Followers

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

penutup mac



sebagai meraikan bulan mac yang bagi saya bulan yang menggembirakan, saya akhiri penutup bulan mac dengan serangkap pantun....


kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada sesiapa yang punya masa lapang
bagilah saya blogger award lagi...


geez, terrible at mencipta pantun lah odah ni...hahaha...sekali kita dapat award daaa....



terima kasih rosa sebab bagi award ni. wah curlasss gitu...stylish ke i noks? hehe. kena tulis 7 things pasal diri ezzan ek ros! 

1) suka gelak. kadang-kadang tak kelakar pun nak gelak. benda-benda comel pun leh gelak. telefon jatuh atas muka masa baring pun gelak. jatuh tangga masa induksi pun saya gelakkan diri sendiri. tah pape tah. weirdo!

2) tak suka orang yang suka mencari kesalahan orang lain. kenapalah kita nak menuding jari kat orang lain whenever a problem happened...tak fahamlah...lebih baik berbincang macam mana nak settlekan masalah instead of pointing finger at others. bazir masa dan air liur je.

3) seorang yang sangat adventurous....NOT! memang saya akui, saya bukanlah orang yang suka benda-benda adventure ni. masuk hutan ke, redah sungai ke, flying fox ke. tak koser der. memang tak minat. dan tak teringin pun. jadi to my future hasben, u jangan bawak i ke tempat-tempat tu hokay...kalau ajak main paintball takpe. cewah.

4) suka nyanyi. kadang-kadang perasan suara sendiri adalah sedap. mulalah ambil botol mineral atau remote tv berangan itu adalah mic dan nyanyikan dengan penuh perasaan. 

5) seorang yang loyal. i don't turn back on my friends especially the ones yang close to me. loyalty is very important i think. macam sekarang, ada senario kat office...tak faham kenapalah si A ni tak habis-habis cari kesalahan si B ni. mulalah A bising kat saya kata B ni camnilah, camtulah. maybe A expect me to feel the same way but sorrylah weh. B is a friend (at least, that's what i think lah kan tapi taktahulah B tu anggap saya kawan ke apa kan ahh tak kesahlah) and i don't bullshitting B behind B's back. 

6) panjangnya explaination nombor 5 tu. i keep it simple for number 6 ok. saya suka tengok wayang. dalam masa seminggu yang lepas, saya tengok 3 filem dah. Merong, Battle LA and Rango. 

7) sedang mencari jodoh. HAHAHAHAHAH ;p

dah cukup dah, sampai langit ke tujuh. ok. takmo bagi kat orang lain award ni. biar lah saya simpan ini sebagai kenangan terindah bulan Mac weehooo!



Monday, June 14, 2010

dapat tag terus jawab



motif copy bulat-bulat tajuk entri dd? saja. malas nak fikir. tengah sakit tengkuk. nak EL. tapi baru masuk. tak macho awal-awal cuti. padahal sebab nak cuti lama masa raya. motif cakap pasal raya puasa pun belum? tiada. haha.








1) apa yang bermain di fikiran anda?
dd. sebab baru lepas baca blog dia and tergelak-gelak pasal kes monyet. sungguh sweet jenaka itu. *jenaka?*


2) apakah nama samaran anda?
kadang-kadang orang panggil saya angelina jolie. haha. tipu. Ezzan. kadang-kadang orang panggil Shaidatul. nak lagi glamour, dd akan panggil saya Ezzan Makwe Shahir. haha. saja gedik dengan dia.


3)berikan 3 orang yang anda sayang
me, my family and my friends.


4) panggilan untuk si dia?
shahir. kadang-kadang shahir af8. nak gedik lagi, abg shahir. haha. *muntah beramai-ramai!*
siapa si dia? saya pun tidak tahu. mungkin dia. mungkin.


5) hadiah yang diimpikan dari seseorang yang istimewa
HAPPINESS. *cliche but true*


6) blog mana yang anda suka tengok.
apa-apa blog yang berkaitan dengan wedding. saya akan terus jadi over kalah mak andam. haha.


7) tag kan pada 15 blogger.
oleh sebab dd dah tag kawan-kawan saya, tak perlulah saya menambah beban mereka yang sedang sibuk bekerja untuk mencari sesuap nasi. ayat poyo. saya tahu.


okthanksbye.




Monday, May 17, 2010

it starts with...



wahai linda, terima kasihlah tak terhingga sebab afundi tag aku wah gitu hehe. aku jawablah gak ek tapi aku tak tag orang lain macam dalam rules tag yang ada kat blog kau tu. konon dah habis rules are meant to be broken gitu lah prinsip aku berkaitan dengan tag ni lah. cewah. lagipun aku rasa macam orang lain semua banyak kerja macam aku. hehehe. nah amik ni...



what is your name: Shaidatul Ezzan

a four letter word: Shit *wah terus mencarut*

a boy’s name: Shahir AF8 *nak jugak letak af8 tu. wee... ;) *

a girl’s name: Shaidatul. Shahir dan Shaidatul. get it? ;p *sukalah dia tu*

an occupation: System Analyst ;p

a colour: Shocking pink. chantek!

something ur wear: Shawls lah my dear.

a food: Sup Sayur, Sup Cendawan dan segala macam sup lah.

something found in the bathroom: Shampoo.

a place: Switzerland!

a reason to being late: Selalu bangun lambat ;p

something u shout: Sengal!!!

a movie title: S.W.A.T (watched it like millions of time)

something u drink: Soya bean

a musical group: Switchfoot. love 'em!

an animal: Singa menawan keluarga bahagia ;p

a street name: Sri Keembong as in Jln Sri Keembong. hehe. rumahku lah apa lagi.

a type of car: Suzuki Swift.





Monday, March 1, 2010

wallpaper



gila lama tak buat tag ni. linda bising 'Ezzan! update lah blog' dan saya balas tak tahu nak update tentang apa. takde idea dol nak merapu apa kat blog. kang tulis pasal kebencian saya terhadap binatang manusia bernama Abang Mat si pemandu teksi yang mendera budak 3 tahun yang tak bersalah tu macam serius pula and people can read from the news lagipun kan. or pasal kucing saya si blackie yang perut besar tapi kepala kecil bakal menjadi ibu tak lama lagi macam terlalu personal untuk dikongsi bersama (cewah!)...jadi apa lagi. linda berkata "Meh nanti aku tag!" hah, so this is the tag from linda. mari kita layankan aje.


1) kena print screen desktop wallpaper yang digunakan sekarang.


(*_*)L


2) Beritahu kenapa suka wallpaper tu
need i say more? ;) i'm obsessed ok dengan glee ni. mengadap tiap-tiap hari tengok wallpaper ni sambil dengar OST of Glee buat saya berangan nak join Glee Club! kehkeh. berangan dan terus berangan. it's one of the thing that can distract me from whatever money crisis that i'm dealing with. hehe!


3) tag 10 people.

tiada!




Tuesday, October 27, 2009

mari-mari tuan dengar ini cerita

...suami saya asyik balik awal saja. eh, suami inda! saya belum berkahwin dan tidak akan berkahwin dalam masa terdekat ini. cewah apa motif tah i pun tak tahu noks. hehe. saja saja tu. mukadimah baru. hoho. anyway, lama pula tak main tag ni. tadi tengah loitering around sekali tu tiba-tiba baru perasan tuan punya cik puteri si office pet tu tag saya kat blog dia. so, here goes...



1. nama kamu bermaksud :
i seriously don't know tapi mother said it did meant something just couldn't remember what it is.

2. mahu bertukar nama pada :

angelina jolie boleh? haha. takdelah, bersyukur dapat nama unik :)

3. lagu fave :

currently addicted listening to Hush Hush - Pussycat Dolls and Meet Me Halfway - Black Eyed Peas.

4. ingin menjadi :
surirumah yang goyang kaki je habiskan duit suami. muahaha. nak jadi ultraman boleh? ;p

5. kamu membuang masa dengan :
berborak dan browsing wedding sites padahal tidak akan berkahwin pun dalam masa terdekat ni. haha!

6. current obsession :
hmm..buang masa? can that be considered as obsession? haha.

7. mengharapkan hadiah birthday anda adalah :
percutian ke Korea Selatan yang ditanggung oleh orang lain. eh takpun kereta Vios hitam bernombor plat WTF XXXX. wakakah! ok lah, on more serious note i want a Nikon DSLR and a new handphone sony ericsson.


siap bagi gambar lagi tu noks. ;p




8. mr.right anda adalah :

someone that i'll meet someday.

9. wish date :

huh? tak faham.

10. jika kamu akan mati hari ini :

bermakna esok saya tiada lagi.

11. your must-come-true dreams :

have a black and white theme wedding. wah gitu!

12. jika boleh menjadi orang lain, kamu adalah :

my mother so that i'll know how i am when growing up ;)

13. lima sifat baik kamu :

- a great listener
- i believe in standing up to what you believe in. aik, ni kira baik ke? huhu.
- friendly juga lah. wah masuk bakul angkat sendiri ;)
err, tak tahu apa lagi sebab kena tanya orang lain kot.

14. lima sifat buruk kamu :

- i curse a lot...and i mean really really a lot.
- pemalas tahap babun bunting. wakakah!
- emotional and sensitive
- i spend too much. i need to go register myself to a money management class lah macam ni. hehe.
- i get bored easily with people and work and hobby.

15. you want to tag :

- ummu
- linda
- ayu
- zida
- eein



Monday, June 1, 2009

saya terserempak dengan Hafiz AF7

terlampau bosan hari ini, rasa sungguh tidak produktif.
here's your tag dila and zahari.


kekasih saya adalah
: johnny depp tapi dalam mimpi sajalah. haha.

saya sedang mendengar : bunyi keyboard yang ditaip oleh saya.

mungkin saya patut : tidur. sebab tiada mood seh nak buat kerja.

saya baru sudah : minum air limau ais yang ditapau tengah hari tadi.

beza rakan, kawan dan sahabat : ejaan kot. hukhuk!

saya tidak faham : kenapa saya tiada mood langsung hari ini.

saya perlu mencari : jodoh. cewah!

ayat terakhir di katakan kepada saya : ezzan buat apa tu? (tanya dd)

makna hidup : oh, sungguh blank sekarang ni, tak tahu nak jawab apa.

cinta itu : buta.

saya paling suka : gelak dan shopping.

saya akan cuba : berhenti melawan cakap orang.

mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan Lah di akhir ayat mereka :
suka hati diaLAH labu.

telefon bimbit saya : Sony Ericsson Z610i (bakal diupdate ke LG Ice Cream. tungguuuu....)

katil saya : berwarna putih

soalan bagi saya yang tidak perlu ditanya : mana yang datang dulu? ayam atau telur?

teknologi adalah : baik untuk anda yang malas. macam saya. haha!

bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak : ikut suka hati.

semalam : ke amcorp mall berfoya-foya dengan famili sekali tu terserempak dengan Hafiz AF7. dia dengan famili dia rasanya. nak senyum kat dia tapi takmo bagi dia perasan famous. bahaha! (dia takde show ke?) - now you know kan why i put the title entry macam tu. hehe!

hari ini : sungguh bosan.

malam ini saya akan : pulang ke rumah dan tidur.

esok pula saya akan : kerjalah apa lagi.

saya betul-betul inginkan : sebuah percutian yang ditanggung oleh orang lain. haha!

badminton atau futsal : bola tampar

karaoke : tak pernah seumur hidup

makanan jepun adalah : teppanyaki

bilik yang terang atau gelap : samar-samar.

ayat terakhir yang nak anda cakap pada seseorang : jangan lupakan kami disini.

kereta : viva yang comel-comel itu saja. sangat bersyukur asalkan ada transport.

saya nak tag : dd, linda, ummu, ayu dan muni!

Saturday, May 23, 2009

almari penuh dengan award






thanks to ayu and zida for this award.
tak tahu dah nak letak mana award-award ni.
rak dah penuh dah dengan trofi anugerah bintang fofular.
cewah! bahaha.





ok. itu saja.
malas nak tag-tag dah.
penat mak.

Friday, May 8, 2009

another award



banyak betul award yang saya dapat. walaupun tidak segrand Oscar mahupun Grammy atau yang biasa-biasa Anugerah Bintang Popular!



thanks to Zida for this award

10 things about me (lagi!)
- selalu je cepat rasa bersalah kalau tak dapat siapkan kerja. tsk tsk!
- selalu rasa nak tampar, pukul, debuk hakim sebab tipah selalu tertipu dengan dia. ishhh!
- selalu je rasa nak marah luqman and bangkang cakap dia sebab dia jenis melawan. hoho.
- i can't say NO to people. tak sampai hati. (bukan semua la tapi)
- baru minggu lepas hati saya tersentuh dan terkezut melihat gugurnya airmata seorang lelaki H membaca blog seseorang. :'(
- akan selalu singgah kat tempat zida and eein, untuk bersoksek-soksek sebelum ke surau. haha.
- tak tahan sejuk kat office (malam terutamanya) tapi kalau main snow, tahan je lak kau! hehe.
- have this weird addiction to McD's fries. the best fries in the world lah wa cakap lu!
- lama tak minum JavaChip. oh, sungguh rindu!
- saya nak tidur dah sekarang ni. farewell and goodnight!



oleh sebab saya nak tidur, jadi mak tak kuasa nak fikir nak bagi award ni kat siapa-siapa noks!


Thursday, April 30, 2009

asyik-asyik tag

sebenarnya tag ini telah dijawablah wahai Ummu A'thiah.
(sila rujuk post ini 10 (or 5) things...TAG)
tahun lepas lagi cuma ada beberapa soalan yang lain sikit.
jadi, saya menjawab yang tak pernah saya jawab sajalah.
ok beb. oh ye, my mom asked for you lah.
mentang-mentanglah sudah ada kereta sekarang ini, oh sudah tidak menjenguk mak angkat mu ye mutiyah...hukhuk!

10 Lagu Kesukaan
1) Broken - Seether & Amy Lee
2) Redline 95 - Shizuka (ni semua sebab dd suruh dengar, terus dah tersuka)
3) OST Boys Before Flower (terlalu suka ok)
4) I'm Yours - Jason Mraz (it would be great if i can play this song by guitar)
5) Sealed With A Kiss (I've been listening to this song since I was a child. Always a favourite)
6) Wanita - Dehearty (sungguh menyentuh hati)
7) Supermassive Black Hole - Muse (rawkkkkk!!)
8) Tak Bisa Memilihmu - 6ixth Sense (mari layan lagu ni mutiyah!)
9) Creep - Radiohead
10) Miraie - Kiroro (brings back the old memory)



hmmm...thats' all.
ok. mau pergi dengar itu semua lagu.

Monday, April 27, 2009

award season

oleh kerana keadaan server yang sangat menyakitkan hati kerana membuatkan saya seperti cacing kepanasan duk ke hulu ke hilir macam orang tiada kerja padahal ada saja cuma tak boleh nak buat sebab server down memanjang. hmm, panjang betul statement ini. haha!





1. First insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
OK.

2. Make sure you take the picture and said it is from.
thanks to Zahari.

3.You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
- suka gelak
- suka membaca
- suka kumpul kasut.
- suka photography
- suka pretend macam tak tahu tapi sebenarnya tahu je.
- tak suka kena paksa.
- tak suka nak bermekap.
- tak suka buat sesuatu yang tak disukai.
- tak suka lipas.
- tak suka tempat gelap.


4.You should choose 5 other bloggers and tell their name
- Ummu
- Didi
- Linda
- Muni
- Dila


Sunday, April 26, 2009

4F saya

excuse me, saya bukan salah eja ye.
memang saya nak tulis 4F (bukan F4 ek).
suka tau salah sangka muni ni...eh muni pulak.
haha! 4F as in 4 facts of my life.
(tagged by linda)

4 names that friends called you ::
- ezzan
- shaidatul
- shaida
- (hmm..tu saja kot)

4 important dates in your life
- 30 June iaitu birthday saya (sila, jangan lupa bagi hadiah ye kawan-kawan)
- 16 Mac (my dad's birthday)
- 25 May (my mom's birthday)
- 11 May and 2 August (my sister's birthday)
[tu dah 5 dah. ada saya kesah! haha]

4 things you've done in the last 30 minutes
- edit gambar
- update blog
- layan baby (anak jiran makcik saya)
- buat air (makcik datang ke rumah)

4 ways to be happy
- laugh
- spending time with loved ones
- sleep (i do feel happy kalau dapat tidur yang berkualiti. ececeh!)
- sing

4 people you miss the most from your past
- arwah nenek saya. still sad thinking about her.
- my high school friends.
- my primary school friends yang seriously lost contact giler.
- my cats yang dah mati and hilang - bj, blackie, keto, kimi, diddy
[people ke tu? belasah je lah. haha]

4 gifts you would like to receive
- Nikon DSLR!!!! (daddy and mommy, take note ya. haha)
- free trip to South Korea (bakal hubby, take note juga ya. ececeh!)
- Sony Ericsson XPERIA...walaweh! nak lawan akim ni. hukhuk!
- a shopping voucher worth a zillionntthhh ringgit. haha!

4 of your favourite hobbies
- photography
- reading (i'm a truly bookworm at heart)
- blogging
- watching tv

4 countries or places you want to go for a vacation
- Mekah (beribadat dan melancong sekali)
- South Korea (berapa kali nak cakap daa...)
- New Zealand
- New Caledonia. love the beach!

4 favourite drinks
- teh o ais
- carrot susu
- limau ais
- nescafe

4 things always found in your handbag
- keys (kunci office, kunci kereta)
- purse
- lip gloss
- perfume
[handphone saya suka pegang. sebab tak dengar kalau ringing bila letak dalam beg]

4 favourite colours
- black
- purple
- white
- turqoise

top 4 hangouts
- my own bedroom
- kedai mamak
- shopping mall yang tak ramai orang. rimas weh kalau ramai sangat.
- office. ceh nampak sangat kat situ selalu spend time.

top 4 u love so much
- myself
- my family
- my friends
- my cats

top 4 things special to you
- my lappy.
- my camera (sebenarnya camera mommy. tapi buat harta sendiri. haha)
- money...can't live without it.
- my heart lah kan.

top 4 people to tag
- hmm. no one kot.

top 4 reasons why you answer this tag.
- tengah bosan.
- tengah takde keje.
- tengah duk melangut.
- tengah rehat-rehat.
[main point sebab ada masa terluang gila weekend ni. sampai tak tahu nak buat apa]

Friday, April 17, 2009

first thing first

ditagged oleh dila.
tajuk lagu yang ingin saya dendangkan adalah...my first

(background music - my heart) <- tiada kena mengena. sesaja.


:: handphone ::
model nokia 3210. diberikan oleh mak ketika nak masuk diploma. gila bapak besar baling anjing pun boleh mati. haha.


:: walkman ::
maaf. tiada walkman mahupun discman. saya tidak mampu beli benda yang kecil-kecil tu. saya mendengar radio ala-ala sabariah mendengar kassim selamat di radio. haha.


:: basikal ::
kaler merah kot kalau tak salah. model nya dah konfirm-konfirm tak hingat. mana kisah pun dulu. masa tadika ke sekolah rendah dulu.


:: spectacles ::
mata saya masih sihat. yahuu!


:: crush ::
masa sekolah menengah. saya pergi tuisyen kimia semata-mata nak tengok dia.
patutlah kimia hancus. orang gi belajar mengenai formula kimia semua, aku belajar mengenai formula nak mendekati dia. anda gatal! haha.


:: naik flight ::
yang pertama maybe masa kecil kot. sama ada pergi London or Los Angeles, tak ingat pula. oh ye, bukan sebab saya kaya-raya boleh pergi melancong ke sana ke sini ok. cuma ayah saya once worked with MAS. jadi tiket free lah. haha!


:: boyfriend ::
once my closest guy friend yang sekarang pun dah tak contact unless kalau ada urgent matters saja. masa diploma ini.



(lagu tamat)

saya pass mic kepada OASians - aida, ummu, dd, linda, zida, eein, ayu, kak suri dan fahmi.
korang sila sambung ye.

Thursday, April 2, 2009

semua tentang manusia

saya busy sekarang ni...sebab itulah saya buat tag ni. haha!
(title entry memang tiada kena mengena!)

7 fakta tentang saya
  • selalu mempunyai masalah ketidakstabilan emosi sewaktu bekerja. kengkadang mood elok or kengkadang mood malas (tapi selalunya mood malas je yang menjelma. haha)
  • hatiku sudah dimiliki (think jihoo sunbae) *wink wink*...(serius, suka gila kat dia. sampai dream nak pergi Korea jumpa dia. haha. keep dreaming on!)
  • agak sensitif juga tapi selalu keep it to myself. apa-apa masalah suka pendam saja, tak semua share dengan orang.
  • seorang yang bising. office sunyi tanpa saya. ceh, perasan!
  • senang rasa kasihan.
  • peramah dengan certain people saja.
  • suka gelak

7 perkara yang menakutkan
  • darkness
  • lipas
  • losing loved ones
  • cerita hantu melayu or indon. seram siot!
  • accident (sama ada saya yang langgar ataupun dilanggar)
  • tekanan perasaan yang tak dapat dikawal sampai boleh jadi gila (minta dijauhkan!)
  • orang histeria...saya akan cabut lari dulu!

7 lagu buat masa sekarang
  • semua OST Boys Before Flower (walaupun tak faham sepatah haram pun apa dia nyanyi)

7 perkara yang selalu disebut
  • faham tak faham tak?
  • diam hakim! (haha. gurauan antara kami. cewah!)
  • apa masalah?!
  • seyyyhh (cth: baju baru seyyyhh)
  • lembab nak mampus (ketika memandu ni)
  • bengong!
  • hukhuk...

7 perkara yang amat bernilai
  • my heart
  • my life
  • my family
  • my friends
  • my car
  • my lappy
  • my house lah kan...

7 lucky people
  • fibo
  • dila
  • siapa-siapalah yang busy macam saya ni

Sunday, March 1, 2009

undangan ke majlis perkahwinanku

dengan ini, saya, shaidatul ezzan binti mohamad yusop ingin menjemput para sahabat handai serta sesiapalah yang dikenali untuk hadir ke majlis penyempurnaan tag ini...ceh! saja saja nak buat gempak. sebenarnya pasal tag je pun. tapi title post tu terpaksa mengancam sikit supaya orang baca post ini. hahah!


1. how old are you?
asyik-asyik tanya umur. tak suka tau. dah cakap dah dalam previous post, 20 at heart!

2. are you single?

single but not available gitu.

3. at what age do you think you'll get married?

27...maybe!

4. do you think you'll marrying the person you're with now?

who? tiada calon yang sesuai okay!

5. if not, who do you want to marry?

Johan Dafi Abdullah...nama Islam Johnny Depp bila masuk Islam. (suka hati je kan! hahaha)

6. who will be your bridesmaid and bestman?

friends.

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?

garden kot, dengan tema santai. rimaslah kalau buat dalam bangunan.

8. where do you want to go to for honeymoon?

new zealand.

9. how many guests do you think you'll invite?

yang dikenali jelah kot.

10. will that include your exes?

of courselah. tak baik dendam. hukhuk!

11. how many layers of cake do you want?

nak semua cake di secret recipe boleh? hahah. 2 layer pun ok juga.

12. when do you want to get married, morning or evening?

how about dawn?

13. name the tune/song you'd like to play at your wedding?

'Mencintaimu' by Kris Dayanti but piano instrumental lah. yang ni dah booked Abg Chik (saudaraku, seorang ahli muzik) supaya play piano during my wedding.

14. do you prefer fine dining or just normal spoon and fork/knife?

nak ala-ala BBQ pun comel gak kan?

15. champagne or red wine?

sky juice. gila kedekut. haha! nak fruit punch.

16. honeymoon right after the wedding or days after?

days after lah. penat lah kenduri.

17. how many kids would you like to have?

quatre - french word for 4.

18. will you record your honeymoon on DVD/CD?

i prefer in photos saja.



saya men'tag' mereka ini :
  • dude dude
  • mutiyah
  • cik farisa
  • fadhila
  • faiz (farah + izzati = faiz)
  • pandang dengan matalah muni
  • linda yang selalu angin dgn abg jenal.


Saturday, February 28, 2009

kenapa suka, kenapa tak suka, kenapa....ek?

sebenarnye title post tu takde kena mengena pun dengan post ni.saja nak eksyen. haha.
anyway, pesanan buat dila : gila bapak panjang tag kau ni.
aku rasa macam aku tulis cerpen dah.
hahahah.

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
my mom said she named me after one of her close friends during school. her name was Raja Shaidatul Ezzan. kenapa tak letak je 'raja' tu mak? ahaks!

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
just last week, when watching Benjamin Button.

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
i used to. now sometimes i don't even understand what i wrote. haha!

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
daging or ayam masak black pepper. sedap woo!

5. DO YOU HAVE KIDS?
plan to. bila dah married lah.

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON, WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
hmm, yup because i do need friends who's a little crazy. haha!

7. DO YOU USE SARCASM?
sometimes. (ke, all the time? ahaks!)

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
yup.

9. WOULD YOU BUNGEE JUMPING?
hell no! scared of heights, ok?

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
koko crunch is the best.

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
depends on how tight i tied them. faham tak faham tak?

12. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
ais krim malaysia. superb!

13. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
their eyes.

14. RED OR PINK?
neither.

15. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
my rollercoaster mood.

16. WHO DO YOU MISS THE MOST?
i don't miss people often. even when i'm away for 2 months in India, i still don't miss people at home. seriously. like dila said, "hati kering". hukhuk!

17. DO YOU WANT PEOPLE TO FINISH THIS LIST?
suka hatilah labu!

18. WHAT COLOUR OF YOUR PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
as in right now? pants: dark blue and shoes: i'm not wearing any now. on the bed lah!

19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
me, hembus-hembus hingus. (ceh, pengotor betul) selsema ok?

20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
turqoise. so bright one!

21. FAVOURITE SMELLS?
bau petrol. best woo. haha!

22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALK TO ON THE PHONE?
hmm, dodol. this morning when she asked the direction to Megan Avenue.

23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
yes. i wouldn't be friends with her if i didn't like her. in a friends way lah i mean.

24. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
formula one and also football.

25. HAIR COLOUR AND EYE COLOUR?
both black.

26. DO YOU WEAR CONTACTS?
nope. i don't even wear glasses.

27. FAVOURITE FOOD?
kuah kacang.

28. SCARY MOVIE OR HAPPY ENDING?
happy ending.

29. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Geng: Pengembaraan Bermula.

30. WHAT COLOUR SHIRT ARE YOU WEARING?
purple.

31. SUMMER OR WINTER?
Autumn kot! haha. sungguh cantik.

32. HUGS OR KISSES?
hugs AND kisses.

33. FAVOURITE DESSERT?
bread pudding. sedap sedap.

34. MOST LIKELY TO RESPOND?
faham faham.

35. LEAST LIKELY TO RESPOND?
semua saya.

36. WHAT BOOK ARE YOU READING?
horizon cinta. jiwang tak jiwang tak? haha. semalam baru habis baca. layan je semua buku.

37. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
i don't use one.

38. WHAT DID YOU WATCH LAST NIGHT?
Juno. sukalah movie ni.

39. FAVOURITE SOUND?
something soothing.

40. ROLLING STONES OR THE BEATLES?
the beatles.

41. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
hmm, london i guess. tapi pergi dengan familylah.

42. DO YOU HAVE SPECIAL TALENT?
i'm very good in acting as if i was busy. haha!

43. WHERE WERE YOU BORN?
pusat rawatan islam. tu yang saya macam islamic sikit. huahuahua!



i'm tagging :
ummu, dodol, aida, ayu, idyani, linda, muni and zida.

mari menulis

oleh sebab saya kebosanan, jadi buatlah tag ni.
this one was a long overdue tag.
tagged by muni. puas hati tak? ahaks!


the rules are :
1. Nama / nama glamour di cyberspace
2. Guna tangan kanan atau tangan kiri. Kalau guna mulut pun takpe.
3. Huruf yang suka ditulis. Kira macam kalau tulis huruf tu memang cun gilalah.
4. Huruf yang tak suka ditulis. Kalau tulis, rasa macam ngeri nak tengok.
5. Tulis "Musang coklat yang pantas itu melompat melepasi si anjing pemalas" dalam English.
(pardon me for my bad translation. uhuks!)
6. Nama pemangsa seterusnya.






Thursday, February 12, 2009

16 facts about me

aku telah ditagged oleh diana dodol.


1) aku tak reti nak explain sesuatu benda tu, lagi-lagi dari segi teknikal. bukan sebab tak tahu, cuma tak reti nak put in words. that's why bila orang tanya aku pasal coding ke, pasal programming aku mesti panggil someone untuk jawab pertanyaan si polan. selalu jadi mangsa kat office adalah Hakim. huahua. kesian dia tapi takpe, dia rela. (cewah, konfiden je!). Macam hari tu, Lokman tanya aku pasal MVC nak set connection dengan server (pada mereka yang tidak faham dengan istilah ni, anggaplah MVC tu adalah ayam KFC. Kenapa aku kata ayam KFC? Entah, aku pun tak tahu! Hahahah). aku macam biasa..."Hakim!! Sini jap, Lokman tanya". Sekali Lokman keluarkan ayat pedas daaa kat aku..."aik, takkan tu pun tak tahu!". Seriuslah, masa tu rasa macam nak jadi tikus, lari sembunyi masuk bilik air. ~ tiba-tiba terfikir, camne aku nak jadi lecturer kalau tak reti nak explain ~

2) masa aku umur 8 ke 9 tahun, aku pernah potong rambut yang amat pendek gila sampai suatu masa tu ada pakcik cakap kat anak dia (budak tu mungkin umur 6 tahun kot)..."Pergi main dengan abang tu" sambil jarinya menunjukkan ke arahku. (Pang!!!! pengsan jap!)

3) aku ni cepat jatuh cinta, cepat bosan, cepat suka orang, cepat je tangkap kalau ada orang silap cakap pastu bantai gelak, cepat melawan, cepat rasa sedih, cepat ngantuk, cepat tukar mood, cepat terpengaruh, cepat naik hangin, cepat cool balik, cepat terasa...segala-galanya cepatlah. Cuma satu je aku lambat sikit selalu......datang office. Ha, yang tu lambat. Wahahah!

4) amat sukakan kucing. Aku boleh nangis woo tengok kucing kena langgar depan mata. Rasa macam aku nak langgar balik orang yang langgar tu. Lagi-lagi kalau tengok orang dera kucing or bunuh kucing macam dalam satu email aku dapat...ala, yang orang Jepun tuh pijak mata kucing tu sampai mati! Memang aku nak bakar sial tu hidup-hidup! (Tengok, kan aku dah emosi!) Aku boleh bertukarlah menjadi raksasa yang Ultraman pun tak dapat kalahkan, aku pijak-pijak malaun yang dera kucing tu.

5) selalu tersuka laki orang walaupun takde niat nak suka tapi dah tersuka nak buat macam mana. Jeng jeng jeng. Statement panas nih, tapi releks, aku bukanlah Memey. Laki orang yang aku suka adalah tak lain dan tak bukan....Johnny Depp. (walaupun dia takdelah officially married...tapi attached. bertahun aku cintakan dia. Sampai sekarang aku masih cintakan kamu, JD) Hahaha!

6) dulu masa sekolah rendah darjah 3 kalau tak salah, bila cikgu suruh tulis dalam kad kemajuan pasal hobi kan, aku ni pergi tulis "Hobi saya adalah membuat kerja sekolah!" (Hahhhh????!!). Sekali cikgu tanya aku, "Kalau takde kerja sekolah, kamu buat apa?" Soalan tu masih tak berjawab sampai sekarang...(jom kita fikir sesama)

7) aku ni memang lemah betul subjek akaun (patutlah akaun aku hujung bulan je tinggal nyawa-nyawa ikan. hukhuk). masa sekolah menengah, belajar akaun masa subjek kemahiran hidup. orang lain duk sibuk dengar cikgu mengajar, aku sibuk gak. sibuk tidur kat belakang. asal cikgu suruh hantar je kerja akaun, tangan aku pun memulakan tugasnya untuk berlatih menulis laju meniru menyalin kerja orang. sama gak masa diploma ada belajar subjek akaun. (ish, ish kesian jari aku lama praktis meniru menyalin sampai diploma pun tetap nak kena jalankan tugas)

8) bila belek katalog IKEA yang cool gilos tu, aku akan mula berangan tentang bakal rumahku.......(jap, tengah berangan ni)

9) the last time aku naik motor adalah masa umur aku 10 tahun. aku fobia dengan motor. pernah accident motor dengan kakak saudara aku, jatuh siap terseret. sampai sekarang aku tak naik motor dan taknak naik motor. ex-boyfriend aku pujuk pun tetap tak berjaya.

10) one of the ciri lelaki idaman aku adalah rupa yang chinese look....tapi kenapa ex-boyfriends aku semua takde pun chinese look? pelik. (iklan sebentar, sesiapa yang terasa diri dia ada iras-iras chinese look, sila emailkan gambar berserta jumlah duit yang ada dalam akaun anda ye, terima kasih)

11) amat bencikan lipas. tidakkkkk!! boleh lari pecutlah kalau nampak lipas. masa diploma kan, ada satu hari lipas masuk dalam bilik. aku dan roommateku, areen memang takut dengan lipas. masing-masing dah terlompat-lompat nak elak dengan lipas. dah lah lipas terbang. yang terbang-terbang ni memang boleh buat aku terjeritlah. boleh bayangkan tak betapa takutnya kitorang dengan lipas siap ketuk bilik hostel jiran sebelah minta tolong bunuhkan makhluk terbang yang ngeri itu. masa itu adalah pukul 2 pagi. dan jiran kitorang telah tidur tapi tidur tak tidur, misi membunuh lipas kena jalankan gak. kesian. bukan kesian kat lipas tuh, kesian kat jiran kitorang. dengan mata kuyu, ngantok-ngantok tu pergilah bunuh lipas tu. terima kasih fiza.

12) ada certain orang, kalau marah kat certain people je. kalau yang cute-cute and good looking tu, takdelah marah sangat walaupun sebenarnya benda yang diorang buat tu boleh mendatangkan marah. tapi kalau aku marah, aku marah. tak kisahlah orang yang aku marah tu handsome ke, chinese look ke, lebih tua dari aku ke, kawan ke, boss ke...semua adil. aku tak pilih kasih. hakhak!

13) sebenarnya kan, aku tak reti cubit orang. aku pernah cubit ummu tapi dia gelak bila aku cubit. dia kata tak sakit tapi geli sampai nak gelak sebab kelakar. hukhuk! (kira selamat gaklah bakal laki aku dari lebam-lebam. hahahah)

14) aku pernah dicop sombong masa sekolah. mak aku pun kata aku jarang senyum dulu. aku sebenarnya bukanlah seorang yang peramah. aku bukan gak jenis senang nak bergaul dengan orang. nak start conversation pun sebenarnya aku amat malu. tapi sejak berkawan dengan budak yang agak tak tahu malu, selalu je nak gelak yang bernama haihtaummu, terus berubahlah. hekhek.

15) markah yang paling rendah pernah aku dapat dalam peperiksaan adalah 16/100 untuk subjek matematik moden masa form 4. hahaha. kenapa? sebab aku tak suka cikgu yang ajar tu. aku kalau dah tak suka sesuatu tu, memang tak sukalah. buatlah macam mana pun. memang takkan suka. tak boleh lah nak fokus bila tak berminat pun dengan apa yang diajar tu (dalam situasi bekerja pun sama). lepas cikgu tu blah dari sekolah aku, cikgu lain take over aku terus dapat test math 60++/100. rupanya aku ni cemerlang jugak. hahahah!

16) kalau ada sesiapa panggil aku main lawan-lawan mata ke, mata siapa yang tak berkedip paling lama ke...mesti aku kalah. aku tak boleh tenung mata orang lama-lama. bukan sebab aku takut terjatuh cinta ke ape. cuma memang tak tahu kenapa. especially dengan orang yang tak rapat sangat. macam boss ke, lecturer ke. kalau diorang tengah cakap or explain something kat aku, sekejap je aku pandang diorang. then, mulalah aku tak selesa then pandang atas lah, pandang tepilah, aku larikan pandangan aku...just to avoid their eyes.

aku nak tag 3 orang je, malas ramai-ramai:
  • dila
  • fibo
  • damai
copy direction ni then buatlah tag ni. kui kui kui.

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with sixteen random things, facts, habits or goals about you. at the end choose ten people to be tagged, listing their names and why you chose them. don’t forget to leave them a comment (”you’re it”) and to read your blog. you can’t tag the person who tagged you. since you can’t tag me, let me know when you’ve posted your blog, so I can see your weirdness.


Wednesday, December 17, 2008

the colour black

black is the colour, kak zu.
i'm answering her tag. hehe.

i want everything black.
black car.
black handbag.
black pants.
black wedding dress. (eh?!!)
black wedding cake (with the taste of chocolates).
black flip flop.
black shoes.
black shirts.

i have a thing for black.
black is definitely sexy.
ahaks!

Tuesday, December 2, 2008

friends oh friends

[1] Do you think you're hot?
eh?! mmm...err...erm...i think...hmm...next!

[2] Upload a favorite picture of you.


(di mana saya? saya di belakang mas, tepi jasman!)

[3] Why do you like this picture?
because no one really looks at the camera, no one is posing.

[4] When was the last time you ate pizza?
alamak! i think masa ramadhan kot...

[5] The last song you listened to?
Ikenai Taiyou by Orange Range

[6] What are you doing right now besides this?
Doing the endless work...aiyaa!

[7] What name do you prefer besides yours?
ni macam dah jawab dalam previous tag!

[8] People to tag
1. Ummu
2. Fibo
3. Zida
4. Dila
5. Idyani (walaupun dia yang tag aku, aku nak tag dia balik!)

[9] Who is no.1?
My best friend, we've been together since my diploma years until now.
(in the same class since diploma to degree, my former housemate, my officemate)

[10] No.3 is having relationship with?
coursemate, officemate

[11] Say something about no.5
my number one pengaruh rakan sebaya...hahaha!

[12] How about no.4
Cikamku sayang.

[13] Who is no.2?
Another my cikam sayang. The one who I like to drag along with! haha..

Friday, November 28, 2008

panjangnya tag ni wahai Id...

wahai Idyani,
sekalipun kau tahu aku suka mencuri tulang.
usahlah kau sengaja men-tag- aku dengan tag yang panjang-panjang.
tapi tak mengapa, aku kan pencuri tulang yang terulung.
akan ku galas tanggungjawab ini!

let the tag begins...

The rules:-Link to your tagger and post these rules. List 8 random facts about yourself and tag 8 people

1. aku, shaidatul ezzan mohamad yusop
2. umur 23 tahun (ye aku tau, aku memang nampak muda)
3. curi tulang adalah hobi terbaru
4. suka berlagak macam ada kerja walaupun masa tu takde kerja
5. camera junkie
6. baru berjinak dengan dunia Japanese (ni semua Id punya pasal! haha..)
7. cepat bosan, cepat suka, cepat terpengaruh, cepat melenting, cepat cool balik...segalanya cepatlah!
8. tidak suka duduk diam, mesti ada je yang aku nak buat (buat bodohlah, buat2 busy la, buat tak tahu la..)

tagging
1. zida
2. dila
3. fibo
4. jasman
5. fatin diana
(aku reti mengira sampai 5 je, nak buat macam mana...)

your

first name:
shaidatul
name you wish you had:
Aisyah Umairah kot. (ni nama aku nak bagi anak aku, jangan sesiapa ambil haa...)
what do people normally name you as:
Ezzan, Shaidatul (kawan sekolah rendah panggil aku ni), Shida (strictly for family...cewah!)
birthday:
30 Jun 1985 (dah tanya birthday ni, tak reti-reti nak bagi hadiah? hahah..)
birthplace:
kuala lumpur
time of birth:
ala, aku tak ingatlah...mungkin subuh kot, takpun malam.
single or taken:
single and not taken
zodiac sign:
cancer

your appearance

how tall are you:
154cm (aku sedar aku rendah :( )
wish you were taller:
ye kot...sama yang taknak tinggi
eye colour:
hazel...cewah! hitamlah..aku bukan ummu yang kaler coklat matanya...
current hair color:
purple...eh?! blacklah...
short or long hair:
panjang yang pendek sikit
ever dye your hair a bizarre color:
tak pernah woo...
last time you did something dramatic with you hair:
cut it really short sampai ada orang cakap aku 'abang'...hahhaha!
glasses or contact:
dua-dua tiada. mata aku sihat!
do you were make up:
tengok keadaan kot.
paint your nails:
masa kecil adalah...merah mak ngah lagi tu!

in a opposite gender

what color eye:
brownish...macam kassy :)
what color hair:
hitam kot
shy or outgoing:
outgoing yang ada gak la unsur2 malu. jangan tak malu langsung.
sexy or cute:
sexy and cute
serious or fun:
serious yang fun la...
older or younger than you:
dey, olderlah...mahu avoid yang muda2 ni.
a turn on:
smile
a turn off:
smoker

this or that

flowers or chocolates:
chocolates baby!
pepsi or coke:
err...sprite! (eh?!)
rap or rock:
rock
relationship or one night stand:
relationship...one night stand inda!
school or work:
neither one. hahaha!
love or money:
screw you who said money is not as important as love! Baka!
movie or music:
dua-dua aku layan
country or city:
country kot. too much traffic in the city!
sunny or rainy days:
sunny yang windy...hehe!
friends or family:
can't live without both!

have you ever

lie:
mestilah..tipulah tak pernah!
stole something:
selalu je. curi tulang kira stole gak kan!
smoked:
read my lips (or my word), NEVER!
hurt someone close to you:
yes.
broke someone's heart:
pernah gak. dah tak suka nak buat macam mana kan.
had you heart broken:
woo...this one too many!
wonder what was wrong with you:
yezza...selalu je!
wish you were prince or princess:
dua-dua tak best. terikat dengan protokol or maybe aku akan jadi spoiled!
no thank you sajalah.
like someone who was taken:
ni selalu sangat...want to hear the list? hehe...
shaved your head:
belum pernah, tapi pernah ada niatlah dulu. (ni sebelum amani botakkan kepala lagi ye!)
used chopstick:
mestilah...
sang in the mirror to yourself:
not sang, but komen pasal diri sendiri kat cermin. (i sang in the shower saja)

favorites

flower:
white daisy and white roses
candy:
m & m
song:
penantian by blackrose (rock lama2 seh!)
scent:
fantasy midnight by Britney Spears
color:
black
movie:
ni sangat banyak wo..
singer:
jason mraz
junk food:
hmm...kerepek ubi cap Mydin (junk food ke tu ek?)
website:
blog-blog kawan
location:
my bedroom and the beach!
animal:
cats.meowww...

misc

ever cried over someone:
mestilah...especially masa tengah baca novel sedih2...
is there anything you wish you could change about yourself:
of course
do you think you're attractive:
soalan yang menguji konfiden aku ni. next!
if you had to choose a fairytale as your life what would you choose:
sleeping beauty. hahaha!
Do you play any sports:
does typing all the time consider as sports? hahahah..