Followers

Thursday, October 28, 2010

twitter-rific


Dear friends,

dd dudu, ummu, zida, seri, dila, fibo, kheri, idzuan, lina, haidah, megat, salwa, hakim, luqman, fazira, ewana, nisa, nurul haniza (nurul baca ke tak ek blog ezzan ni hehe) dan semua yang mengenali diri ini mahupun ingin berkenalan dengan diri ini ececeh...


.....silalah bukak akaun twitter wahai korang-korangggg and add me up!!!!!! didn't you hear? twitter is the new fb or ym now. cewah. senang nak keep on touching touching. much easier.

makanan sedap di hospital


is it weird if tiba-tiba saya nak bawa keluarga saya merasai makanan yang sedap-sedap di kantin hospital serdang? pergi hospital semata-mata nak bawak pergi makan. paling best adalah breakfastnya. "mak jom pergi hospital serdang! kita breakfast kat sana!" pelik tak dialog itu? hihi.

eh takpun, dd dudu dan rosa, jom pergi hospital serdang makan-makan breakfast. tak pun jom lunch kat sana. anggap itu adalah bridal shower untuk dd. wah kemain gitu. hehe.




lebih kurang macam ni lah ghupe makanan-makanan kat sana minus the decoration.

weee!



blog kelakar


mari-mari tuan saya nak promote satu blog ni. pada yang dah tahu blog ini baguslah, pada yang belum, silalah lawat blog beliau. suka sangat blog ini sebab gila kelakar nak termampos. rasa macam pemilik blog ini seorang yang genius kalah sufiah london tu. cewah. masa stress gua akan baca blog ni. walaupun post yang dah dibaca. godek-godek archive dia. kalau korang baca mesti gelak guling-guling punya wa cakap lu. sebab masa gua baca tengah baring pastu gelak golek-golek. dia buat cerita guna Facebook Profile. funny weh.

nah ini contoh entry dia!


lawak kan lawak kan??!! =))


Wednesday, October 27, 2010

nasi lemak


rasa annoyinnnnnnnnnnggggggggg sangat bila dengar dialog orang laki cakap 'nasi lemak 50 sen' (or whatever cents or ringgit) when they refers to a woman's breast. serius macam mat rempit mana tah. sungguh lah loser. and they think it's funny and cool? seriously? funny my ass lah weh. i've got this one guy friend, long time ago masa tu boleh je accept his dorky and weirdo kind of way selagi dia tak cross the line lah kan. and then out of sudden, dia bercerita pasal kawan-kawan perempuan saya and how he can guess their bra size and also berapa ringgit nasi lemak masing-masing. and he was saying it to me how he and his friends were talking about this one particular girl, girlfriend to one of my friend. dia cakap..

"si A tu kalau naik motor dengan N masa brek mesti best! dapat rasa nasi lemak 2.50" whatthebloodyhell!!! terus lepas tu taknak kawan dengan dia and tak bercakap pun. i can't believe this is a guy who is quite smart but can be the most annoying and irritating person i have ever known. dah macam otak letak kat bontot dah. dia rasa cool sangatlah bercakap benda tu dengan saya ni, seorang perempuan. and cakap pasal kawan saya sendiri.

seriously saya rasa orang yang guna istilah 'nasi lemak' ini is a bit retarded. sorry to say. tak kesah lah dalam movie ke apa. it's not funny. get it?


Tuesday, October 26, 2010

Life As We Know It


semalam pergi tengok cerita ni. dah lama kooo tak tengok wayang. takde cerita menarik yang hendak ditonton. and also sebab duit tak cukup habis dah beli ipod or what i called iEZ (tiru muni bagi nama kat ipod). malu nak cakap ermm ermm saya tak pernah tengok filem lakonan Katherine Heigl selama ini kat wayang. yes, seriously. filem-filem dia macam Knocked Up, The Ugly Truth and Killers (yang tu je kan filem dia berlakon kan?). selama ni duk beli vcd yang ori (hokayy!) dan download je (sila jangan tiru aksi ini). tu je la yang mampu kan. orang kata takdelah beriya sangat nak tengok cerita Pn. Heigl kita ni. this is the first time lah kiranya. yeay.



3 reasons why i'm watching this movie. one. because there's josh duhamel. two. there's josh duhamel. and three. the hot josh duhamel. now, i'm officially full with envy with fergie.wee. i actually thinks that he looks better in this movie than transformer. maybe because he wasn't the main star like my man, shia and he doesn't have many lines. i love the comedic side of josh duhamel. though he was quite funny in Las Vegas tapi tak nampak sangat lah ke-hawt-an dia masa tu. walaweh.


it's a simple, light story. anyone can actually expect the ending and cliche tapi oleh sebab josh duhamel (lagi!), i can honestly say I HEART THIS MOVIE. like totally. odah siap nangis kooo bila part sedih. bila part romantik couple ni bergaduh katherine jerit kat dapur masa thanksgiving "you never love me back" sekali tu joshy jerit 'but i did!! and i still do!!!' terus my heart went racing with awww....


ok.thx.bai


Wednesday, October 20, 2010

heartbroken song


antara banyak-banyak lagu putus cinta, salah satu yang saya rasa boleh feel gila-gilalah heartbroken gitu is this song by Adam. ye AF2. ye anda tak tersilap baca. memang Adam Hai Siapa Nama Boleh Kenal Apa Nombornya tu. entah kenapa bila dengar lagu ni kadang-kadang saya boleh sedih semacam. ala-ala orang frust bercinta walaupun dah lama saya tak bercinta. it's been 3 years i haven't been in a relationship. dan juga setelah cinta saya pada Johnny Depp dikecewakan. mahupun cinta saya pada Kim Hyun Joong tidak dilayan. saya belum lagi bertemu cinta.


adakah diriku kau tak perlu lagi

adakah cintaku kau tak perlu lagi

adakah dirimu dah berubah hati....terhadap diriku

adakah selain bertakhta dihatimu

hinggakan dirimu merubah cintamu

manakah janjimu yang kau beri dulu...kepada diriku

kau pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya

bulan menjadi saksi pada malam itu

kau kata kau cinta

sayangku dengarlah rintihan hatiku

ingin kau kembali seperti dahulu

kenangan dijiwa membuatku rindu...kepada dirimu

kiranya diriku kau tak perlu lagi

simpanlah kenangan cinta kita di hati

walaupun sukarku akur kali ini

biarlah ku pergi

maafkanlah ku bertanya..



malang tidak berbau


sepanjang hidup saya selama 20 tahun ni (wah kemain takmo tambah 5 tu), hanya 2 kali saya pernah terlibat dalam kemalangan yang orang kata agak teruk lah juga tapi tidak melibatkan kehilangan nyawa.

kali pertama, masa tu nak balik kampus kat perak during diploma. naik kereta dengan maisarah. kereta perdana biru. masa tu saya masih tiada lesen jadi mai je la yang drive walaupun dia ada cakap yang dia agak mengantuk. tapi still boleh drive lagi lah. masa tu hari hujan renyai. di PLUS highway. masa tu kami masing-masing diam takde lah sembang mana pun aleh-aleh tiba-tiba saya rasa kereta berpusing kat tengah highway tu. mai sempatlah pegang saya, 2 kali pusing sebelum hentam divider tepi jalan. habis handphone tercampak ke bawah seat. kiranya kereta tu berhenti secara melintang kat tengah jalan. dan saya nampak bas ekspres sedang berjalan ke arah kami. saya cuak. serius. rasa macam 'matilah aku kalau bas tu laju' tapi alhamdulillah, bas tu perlahan sebab dia elak dari bertembung dengan kami.

kali kedua pula masa degree, nak balik Shah Alam selepas pulang dari rumah saya di Cheras. 5 orang dalam kereta kembara saya. oleh sebab masa tu lepas dinner dan saya agak mengantuk jadi saya pas kunci kereta kat co-pilot saya, ummu. memang ummu je selama ni orang kuat saya. hehe. eh ok serius serius. masa tu macam ummu bawa lajulah jugak (ummu dengan saya lebih kurang, suka bawak laju tapi dia lagi laju hahaha!) lalu kat Federal Highway. masa tu saya nampak kereta depan tengah berhenti sebab tengah jam masa tu tapi hairan sangat kenapa si ummu ni takmo slow tapi saya diamkan. mahu sedapkan hati mungkin jap lagi dia slow. masa tu semua yang dalam kereta senyap je walaupun masing-masing macam hairan juga 'ummu ni tak nampak ke kereta depan tu tengah berhenti apasal tak tekan-tekan brek lagi ni'. sekali tu...BOOMMM!!! langgar Satria kat depan dan Satria tu hentam Honda kat depan (honda ke ek huh tak ingat) terus ummu cakap 'Brek tak makan!!!' sambil menangis. hehe. comel je ummu nangis. yang lain tak nangis pun. masa tu masing-masing agak terkejut dan saya agak lambat nak recover balik dari perasaan terkejut tu. lepas 30 saat pastu baru terasa dada sakit. sebab rentapan dari seat belt tu kan. radiator pecah kooo. terus bahagian depan tu remuk teruk lah gak. temperature dah naik dah. so tersadailah kami betul-betul dengan area Amcorp Mall tu lah. penyebab Federal jam malam tu. mesti kami kena sumpah seranah dengan semua kereta lalu situ. hehe.

semenjak dari kes tu kan, saya lebih berhati hati walaupun masih bawa laju walaupun tak laju sangat dah. sekarang ni paling laju pernah saya bawa pun 120km/j sahaja. perasaan berdebar tu masih ada lagi especially bila orang depan brek mengejut.

dah. tamatlah sudah. padahal sebab sakit perut tak larat nak taip lagi. okthxbai.



boleh. jangan. duduk.


Boleh pandang-pandang

Jangan pegang-pegang

Duduk renggang-renggang

Bertambah sayang

Biar malu-malu

Biar segan-segan

Kerna malu itu perisai orang beriman


pernah tak korang dengar lagu ni? penyanyi lelaki tu teman tak ingat nama siapa tapi macam orang lama. yang perempuan Ana Raffali damn tak reti nak eja nama dia. anyway, tak tahu lah kenapa walaupun saya rasa macam tah pape tah lagu ni tapi asal dengar je mesti nak gelak. pastu boleh pula mulut ikut menyanyi sekali chorus dia. it's like the song is annoyingly funny kinda way. it gets through your head easily.


Tuesday, October 19, 2010

random stuff

* using polaroid effects *


just posting out some photos taken from my new iPod Touch. still getting used to the touch screen. believe me, banyak noo salah eja bila taip tu. hoho. but i love it! so much! suka! sangat! dah macam iPhone 4 dah siap ada FaceTime cuma tak boleh call out je.



Monday, October 18, 2010

gentlemankah dia?


tiba-tiba teringat suatu....sesuatu...arghh tak tahu keadaan ke, situasi ke apa ke tapi yang pasti memang berlakulah. masa ni saya masih lagi di menara gading. wah curlass kau takmo cakap universiti, cakap menara gading. anyway, me and my roommates were driving around shah alam tengah cari parking kat seksyen 8 nak makan malam. apa tah nama kedai yang jual banyak lauk sampai berpinar mata tawaf 3 kali before decide nak lauk mana kat seksyen 8 tu serius lost in space tak ingat nama kedai tu. tapi memang favourite kami makan lunch kat situ. asal waktu lunch je pergi sana. kalau tiba-tiba masa tu mood lari kami pergi ke seksyen 6 yang murah bebenor tu kat depan pasar. apa kaitan kedai makan dengan gentleman? tiada. saja cerita.

anyway, alkisah tersebutlah sebuah kisah...sedang kami pusing-pusing cari parking terjumpa lah seorang mamat berbaju melayu hijau (kalau tak salah) dan berkain pelikat baru balik dari surau. kulit dia putih. so memang comel. oleh sebab dia nak keluar dari tempat parking walaupun dia pakai motor je masa tu jadi saya pun signal lah kan nak parking dia tu. then, saya senyum kat dia masa dia bagi parking tu. sebab mamat comel kan takkan nak jelir lidah pula. kahkah.

then, kami pun makanlah. masa kami makan tu kan perasan dah mamat baju melayu hijau tu duk pusing-pusing kat area kedai makan yang kami duduk tu. saya macam biasa lah, beritahu chief kat sebelah siapa lagi kalau bukan ummu haha.

"mu, budak tadi tu duk pusing-pusing dia nak ngorat ko kot?" memang ummu cantik. meja kami selalu jadi perhatian orang ramai sebab ada dia. wahhh gituuu puji-puji ober. lepas cakap camtu kami gelak. and then lepas tu, tiba-tiba dia stop kat meja kami. masa tu kami dah habis makan. dalam hati saya rasa budak ni mesti nak berkenalan dengan ummu ni.

"nak belanja kami ke? kitorang dah habis makan ni!" selamba ja ayat pertama yang keluar dari mulut saya bila dia tiba-tiba datang kat meja kami. takde salam takde apa. macam dah kenal. rock habis gua brader.

"sebenarnya saya nak minta nombor telefon nak berkenalan." straight to the point mamat tu cakap. masa tu saya fikir woahhh gentleman habis takde nak hide around the bush. terus terang cakap nak berkenalan takde nak suwet suwet phewiit ke apa. very upfront. then saya balas...

"ummu, cepat kasi nombor telefon kau. dia nak tu!" wah konfiden tau ni dia nak nombor ummu. tapi ummu lak malu-malu haram minta semua bagi nombor telefon masing-masing. tapi saya kan pandai baca isi hati orang. walaweh. saya tahu budak tu nak nombor ummu je. tapi oleh sebab nak jaga hati 3 orang gadis lagi di meja makan semua tu dia pun cakap lah nak nombor semua. nak cover line lah katakan.

"eh apa lak aku nak bagi. kau bagi nombor kau sudah!" bergaduh la pula saya dengan ummu kat situ. "awak nak nombor dia je kan??" kerling-kerling mata dengan mamat tadi sambil jari tunjuk kat ummu. last-last oleh sebab kami ni nak cepat kami pun bagi je lah nombor telefon masing-masing.

then, malam tu jeng jeng jeng......dia call. call siapa? need i say more? dah tentu lah dia call ummu. masa tu mengaku yang dia sebenarnya nak nombor telefon ummu je. i told you so saya cakap kat ummu. masa tu baru lah tahu yang dia sebenarnya lebih muda dari kitorang. terus selamat jalan romeo lah. ummu tak berkenan. hehe. bila ummu dah macam malas nak layan, dia sms pula saya. saya lagi lah malas nak layan. tak ingat masa tu masih ada boyfriend ke tidak. ummu!! aku tengah kapel ke masa tu or single mingle ek. tak ingat. bila ummu dan saya malas nak layan, dia sms lah pula kawan saya seorang ni, diana. lepas tu tiba-tiba macam the end. haha.


eh tetiba rasa macam tak sesuai tajuk dengan jalan cerita. kihkih.


Saturday, October 16, 2010

7 days a week

just some random things i like to share with you readers.
i'm not sure whether everyone feel the same but this is definitely what i look like everyday!
who's with me on this?




MONDAY - Mad as hell!


TUESDAY - Slowly coming out of it...


WEDNESDAY - But not quite there, so watch it!


THURSDAY - The end of the work week is in sight.


FRIDAY & SATURDAY - TGIF! Love my Saturday!!


SUNDAY AFTERNOON - Oh no!


SUNDAY NIGHT - Here we go again!!



ps : thanks zida for sharing the email. suka sangat. sebab sesuai dengan perasaan i noks. tau-tau je you. ewah. hehe!



remember them?



long before twilight became famous and long before people are going ga-ga about the love stuff between bella and edward yada yada yada, there was another sorta the forbidden love thingy between a vampire and a mortal that i was such a huge fan of while i was still studying in high school. yes high school which means like a gazillion years ago. *tsk tsk rasa tua*


remember her?

and him?


yes. Buffy The Vampire Slayer and Angel. OMG. terasa macam remaja semula bila tengok cerita ni balik online. teringat masa zaman sekolah dulu setiap minggu mesti akan tunggu cerita ni kat tv. ol' skool gilalah cerita ni. entah angin kus-kus mana tah yang datang melanda malam ni, buat saya teringin nak tengok cerita Buffy balik. balik-balik dari office tadi terus on laptop search the final episode of Buffy and Angel. serious tak pernah tahu macam mana cerita ini berakhir. tu yang terus google. tapi lepas dah tengok ending terasa lak nak tengok episod-episod sebelum tu. so menatap wajah kesayangan hamba lah ni dari tadi. rasa puas hati sangat sebab tahu ending dia macam mana walaupun nak loading lama noo...

*mungkin sebab cerita lama jadi uploader video ni macam hidup segan mati tak mahu ewah *


Buffy and Angel.

my favourite TV couple!


Friday, October 15, 2010

buzz off, will you?



tak habis-habis kecoh macam kau tu hebat sangat, dah habis berdisiplin bagai. sampai berkata-kata dengan berlagak baik macam tak pernah buat salah.

sungguh annoying bila kau act macam kau adalah guru besar, sentiasa nak beritahu itu salah, ini salah, itu tak boleh, ini tak boleh. tak tahu hujung pangkal jangan nak mencelah.

weh bai, walaupun baru tapi aku tak bebal sampai tak tahu undang-undang.


...kau poyo sedar tak?...



Thursday, October 14, 2010

sambung belajar


oh terasa macam lama je tak update blog padahal 3 hari je tak update. selesai sudah kursus 4 hari saya di bukit kiara hari ini. i never thought i would enjoy it so much! met a lot of interesting and fun people. bila kita fun buat sesuatu everything else does not even matter. tak kesah lah kalau ada part yang boring ada part yang garu kepala tak faham tapi bila ada geng rasa macam dunia ini ana yang punya.

being an IT person in a non-IT department is a bit 'hard' i should say. ye lah, nak kena handle semua benda, yang bukan IT pun kena buat jadi kau macam lost. kalau ada benda yang tak faham, takde orang nak rujuk. and also bila nak bersembang pasal IT ke, pasal komputer ke, takde member yang boleh bercakap bahasa yang sama. so bila pergi kursus ni rasa macam bessssttt sangat sebab dapat tukar-tukar pendapat, kongsi pengalaman kat jabatan masing-masing rasa macam i have met my soulmate. wah gitu ober tau tapi you get what i meant lah kan. kawan-kawan kat sana teramatlah best. rasa macam nak duk situ takmo balik office. hehe.

bila pergi kursus ni kan, tiba-tiba perasaan nak sambung belajar meluap-luap. teringat masa duduk kat lab and siapkan assignment. then discussed dengan member. buat jahat sama-sama. masuk class lambat sebab pergi jalan-jalan kat kampus cari surau, cari kantin. that's definitely what i felt during the training. mana taknya dia bagi makan kat dewan makan. dari computer lab nak ke dewan makan kenalah menapak naik tangga naik bukit serius macam masa belajar dulu. oh sungguh rindu!

hmmm rasa macam nak sambung master lah. tapi nak kena tunggu sah dulu dalam jawatan and tunggu tempoh berkhidmat lebih 3 ke 5 tahun tak ingat lah pulak untuk minta biasiswa JPA. ada lah juga impian nak lanjutkan pelajaran kat negara luar macam Australia ke. cewah cita-cita nak menahan uols...takpe cita-cita itu penting. asalkan ada cita-cita.


Always aim for the moon! Even if you miss, you'll land among the stars!