Followers

Monday, August 31, 2009

candlelight iftar

sama macam tahun lepas, scene berbuka puasa versi romantika d'amour mesti berlaku. memang tak boleh lah nak dielakkan. tahun ni, dalam masa sejam lebih nak berbuka tiba-tiba blackout. aiyak! apa lagi kelam kabut selongkar laci cari lilin, father went to nearest shop to buy a box of candles. unfortunately, candles dah sold out. haha. thankfully, i have some collection of scented candles (it used to be my hobby collecting scented candles till i grew bored of it!). so, berlakulah aksi tergigit cili lah, termakan bawang putih lah, tercekik tulang ikan lah semasa berbuka... semuanya disebabkan ketiadaan elektrik. tapi mungkin ada hikmah nya. hmm sebab masa earth hour hari tu saya tak padamkan lampu pun, so kira sekarang macam baru ada kesempatan nak celebrate earth hour. haha!
(padahal terpaksa :p )





Sunday, August 30, 2009

salah siapa sekarang ni?

bila solat terawih, mata macam ada gam.
ngantuk gila seh. nasib baik tak tersengguk-sengguk.
salah siapa sekarang ni? nak kata salah syaitan, dah kena ikat.
salah saya jugak ke?
salah kau pulak ke? (kau disini adalah makanan ye tuan tuan puan puan)



ps: entry tiada kaitan dengan mana-mana pihak. jadi jangan sesiapa nak terasa ok. harap maklum. (*_*)


eh eh sebelum tu...



SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA.


nasib baik ni tengah bulan Ramadhan.
tidak ada yang memekak menjerit kat tv tu.
ok. mahu tidur. tak kuasa mak nak countdown ni.
countdown nak tidur boleh lah. haha!




bantuan kerajaan

have you read today's newspaper? Berita Minggu to be exact.
muka depan dia tulis macam ni...



Gaji RM3,000 dibantu.

Kerajaan akan membantu kira-kira 40% rakyat negara ini yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan menambah pendapatan mereka terutama di kawasan bandar yang berdepan kos sara hidup tinggi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.





- rakyat negara ini : check!
- berpendapatan bawah RM3,000 sebulan : check!
- di kawasan bandar : check!
- berdepan kos sara hidup tinggi : check!


okay, saya adalah salah seorang calon yang berkelayakan untuk mendapat bantuan itu. di mana saya perlu daftarkan diri ni ye? sila beritahu saya as soon as possible.

(-_-) <-- muka straight face bermaksud entry ini bukan cobaan, ini betul-betul.





Saturday, August 29, 2009

the final goodbye

7 Ramadhan (28 Ogos) - saya berbuka puasa dengan officemates at the office untuk 3 hari berturut-turut. semuanya atas tuntutan kerja. cewah! the last 2 days saya berbuka Yong Tau Fu tapi semalam berbuka McD. wah, dah habis orang kaya lah ni makan McD waktu berbuka! takdelah, saja nak tukar angin lagi-lagi bila tiba-tiba hidung ni macam nak hidu bau french fries yang menggegar jiwa dan raga. walaweh, ayat tak boleh blah! (^_^)v





anyway, buka puasa semalam was the last day we spent with our dearest boss. well, now it's ex-boss i supposed. hmm, macam tak sedap je perkataan ex-boss itu. tak suka dengan title itu. tak dapat beraya dengan cik. tsk tsk! i'm really terrible when it comes to goodbye. especially face-to-face. selalunya the other person will say sorry for eveything yada yada yada and i'll be the one said 'me too!' (macam dengan ayu. ingat tak ayu? aku just say 'aku pun sama' sebab tak retilah nak put in words).

encik lutfi, i know you're reading this (or will be) so here i would like to say a few words (even though it's already mentioned in the cards we gave you)...


thanks a million for everything, for being patience and kind, for being tolerance and understanding towards me and the team. i know sometimes we can be 'hard' to handle. for any wrong doings, for hurting your feelings, for not listening to you, for being stubborn... from the bottom of our hearts, we are extremely sorry! good luck in your new job. hope you find joy and happiness. the office won't be the same without you. we won't be the same without you. it's really a pleasure to work with you even when the going gets tough. believe in yourself like we do. halalkan makan minum kami. ada kenduri ke apa jemputlah kami walaupun mungkin kami akan membingitkan keadaan. selalulah jenguk-jenguk kami disini. kalau ada nampak orang sedang menggaru ke ingatlah tagline "buat apa tu?" nescaya cik akan tersenyum ;p cewah! and last but not least, rajin-rajinkanlah meng-click nuffnang saya, jadilah follower blog ni, ym and komenlah selalu kat facebook. ok ok, sesi promosi diri sudah tamat! hehe.


(warna purple ni sempena cik lutfi punya fave colour. teehee. betul kan cik? ke saya salah dengar hari tu. tak kesahlah, janji rock!)



encik lutfi on his final day at OAS (percuma megat kat belakang) :D
-photo courtesy of Fahmi's blog!-




hmm, i wonder what will the future brings?
will the new boss able to tolerate with us like he did?
or will he be really strict like what me and dd feared?
we shall wait and see.
Que serĂ¡ serĂ¡...



Friday, August 28, 2009

diari ramadhan ezzan yang tiada episod

dah lost la episod berapa dah drama popular di malaysia ini iaitu diari ramadhan ezzan. haha. ok ok, silalah muntah. eh eh nanti batal puasa lak jadi kena sajalah terima kenyataan. ;p

bosan lah pulak sekarang ni. the guys went to perform friday prayers while the ladies were relaxing and karaoke-ing lagu AXL 'Akulah Kekasihmu' yang saya seriously tak tahu baru dengar semalam budak-budak ni duk nyanyi. layankan je lah..part yang saya tahu pun bila tang...

Andai........(suara sengau sikit)
pastu tak tahu dah lirik dia...


Camwhoring jap ek.


bila bosan-bosan saya akan baca buku ilmiah ini. haha.



muka dengar lagu jiwang.
at the same time tengah dengar mereka yang lain duk melalak lagu AXL tu.
nisa siap join sekali. haha.



hobi menconteng tetap tak boleh ditinggalkan. :D



ok. diorang dah tukar lagu dah.

'Di Alam Fana Cintamu'' menjadi dendangan mereka. setelah mereka play lagu AXL tu 2x. haha.




Wednesday, August 26, 2009

parting ways

uhuk uhuk. tsk tsk. sob sob (lap air mata jap)
ceh, belum pape lagi dah sedih.
walaupun tengah puasa, nak nangis gak! :'(
hmm, nak cerita pasal apa ek...
ha..ni nak cerita pasal perihal boss saya. cewah, perihal inda. :p
boss saya dah nak berhenti dari jadi boss saya. faham tak faham tak?
in other words, dia dah nak berhenti kerja dah dari OAS. tsk tsk.
nak pinjam ayat dd sat..

"Kenapa semua orang pergi tinggalkan saya?
Mula-mula salwa, akim...then ayu pula. Sekarang ni, cik lutfi pulak..."

sedih dan sebak woo atas pemergian beliau.
kenapa sedih? (backgound music sedih syahdu)
sebab kat siapa lagi kami nak mengadu nasib?
kerja kami tak siap lagi siapa lagi nak tolong?
kalau kami kena marah dalam meeting siapa nak backup kami?
siapa lagi nak faham dengan keadaan kami yang selalu memberontak ni kecuali cik?
siapa lagi nak explain things kat kami yang slow sikit and susah nak faham ni? (ni saya dan dd)
dengan siapa lagi (yang lebih tua la) kami nak bergurau?
siapa lagi nak pujuk kami especially dd kalau mood tak baik menyerang?
siapa lagi nak caring-caring selain cik?
sedih sedih! srootttt (hembus hingus jap)

kenapa cik tinggalkan kami? uwaaaa.... :'(
kami ni tak dengar cakap ke? (yg ni luqman)
kami ni kuat nangis ke? (yg ni dd)
kami ni kuat melawan ke? (yg ni...ehem ehem, saya)
kami ni selalu tak ajak cik lunch sekali ke? (yg ni luqman gak)
kami tak selalu belanja cik ke? (hmm...yg ni haida kot)
kami ni selalu nak balik awal ke cik? (yg ni dd)
kami ni selalu minta duit kat cik ke untuk beli roti bakar? (yg ni...again, saya)
kami ada panggil cik dengan nama yang cik tak berkenan ke? (yg ni...random)
kami ada buat cik terasa hati ke? (yg ni semua lah!)
kami ada buat salah ke kat cik...(yg ni pun semua lah!)

okaylah, if you stay...
kami akan dengar cakap cik.
kami akan cuba tak cepat nangis (kan dd kan).
kami akan cuba tidak melawan kata-kata cik (saya akan jadi baik).
kami akan selalu ajak cik join makan. tak kesah lah lunch ke apa.
kami akan selalu belanja cik air teh o ais or teh o ais limau kegemaran cik.
kami akan cuba untuk balik lewat. (dd, nanti kita cuba ek)
kami akan guna duit kami sendiri untuk beli roti gardenia tu, siap buatkan roti bakar sapu kaya untuk cik.
kami akan panggil cik dengan nama-nama yang sedap didengar lepas ni. (tak panggil cik or kak dah, panggil ENCIK pasni)
kami cuba untuk menjaga hati dan perasaan cik.
kami akan memperbaiki kelemahan kami...


oh, sungguh tak fair tau leaving us like this.
without a warning.
can't you at least wait for everything to be settled first?
didn't you said the same thing to akim when he's leaving us months ago?

hukhuk! (>_<)~










Tuesday, August 25, 2009

diari ramadhan ezzan episod 4

ececeh. kata ditangguhkan buat sementara. haha. saja nak bagi wakenabeb sikit. memang mula-mula macam nak put on hold sebab rutin hari ini macam akan sama semalam. akan tetapiiiiiiiiiiii.....jeng jeng jeng! mestilah ada udang di sebalik mee..eh eh apa merepek ni. teehee. :D


anyway, pagi macam biasa. datang awal. cewah, macam biasa inda! awal lah jugak cuma lambat 15 minit je dari semalam. sebab saya tertidur lepas subuh dan baju kurung yang hendak dipakai adalah dari kain jenis yang susah nak gosok dan memerlukan berjam-jam untuk menggosoknya tapi bila dah pakai tetap nampak macam tak gosok. apa motif beritahu ini? tiada. haha.


tengahari lak berlaku peristiwa penyampaian hadiah kepada cik boss. diselubungi dengan perasaan sebak. tsk tsk. terharu tak encik lutfi? sedih lah berpisah berpisah ni. tak suka perpisahan. :'(

(nantilah saya ceritakan pasal kesedihan itu dalam post yang akan datang. nantikanlah dan saksikanlah kemunculannya. cewah! )



petang ni hopefully tiada meeting tergempar macam semalam.
ceh, meeting meeting pun kau tetap balik awal ezzan! haha.
did i tell you i arrived home at 5.30 pm and mother said.."awal balik?"
i just nodded with a big fat grin on my face...




Monday, August 24, 2009

keyword : diari ramadhan rafique





ada orang google diari ramadhan rafique tapi jumpa diari ramadhan ezzan. haha. tentu mereka keciwa. tidakkah mereka tahu, rafique dah besar. dah reti berpuasa dah. dah tak perlu bermonolog sendirian dah. teehee.






nah, amik ni gambar rafique dah besar ni hah.
dah reti puasa tak dik? hikhik.






diari ramadhan ezzan episod 3

scene pagi:
i'm early today! clap clap...what's the big deal you asked me? mestilah big deal as i was always late to the office due to the lack of sleep sebab berfacebook. muahaha! blame it on that site! monday is the day where semua manusia merasai malas hendak bekerja lalu menyorongkan bantal ke kepala sendiri untuk bertafakur sebentar sementara menunggu waktu pulang. hahaha. aipppp! puasa-puasa ni keluar air liur basi kang tidur tu. bangun bangun ummu. eh eh, ummu pulak! ;p

last week, boss said if you come at 7 o'clock in the morning, then you can go back home at 4 in the evening. nampak macam best kan. tapi being a so-not-morning person, pukul 7 pagi hendak tercongok depan office adalah perkara yang mustahil bagi saya. tapi kalau balik pukul 4 tu, saya boleh punctual. kahkahkah! oh ye, saya sampai office hari ni pukul 8.30...then, i can go back home at...hmm, what time ek boss? lemah sikit ilmu kira-kira ni. kol 4 jugak kan? hikhik... ;p

(geramnya tengok cupcakes ni!)



scene tengahari:
pergi keluar jap tadi. dengan ummu, dd and ros. tapi kami bukan ke drive through mcd ke apa ye harap maklum. pergi printing kad kahwin. cewah! blushing blushing. ok, sekarang masa untuk tidor. kroh kroh kroh!


scene petang:
tiba-tiba dipanggil MEETINGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!
gagagagagaga! nak kena siapkan kerja pulakkkkkkkkkkkk!!!!
ok ok geram geram.



terus tiada mood langsung.
mungkin siaran diari ramadhan ezzan akan ditangguhkan buat sementara.
sebab lepas ni, scene dia akan direpeat untuk beberapa hari.
huh!



Sunday, August 23, 2009

diari ramadhan ezzan episod 2

ceh. tajuk dah habis macam diari ramadhan rafique lah tu. dah lah tiba-tiba episod 2, mana tah episod 1 tu. oh ye, yang episod 1 tak lulus lembaga penapisan filem. muahaha! untuk makluman semua, drama diari ramadhan ezzan ni tiada pelakon lain. hanya saya seorang saja. pelakon tambahan pun tiada. pengarah, pelakon, penulis skrip, penerbit semua saya. hah, gila kuasa amik kau! hahaha.

hari kedua ramadhan, baju raya saya sudah siap. tapi bukan semua lah yang dah siap. ada sepasang lagi kot yang belum siap. woh, baru awal puasa dah eksen dengan baju raya. teehee.

ezzan bermonolog sendirian : tudung tak beli lagi ni....




haha. tiada motif apa-apa pun post ni.
saja nak berangan.



(^_^)v



drama melayu

wow! handsomenya fahrin ahmad pakai cermin mata, kopiah, berbaju melayu dengan kain pelikat. ok ezzan. sila ingat ini bulan puasa. kawal diri anda. haha. tiba-tiba mood menonton cerekarama melanda diri. i seriously can't remember the last malay drama that i watched. the only time i watched malay dramas are during ramadhan and aidilfitri. especially malam raya. masa tu drama semua genre rembesan air mata. cewah! hehe. selalunya malam raya tu mesti tengok Ria, drama Rashid Sibir. kalau masa ramadhan pula, dulu suka tengok cerita Diari Ramadhan Rafique. haha. comel bila dia monolog sorang-sorang. :D

anyway, i'm not really a tv person but there's a few dramas yang buat saya tercongok duduk tunggu depan tv and it's not in malay. not bragging or anything or bukanlah dah tak ingat asal usul cuma i don't like watching dramas that are too cliche. you kinda able to expect what's the ending will be like. there's no thrill in that. it's too plain boring. sebab balik-balik tema yang sama.
(sila jangan sensasikan statement ini. cewah! )

boy falls in love with the girl.
mak si lelaki tak berkenan dengan bakal menantu.
ibu tiri yang kejam.
isu korporat yang sungguh bosan.
nak rampas harta orang ni.
balas dendam.
...etc etc.
you get what i mean right?
you can see the pattern. so predictable.



i know now people keep on buzzing about drama Nur Kasih kat TV3 tu.
pernah gak lah tengok selama 15min saja.
pastu saya tak ingat kenapa saya tak tengok semula.
anyway, best sangat ke drama tu?




my favourite show currently is the show called 'TRUE BLOOD'.
it's on Max, Channel 412 on Astro.
tiada motif. saja nak beritahu. haha.





Saturday, August 22, 2009

hujan rahmat di hari pertama

the bazaar trip plan got cancelled! boohoo... :(
due to the fact that it's raining heavily here in kl.
bila sejuk malas pula nak keluar. haha.
and also because mother wants to cook for buka puasa.
after a trip down to the market this morning buying all the groceries.



well, there's always next time.
esok ke. next week ke. next next week ke.



"Selamat Berbuka Puasa Semua!
Selamat Bersolat Tarawikh Malam Ni"





Friday, August 21, 2009

kerjaya kegemaranku

saya kerja esok. hah????!!!
faham tak faham tak?


esok saya kerja. hah???!!!
dah faham ke?
kenapa? tak percaya kah?

iye serius saya kerja esok.
tak tipu okay.
tak baik tipu bulan puasa ni.



tengok muka comel saya ni?
takkanlah saya nak tipu kot.


...

...









esok saya plan nak ambil gambar makanan kat bazaar-bazaar ramadhan.
maybe esok pergi bazaar kat Setiawangsa.
hah, amik kau! duduk kat cheras, pergi bazaar nun jauh kat keramat sana.

oh ye, lupa nak beritahu.
itulah kerja saya sebenarnya esok. hahah!
snap gambar makanan untuk ditepek di blog camerajunkie ku nanti.
muahahah!





perutusan ramadhan 2009

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ni. hmm...tak retilah nak buat ayat syahdu-syahdu ni. Okaylah, saya sebagai penyimpan mohor-mohor besar eh eh perasan. haha! Ok ok. Sekarang mood saya serius. Di sini, saya...Shaidatul Ezzan Binti Mohamad Yusop ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekasaran bahasa, kalau ada yang terasa hati dengan gurauan saya ke dan ada terlanjur kata ke terutama dalam blog ni. Ada terkutuk ke, termakan hati ke. Maafkanlah tipah ek. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Halalkan segala makan minum ye.

hmm...halalkan hutang boleh tak? hikhik...





ok. perutusan dah tamat. saja nak tepek gambar ni.



jaga kesihatan ye bulan ramadhan ni.
bersabarlah dalam menghadapi segala kesulitan.

sesungguhnya setiap kesulitan itu pasti berakhir dengan kesenangan.





pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh nurses yang garang,
ala yang selalu datang sekolah check gigi budak-budak sekolah tu. haha!





free lunch!

yes. free lunch for 2 consecutive days. today and yesterday. it couldn't get any better than this right? hikhik! semalam en lutfi, boss yang disayangi sangat-sangat (bodek nampak. muahaha) belanja makan ikan yang harga beratus-ratus ringgit (kan cik?) kat Manhattan Fish Market di Alamanda. hari ni, luqman lak belanja makan nasi ayam kat Chicken Rice Shop, still in Alamanda. Okay, tomorrow giliran siapa lak belanja? linda ke? ke en lutfi lagi? hahaha...kejam kejam.



dd. sila jeles. kami habiskan duit luqman. haha! :p




Tuesday, August 18, 2009

novel management system

oleh sebab kes hari tu yang sampai tak ingat nama-nama novel dalam koleksi, linda telah suggest supaya buat satu sistem pengurusan novel-novel saya tu. saya pun telah mendengar nasihat beliau jadi saya pun membuat satu aplikasi dalam waktu yang sekejap saja (malas nak buat kerja hari ni) yang menggunakan the most powerful tool dalam dunia ni iaitu....






Microsoft Excel. muahahah!



(click untuk besarkan. senarai novel dalam koleksi)







oh ye. 2 novel saya dipinjam dari zaman diploma dulu sampai sekarang tak pulang.
dah tak ingat siapa yang pinjam. dah lah 2 fave stories tu. uhuk! sebak i noks.
Sehangat Asmara dan Kau Yang Satu.





Monday, August 17, 2009

the round-up

Syukur, my prayers were answered. Akhirnya, after 2 consecutive weekends of working my butt-off at the office, i have finally able to have an extremely relaxing work-free weekend this week. wohoo...cheers to me! ^_^

i heart sunday soooooo much. kenapa bukan saturday? sebab kadang-kadang saturday father kerja, so mother and i usually just lepak-lepak di rumah tengoklah cerita apa-apa kat tv tu yang boleh ditengok. teehee. selalu rasa macam nak tengok wayang on saturday tapi in the end selalu tak jadi sebab malas nak drive. izat...meh sini meh teman tengok wayang tapi kau drive boleh? haha. anyway, so on sunday, saya pun berlagak macam anak tunggal ikut parents jenjalan, cewah....takdelah korang, sebab eqah is nowhere to be found je saya kata anak tunggal. muahahah...eh eh bukan kena kidnap ke apa. dia balik johor lah dd (saje bubuh nama u kak dudu :p).


kenapa tepek gambar ni?
sebab teringin nak makan mini puff yang kami makan petang semalam di Delifrance's,
Ampang Point sekarang. ohhhhh!!!




A lot had happened these past few weeks. Roller coaster mood, the stomachache, a few bad news were kind of sums up what i've been through. I've talked about the out-of-control mood in my previous post, and so does on the stomachache (post Geram). Bad news? Hmm, what would that be right...i don't know how others might feel about it but a few other people (which includes me), we kinda feel down because of it...



Can't you a wait just a little bit more? Give it some times...
(you know who you are and i know YOU'RE reading this! teehee... :p)





Sunday, August 16, 2009

orang tamak selalu rugi [update!]

inilah padahnya apabila novel-novel dirumah yang tersusun rapi di rak buku dalam bilik tidak dijenguk terlebih dahulu sebelum pergi gatal sangat tangan tu membelanjakan duit untuk membeli novel padahal sudah berjanji dengan diri sendiri untuk berjimat cermat nak simpan duit semata-mata untuk berjoli katak di bandung november nanti tapi dibelanjakan juga, siap pergi minta mak duit lebih lagi kerana tak cukup duit masa tu semata-mata nak jugak dapatkan buku itu.

hoh! serius panjang mukadimah ni. cuba korang baca dalam satu nafas tanpa berhenti. somput tak? hehehe...


--- SOLD to muni ---




i'm letting one of this go (yang baru punya) at RM17.
free postage lagi tu uols.
i bought it at RM19.90.
siapa-siapa nak beli email saya yuk.





Saturday, August 15, 2009

Al-Fatihah

was having a chat with father last night while watching tv. pasal kemerduan laungan azan by Allahyarham Ustaz Asri dari Rabbani. Suka dengar arwah melaungkan azan dan ayat-ayat suci Al-Quran di Channel Astro Oasis. One of my favourite song from Rabbani is none other than Anak Soleh. Sungguh menyentuh perasaan.


Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Asri.
Al-Fatihah...



Thursday, August 13, 2009

family portrait part 2

tiba-tiba merasa rindu pada mereka. tsk tsk.





the super duper cute, irfan!





zara yang comel sangat tak hengat dunia!






donna aisyah and mimin, yang suka posing dah abis model iklan!





Oh. cepatlah raya tak sabar nak balik JB. ^_^



oh ye, pics are from kak nadia's facebook. teehee.



blame it on the hormons

my emotions for the past few days were like roller coaster.
one moment i was happy and laughing and the next, i'm so pissed off.
you know like when you were so upset and mad and out of control, you feel like throwing a tantrum.
but you know deep down inside that there's really nothing you can do...well, except crying.
even the tiniest and silliest thing could really...hmm, how to say ek.
ala macam azean irdawaty cakap. ayat famous dalam drama tu.
apa tuh...hah, make my blood go upstairs.
i usually keep my mouth shut whenever something's pissing me off.
or if i'm extremely mad at someone, i stay quiet.
pretending to be invisible. pretending to not to care.
pretending not to listen. pretending to be...expressionless!
but now, i have no idea why mulut ni ringan sangat nak menjawab saja bila orang tegur.


hmmm, i'm having a tough time controlling the hormons...
damn it!






Tuesday, August 11, 2009

geram

lapar sangat sekarang ni sampai rasa sakit perut nak muntah.
sebab angin dah masuk.
kenapa tak makan kamu tanya?
sebab saya masih di pejabat.
buat kerja. sambil menangis.
menangis sebab geram.
geram dan sakit perut yang teramat sangat.
huh!