Followers

Friday, July 29, 2011

random quote




" My level of maturity changes depending on who I'm with..."






Oh So Emo!



biadapnyaaaa orang yang menulis emel dengan huruf besar dan menggunakan tanda soal/seru yang banyak dalam urusan rasmi. kau tak boleh cakap baik-baik ke? susah ek? rendah ke martabat kalau bersopan santun dengan orang lain? kau memang down right annoying gila vavi tahap gaban. freaking irritating.


.FARK.




Wednesday, July 27, 2011

hutang



pagi ini saya sibuk. sibuk kerja sikit je tapi yang selebihnya sibuk mengira hutang. hutang ptptipu lah apa lagi kan. baru sedar diri nak bayar. tahun ni bulan ni baru start bayar. tahun lepas cinonet je bayar. then tengok penyata pinjaman. terbeliak mata tipah. pinjam RM29,000.00. tapi kena bayar RM31 ribu plus plus. ye lah dengan yuran pentadbiran bagai tu. tup tap sampai RM2000 dah. tadi bayar RM200 je dolu tak dapat bayar banyak-banyak sebab tengah kumpul duit nak kahwin heh.

lepas tu, bermainlah saya dengan calculator. ok, hutang ada RM30k (tadi dah bayar sikit kann) bahagi dengan jumlah bayaran setiap bulan 200 = 150 bulan. kiranya saya ada 150 bulan lagi nak habiskan hutang ni. 150 bulan bahagi 12 = 12.5 tahun baru lah settle hutang ni. itu pun KALAU saya rajin nak bayar bulan-bulan. rasanya bulan Ogos nanti tentu tak bayar sebab nak raya, bulan September pun tak bayar gak kot sebab duit dah habis untuk raya tu DAH TU BILA KAU NAK BAYAR! haha.


sekarang umur 26 tahun + 12.5 tahun lagi = 38.5
umur 38, 39 tahun nanti baru bebas hutang. 
kot.





Tuesday, July 26, 2011

caught in the middle






tak sukanya bila tersepit tengah-tengah di antara dua pihak. especially both sides are someone you could consider as friends. harap-harap janganlah disuruh memilih saya di pihak mana. because i can never do that. choosing side is never easy.








serba salah





tegur salah, tak tegur pun salah. penatlah macam ni. kadang rasa macam 'ah! persetankan!', kadang tak mahu pedulikan. nak buat dek je. dah habis ego...tapikan bila dah lama sikit tu, saya pulak rasa serba salah. itulah masalah utama saya, cepat rasa bersalah. benda remeh pun saya nak rasa bersalah. contoh bila saya menegur. mula-mula nampak je kejam main tegur je lepas tu macam 'ehhh...kenapa aku cakap macam tu ek?'...hmmm....





tiba-tiba mood serius kan. tadi happy. tapi sekarang...
entah. macam ada rasa berdebar-debar.





welcome back, baby!




3 long weeks without you, baby has been...very challenging! saya jadi moody, sebak dan cepat noo rasa sentap. kadang bila kecik hati tu rasa nak nangis. kadang-kadang tu saya rancang macam-macam aktiviti tapi saya lupa yang awak tiada. masa weekend lagi parah. saya hanya duduk bermuram di rumah. masa tu siap fikir 'kalaulah awak ada'.....bila kawan ajak keluar, saya macam tak bersemangat nak keluar. saya hanya keluar dengan mak ayah je. then, kalau masa weekdays pun, saya hanya pergi kerja, balik rumah. tak pergi mana-mana. tidak bersosial langsung. tapi sekarang....



...


...


baby VEE is back in action!





kenapa VEE? well, dia macam ala-ala bumble BEE. Vee and Bee, get it? haha...
now can ronda-ronda, merayap-rayap after office hours pergi tengok wayang and window shopping. heh!



kaki dah balik yehyeh! haishh..susahkan bila tak berkereta ni. rasa helpless sangat. menyusahkan famili, menyusahkan kawan. sigh. rasa bersalah pun ada sebab terasa diri ni jadi suatu beban kat orang lain. not fun ah feeling that way.


footnote : entah kenapa sekarang ada rasa macam takut-takut sikit nak drive walaupun masa hari tu bukan saya yang drive. over trauma ni.



Monday, July 25, 2011

cerita kahwin

another friend just got hitched over the weekend. i've been friends with this girl since the age of 13. been in the same class since Form 1 until Form 5 in the same school. yup, 13 years later we are still closed despite our busy schedules and careers. kitorang selalu buat sleepover kat rumah masing-masing masa awal-awal dulu. sampai kenallah dua-dua famili. sedara pun kenal gak. hehe. 

masa sekolah dulu, kami adalah dua budak yang suka merayap, pergi tengok konsertlah, pergi tengok wayanglah, window shopping kat KLCC lah, ponteng tuisyen pergi jalan kat Jusco Malurilah...(hmm apasal rasa macam masih tak berubah ek sekarang? masih lagi suka merayap waktu kerja haha)...kami bukan takat merayap, budak nakal pun ye. kami berdua ni pernah lawan pengawas sekolah, melawan cikgu pun pernah. haha. especially wana ni sampai berani mempersoalkan keputusan cikgu hokay. hebat kawan beta ni. we are both crazaayyyy people who likes to have fun and broke some rules!

and then bila masing-masing dah sambung belajar, saya kat UiTM Perak and she's in UiTM Melaka, we still managed to maintain our friendship. setiap kali raya mesti datang rumah punya lah. and her list of boyfriends pun saya keep track. haha. ate, dari umur 13 tahun dah jadi kawan kan, baik buruk semua dah tahu. boyfriend semua pun dah kenallah. boyfriend dia lah bukan saya haha. habislah kalau wana baca ni. ;p

then, masa sambung degree kat UiTM Shah Alam, we were housemates sekejap. faith brought us together ececeh macam kapel lak muahaha. now, my longtime close friend dah kahwin dengan pilihan hatinya. pun saya kenal lama dah semenjak wana bawak datang rumah minta restu mak ayah saya kahkah. takdelah. wana memang rajin kenalkan boyfriend dia kat saya especially during raya time. saya je sombong tak pernah nak bawak boyfriend (now ex lah kan) jumpa kawan-kawan. haha.


Congratulations on your wedding sayang!
Hope you will be blessed with a happy life and a happy marriage!



Sunday, July 24, 2011

saya dah nak kahwin?


masa kat kenduri kahwin member (will blog about it later) hari sabtu lepas, jumpa housemate lama. salam-salam cium pipi kanan cium pipi kiri then soalan pertama yang keluar dari mulut dia...

 ....
 ....


"ezzannnn...betul ke ezzan nak kahwin hujung tahun ni?!"



HAH??!!



gulp! daku terkesima sebentar. macam blank sekejap. lambat sikit nak menjawab soalan itu. "hujung tahun ni?" saya tanya dia balik. ada manyak konpius woo. siapalah yang buat kontroversi ni. daku terasa seperti Rozita Che Wan bila orang tanya dia bercinta dengan Shahir ke haha takde kena mengena. ok sambung cerita.

"calon pun takde macam mana lah nak kahwin hujung tahun ni..." saya balas bila hilang sikit konfius tu. pastu dia cakap lagi. "habis tu, hari tu ezzan tulis kat facebook kata cuti tinggal sikit je macam mana nak kahwin tahun ni..."

LMAO. kahkahkahkah hadoyaiiii saya gelak sambil peluk housemate itu....pandai dia buat lawak. daku terhibur sangat hahaha. memang saya ada tulis "cuti tinggal 20 hari, macam mana nak kahwin tahun ni? ;p" tapi tak sangka lak ada yang take it serious. saya main-main je dalam facebook tu...lagipun motip nak kahwin tahun ni? johnny depp pun belum masuk Islam ;p



i will miss them


it all has come to an end. after 7 books and 8 films, Harry Potter has come to an end. sob sob. sedih sikit. sebab being a huge fan of the franchise since i was 16 years old terasa macam kehilangan lah pulak lepas ni dah takde dah filem and buku Harry Potter ni. ececeh ayat tak menahan kan. tapi ye lah, bayangkan i've been the follower of this franchise sampai lah dah berumur 26 tahun ni. 10 years. 10 bewitching years. i'm a fan of the books as well as the films.



untuk filem yang pertama, Harry Potter and the Philosopher's Stone, saya tak baca pun buku dia mula-mula. cuma tertarik tengok trailer dia sebab saya memang suka cerita-cerita yang imaginary ni, yang fantasi-fantasi ni (budak-budak sungguh!) tu yang pergi tengok. lepas dah tengok tu macam, perghh! bestnya cerita ni. terus pinjam buku kat member nak baca buku dia. nak beli adeh, manalah mampu 16 tahun nak beli buku mahal-mahal kan. once i've read the book, i was totally hooked up.

source

since then on, pinjam buku Harry Potter sampai series ke berapa entah, before the second movie was released. rasanya masa Harry Potter and the Chamber Of Secrets keluar tahun 2002 masa saya Form 5. nak dekat SPM kot kalau tak salah, paper Fizik. wah sampai gitu kau ingat heh! pergi tengok wayang gak. patutlah Fizik dapat 6 muahaha. anyway, sampai bila kan nak pinjam buku orang. last-last beli sendiri buku Harry Potter tu walaupun tak semua siri beli. setakat ni yang ada dalam koleksi buku nombor 2, nombor 6 (Harry Potter and the Half-Blood Prince) and the last one, Harry Potter and the Deathly Hallows. buku nombor 1, 3 (Harry Potter and the Prisoner of Azkaban), 4 (Harry Potter and the Goblet of Fire) and the fifth book, Harry Potter and the Order Of The Phoenix semua tu pinjam. maleh nak beli. well, more likely tak cukup duit sebenarnya hehe.

source
sesiapa yang baca buku dulu, mesti rasa buku is much better than the films...tapi saya rasa dua-dua best. i don't think the books will be uber popular without the help of the films and same goes to the films. takkannye lah successful without the books. i'm planning to get my hands on all the films' DVD. yup, memang dari dulu tak beli sebab nak tunggu DVD collection of the completed series. walaupun rasa macam akan mahal je beratus-ratus ringgit tapi it's worth it baby! bayangkan layan Harry Potter dari first film sampai last film dalam masa satu hari. mak datuk, mesti best. hmmm...perlu ambil cuti lah nak buat camtu kan. haha. ada tak orang ambil cuti semata-mata nak duduk rumah tengok DVD dari pagi sampai malam? ;p



i've watched the last installment of Harry Potter (The Deathly Hallows) twice, i tell you! semata-mata takmo lepaskan Harry dari depan mata walaweh. dialog-dialog filem pun dah a few yang hafal (poyo). yang spells dari filem Harry Potter pun dah tau makna dah. my favourite spells dah tentulah - Expelliarmus! and Stupefy! anyway, nak tahu senarai spells from HP, check this one out! (what is spells in malay? is it jampi?)...anyway, so long Harry Potter! you will be missed :'(


footnote : masih rasa tak percaya dah habis dah Harry Potter.

Friday, July 22, 2011

iPad2! iPad2!




OMG. i just left home for about 5 days and my mom already got herself an iPad2! she already have a Blackberry. geez, she's even more hi-tech than me. i only owned an iPod Touch. merangkak tengah kumpul duit nak beli Macbook Pro. a present i wish to give to myself, as a birthday present. cewah. tapi belated sikit lah sebab tiba-tiba guna banyak duit kan. aihhh....takde bonus ke keje ni?

well, sebenarnya dia datang kursus and then dapat iPad2 FOR FREE!!! gilalah! saya yang pergi Kursus kat PD ni takde pon dapat iPad2. curlassnya kursus tu.





footnote : i'm back from PD. 

Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday

Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, July 18, 2011

trust


i don't know why i feel that trust is the most crucial factor in a relationship. i just think that both parties need to be trustworthy in order to maintain the relationship. especially if you're married. not to say that love is not important. it's just not as crucial as trust is.

how can you love someone without trusting the person?
how can you give your heart away to someone who you don't even trust?
how can you live with someone who you do not trust?
how do you sleep together in one bed under the same roof if you weren't able to trust your partner?




Footnote : bukan saya kata on hiatus ke? Haha...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 17, 2011

on hiatus


I'll be gone for awhile to attend some course in Port Dickson until Friday. Kursus yang tiada kaitan dengan IT pun. Kursus medical koo belajar anatomi badan manusia lagi tu curlasss. Kenapa kena attend? Ate, kata saya menurut perintah kan. Dah dah nak belajar jadi doktor ni....

Daaaa....
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 12, 2011

mulut jahat

pelik dan jelik bila tengok orang tua yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dan sepatutnya yang 'lebih makan garam' dari yang muda-muda ni bertindak melulu mengikut emosi! orang tua yang sepatutnya bercakap perkara-perkara baik, ini tidak. bermulut jahat. bermulut celupar. hobi ke suka melaga-lagakan orang ni? hobi ke suka memburuk-burukkan orang? happy ek tengok orang bergaduh, berperang besar ni? you find joy is it when people are arguing? suka ke bila orang bergaduh?

apa? hebat sangat ke orang tua tu tak boleh ditegur? bukannya tegur dengan cara yang kasar, bukannya tegur tengking-tengking. cakap biasa je. terasa? maknanya betullah teguran tu. nak merajuk? burok lah orang tua nak merajuk-merajuk ni. bila terasa, merajuk mulalah nak balas dendam? jadi mulut jahat. mulut memang takde insurans.

serius. tak sangka benda yang banyak ditonton di televisyen, scene makcik A berjoyah dengan makcik B pasal makcik C pernah tegur si A tapi tak dapat diterima lalu si makcik A mulalah cucuk jarum kat makcik B kata makcik C ni selalu kutuk makcik B. sounds familiar? well, scene cliche ni mostly memang ada dalam drama melayu. MOSTLY. scene yang paling dibenci. sebab suka melaga-lagakan orang. tapi tak disangka pada masa umur 26tahun ini, tiba-tiba jadi saksi senario ini.

bahaya sebenarnya orang macam ni. gunting dalam lipatan. sedih bila orang tua berpe'el sebegitu. tapi bila geram tu, geram juga. huh, nama je orang tua. tapi akal takde. sounds harsh? maaflah. bila orang tua tidak menghormati diri sendiri dan famili dia sendiri dan orang disekelilingnya, they don't even deserved my respects. just because he/she is older than me does not mean that i have to bow in respect to them. 

respect is something you have to earn.







Wednesday, July 6, 2011

is it normal...




is it normal...that i extremely hate someone so damn much?
is it normal...that i feel so irritated to the point of i can't even see his/her face?
is it normal...that whenever i'm around him/her, i feel so angry that i want to punch his/her face?
is it normal...that whenever i heard his/her voice, i feel so annoyed that i can't even focus?
is it normal...that i wished that he/she would disappear right before my eyes?
is it normal...that i have these mean negative thoughts and ideas of me being cruel to him/her?
is it normal...that i dreamed that i have never met him/her in my life?
is it normal...that i hope that one day, he/she would get what he/she deserves after the way he/she treat people around her?



i'm not used to this feeling of hatred towards someone so bad. i feel so 'sinful' just by having negative thoughts about some of the cruel things that i wished i could have done to them. sometimes i feel like i should go to a counseling session or something, because i just feel that..this is not normal. any normal person would not have this issue. never in my 26 years of life that i ever hate someone as much as i hate 'this' person. 

"some people are like clouds. when they disappear, it's a brighter day!"


yes, i'm referring to that particular person. CLOUDS would be the nickname from now on.


Tuesday, July 5, 2011

kereta baru




bila 'patah kaki' ni kan...kenapa entah perasaan nak beli kereta baru tu membuak-buak. wah gitu! padahal baru berapa hari je kan. ye lah, selalunya balik dari ofis je asal malas nak balik rumah awal, kadang-kadang merayap gi tengok wayang, pergi singgah McD ke bila macam lapar, terasa nak sushi singgah beli sushi kat JJ, terasa nak perhabis duit, pergilah beli kasut ke buku ke baju ke. tapi bila dah tak berkereta rasa macam janggal. hari isnin hari tu terlupa yang saya tak drive, siap plan lagi nak singgah farmasi sebab nak beli ubat sakit bahu ni. huh tak sedar diri menumpang orang lain kan. haha.

baru beberapa hari je saya rasa tak senang duduk. ni nak tunggu dua minggu baru kereta siap. arghhh 2 minggu lah jugak saya tak dapat tengok wayang! urghh tak bestnya...mungkin jugak ada hikmah saya tidak berkereta ni. takdelah den membazir...


bilalah boleh mampu nak beli vios ni...haish!




Saturday, July 2, 2011

car-less

kereta masuk bengkel, maybe dalam 2-3 minggu baru siap. so, tidak berkereta lah saya untuk beberapa hari. taktau nak jawab apa bila ayah tanya 'nanti nak pergi kerja macam mana? balik macam mana?'

mak pulak cakap 'tak boleh minta tolong kawan ke?'...aigoo kalau ada member duduk dekat sini memang dah minta tolong dah mak oii...

hmmm ada gak terpikir pasal tu tapi malas nak semakkan kepala otak dengan masalah tu. boleh? pukul 11.00 malam hari ahad nanti baru fikir. boleh?


Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 1, 2011

the day i turned 26


30 JUN 2011


12.01 pagi - sms bertubi masuk wishing me happy birthday. tapi entah kenapa malam tu gua tidur awal siot. ngantuk nooo. ada yang saya sempat saya balas. ipod pun asyik bunyi notification tone tanda orang komen kat my facebook wall, lupa lak off wi-fi. tapi i reallllyyyyyy appreciate all the wishes. terharu terharu. thanks a lot! 

6.45 pagi - got a wish from my dearest daddy! through sms. yes, duduk serumah tapi pagi mesti tak sempat jumpa kadang-kadang. selalu masa dia left for work pagi-pagi tu saya sedang 'sabunnnn di bilik mandiii...sabunnn'.

1.00 tengahari - lunch treat oleh vendor. di Old Town Cyberjaya. kenapa kat Cyber? sebab ada keje sikit kat sana. saya ni kalau orang mentioned je kata nak belanja mulalah fikir nak yang palinggg sedap dan palinggg mahal. haha. kejam. tapi sebab tak lapar sangatkan so macam order biasa-biasa je. order paratha apetah. tapi tak habis. pas kat member minta dia habiskan. masa tu rasa, huh nyesal tak order toast tu je. sedapnyaaa....cilok kawan punya sikit. hehe.

2.00 petang - nak sambung balik kerja lah kan kat TM Cyberjaya tu, sekali tu........BAMMMM!!! ACCIDENT pula kat depan bangunan Shell. i was on the passenger's seat kat belakang. a friend was driving my car when another car hit us on the driver's side masa the other party tu nak buat u-turn kat junction yang tak boleh u-turn. dia kata dia tak perasan kereta weols. sakit gak lah badan, terhentak ke kerusi depan (tu la tak pakai lagi seatbelt belakang!). shaking siot. sampai rasa terketar-ketar nak pegang handphone nak call ayah. selalu masa accident mesti saya macam blank tak tahu nak buat apa. masa yang lain keluar kereta, boleh plak saya still duduk dalam kereta tengok dorang deal dengan the other party. lambat sikit nak gain momentum. huhu. dah reda rasa terkejut tu, baru gelabah keluar. ambil gambar crime scene cewah. then gedebak gedebuk (itu bukan bunyi bertumbuk harap maklum ;p), kena buat police report sebab nak claim insurance dia. i'm pretty sure we're on the right side. KAMI TAK BERSALAH. ewah.

3.00 petang - melilau cari balai polis Cyberjaya. kenapa lah terceruk noo balai polis tu. pusing sana pusing sini cari. bila buat report tu sementara nak tunggu sarjan datang, lepak kat balai polis tu layan cerita Philippines - Marimar. wahh motif saya takde perasaan siap boleh senyum layan telenovela. haha. member komen 'cik ezzan boleh senyum lagi'...ate, takkan nak nangis kot. hehe. saya selalu memang sengih je. masa accident dulu dengan ummu pun boleh plak saya gelak. masa dengan maisarah pun, boleh gak siap buat lawak-lawak. i don't like to think about what happened that much. tapi masa duduk-duduk tu kan ada gak lah terfikir...boleh plak kan accident masa birthday. kira macam birthday present lah ni. hehe. konpom ingat sampai bila-bila...hehe. eh dah dah tak payahlah nak rasa bersalah ek bahrin...;p benda dah nak jadi kot....ezan tak salahkan pun, kena belanja ezzan TGI Friday je cewah muahaha...

6.00 petang - 2 days before dd dah beritahu nak belanja tengok wayang 'Transformers' on my birthday. dorang dah booked tiket. terpaksa lah cancel cakap dengan dd. walaupun memang nak tengok sangat tapi takkan accident-accident ni nak kuar tengok wayang kan. kena marah dengan ayah kang lagi parah...then, dd & kheri decide nak datang rumah petang tu. konon macam nak jumpa lah. ceh macam melawat mangsa kemalangan plak rasa. sekali tu, lebih surprise lagi...dd bawak kek!!! OMG!!! terharunyaaaa!!!! i'm sooo touched!


7.00 petang - pujuk punya pujuk parents saya, akhirnya diorang bagi saya pergi tengok wayang. yes, dah 26 tahun still minta izin hokayyy...huhu. terus lah nyah kami pergi tengok wayang. dorang belanja makan plak. OMG. terharu sangat macam tak henti senyum-senyum. weols makan Ichiban Ramen. my first time. memang tak pernah masuk ok restoran ni. tak tahu nak order macam mana and nak makan apa. kang salah order tak kena plak dengan tekak. tapi gamble je lah. bila dah makan tu rasa macam sedap gak makanan jepun ni. selalu sushi je kan. ni try ramen plak. not bad gak lah. heee :)


9.00 malam - time for Transformers 3!!! yeahhh....tapi kan tapi kannnnnnnnn....banyak kali saya nguap noks masa tengok cerita tu. penat duduk pun ada. siap fikir 'bila nak habis ni?'..huhu. surprisingly, i don't find the autobots fight tu interesting pun. sama je macam dulu. saya lebih suka masa human soldiers buat strategi nak lawan dengan decepticons. best. tu yang lebih menarik. bagi saya lah. heee...and then, the new actress yang replace megan fox tu cam takde point pun berlakon cerita tu. takde chemistry pun dengan shia. lebih prefer shia and megan walaupun takdelah suka sangat megan fox tu. eh jap ni review movie ke review birthday haha.



all and all, i think my 26th birthday was.......memorable! yup, that will sum up the whole day. there's happy, shock, surprise and of course, food! haha. sedih itu langsung takde...heee...