Followers

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012

Happy new year dear readers! I'm still in London, preparing to depart to Amsterdam. Will arrive in KLIA on the 1st January. Petang. Kiranya I'll be celebrating New Year dalam flight.

Bon Voyage 2011. Bonjour 2012

Saturday, December 24, 2011

jom pergi bercuti!




hello friends. dah last week of 2011 dah kan. cepat je masa berlalu. tak sedar dah 358 hari berlalu. 358 hari tu kalau korang baca ni pada 24 Disember lah kan. anyway, while you guys are reading this entry, i'm already out of the country. yup, i'm on my holiday trip with the family! lama dah tak holiday satu family. the last time was like 4 years ago. kot. maleh nak kira betul-betul. heh. 

kitorang ni susah sebenarnya nak holiday 1 family. sama ada tak dapat cuti or tak cukup duit. aku dah konpom-konpomlah sentiasa tak cukup duit. cuti tu anytime aku boleh amik. bos lulus tak lulus, hada haku kesah. haha. anyway, korang dah tahu ke aku nak cuti ke mana kali ni? hari tu dah bagi clue kan...siap bagi gambar lagikan...siusiusiu..

...


...



source

if you guessed London, yeayyyy you are right!! 10 points for Gryffindor!! lama sangat sangat tak pergi London. the last time masa aku umur 12 tahun. dah 14 tahun kot. tah ayah aku ingat jalan lagi ke tak. haha. mintak-mintak aku terserempak dengan Kate Middleton ke or artis hollywood ke kan. tak pun english footballer ke. hamboi over kau. boleh pulak wish camtu kan. haha.

so, i'll be gone for a week! tahun depan baru balik. kerlasss kau jemah macam lama noo pergi kan, padahal 7 hari jerr. insyaAllah sampai Malaysia balik on first day of 2012. new year dalam flight. doakan semoga aku selamat pergi dan selamat kembali. oh boleh juga kalau korang nak doakan aku bertemu jodoh dengan hot British guy. (please do so....)

till then, have a blast holiday untuk yang berholiday macam yours truly ni...




XOXO

Monday, December 19, 2011

gossip girl




suatu hari di hari isnin yang lepas...(wah lama dah baru nak citer)




"psstt...psst....ezzan dengan si polan tu dah bertunang ke? dorang memang ada apa-apa ek......."


kus semangattttt mak jemah. kadang aku rimas bila digosipkan dengan si polan. penat pun ye gak. walaupun selalunya aku buat dek je malas nak layan bila orang kenen-kenenkan aku dengan si polan, tapi tak bermaksud aku betul-betul 'ada apa-apa' dengan dia. ye lah, orang kata diam tu tandanya setuju. tapi KRU kata, diam adalah pintar. dari aku bukak mulut nak mendeny semua, baik aku diam. biasanya aku akan sengih, gelak je bila orang duk usik-usik. tapi tak bermaksud aku suka ye. aku bukannya kesah or kecik hati sangat-sangat pun pasal gosip tu sebab tak betul kan, buat apa nak ambil hati. membazior je memory space dalam hati nak kecik-kecik hati ni. cuma aku tak berkenan je.

kenapa aku tak berapa berkenan kena gosip melodi ni? well....iyalah, si polan tu aku dah anggap macam kawan dah. dan aku pun syok berkawan dengan dia. selalu gelak ketawa usik-mengusik. manja kadang-kadang tu adalah. tapi tu part aku je lah kan. takkan dia nak manja laks kan. so oleh sebab best sama-sama berkawan, aku takmo lah sebab gosip yang tak berasas tu (cewah macam artis lah pulak) nanti jadi awkward pulak. aku takmolah dia rasa tak selesa plak ke malu lak kan. aku lak memang jenis tak reti malu haha jadi aku layankan aja dengan mendiamkan diri.

hari khamis pulak....cerita lain yang kuar...


"saya rasa korang berdua ni sebenarnya suka antara satu sama lain. dari cara korang pandang sesama korang berdua pun lain. pandangan tu macam saya pandang husband saya. saya boleh nampak lah, ezzan...dah perasan lama dah"


hamboi hamboi hamboi ayat azwan ali tak menahan dah kuar dah...macam mana lah orang lain lebih tahu perasaan aku dari aku sendiri ye. kerlass gitu. tapi macam biasa lah kan, aku hanya..."ye ke? saya rasa biasa je...saya layan dia sama macam saya layan orang lain" 

aku risau gak bila orang duk kenen-kenenkan lama-lama dari aku memang tak berperasaan kat dia terus ada. tiba-tiba lak muncul. kata-kata tu kan suatu doa. kang orang duk gosip-gosip sekali tu betul-betul jadi, tak ke haru nanti...tak pasal-pasal kena transfer keluar sebab satu pejabat. hah. kantoi sudah kena gosip dengan ofismate sendiri haha. apasal masa OAS takde kena gosip pongg?? ;p



can't a single girl get close to a guy without being misunderstood?
can't a single girl be friendly with a guy without being judged on?
  


Monday, December 12, 2011

tak sabar



asal hujung tahun je, mesti semua orang pun sibuk nak bercuti kan. tak sah kalau office tu macam sunyi sepi je. penat kot kerja 11 bulan ni. dan bila disember menjelma, dia punya tahap malas tu kalah gaban. ye lah dengan budak cuti sekolah lagi. macam aku yang takde anak ni pun sibuk nak jugak bercuti kan. dan hujung bulan ni, insyaAllah aku akan bercuti. ke mana? cubalah teka....


nah clue! ;p






can't wait! ;)



Saturday, December 10, 2011

current (korean) obsessions




aku nangis, ketawa, geram semualah bila tengok cerita ni.
ok. have to agree with my sister.
lee dong wook oppa memang sangat super handsome.
wuwuwu...


another one is of course
the super hilarious show i've ever watch
gelak guling-guling sampai rasa nak pecah perut
the best game show ever

...

...



RUNNING MAN!!!

setiap jumaat pukul 6.30 petang mesti dah terpacak depan tv tengok channel One HD. 
kalau termiss, tunggu ulangan hari ahad pukul 11.30 malam. 
esok ngantuk kat office pun takpe. sanggup.






Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday




can't wait! :)

Sunday, December 4, 2011

Review : Ombak Rindu





aku rasa rata-rata mesti semua tengah kecoh dengan ombak rindu kan. dekat twitter pun siap trending lagi. promo kat tv pun dahsyat. ramai gak kan yang buat review. aku pun samalah kan. tapi aku malas lah nak bagi kata-kata aluan mukadimah bagai. straight to the point je lah ek.

1- orang kata cerita ni sedih. sedih sangat. kena bawak tisu. tapi entah kenapa aku takdelah nangis beriya sampai nak kena ada tisu. aku yang kurang feeling ke atau yang lain ni terlebih feeling? haha. tapi serius. ada jugaklah part-part yang sedih tu kan. tapi paling terkesan sangat buat airmata bergenang adalah bila Aaron Aziz mengalirkan airmata. aiyooo mak tak bolehlah tengok lelaki macho nangis. nanti mesti join nangis gak.

2 - aku rasa hanya 50% je cerita ni ikut novel. mungkin aku ni skema ataupun close minded ke apa ke tapi once you mentioned an 'ADAPTATION', you should follow the novel. kira macam kalau boleh janganlah ubah sangat or tambah watak yang takde dalam novel. ataupun watak tu ada dalam novel tapi tak include dalam movie. or else, you might better call it 'ilham daripada' instead of adaptation. takdelah aku letak harapan tinggi walaupun sejujurnya memang aku berharap it will do justice to the novel. ye lah, aku nak gak rasa berbaloi kan bayar RM10, RM11 untuk tengok cerita yang aku dah tahu jalan ceritanya.

3 - aku rasa macam Lisa Surihani tu tak sesuai pulak bawak watak Mila. mungkin perasaan aku je ke apa ke aku tak tahu lah. bukan dia tak berbakat. bukan dia tak cantik. tapi tak boleh digest Lisa dengan Mila. i kinda pictured it being played by Fazura ke. Sazzy ke. atau paling koman pun Diana Danielle. tapi tu pendapat aku lah. lagi satu, kenapa Lisa banyak jerit dalam filem ni? i don't recall Mila acting bitchy and all. hmm...

4 - aku rasa transition dari satu scene ke satu scene tu sangat cepat. kadang aku tak sempat nak feel. kadang aku macam 'eh dah sampai part ni dah'. faham tak bila tengah-tengah feel tu nak muncul terus potong stim bila dah beralih ke scene yang lain.

5 - cinematography sangat cantik. tengah wondering dorang shooting katne especially villa2 tuh. kalau nak ikutkan dalam novel Izzah sebenarnya tinggal kat kondo tapi dalam ni dia duk villa. bolehlah dimaafkan sebab kawasan yang cantik. hehe.

6 - lagu OST Ombak Rindu yang Hafiz & Adira nyanyi tu gila bestttttt!!! lirik best, melodi best. boleh jadi juara lagu. ececeh. sampai keluar panggung pun lagu tu terngiang-ngiang kat kepala ni. "Tuhan, tolong lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya...."

7 - dari sepuluh bintang, aku bagi...7 lah. bukan bermaksud tak best ek. aku rasa better kot dari lagenda budak setan. aku rasalaaa....walaupun sebagai pembaca novel yang tegar aku rasa macam something missing, aku still rasa yang you guys should give this movie a try. especially those yang jiwang macam aku ni. ataupun couple yang sodang bercinta. macam couple yang duk sebelah aku masa tengok cerita ni. siap guna lengan baju nak lap air mata. yang pompuannye lah.


last but not least...







dah jatuh cinta gila vavi dengan Aaron Aziz. kthxbai.


Friday, December 2, 2011

a girl



I’m a girl. 
I overreact. 
I overestimate. 
I over think everything.

Girls never get mad for no reason. 
It may be over something small or stupid, but there’s always a reason.



Thursday, December 1, 2011

negativity




i seriously don't get it. how come there's so much negativity in someone's mind. and the fact that the person is not going to do anything about it. nor does she/he has the will to overcome it. memang kadang tu hairan bin pelik. apa yang susah sangat tah.

frankly speaking, aku bukanlah seorang yang rajin. serius. dan juga bukanlah seorang yang sentiasa positif. tapi aku juga bukanlah seorang yang malas memanjang. tak bermakna aku sentiasa berfikiran negatif. there were times when i feel like want to drop everything and walk away. tapi biasalah, masa tu perasaan menjadi raja. rasional belakang kira.

to tell you the truth, i used to be that kind of person. i once was. tak habis-habis rasa nak quit. tak habis-habis rasa akulah yang paling betul. tak habis-habis fikir apa yang aku rasa adalah lebih penting. senang cakap, keras kepala. but something's changed me. or someone (ewah). or maybe a little bit of both. aku rasa aku dah jumpa. finally. something/someone yang buat aku lebih bersemangat untuk bekerja, bersemangat untuk get things done dan yang penting, bersemangat untuk meneruskan hari-hari di office ni...

walaupun aku tahu, akan ada hari-hari yang kena herdik oleh she-shall-not-be-named yang boleh meruntunkan jiwa. tapi as long as i have it around me, i know i'll be alright. insyaAllah.


 
  
If you don't like something change it; 
if you can't change it, change the way you think about it.  
                                                
~Mary Engelbreit




footnote : terasa macam nak jadi lebih matang dan tenang. hmm my new year's resolutions. kononnya.. ;p