Followers

Friday, September 24, 2010

magika!

korang dah tengok ke magika? saya dah saya dah! wah berlagak noo kau odah. haha. semalam saya sempat tengok filem tu. dan keputusannya adalah...




saya suka!!!! sebab apa? sebab lagu dia best sangat. memang akan terngiang-ngianglah kat kepala saya ni! superb lah edry kru ni cipta lagu. i am so impressed. dah lah impressed dengan CGI nya yang nampak quite smooth very less awkwardness. lagu Kita Bersaudara nyanyian KRU pun best wa suka giler beb! keluar-keluar wayang terus nak nyanyi lagu Naga Tasik Chini nyanyian hero nombor satu di hati saya...bukan bukan bukan mawi yang nyanyi tapi M. Nasir. hehe. sukanya M. Nasir...

"nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan naga..."

lagi satu cerita ni agak melucukan. ada lah juga scenes yang buat saya gelak sengih-sengih. ada juga scene tetiba je air mata saya mengalir. kihkih. lepas gelak-gelak boleh pula saya nangis. huh hilang macho.

kadang-kadang ada juga terasa macam tengok Lord Of The Rings bila M.Nasir pakai rambut putih yang panjang macam Gandalf. ada gak macam tengok cerita Chronicles of Narnia bila binatang bercakap. and of course poster macam The Spiderwick Chronicles. but i'm not complaining. sebab i think by far this is one of the best malay movies with CGI effects. read it again. best malay movies with CGI toksah pula korang cakap Harry Potter lagi best yang tu dah tentulah kot sepak kang. eh emo pula.



diana danielle sbg ayu . fimie don sbg malik . mawi sbg bad a.k.a badang . ziana zain sbg nenek kebayan . hadziq sbg belalang . zaibo sbg pak belalang . maya karin sbg puteri bunian . senario + apek sbg 5 hang . sharifah aleya sbg bawang merah . sharifah aleya sbg bawang putih . m.nasir sbg naga tasik chini . ning baizura sbg puteri gunung ledang versi tua . vanida imran sbg mahsuri . norman hakim sbg awang lembing . nabil sbg orang minyak . aznil hj nawawi sbg pak pandir . raja azura sbg mak andeh . adibah noor sbg mak bawang merah bawang putih . marsha sbg puteri santubong .

(ada ke lagi artis yang berlakon tapi aku terlupa nak mentioned ek? hmmm...)

kalau korang jenis suka cerita fantasi-fantasi ni macam saya pergilah tengok. kalau rasa macam tak logik cerita macam ni dah toksah bising-bising pergi tengok cerita 4 Madu kat wayang. dah terang tang tang tagline dia 'tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi' jadi biarkan minda anda menerawang ke alam fantasi.

nah, trailer!



*all pictures are from KRUStudios.com

Thursday, September 23, 2010

entri tiada motif


hai. selamat sejahtera.

berita sengal hari ini - seorang budak didapati menyampah dan menyumpah seranah apabila menonton filem child's play yang untuk kali ke berapa sudah tidak dapat dipastikan. beliau mengatakan cerita itu sangatlah poyo dan tidak logik. tiada rasa takut di dalam dirinya apabila menonton cerita yang perasan-hebat-ingat-orang-takut-noo itu. beliau berkata lagi, apa ke bodoh patung yang huduh itu boleh buat seks dengan patung perempuan yang lagi huduh dan dapat anak patung. disarankan kepada para ibu bapa supaya tidak lagi menggalakkan anak anda bermain dengan anak patung chucky yang huduh lagi burok itu kalau tidak mahu anak anda menjadi mangsa kekejaman anak patung itu. Ianya juga akan membuatkan anak anda takut untuk melihat dan bermain semua anak patung selepas itu seperti budak tersebut suatu ketika dulu sebelum beliau menjadi remaja purba yang tidak suka letak anak patung besar-besar kat bilik takut malam-malam patung itu berjalan lalu say 'Hi! Boleh ngorat?' dan terus mati mengejut.

sekian berita jam-ban kali ini. khas dibawakan oleh odah the glamer, pengeluar anak patung comel terbesar di merong mahawangsa.



Sunday, September 19, 2010

sindrom malas bekerja


perhatian perhatian wahai rakyat jelata. dengan ini diumumkan...



cuti hari raya telah ditetapkan pada bermulanya syawal sehingga akhir syawal.

sekian terima kasih.




yang benar,
kerajaan merong mahawangsa



* sindrom teruk si pemalas ini untuk bekerja. dah severe dah ni. kena admit to ward that can cure laziness.

pelawak nombor satu negara


i just have to say this one thing. i heart zizan raja lawak. period. that guy can make me LMAO just by standing still with a straight face. seriously. dia sangat lawak sampai kadang-kadang saya tengah di dapur buat air boleh tergelak bila teringat balik lawak-lawak dia. sengal. hari tu kan tengok lah cerita ketuk-ketuk ramadhan sheila rusly tu kan, guest artistnya dah tentulah pelawak nombor satu negara wah suka hati je tau tabalkan zizan jadi pelawak nombor satu ni ah tak kesah dia nombor satu dihatiku ececeh. ha odah sambung cerita balik ek...masa sheila rusly tu minta zizan sampaikan ucapan pada peminat-peminat dia, then si zizan ni pun cakaplah...


"saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada peminat-peminat saya.

maaf zahir dan batin.

drive safely.

don't drink and drive...

and

...

...

...beware of dogs!"



wakakakakah serius shit funny. gila babeng lah odah gelak.



Saturday, September 18, 2010

saya bantah yang arif!


saya bangkang idea nak naikkan tahap umur pencen. bangkang sebangkang bangkangnya! huh, nampak kan betapa saya bangkang ni. best lah pula word bangkang ni. eh ok, ha kenapa lah nak naikkan umur sampai 60 tahun untuk pencen? gila ke apa? tak logik. kesian kat budak-budak lepasan universiti. baik bagi diorang kerja daripada menganggur. i know it's an option tapi cuba bayangkan semua (kecuali saya ye, non ado nak terima 60 tahun tu baik duduk kat rumah buat bisnes design mendesign) terima offer tu, tak ke statistik pengangguran graduan jadi tinggi. pity to those youth!

lagi satu, buat apa lah nak selaraskan dengan singapore, jepun semua tu. tak perlu. singapore lain lah negara kecil jadi rakyat tak ramai. boleh lah kalau diorang nak tetapkan umur pencen 60 tahun. jepun pula, dah memang taraf hidup kat sana super tinggi jadi nak tak nak kena kerja sampai umur 60 tahun nak cari duit.


hah ok, nak gi open house. suka buat ending statement yang tiada kaitan dengan tajuk. jahat budak jahat! (gaya gedik stacy nyanyi yang comel)


Thursday, September 16, 2010

baju raya



ok. tiada perenggan pendahuluan terus masuk isi. odah malas nak buat peta minda nak fikir semua. mari kita lihat baju raya saya tahun ni (untuk sesiapa yang nak tahu lah xnak tahu takpe aiman tak kesah pun heheh)


baju raya hari pertama - baju kurung pahang cotton warna hitam dan purple.
tema tahun ni memang purple.


baju raya hari kedua - kain jubah dari Bandung ada manik-manik sikit kat depan berwarna purple (lagi!) tapi tak ambil gambar manik odah malas sangat nak snap!



baju raya di hari ketiga - abaya hitam bertudung merah mak ngah dan hitam.
oh yang merah tu tudung syria sebenarnya. tapi jenis kain chiffon. so saya padankan dengan tudung awning hitam. supaya merah itu lebih menyerlah. same goes for the purple yang saya pakai masa first raya.

motif terangkan benda alah ni beriya noo?

*sila abaikan posing poyo i*



....



....



....








dah. yang korang beriya noo scroll sampai bawah kenapa? melampau tau ingat saya ada 7 pasang ke baju raya? 3 cukup dah itu pun somput odah nak bayar. hoh!



SELAMAT HARI MALAYSIA, MALAYSIA!

PAHAM TAK MAKSUD WISH NI? HEHE.


Wednesday, September 15, 2010

stress! stress! stress!




arghhhhh takmo balik rumah takmo kerja nak duduk JB je!!!! stress saya bila fikir nak kena kembali kerja minggu depan. tak bestnya. kenapa lah gomen takde bagi cuti sebulan untuk raya? issh kenapalah gomen takde skim pencen awal umur 30 tahun? kalau ada memang saya dah terima dah. tak laratnya nak bekerja dah yang oiii. nak relaks pastu pergi travel all over the world. wah gitu. berangan tak hingat. hehe.



motif entri ini adalah untuk menyatakan saya sudah kembali. gyahaha.



Monday, September 13, 2010

perutusan raya 2010

*sticky post*



serius terlupa nak tulis ikhlas dari ezzan yusop, tokyo, japan.
wahaha. berangan tak hingat.



Thursday, September 9, 2010

last minute

*background music : 4 minutes by madonna and jt*


orang malaysia memang suka shopping last-last minute kan. termasuklah cik tipah kat sini. tapi nak kata last minute tu takdelah sangat sebab baju raya dah hantar tempah 2 bulan dah sebelum ramadhan hari tu. wah awal kau noks. almaklumlah diri ni kan 'kecik' gyahaha...nak cari baju yang dah siap susah lah plak. kalau ada pun samada labuh sangat ataupun tang bahu mesti jatuh. tu yang kena tempah. tapi tak bermaksud saya tak beli apa-apa pun masa shopping last minute ni. hari tu pergi jalan TAR dapatlah rembat sehelai abaya dengan 3 tudung. semalam ke alamanda pun sempat membeli 3 jenis...hah 3 jenis apa...cuba teka cuba teka. yes! anda tepat. saya membeli 3 jenis...

...

...

novel. gyahaha! motif beli novel? dah tak beli iPod ganti lah novel untuk dibaca dalam perjalanan pulang ke kampung. eh tapi bukan tu nak dicerita kat sini. cuma saya suka tengok orang malaysia ni shopping. macam-macam ragam. bila shopping last minute ni kan rasa sangat meriah. terasalah nak sambut lebaran. walaupun pergi beli novel. best sangat shopping last minute. barang pun agak murah walaupun takdelah turun sangat lah harganya. bayangkan baju melayu harga RM238 lepas diskaun jadi RM122. murah kan kan kan? cuma kasut yang saya berkenan takdelak diskaun. rege dia RM249. wah harga kasut kau lebih mahal dari baju melayu. haha. kalau saya beli kasut tu pun lebih mahal dari baju raya i noks. kalau hujan ke apa kena selamatkan kasut dulu. haha.

malam ni jalan TAR mesti sesak kan. tahun-tahun sudah rajin gak saya dengan adik dan ayah pergi sana malam raya ni. mak of course lah tak koser nak ikut dia dah penat masak. kadang-kadang pergi sana tak beli apa pun. diorang lah tak beli saya of course lah mata akan juling tengok tudung dah murah dah. hehe. memang saya hantu tudung. tapi saya tak kacau orang. hehe.


eh oklah, mak dah bising suruh buat kerja rumah. tolong kat dapur. tapi saya ni malas. kena gagahkan diri. cewah. eh ok ok ramadhan pun dah nak berakhir. sedih sebenarnya. bulan yang paling saya sayang dan suka nak tinggalkan kita dah. anyway, selamat hari raya minna! drive safely k.


Wednesday, September 8, 2010

...and so i decided to wait!



beria-ia ni. vrroomm vrooomm tergopoh gapah drive laju-laju pergi KLCC tadi. berkobar ya amat nak beli iPod Touch ni. terus keluar duit dulu RM600 + RM300 dalam tangan. RM300 tu setelah menukar duit rupiah yang gi bandung hari tu dapatlah dalam RM250 pastu lagi RM50 tu diambil dari bajet duit raya untuk anak sedara. hah kejam. mula-mula masuk sampul RM5 tapi oleh sebab saya tamak haloba terus tukar jadi RM3. kesian mereka. bersabarlah anda mempunyai makcik sebegini.

tapi bila sampai-sampai kedai machines tu...bukan dah habis iPod Touch tu..rupanya ada clearance sales! iPod Touch 8GB hanya RM699! yang 32GB hanya RM899! wahhhhh!!! ($_$) mata berpinar tanda eksaited. dah get ready ni nak keluar kan duit dari purse yang gabak. aleh aleh salesman tu kata why don't you wait for the new iPod Touch? will be out in 2 weeks time!

pffftttt????!!!!

apa features yang bezakan iPod Touch baru dengan iPod Touch yang lama tu? gila skema saya tanya al-maklumlah saya ni bukanlah gadget freak. the new iPod akan ada camera with 5 megapixels dan boleh buat video recording. kalau online boleh buat video call through skype or ym. yang 8GB tu RM829 and yang 32GB RM1079.

wink! wink! ok terus decide tunggu lagi 2 minggu baru beli. so nanti, perjalanan pulang ke kampung akan rasa bosan sebab tak dapat tengok cerita jepun on an iPod Touch. ohhh...


Tuesday, September 7, 2010

nan desu ka?


nak kata saya emo. takdelah sangat. cuma...cuma rasa sedih dan nak tergelak tengok orang tak bertamadun emo terlebih baling taik siap nak rempuh nak ganyang bagai tapi tak sedar diri eh pathetic gila. tak sedar dek untung pun ada. tak sedar ke mereka memalukan negara sendiri? tak sedar ke? tak ke mereka rasa lebih baik bakar lemang dari bakar bendera? at least bakar lemang kenyang lah juga.

eh ke mereka tak makan lemang? haha. ok, bakar...bakar roti. sedap juga tu dibuat sahur. buh kaya. cicah nescafe pun cantik gak. kenyang siot.


ps : tajuk macam tak mencerminkan cerita kan. hehe. saja. ha jangan marah-marah ni nak raya. maaplah ye. ;)

Monday, September 6, 2010

saya rindu...

beberapa je lagi nak sambut aidilfitri. setiap tahun saya mesti ada rasa sayu. mungkin sebab perasaan orang yang takde kampung ni macam agak cemburu dengan mereka yang balik kampung beraya. as usual, tahun ni balik jaybee wah over eja Johor Bahru macam tu. haha. dan seperti biasa, kami duduk hotel. haish. nampak moden kan. tapi trust me, sungguh tak best. sedih bila fikir dah takde rumah kampung. ishh ni semua nafsu serakah manusia yang mengejar pembangunan sampai sanggup menjual tanah orang malaysia ke pihak luar. eh patriotik siot. anyway, dah 3 tahun saya tak merasa benda-benda ni :


...keadaan hiruk pikuk menganyam ketupat beberapa hari sebelum raya!

credit to flickr


...cucu-cucu berkumpul depan nenek tolong buat kuih tat nenas!

credit


...memasang pelita di keliling rumah!



...sedara-mara berkumpul main bunga api bintang di laman rumah nenek!



...terima duit raya! sekarang garu kepala sebab kena siapkan bajet bagi duit raya.



kadang-kadang rasa mahu jadi budak selamanya. where things weren't complicated as now. where things just fine the way they were. where i still have all my families around me minus the drama. where i was terribly and annoyingly happy with what i have at that moment even if it was just tiny little things.


Sunday, September 5, 2010

i'm gonna getcha!


ok. dah decide dah. setelah berbulan-berbulan lamanya otak ini berfikir dah macam fikir masalah negara dah, instead of buying iPhone or a Blackberry, saya dah sebulat hati sebulat suara sebulat muka memilih ini.



yes. iPod Touch! i'm gonna get my hands on you.
tapi nak beli yang 8GB je la. bosan kan balik kampung duk dalam kereta.
ada iPod Touch, boleh tengok cerita jepun ke apa ke. haha. over.


Click here to learn more about the features of iPod Touch!




Saturday, September 4, 2010

playful kiss


sekarang saya tengah ada mood nak layan drama korea ni. the korean version of Itazura Na Kiss. tengok pun sebab ada Ji Hoo sunbae. he will always be my Ji Hoo cewah. takmo panggil dia Kim Hyun Joong sebab...nama dia panjang sangat penat nak sebut. haha. let's just hope this drama is as good as the anime yang memang saya suka gila-gila lah.

drama baru siarkan kat korea 1 September hari tu. harap keluar cepat-cepat kat KBS Astro tu malas dek non nak tunggu video load 40 tahun kemudian. hoho.




jumpa artis di Jalan TAR


semalam ke Jalan TAR. pukul 9.30 malam baru gerak dari rumah. tapi sebenarnya mula-mula nak ke downtown kat Cheras tu tapi ya rabbi takde parking kau siap orang parking dah nak sampai ke HUKM nun sana. geleng kepala dah dah kita ke Jalan TAR jelah.

kat Jalan TAR pula....haiishhh need i say more? dah tentu lah dah macam lautan manusia dilanda tsunami. asyik kena rempuh je. rasa macam tengah main ragbi. haha. tapi kan saya memang suka jalan ke Jalan TAR tu. especially malam. rasa lebih fun gitu. saya dapat lah rembat 3 helai tudung yang bukan untuk raya. haha. saja untuk basahan. dan dapat lah saya abaya hitam yang memang dari dulu teringin nak beli. RM100 untuk abaya mahal ke uols? saya main beli je sebab dah berkenan. hehe.

eh pastukan terserempak dengan ekin mawi. wah wah wah gorgeousnya dia. serius tak tipu. patutlah mawi suka dia. sangat baik. very the peramah gitu. siap salam-salam wish selamat hari raya dan dia panggil mak saya 'mak' oh comel sungguh. see siapa kata shopping Jalan TAR tak curlasss? artis pun shopping kat sana daa.



Free Image Hosting
with ekin. mawi tiada dalam gambar. bukan mawi yang ambil gambar ni.
dia memang takde masa tu. ekin dengan assistant dia yang baik sangat.
eh motif siap nak explain bagai? haha.