (nangis)...nak mintak kat jiran, mostly macam dah tidur. lagipun takkan lah nak ketuk pintu rumah orang malam-malam hanya kerana 1 biji telur. damyummm. habis lah ke-cool-an saya nanti. mak cakap buat besok pagi je la! woahh mana boleh. kena buat waktu semangat datang. tak boleh jadi ni. ting! idea! saya terus minta tolong ayah pergi 7E cari telur. ye, sampai cenggitu sekali. ahaks.


bila barang-barang dah ada, bermulalah sesi bermixer di dapur. pukul 12 malam bunyi mixer tu. mak bising kata mengganggu orang tidur lah. haha. tapi nak raya kot...ada ke orang tidur awal. cewah. ok, adunan dah settle. then bila nak masukkan meringue dalam oven tu pulak, something funny happened. boleh plak dulang (saya guna dulang aluminium sebab takde loyang yang besar) tak muat masuk oven. kahkahkah! dah lah oven tu dah pre-heat lama. kelam kabut cari bekas yang boleh muat. settle part tu, cabaran seterusnya. tunggu meringue to masak selama 1 jam lebih. masa tu dah pukul 12.30 pagi.  lama koo nak tunggu.


sementara tunggu prepare topping dia. i used strawberries and blueberries. potong-potong semua. lepas tu nak pukul whipped cream tu supaya jadi kental (as said in the recipe). mula-mula pukul pakai yang pukul telur. lenguh koo tangan. tangan pun terus jadi kental jugak. haha. sebenarnya saya tak suka statement yang macam tu. pukul sampai kental. how am i supposed to know kental tu macam mana. faham tak? i'm a rookie kot. nak tanya mak, mak dah tidur. last-last pukul sampai lebam. pukul punya pukul daripada jadi a bit creamy terus macam ada air balik. then dalam hati berkata, macam tak jadi je whipped cream ni. thankfully  ada extra box of the whipped cream.  this time around i used mixer to beat the cream. bunyi mixer pukul 1.00 pagi. nasib baik takde orang sound wooiii bisinglah! haha. then bila guna mixer tu kan, dia jadi macam tadi gak. mula-mula dah macam creamy. tapi how would i know that's kental kan. so pukul lah lagi sampai dia macam berketul-ketul and a bit cair. aihhh. dah takde extra whipped cream dah ni. so what i did was i put the cream in the freezer. by the time meringue tu dah masak, the cream pun keras sikit then saya pun sapu lah atas meringue tu tadi. (rasa macam tak jadi lah pulak whipped cream tu. kepada sesiapa yang dah pernah buat pavlova, boleh tak guna whipped cream yang dah siap macam starbucks guna tu?)....


mostly orang cakap senang je nak buat pavlova ni. me? well, i'm not like everyone else. i'll probably says sederhana susah if you ask me. ke sebab banyak noo dugaan nak buat ni tu pasal rasa macam susah sikit? hehe. in the end, this is the result of everything that happened in making a pavlova last night. 


pheuwww gila penat. but had fun. heee. oleh sebab den tak pernah makan pavlova and i did not know how exactly pavlova taste like, minta tolong adik. tak bagi dia tidur sampai 3 pagi. haha. 



Saturday, August 20, 2011

dessert masterclass




ceh. masterclasslah sangat. padahal buat dessert yang simple-simple je pun, junior masterchef boleh buat yang super hebat lagi. heh. anyway, last week cakap nak buat brownies kan tapi kan.....tapi kan....bila tang nak kena guna tepung dan baking powder, tetiba penyakit 'M' tu datang. jadi decide nak buat puding caramel je lah. again, my first time. selalu beli kat bazaar kan. sepotong adalah mahal sampai dua hinggit. tak berbaloi.

actually resepi ni saya campur-campur. satu ambil dari officemate dan satu lagi, google lah maria. first of all...hanguskan 3/4 cawan gula dengan api yang amat perlahan sehingga cair dan keperangan. jangan perang sangat tau nanti pahit tak sedap pulak. saya hanguskan atas loyang yang akan digunakan untuk buat caramel tu je. malas mak nak guna banyak noo periuk. dapur kecik. heh. lepas dah cair and perang sikit, tutup api. biarkan seketika. make sure ratakan ek gula tu supaya permukaan loyang penuh dengan gula. 

lepas tu blend 5-6 biji telur (most of the recipes yang jumpa mesti kata guna 5 biji telur gred A. ate, gred lain tak boleh ke? ahh lantak saya tak tahu guna gred berapa tapi guna 6 biji) dengan 3/4 tin susu cair, 1 sudu besar gula, 1 sudu teh esen vanilla dan kalau nak manis lagi, 1 sudu susu pekat manis. saya guna satu sudu teh je pun. blend semua bahan-bahan tu sampai kembang dan larut. after that, tuang campuran tadi tu ke dalam loyang yang ada gula tu. kemudian, kukuskan selama 45 minit ataupun sehingga masak. once dah masak, jangan korang terus telangkupkan kat atas pinggan lak. relek dulu. ada yang masuk peti ais nak sejukkan dia. tapi saya biar je dalam suhu bilik. sejuk sendiri. baru lah korang boleh telangkup.


yatta!!! berjaya sudah buat puding caramel!! dah boleh kahwin dah!!! ;p


oleh kerana saya menggunakan loyang yang terlebih besar sikit, terus nipis caramel iiii....huhu. takpelah kan nipis-nipis, senang nak makan. kalau tebal rasa muak lak nanti (ayat nak sedapkan hati sendiri)



* footnote 1: bagi jiran 3 slices walaupun ragu-ragu sebab dah lah first time masak. pastu boleh terus bagi orang rasa. hehe. oleh sebab takut dikomen masa bagi tu awal-awal cakap "kalau tak sedap jangan beritahu kitee tauu..."...then bila dorang dah rasa..."dah boleh meniaga dah ni, bukak gerak kat bazar!"...motip? ;p

 footnote 2 : motip member-member dah order, siap suruh buat caramel jadi juadah masa open house raya nanti? konfiden je ada open house tahun ni...huhu...


my favourite


entah kenapa dan sejak bila tah, asal terasa nak minum ice lemon tea yang super sedap, dalam kepala mesti terbayang yang kat Nando's! lagi-lagi kat sana yang bottomless. teringat masa dulu-dulu bila datang je 'red flag' mesti perasaan nak ice lemon tea tu meluap-luap. terus ajak geng pergi Nando's semata-mata nak minum ice lemon tea dia. and bila minum masa berbuka pulak rasa macam ah cannot stop one! berapa gelas tah minum semalam masa berbuka dengan geng bandung.

The BEST Ice Lemon Tea!!


memang entri takde motip kan? hehehe ;p

Saturday, August 13, 2011

ketuk-ketuk ramadhan



weekend datang lagi. tiba masanya untuk saya mengasah bakat di dapur. weeee. yes, you heard it right! saya dah berubah menjadi super super rajin. sehingga mengejutkan mak ayah. mereka hairan naik pelik. anak aku ke ni? tak tahu kenapa bila ramadhan je dia punya rajin masak tu melampau-lampau. wah si ezzan dah pandai masuk dapur.  *   cry of joy  ^__^   *

so, hari ni saya telah melaksanakan misi yang paling penting. iaitu membuat PUDING ROTI. ye, puding roti yang senang ya amat (according to some) tu baru saya nak buat. sebenarnya kan, dari duluuuuuuu lagi dah nak belajar buat puding roti. especially bila pergi ke hotel-hotel kan makan buffet most of the time mesti diorang ada provide puding roti dengan vanilla sauce dia kan. yang paling menimbulkan semangat nak buat puding roti ni bila makan puding roti dengan Hotel Parkroyal KL. hujung tahun lepas. ye, hujung tahun lepas tapi tahun ni dah sampai bulan ogos baru nak belajar kan. heh.

korang nak ke tau resepi puding roti ni? hmm ala...macam banyak je kan kat internet. saya pun guna yang saya dapat dari internet je. saya cari yang simple je. bahan-bahan pun simple je, tak banyak. 4 keping roti, 2-3 biji telur, 1 sudu besar butter, 1/4 cawan gula, 200ml susu cair (then saya sesuka hati tambah 50ml fresh milk huhu), 1 sudu teh esen vanilla....hmmm rasanya tu je kot. oh ye, kismis! ;)


bakar roti-roti tu semua. lepas dah bakar, carik-carikkan masuk dalam loyang. pastu taburkan kismis. suka hati tipah lah nak segenggam kismis ke, nak sesudu ke. terpulang. pastu cairkan butter tadi tu dan lepas tu tuang dalam loyang tadi tu. pukul telur, gula, susu dan esen vanilla tadi tu sampai sebati. dah sebati, tuang campuran tadi tu dalam loyang. biar sekejap untuk campuran tu meresap dalam roti. kalau korang suka kismis sangat-sangat bolehlah taburkan lagi lebihan kismis tu kat atas. atas campuran tu lah takkan atas siling kot kan.

eh, sebelum buat tu make sure oven tu dah dipanaskan ye. 180 darjah celcius (tiba-tiba taktau kat mana nak cari simbol degree kat keyboard ni? ;p). kome pun bakor ler campuran puding roti tu selama 20-25min. tapi macam tadi, saya buat sesuka hati je sampai 35min. hehe. sebab selagi tak keperangan tu selagi tu tak puas hati. dah cukup masak, keluarkan dari oven...dan ngap! (kalau tak puasa lah)

TADAAAAA!!!!!!
bila berbuka tadi, paksa semua makan puding roti tu dulu. kijam. as usual, ayah was the first one to respond. SEDAP. wahhh suka suka! adik pula cakap...'sedap kak!'...wah kembang hidung dah ni....tunggu turn mak je ni nak puji....'hmm boleh tahan sedap jugak lah'...yatttaaaaaaa!!!! i did it!!! berjaya berjaya!!  *  pat myself  *

tapi.......mana vanilla sauce nya??!!! some of you might ask. well, tak sempat lah nak surf macam mana nak buat. haha. tapi saya ada baca, selain makan dengan vanilla sauce yang nyum-nyum tu, boleh gantikan dengan aiskrim. yes, aiskrim vanilla. i did exactly that. and trust me when i said, it is quite good! :) tak caya nanti try la ek...heeee...



up next : terasa macam nak buat brownies lah plak.chocolate brownies yang ada nuts. macam kat Secret Recipe tu. hehe..



Thursday, August 11, 2011

cubaan pertama



rasanya setiap kali puasa saya selalu sangat mengidam kek batik. tapi kek batik jarang dijual kat bazar-bazar tu. kalau ada pun cenonet je dah dua hinggit. mahai noo. bila tengok omma dd buat kek batik terus rasa nyam nyam nak buat jugak lah. then, masa kat ofis 2 hari lepas duk surf resepi. ye, saya tahu. senang kacang putih je kan. tutup mata pun boleh buat kan. tapi.....dah saya ni tak pernah pun buat kek seumur hidup, ni baru tiba-tiba mambang mana tah rasuk terasa nak buat lak kek batik.

so, semalam dah alang-alang saya cuti kan. terus seret adik pergi JJ. curlass kau maria pergi JJ nak beli barang semata-mata nak masak kek batik. haha. takdelah, sebenarnya lepas pergi klinik dan bank kat Serdang, balik tu singgahlah JJ. lepas tu tiba-tiba teringat ehhh nak buat jugak lah puding roti nanti bila free, weekend ke tengoklah camne. masa kat JJ tu surf resepi puding roti. then, terus beli bahan-bahannya. beli gaklah sayur-sayur sikit nak masak untuk lauk berbuka nanti. (tiba-tiba rasa sungguh dewasa ;p) FYI, mostly saya hanya reti masak sayur je. haha. senang masak sayur ni. campak-campak je. abis laki saya nanti. jadi vegetarian.



anyway, sampai rumah petang tu, terus bertungkus lumus (cewah!) buat kek batik. baca-baca resepi dalam hati 'OK, macam senang je'...then, ikutlah resepi. masa dah nak sejukkan dia, mak pun balik. wahhh she was surprised to see me in the kitchen. kehkeh. almaklumlah budak yang tak suka masak tiba-tiba pegang sudip ;p

........sampailah waktu berbuka. bila keluarkan dari peti ais sebelum tu ada macam satu perasaan 'hmm macam tak cukup koko je, sebab dia tak coklat sangat'..anyway, yang first rasa adalah ayah saya. terus tanya...'jadi tak yah?'...ayah, being supportive as always...'jadi tapi...manis sikit, tapi oklah'.....tak puas hati, saya pulak rasa.................erkkkkk!!! ni bukan manis sikit ni, ni terlebih manis dah ni!!!! mahu kena kencing manis lak sesapa yang makan. lepas tu gelakkan diri sendiri. pastu ayah baik, cakap..."manis tu takdelah sampai tak boleh makan"...adikku lagi kijam, dia kata "aku tak leh makan manis-manis ni, nanti terus tangkap kat kepala..." hahaha...

inilah dia kek batik yang super sweeeeet. macam tukang buatnya. lol! ;p

terus sms dd uuuu...beritahu dia. sebab boleh bayangkan dd gelakkan ezzan. haha. nak kata jadi, macam tak jadi. nak kata tak jadi, takdelah jugak. tengah-tengah lah kiranya. takpe takpe, next time dah tahu silap kat mana. hmm hopefully, my puding roti nanti jadi lah. harap-harap heheh.


footnote : hmm surprisingly masa terawih semalam tak mengantuk. celik segar je mata ni. mungkin sebab cuti kah? hmm i should take leave more often lah macam ni. ;p.



Wednesday, August 3, 2011

jammed pack



ramadhan is the only time i wish that i lived in Putrajaya...well, that and also when i'm car-less ;p.


dia punya jam nak keluar dari putrajaya ni ya rabbi...naik lenguh kaki walaupun kereta auto. kadang macam rasa kenapalah bumblebee tu tak betul-betul wujud boleh gak saya jerit 'BEE!!!!' dan dia bertukar menjadi autobot terbang terus ke rumah. eh jap Bumblebee boleh terbang ke? ;p


semalam balik stuck dalam traffic dalam 1 jam. waduh waduh kok boleh sampai seremban dah ni. aishh... tahun lepas stuck dalam traffic 2 jam kooo...keluar pukul 5 sampai rumah kol 7. curlass sangat habis berpuluh lagu saya khatam masa tu. tu yang kadang rasa baik balik lewat je kol 6 camtu sebab sampai rumah kol 7 gak kan. tapi...tinggal ofis sorang-sorang pun tak best gak. takde teman boleh berborak.


takde sesiapa ke orang putrajaya ni nak offer berbuka kat rumah uols? hehe...





Tuesday, August 2, 2011

ramadhan wish

[sticky entry]





saja ;)

Sunday, August 29, 2010

mind your manners


sepanjang puasa ni kan, ada 2 benda yang saya saksikan yang buat saya rasa 'euwww serius loser!' *muntah*


1) sedang bershopping raya di JJ. sekali tu ada kes gaduh. konfem budak muda yang baru nak up. dah lah gaduh jerit-jerit sampai nak bagi satu kawasan parking kot dengar. tak tahu malu. dah lah kau melayu bulan puasa gaduh jerit-jerit. siap jerit 'jaga kau! siap kau nanti!' sampai guard JJ terpaksa campur tangan. takut budak tu marah sampai nak baling helmet motor di tangannya. haish. kalau marah sekali pun janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri. serius loser!


2) dahlah kau tengah beratur nak bayar parking tapi siap berpeluk sakan bercium depan orang ramai macam gersang sangat ke apa? serius. bosan sangat kot lane panjang nak bayar parking sampai tak boleh tahan nak cium gak kat situ. bukan tak boleh nak tunggu kau masuk kereta. mat saleh buat macam tu tak kisah sangat sebab dah memang nature dorang kan. tapi ni yang melayu yang buat masa bulan puasa ni nak show off ke apa yang korang dilamun cinta? d'uh! orang lain pun bercinta la weh tapi takde over. tak kisah lah kalau dorang dah kahwin ke apa, but some PDA should be left in the bedroom ok people.


dah. bai. nak tambah pahala puasa balik sebab dah berkurang pahala puasa. satu sebab mata dah tengok. satu lagi hati rasa geram.



Wednesday, August 25, 2010

duit raya RM500


terima kasih.

500 hinggit pun 500 lah.

rezeki kan.

janji ada.

janji dapat.

...

...

...

cop. tiba-tiba cuak.

saya dapat ke?

tak sah lagi ni.

hoho.

harap-harap dapat.



dapat gak kurangkan sikit beban nak beli iPhone.

ehhhh???!!



Tuesday, August 24, 2010

gambar makanan lagi? hontoni?



perasan tak perasan tak? apa? tak perasan. uhuk uhuk oh separuh jiwaku pergi. nak cito jugak den tak kisah laei. ni hah, den perasan yang den tak cito laei pasal juadah berbuka den tiap-tiap hari. macam tahun lepas, den rajin update blog siap namakan siri diari ramadhan ezzan. tapi tahun ni, den raso malas bebenor eh tiba-tiba masuk slang perak. haha. ok susah noo nak cakap loghat negeri sembilan. konon nak cuba lah kan kata ayah orang rembau. tapi ayah pun takde slang nogori dah. eh apasal melalut ni.

ha ok, saya tak update sangat pasal makanan tahun ni. sebab others dah buat kan. so asyik tengok gambar makanan sampai naik bosan i noks bukan bertambah lapar haha. padahal diri sendiri pun ada ambil gambar makanan cuma tak upload je lagi. haha. eh tapi akan diupload kemudian bila pergi berbuka puasa dengan rakyat jelata. wah rakyat jelata. padahal 4,5 orang je pun. bukan orang jepun. tapi orang saja pun.





nyum nyum teringin nak berbuka kat sushi king.

eh diri sendiri letak gambar makanan tak pe pulak ek? hehe.



Thursday, August 19, 2010

skewer di bazaar ramadhan

lama je rasa tak update blog. walaupun baru 7 hari tapi rasa dah macam berminggu-minggu. cewah. gomen ne minna-san! i was too busy making decision nak balik awal ke tak bulan puasa ni. almaklumlah masa ni semua orang nak balik awal. penat sey stuck dalam jam. sekali tu kuar pukul 5.10 sampai rumah pukul 6.30. ambik kau! kalau masak ni boleh lepas lah 3,4 lauk. ewah cakap macam lah saya ni masak. haha. balik masak nasi and air je. hehe.

anyway, bulan puasa tahun ni kan saya sangat suka makan skewer. macam tahun lepas saya kepingin sangat makan mekdi masa berbuka. padahal tak puasa pun boleh je makan mekdi. tapi tahun ni lain sikit. selera i very the western gitu. dah makan dua kali dah skewer ni. satu skewer daging and another one is skewer ayam. sungguh sedap menjilat jari.

eh jangan salah sangka. ini bukan sate. inilah rupa bentuk skewer tu bentuk macam sate tapi tak. murah je satu batang tu RM2.50. kalau beli 3 dapat RM7.00. eh tu harga kat bazaar ramadhan bandar tun hussein onn dekat area rumah saya ni. rupa bentuk dia takdelah macam kat hotel dalam gambar ni. tapi serius sedap noks. cicah sos blackpepper. wah meletop! so sesiapa nak pergi makan skewer murah dan sedap pergilah ke Bazaar Ramadhan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. bersebelahan dengan Carrefour. dah ok promosi tamat. sambung makan skew. nom nom nom.




Thursday, August 12, 2010

just to wish



yeehaaa tora datang lagi. ahaks.

ok. i'm back. dah puas dah tengok cerita jepun.

tapi tak puas sebenarnya. masih tgk cerita Atashinchi.

untuk kali yang ketiga. tah pape tah kan. apa-apa pun.

selamat berpuasa semua!



ps : aitakute mukai-kun!

Saturday, September 19, 2009

Akhir ramadhan

Juadah berbuka buat hari terakhir ramadhan 2009.
Senang..drive thru sahaja. Hukhuk.

Buhbye ramadhan!


Wednesday, September 16, 2009

OAS Iftar Session

hari ini, giliran seluruh warga OAS berbuka puasa bersama pula. the venue is in Kajang, di Restoren Po'sen. sebut betul-betul. Po'sen ye kawan-kawan. hehe. hampir kesemua warga OAS hadir except for a few yang ada hal penting yang tak dapat dielakkan macam megat, fazira , kak ros yang dah balik kelantan and linda. but nevertheless, it was still a huge success walaupun nak pergi siap sesat bagai dan lalu jalan yang sangat jauh semata-mata nak elak jam. haha. jalan jauh yang di bawa fahmi membuatkan anda berasa macam dah sampai Nilai sahaja. muahaha. Restoran Po'sen betul-betul belakang Masjid Sg Kantan yang terletak berdekatan dengan Stadium Kajang.

anyway, the food was marvellous wa cakap lu. lamb chop la paling da' bomb! cewah. ada gak yang makan sup gear box tapi oleh sebab saya tak makan jadi tiada gambar mau ditunjukkan sekali. hikhik. the restaurant's deco sungguh membuatkan saya berada di suasana kampung. suka sangat-sangat. silalah pergi menjamu selera di restoran ini because the food was delicious i tell you. kira memang berbaloilah kalau spend duit kat sini. hukhuk!



ada lampu liplap gantung kat sana. chantek sekali noks.



seriously tak ada idea nak story apa. maybe because i'm still full, extremely happy and at the same time sungguh malas ingin mengarang ayat so i'll just let the pictures do the talking ya.











[the developers photos was taken from Zainal's facebook!]





thanks to Encik RR for organizing this feast. next year nak buat kat mana pula? Restoran Nelayan kah? cewah...demand tinggi! hikhik...



ESS Team Reunion / Iftar Part 2

woah, tak habis-habis reunion. hikhik! hari tu reunion, hari ni reunion. hello, konsert AF reunion pun sekali je tau. hahaha. tapi oleh sebab ada extra rindu dan sayang disitu, kami organized lagi reunion for the ESS team. yang hadir - saya, dd, haida, ayu, salwa, hakim + partner, luqman, aida, kak ros and the VIP, encik ahmad (nama glamer encik lutfi lah muni. eh eh muni pula...heheh!). kenapa VIP? sebab VIP kan selalu lambat. bak kata salwa, ni memang betul-betul guest ni. ha, encik lutfi jangan nak terasa ek. dah dapat kad raya kan. hehe. ayu sangat risaukan encik. setiap 5 minit dia akan tanya, cik lutfi datang tak? betul ke ni dia datang? dia nak makan apa nanti dia datang? kalau tak percaya, sila tanya hakim. wah, gila concern ayu. muahaha! cik terharu tak terharu tak? :p

tapi still tak dapat kumpul semua. deng and abg joe tak datang. blamed it on luqman for not inviting abg joe. takkanlah nak kena suruh baru nak buat. hello, benda-benda macam tu boleh fikir sendiri ok. ceh, i marah pula tiba-tiba uols. hikhik!

anyway, it was so much fun semalam. soooooo fun sampai saya tidak snap gambar langsung. miahaha. dd was quite surprised saya tidak memegang kamera langsung semalam walaupun ada di bawa bersama. seronok berborak uols. bergelak ketawa, pastu tanya pasal kerja masing-masing, tanya kami tak stay office ke (saya menjawab sudah tentulah tidak. wakakah!), tanya nak tengok kunci kereta cik lutfi (ni dd yang suruh tanya tau! dia nak buat spotcheck ada lagi tak keychain kami tu...hehe!), tanya bila nak kahwin (cik L tanya akim yang ni!), tanya tak main badmintaon ke hari ni (cik L tanya salwa) dan soalan yang paling penting...pukul berapa balik kerja sekarang (soalan yang diajukan pada cik lutfi...muahaha!)

nak tau ke pasal apa yang kami makan? hmm...tak payahlah ek. nanti kang bila saya beritahu kitorang makan sate kajang, roti john sedap, air bandung marvellous, nasi ayam kampung yang sangat banyak, abc yang murah tapi sedap, nasi goreng kampung dan tomyam sedap, korang kata cam bosan asyik makanan yang sama saja. eh eh terberitahu pula makan apa. hukhuk!

anyway...nanti masa raya kita bergathering lagi yuk! pilih salah satu rumah pastu kita serbu ramai-ramai. heheh!


ps : terima kasih buat cik lutfi dan hakim kerana bagi saya duit raya. ok, yang lain-lain tu silalah cemburu ye! :p