Followers

Monday, August 30, 2010

video malaikat turun ke ka'abah


saya rasa mungkin ramai dah tengok video orang post kat wall facebook pasal yang malaikat turun kat ka'abah tu kan. termasuklah saya. first time tengok macam berdetik gak kat hati ni 'betul ke bentuk malaikat macam tu?' saya tahu malaikat memang ada sayap seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran sendiri. jadi bila lihat video tu and terang-terangan nampak sayap agak saspen juga. ye la siap diorang tunjuk laluan dia turun dan naik. siapa lah tak terkejut dan terkesima kan...tapi hati ni masih ragu-ragu betul ke? boleh percaya ke video tu?

aleh aleh tengok lah satu video yang memperbetulkan semula video malaikat turun tu. kira dia point out all the flaws in the video. bila tengok video tu kan saya rasa macam 'ha a ek! kenapa letak still photo? tak letak dalam video juga?' and also mula-mula tiada kain putih kat ka'abah masa dalam video tapi tetiba ada pula kain putih tu masa still photo. orang yang record tu macam tahu malaikat akan turun. sekejap dia kat bas, sekejap dia dah dalam area ka'abah. hmm boleh menimbulkan tanda tanya.

i'm not saying that that video is fake or not, sebab kita pun tak tahu kebenarannya kan. tapi in the end, i feel like what's more important to me is that i believe in their existence. samalah macam udara. kita tak nampak udara kan? tapi kita tahu udara ada. sebab kita masih boleh bernafas. lagipun malaikat boleh menjelma dalam pelbagai bentuk kan. rasanya tidak perlulah kita jenuh memikirkan macam mana rupa malaikat sampai menyebarkan video kepada orang ramai.

it's what you believe in your heart that matters.



ps : oh ye memang saya tak link kan video tersebut. sebab takmo terlibat dalam sebarang sebaran yang belum pasti kesahihannya. nak tengok cari sendiri ye. tapi saya rasa tak payah kot tengok. sebab saya rasa mungkin akan menimbulkan syak wasangka. tu pendapat saya lah.



Sunday, August 29, 2010

mind your manners


sepanjang puasa ni kan, ada 2 benda yang saya saksikan yang buat saya rasa 'euwww serius loser!' *muntah*


1) sedang bershopping raya di JJ. sekali tu ada kes gaduh. konfem budak muda yang baru nak up. dah lah gaduh jerit-jerit sampai nak bagi satu kawasan parking kot dengar. tak tahu malu. dah lah kau melayu bulan puasa gaduh jerit-jerit. siap jerit 'jaga kau! siap kau nanti!' sampai guard JJ terpaksa campur tangan. takut budak tu marah sampai nak baling helmet motor di tangannya. haish. kalau marah sekali pun janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri. serius loser!


2) dahlah kau tengah beratur nak bayar parking tapi siap berpeluk sakan bercium depan orang ramai macam gersang sangat ke apa? serius. bosan sangat kot lane panjang nak bayar parking sampai tak boleh tahan nak cium gak kat situ. bukan tak boleh nak tunggu kau masuk kereta. mat saleh buat macam tu tak kisah sangat sebab dah memang nature dorang kan. tapi ni yang melayu yang buat masa bulan puasa ni nak show off ke apa yang korang dilamun cinta? d'uh! orang lain pun bercinta la weh tapi takde over. tak kisah lah kalau dorang dah kahwin ke apa, but some PDA should be left in the bedroom ok people.


dah. bai. nak tambah pahala puasa balik sebab dah berkurang pahala puasa. satu sebab mata dah tengok. satu lagi hati rasa geram.



Friday, August 27, 2010

posisi tidur yang seksi (18SX)

penat sangat hari ni. meeting je memanjang. dahlah balik lambat hari ni. ada majlis buka puasa kat IOI Resort. nak menolak pelawaan, kang di kata anti-sosial. sebab minggu lepas dah tolak dah satu pelawaan pihak luar. tapi saya redahkan aja dan tabahkan hati. sebab cuti 4 hari lepas ni. sampai selasa. saya suka. sebab boleh berehat macam ni.




credit to EqahYusop


gilak ah Si Putih ni tidur. terkangkang bagai siot! cantik nooo lah kau tidur macam ni hah Putih! ni penat makan ke penat bergaduh ke penat mengiau dan tidak dilayan?





Wednesday, August 25, 2010

duit raya RM500


terima kasih.

500 hinggit pun 500 lah.

rezeki kan.

janji ada.

janji dapat.

...

...

...

cop. tiba-tiba cuak.

saya dapat ke?

tak sah lagi ni.

hoho.

harap-harap dapat.



dapat gak kurangkan sikit beban nak beli iPhone.

ehhhh???!!



Tuesday, August 24, 2010

gambar makanan lagi? hontoni?



perasan tak perasan tak? apa? tak perasan. uhuk uhuk oh separuh jiwaku pergi. nak cito jugak den tak kisah laei. ni hah, den perasan yang den tak cito laei pasal juadah berbuka den tiap-tiap hari. macam tahun lepas, den rajin update blog siap namakan siri diari ramadhan ezzan. tapi tahun ni, den raso malas bebenor eh tiba-tiba masuk slang perak. haha. ok susah noo nak cakap loghat negeri sembilan. konon nak cuba lah kan kata ayah orang rembau. tapi ayah pun takde slang nogori dah. eh apasal melalut ni.

ha ok, saya tak update sangat pasal makanan tahun ni. sebab others dah buat kan. so asyik tengok gambar makanan sampai naik bosan i noks bukan bertambah lapar haha. padahal diri sendiri pun ada ambil gambar makanan cuma tak upload je lagi. haha. eh tapi akan diupload kemudian bila pergi berbuka puasa dengan rakyat jelata. wah rakyat jelata. padahal 4,5 orang je pun. bukan orang jepun. tapi orang saja pun.





nyum nyum teringin nak berbuka kat sushi king.

eh diri sendiri letak gambar makanan tak pe pulak ek? hehe.



Monday, August 23, 2010

dulu dan sekarang


dulu...

saya nakal. selalu sangat datang lambat ke class. dah tahu lambat tapi jalan terkedek-kedek. lalu lecturer pun mengunci pintu. tak dapat masuk. tak dapat belajar dalam class. tapi takde pun daya nak memujuk lecturer supaya benarkan kami masuk. oleh sebab masing-masing ego cewah lalu oleh kerana merajuk lecturer kunci pintu, kami (geng selalu lewat) pergilah breakfast. kalau takat dalam kawasan kampus boleh terima lagi. ni sebab merajuk nooo siap pergi lari breakfast kedai mamak.


dulu...

saya nakal. oleh kerana tiada parking masa pergi class petang (semua sebab lambat lah kan apa lagi) dah tawaf 7,8 kali masih tiada parking yang kosong lalu kami sebulat suara telah memutuskan untuk pergi melencong ke JJ. curlass kau sebab takde parking je terus ke JJ. lagi sengal siap beritahu lecturer tu pasal kami ke JJ. tapi beritahu pun waktu hujung-hujung sem. nanti tiada markah bonus. oh tidak bisa begitu.


dulu...

saya nakal. masa kat India diorang ada sistem kedatangan yang di installed di setiap PC. setiap pc ada unique key dia. sistem tu hanya akan on bila lecturer masuk. dia on selalu 15 saat je. jadi siapa tak datang boleh tahulah. tapi dah namanya budak IT kan. ada je cara nak kelentongkan sistem tu. oleh sebab satu hari tu saya datang lambat. minta tolong orang depan eh ke orang tepi eh tak ingat dah kau tapi rasa macam najwan, si orang depan yang tolong 'sign' kedatangan tu. macam mana cara dia? semua terima kasih kepada butang 'Shift'.



tapi sekarang?





masih lagi nakal. selalu main tipu waktu kerja. kihkih.



Saturday, August 21, 2010

busunako! busunako! busunako!


* busunako = ugly sunako




yatta!! habis dah 10 episod cerita yamato nadeshiko shichi henge ni. habis tengok dalam masa sehari je. semalam. oh ye tengok DVD. baru puas hati boleh tengok kat TV malas nak tengok kat laptop rasa kecik noo skrin. bestlah cerita ni aida. eh tetiba nama aida. hehe. saya banyak kali gelak. serius kelakar. nangis pun ada gak especially towards the ending tu. walaupun hero dan heroine dia takdelah handsome and cantik mana pun tapi tetap feeling-feeling gitu. paling tak boleh blah bila hero jerit 'BuSunako!' banyak kali pastu heroine jadi kuat boleh putuskan tali dan gari. hebat. hehe.

eh ok. dah habis cerita ni dah tak tahu nak tengok cerita apa. cepat. cerita jdorama apa yang best? yang boleh saya beli dvd ni. cewah.





Thursday, August 19, 2010

skewer di bazaar ramadhan

lama je rasa tak update blog. walaupun baru 7 hari tapi rasa dah macam berminggu-minggu. cewah. gomen ne minna-san! i was too busy making decision nak balik awal ke tak bulan puasa ni. almaklumlah masa ni semua orang nak balik awal. penat sey stuck dalam jam. sekali tu kuar pukul 5.10 sampai rumah pukul 6.30. ambik kau! kalau masak ni boleh lepas lah 3,4 lauk. ewah cakap macam lah saya ni masak. haha. balik masak nasi and air je. hehe.

anyway, bulan puasa tahun ni kan saya sangat suka makan skewer. macam tahun lepas saya kepingin sangat makan mekdi masa berbuka. padahal tak puasa pun boleh je makan mekdi. tapi tahun ni lain sikit. selera i very the western gitu. dah makan dua kali dah skewer ni. satu skewer daging and another one is skewer ayam. sungguh sedap menjilat jari.

eh jangan salah sangka. ini bukan sate. inilah rupa bentuk skewer tu bentuk macam sate tapi tak. murah je satu batang tu RM2.50. kalau beli 3 dapat RM7.00. eh tu harga kat bazaar ramadhan bandar tun hussein onn dekat area rumah saya ni. rupa bentuk dia takdelah macam kat hotel dalam gambar ni. tapi serius sedap noks. cicah sos blackpepper. wah meletop! so sesiapa nak pergi makan skewer murah dan sedap pergilah ke Bazaar Ramadhan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. bersebelahan dengan Carrefour. dah ok promosi tamat. sambung makan skew. nom nom nom.




Friday, August 13, 2010

wrestle mania


kihkihkih. nak gelak dulu sebelum bercerita. dulu kan masa sekolah menengah kan saya ni kira layanlah juga wrestling tu noks. wah wah tak padan ayu tau. miahaha. wrestlers kegemaranku dah tentulah if-you-smell-what-the-rock-is-cooking tu kan. and also chris jericho. malas den nak tepek gambar diorang kat sini korang pepandai lah cari sendiri kalau nak tau siapa chris jericho tu. ok. sebenarnya nak cakap. suatu hari tu kan saya tengah sembang lah dengan sorang member ni, cakap pasal wrestling semua tak puas hatilah kenapa stone cold tiba-tiba jadi jahat. again, google sendiri stone cold tu. anyway, sedang duk bersembang tu sekali tu cikgu pun menyampuk. cikgu tanya 'apa stone cold tu' tapi masa tu saya tak pula rasa nak menjawab. sekali tu dia tanya kat sorang lagi budak kelas yang sedang bersembang pasal jagung. dia tanya lah budak tu.

"stone cold itu apa?"

guess what dia jawab apa?
cepat guess guess!!





huh, malaslah tu nak guess.
oklah dia jawabkan...



"setongkol seringgit cikgu!" *sambil senyum tayang gigi*
kahkahkahkah! serius jawapan paling comel pernah saya dengar.





footnote:


thanks lindan for the award. ha a memang panggil kau lindan haha.



Thursday, August 12, 2010

just to wish



yeehaaa tora datang lagi. ahaks.

ok. i'm back. dah puas dah tengok cerita jepun.

tapi tak puas sebenarnya. masih tgk cerita Atashinchi.

untuk kali yang ketiga. tah pape tah kan. apa-apa pun.

selamat berpuasa semua!



ps : aitakute mukai-kun!

Monday, August 9, 2010

azam-berazam


Ohayōgozaimasu o tomodachi!


Watashi wa aratana ketsugi-an o motte a.k.a saya ada azam baru. azam saya bertajuk Oh Blog. disini saya nak huraikan maksud azam saya. azam saya membawa maksud 'Watashi wa hinpan ni watashi no burogu o kōshin suru hitsuyō wa arimasen'. dalam erti kata lain, takmo update blog selalu. sebab kadang-kadang dah tak tahu nak cerita apa. adakah saya sudah bosan dengan dunia blog? oh, belum lagi. cuma sekarang saya amat sibuk. saya sudah berjanji dengan diri saya untuk mendownload dan menonton cerita nippon no dorama setiap kali saya balik awal. oleh itu, saya akan pastikan saya balik awal. supaya boleh mendownload dengan jayanya. kepada semua pembaca setia blog ini daku ucapkan...gomenasai!!!!


sedang kemaruk dengan cerita ini pula. siusiusiu. lepas tengok cerita Mei-chan no Shitsuji, nak download cerita jepun lagi satu - yamato nadeshiko shichi henge. disuggest oleh idyani. hehe. tak sabar nak balik awal. hehe.







Sunday, August 8, 2010

jatuh cinta kali ke...

jatuh cinta lagi...
lagi-lagi ku jatuh cinta...
jatuh cinta dengan...
mukai osamu namanya...



aish. ni yang malas nak tengok drama jepun ni. senang bebenor teman nak jatuh cinta. selalu sangat dah jadi macam ni. masa tengok Hana Kimi saya tangkap cinta sama dengan Toma-kun. bila tengok Honey to Clover jatuh cinta sama itu Kashiwabara Takashi walaupun masa tu Ikuta Toma dan Mukai Osamu ni berlakon sekali dalam cerita tu.

spent the saturday watching this drama one whole day.



suka kalau setiap weekend tengok jdrama. yang tak suka sebab nak download lama. teringat dulu download drama2 ni guna torrent. mak oiii seminggu baru habis 11 episod download. gilak ah. hehe. neway, Atashinchi no Danshi is second best jdrama i've watched next to Hana Kimi (japan). saya masih lagi rasa Hana Kimi terbaek wok tengok banyak kali pun wa sanggup. apsal semua drama yang saya suka ada Horikita Maki? sebab saya suka dia. dia sangat kawaii heee!




Saturday, August 7, 2010

kurang masin

eh, bukan salt ini yang kurang masin.
salt ini ha...






watched SALT just now with my sister right after i got back from work. the movie was just OK to me. nothing special. nothing significant. in fact it was pretty predictable. senang cakap, cerita ini macam kurang garam lah. dia tak buh garam secukup rasa. sayang nama je SALT tapi tak Salty mana pun. hehe. but boy i just gotta say this one thing. blonde or brunette, angelina jolie was smokingly hawt! she was the reason i decided to watched this film. ikutkan hati tadi nak tengok The Last Airbender tu tapi full house noks. anyway, tu je lah nak beritahu. hehe.









Thursday, August 5, 2010

we sing. we dance. we steal things

apokobondo tu jang? itu adalah tajuk album jason mraz. fyi, this album of his is one my favourite. bukanlah dari segi lagu sebab lagu dia adalah dalam 3, 4 yang saya suka from this album macam I'm Yours and Lucky tu. tapi maksud saya yang saya suka sangat is in terms of his creativity. come on lah, tajuk dia je dah buat orang macam 'huhhh? tajuk apa ni? kenapa tajuk album macam ni?' and yes, ia membuatkan korang curious sangat nak tahu lagu-lagu dia. then tengok cover album dia macam 'camni je?' tapi i likeeeee...


smart kan cover album dia. jimat kos. lukis je pakai photoshop. senang cerita.
eh pakai paint pun boleh. haha.


yang ni plak cover single I'm Yours. tak ke smart to the max? cewah.




hmm macam nak tukar tajuk blog ni lah. tukar from the art of drawing ke we sing. we dance. we steal things. tapi tajuk tu patent ke tak ek? kang tak pasal-pasal den kono saman. saman traffic mampulah den nak bayar. kalau saman undang-undang ni mahu den gadai rumah den. itupun kalau den ado rumah yang nak digadai. haha. nah. oleh sebab mood saya macam santai hari ni, mari kita dengar or tonton lagu yang saya tak pernah bosan dengar. sambil tu makan tempe. eh takde kaitan. haha.





dialog kelakar


tiba-tiba teringat satu dialog dalam filem kegemaranku, Papadom.

Saadom sediakan lunch untuk anak dia dan kawan-kawan anak dia. Masa rehat siap tunggu kat kantin bersama papadomnya. Sekali tu, kawan liyana jasmay tu cakap...

"Uncle Dom, kami tak mahu makan nasi hari ni. Nak diet. Kalau tak macam mana nak dapat pakwe macam Johnny Depp!"

and then, he replied with..





"Johnny Depp tu sekolah sini ke? pergi panggil dia, uncle nak jumpa" Saadom dengan muka selambanya jawab. muka yang memang clueless. serius funny. saya gelak berdekah-dekah. lawak gila kentang. kahkahkah.



Tuesday, August 3, 2010

yang pernah



kenapa tajuk yang pernah? sebab tiba-tiba terasa nak mengimbau kembali deretan-deretan handphone yang pernah ku miliki. cewah. ayat tak menahan. inilah yang terjadi jika menulis surat rasmi menjadi rutin kerja harian anda. anyway, tahu tak my first handphone is NOT 3310? yes, believe me. model handphone saya yang pertama lagi kuno lah berbanding 3310 yang faymes tu. tadaaa...meet my first mr. hp!


inilah dia model nokia 3210. ia sangat besar dan ia sangat berat. rasa-rasa kalau baling kat anjing benjol lah gak kepala dia. hp ni mak saya yang bagi. itupun sebab nak masuk diploma. so kira ni hadiah lah. tengok. masa U tau baru ada handphone. budak-budak sekarang ni darjah satu pun dah ada hp. aih manja bebenor. kadang-kadang rasa nak marah je bila tengok budak-budak kecik merengek nak hp kat parents dia. emo tetiba.



my second hp was the nokia 3200. i bought this with my own money. masa tu saya buat kerja part-time kat farmasi area rumah saya ni. jadi pembantu farmasi. dengan duit gaji tu lah saya beli hp ni. hp yang lama tu saya jual dengan seorang kakak yang kerja sekali kat farmasi tu. so bergaya lah saya bersama handphone ni dari part 3 masa diploma sehingga part 4 degree. ye, degree ye. berkurun lama saya pakai hp ni. perkhidmatannya sungguh cemerlang dan terbilang. saya suka hp ni sebab boleh tukar skin dengan kertas pembalut hadiah boleh, nak lukis sendiri atas kertas pun boleh pastu letak je dalam casing dia terus jadi skin dia. suka. boleh jadi kreatif. hehe. aish. lama betul guna.






dari part 5 degree sampailah sekarang saya menggunakan Sony Ericsson Z610i ni. this was a present from my father on my birthday. BIRTHDAY KE BERAPA KAU JANGAN NAK TANYA. haha. masa dulu memang nak sangat phone flip semua sebab terpengaruh dengan drama korea. lagipun saya rasa amatlah cool phone flip ni especially bila korang tengah gaduh dengan bf korang and dia call pastu anda malas nak layan then anda tutup phone tu dengan kuat 'bammmm!' depan orang ramai lalu berjalan pergi macam tiada apa-apa. wah hebat. orang akan cakap 'baru lepas gaduh dengan bf lah tu' cewah berangan tak hingat.

tapi kan sekarang ni, hati i berbelah bahagi uols. sebelah hati saya mahukan yang ini. bila pakai ni rasa macam wanita bekerjaya dan professional. senang cerita macam diri i boss uols dan kalau lepak kat starbucks sambil tu buat-buat busy pegang hp ni rasa macam wow gila. haha. can access my email anywhere around the world. macam organizer lah senang nak berhubung. lagipun kalau pakai ni, saya tak rasa segan nak keluarkan handphone bila duduk sebelah pegawai-pegawai dan doktor-doktor yang duk sibuk bermain dengan iPhone masing-masing masa dalam meeting. hehe.



yes. a blackberry. can online 24/7. mahu bold ataupun storm.
rasa macam OhSoSophisticated! ;)

hati sebelah saya yang lagi satu itu yang lebih berjiwa camerajunkie mahukan handphone yang ada superb image quality. ye lah kan temah oiii, takkanlah saya nak bawak masuk meeting DSLR gabak tu nak ambil gambar doktor handsome secara curi-curi kan. dah tak curi lah tu namanya. pastu nak ambil gambar sendiri kena pegang dslr lenguh lengan siot. pastu macam weirdo je kalau orang tengok orang lain ambil gambar sendiri guna DSLR. get it? hehe. as many of you knows, gambar dari phone blackberry and iPhone takdelah secun mana pun. 3.2megapixels je pun kan. itulah sebab saya macam ada perasaan kat yang ini juga.





a pink Sony Ericsson C905. 8 megapixels camera phone.


Please. help me choose. which one. Blackberry ke Sony Ericsson? Pleaseeee....





Monday, August 2, 2010

perbualan comel


di suatu ketika, perbincangan mengenai sistem perisian sedang berlangsung dengan jaya dan hangatnya. masing-masing sibuk nak bersuara.

"Sistem ni tak berapa user-friendly!"

"Sepatutnya user kena defined awal-awal!"

"Syarikat sub-kon nak tarik diri dari projek"

"Adakah data dari sistem awak ni boleh integrate dengan sistem yang ada ni?"


Tengah sibuk-sibuk berdiskusi tu kan, sekali tu terdengar suara terngiang, suara merdu yang disayang eh nyanyi lagu bila rindu pula. hehe...sambung ek, sekali tu kan tiba-tiba ada yang bersuara...


...

...

...

...

...

...


"Jumbo gajah biru kat astro ceria la adik!"


pffftt????? masing-masing blur. berpandang sesama sendiri. mencari punca suara tersebut. oh. rupanya seorang doktor sedang menjawab panggilan dari anaknya. comel je rasa.



she's 17 now!


my sistah, ameera turns 17 today! yes, 2nd of august. ahhh to be 17 again. i still remember the day i turned 17. ok tipu. damn can't remember what i had for my 17th birthday. tuanya kau semua dah lupa! anyway, yeay (lupa nak bersorak). dah besor dah budak ni. cewah. as usual, bila birthday mesti ada celebration makan-makan kan. tak lengkap gitu setakat bagi hadiah je walaupun tak bagi lagi ni. so, kitorang apa lagi noks, celebrate lah kan. cuma celebrate a day early which was yesterday lah kan. oleh sebab dia duk putrajaya, so celebrate pun kat sana je la kan. tapi teman ni malas bebenor nak pergi alamanda rasa naik jemu. jenuh fikir last-last tu, birthday girl pun suggest satu tempat ni.

tadaaaaa disinilah tempat kami celebrate birthday si meerawk ni...

ohmygucci. sangat suka ini tempat. rasa macam nak kahwin kat sini. tetiba. tapi serius. siap beritahu ayah dalam kereta on the way balik. see the view. see see...aishhh jatuh chinta lah dengan tempat ini. bayangkan majlis kahwin kat tepi tasik pastu bot-bot lalu. oh sungguh indah. ok cukup berangan itu.





and of course, a celebration entry would not be complete without the FOOD. yes, orang malaysia ni asal birthday je belanja makan kan. senang. tak payah pening fikir nak bagi hadiah apa. orang tu suka ke tak. aish. so, anyway this is what we ate. saya memilih salmon. sedap siot. memang berbaloi. i think the prices were quite reasonable. lebih kurang macam harga nando's lah gitu. murah kan murah kan. food sedap bersama view yang amazing. it couldn't get any better than this. right?




eh oh ye, lupa nak kenalkan. the birthday girl herself!
say HI to ameera, the youngest of the Yusop's Angels!
*haiiiii meerawk! ni kak dd yg meera cakap macam muka tiz zaqyah tu*
mungkin itu monolog dalaman dd apabila dia cakap hai to meera. ;p



HAPPY BIRTHDAY DARLING SISTER!
BELAJAR RAJIN-RAJIN JANGAN NAK DUK CARI BOYPREN JE MEMANJANG.
KANG SIKIT-SIKIT GADUH. HAHA.
GOOD LUCK IN YOUR SPM.
INGAT KAK NOR NAK BAGI APA KALAU DAPAT LEBIH DARI 5A. HEHE.



DAH TAK TAHU NAK MERABAN APA.




EH EH...TERLUPA SESUATU


anyway, last but not least, nah gambar penulis melaram beg yang telah dibeli berzaman di bandung baru nak pakai hari ni. cewah!


motif posing maintain sama? harus. perlu tunjuk itu beg.




Sunday, August 1, 2010

siapa nyanyi lagu ni ek?

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna.. Sempurna..



situasi : lagu latar majlis perkahwinan jiran kampung. bertempat di restoran nelayan, taman tasik titiwangsa dan para pelakon terdiri daripada saya dan ahli keluarga serta sedara mara saya. tengah bersoksek-soksek. perbualan berlaku seperti berikut...

dialog pelakon umur 50 tahun : "siapa nyanyi lagu ni ek, anuar zain ke? tapi suara bukan macam anuar zain"

pelakon umur 25 tahun jawab : "eh ada plak anuar zain. ni lagu indon ni. rasanya hmm nidji kot!"

pelakon umur 21 tahun balas : "eh bukan ungu ke?"

pelakon umur 25 balas balik tak mahu kalah : "eh ungu ke? bukan nidji ke? hmm..."

pelakon umur 50 tahun sampuk : "bukan peterpan?"

masing-masing kerut dahi. tak puas hati. selagi tak ingat siapa nyanyi selagi tu nak tegakkan jawapan masing-masing. sekali tu kan sedang kami duk berbalah siapa nyanyi lagu tu, budak berumur 8 tahun menjawab sambil muka bengang...

...

...

...

...



"Andra & The Backbone lah!"

*bengang tengok orang tua berbalah. haha.*