Followers

Wednesday, April 25, 2012

help me choose




c'mon. advice me.
which one?



 VS 



confused dah ni. rasa macam nak Note sebab orang korea banyak guna Note...selain dari skrin besar yang memang puas habis lah kan kalau ambik gambar. and ada stylus. ala-ala tab dah. bak kata member di fb "pakai Note boleh tulis terus masa meeting. tak payah bawak diary kerajaan lagi"...hahahah! tapi being an android user, satu yang aku notice pasal android ni cepat betul habis baterinya. tengok je lah Xperia aku tu. dah macam setiap hari ada lah 3x aku kena charge.

tapi iPhone 4s pun ok jugak. sebab dari segi nak sync lagu senang. dengan iCloud lagi. sebab guna Mac kan. so tak perlu cucuk usb untuk sync apps and songs. nak update OS pun senang. dah sedia ada. lagipun memang pengguna Apple yang tegar kan. dulu mungkin aku akan sebulat hati memilih iPhone sebab instagram. tapi la ni, android pun dah ada instagram kan. 


ok. tolong saya make decision cepat.


blue




my favourite song at the moment.

TOP. saranghe!

Monday, April 23, 2012

tempat kerja baru



sedar tak sedar, dah nak dekat sebulan aku kat tempat baru ni. masih tak biasa. masih tak peramah. masih termangu-mangu. masih kebosanan. masih merindui suasana ditempat lama, masih teringat kawan-kawan kat sana, masih ada rasa menyesal.....masih...hmm...masih jelasssss....

rutin setiap hari aku kat sini, pagi-pagi mesti sampai-sampai je terus jadi mak andam diri sendiri. motif? nampak noo takde kerja kan. haha. sampai siap mekap bagai. rajin dah sekarang mekap. tapi takdelah vogeh de vast. make up biasa-biasa ja. tapi selalu gak touch up balik bila rasa macam dah pudar sikit ke mekap tu. curlasss. pastu kalau orang ajak breakfast, aku join je walaupun aku dah breakfast dengan parents. noo bukan makan manyakkkk ek just for the sake nak join in the crowd. tapi aku takdelah makan. selalu minum air je. ate, kata nak cari kawan kan. terpaksa sacrifice perut hahaha.

motif posing tetap sama?


kerja aku kat sini totally different from my previous job scope. macam berubah 360 darjah lah. sebab dulu aku more to project management and jaga sistem, bagi training yada yada yada. tapi kat sini aku kena tau pasal hardware. gila tak tahu! dah lah memang tak minatttt langsung pasal hardware ni dengan spek bagai. jadi selalunya aku kena revise balik spek yang telah dibuat oleh orang.oleh sebab i'm still green in this area, so nak pickup tu agak slow kemain. aku ni nama je belajar sains komputer, tapi part-part hardware ni memang fail. selama hidup 26 tahun ni, aku tak pernah hokay format pc ke laptop ke. masa belajar dulu pun siap upah member tolong formatkan laptop. haha. jadi bila disuruh bos untuk formatkan laptop dia sebab OS corrupt aku dah macam...SHITEEEE AKU TAK RETI!! so what i did was....apa lagi, google lah! hahaha. sampai gitu sekali. how to format Windows Vista. my keyword. haha. noob sungguh.

anyway, sebenarnya aku nak share suasana tempat kerja baru aku ni. 




kat sini aku memang dapat bilik. tapi aku tak sukaaaaaaaaa!! iiieeee tak bestnya lah duk bilik!! rasa alienated sungguh! dulu dah biasa duk kat cubicle leh sembang-sembang joyah dengan officemates. la ni apa-apahal kena call. nak tanya pergi makan je pun siap kena guna fon. huh tak best sungguh. aku ni dah lah biasa bercakap bila bosan-bosan, sekarang ni bila bosan je aku duk surf survey holiday package (eh motip? ;p)



footnote : hari ni aku macam jadi eric leong. duk kemas bilik. aku pergi lalu kat tempat staff aku tadi, tengok diorang tengah main Solitaire. motip staff aku pun macam aku,  takde kerja? like boss like staff. haha..

Wednesday, April 18, 2012

wordless wednesday






mood nak bekerja sekarang ni tak seceria selipar di kaki :(


Wednesday, April 11, 2012

wordless wednesday







TRUE.

Wednesday, April 4, 2012

takutnyaaaa........* tddmka *



i seriously don't get it. i don't get why people are not being supportive. masa aku nak bertukar keluar hari tu, aku attend lah meeting for the last time. instead of congratulating me, this person from another department who never worked directly with me before started saying..."oh saya kenal ketua J**** tu. i bukanlah nak cakap apa tapi bersiap sedialah ye. balik lembat. kerja teruk!"

aku senyum je lah. dalam hati.....motif? nak takutkan aku ke? ingat aku takut ke? mungkin dia tak tahu kot yang aku pernah kerja swasta sebelum ni. takat balik lambat, dah biasa dah. kat OAS dulu, balik lepas subuh pastu tengahari masuk balik ofis pun pernah. 5 hari tak jumpa mak ayah padahal duduk serumah pun pernah jugak. masa kat tempat lama pun balik lambat jugak. kadang ada meeting sampai pukul 7 malam. bengkel sampai 9 malam pun pernah kat putrajaya tu. 

jadi tak perlulah dia nak bersusah payah takutkan aku macam tu. tak terkesan pun. i've been through worst kot. bukannya tak biasa balik lambat. 

ke sebenarnya dia yang tak suka balik lambat?
ke dia nak balas dendam sebab bila aku pergi dia yang kena tanggung?

entahlah.


Tuesday, April 3, 2012

DIA yang lebih mengetahui



selalu terfikir.
betul ke keputusan yang aku buat ni?
kadang-kadang siap fikir...kenapa aku buat keputusan tu?
sebab orang ke? ke sebab kerja?
kalau nak ikutkan, aku dah punya kawan-kawan dah di tempat lama.
yang best pulak tu.
yang sekepala.
dah mesra sokmo dah.
orang kata dah sampai tahap tak malu tak segan dah antara kami.
tapi...tu lah...
kita mungkin mintak macam-macam.
mungkin fikir tak patut aku buat benda alah ni.
nak tu lah, takmo macam ni lah, prefer yang begitulah.
yada yada yada...

namun...
apa yang pasti.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

ALLAH KNOWS BEST!




Monday, April 2, 2012

siapakah jodohku?

came across this beautiful and inspiring poem from iluvislam.com. written by Naziha Khorlid. just like to share with you guys especially yang tak kahwin lagi macam den ni hah. yang sering terfikir...siapalah jodohku nanti. handsome ke idok. bila baca ni baru sedar diri. awak tu nak macam-macam. tapi diri sendiri tu...layak ke dapat?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.