Followers

Wednesday, September 26, 2012

perihal tudung



dah lama gilos tak pakai tudung bawal. bila pakai ni rasa macam 'eh lain pulak tengok muka sendiri..' selalu pakai tudung awning je. entah angin mana tah masuk dalam diri tetiba nak pakai tudung bawal balik. yang tak larat tu, asal angin je aku kena tiup atas. kalau tak kelepet lah bahagian atas tudung ni. oh ye, tudung ni bawal ekspress katanya...dah siap jahit kat depan. terus sarung je. beli online kat verylawa.blogspot.com. cuba lah korang tengok kot-kot ada yang berminat ke kan.



pastu, hari tu aku try tudung syria pulak. aku memang tak berapa gemor sangat tudung syria ni sebab dia melekat kat kepala. nanti nampak kepala aku yang besar dah muka yang bulat. pipi mesti naik macam pau. haha. tapi entah kenapa hari ahad hari tu tetiba beli tudung syria. aku pun try lah kan. rasa macam...'eh okay lak aku pakai tudung syria ni...' tapi tu aku rasa lah kan. biasalah, aku kan perasan. hahaha.

eh ok ke tak sebenarnya?



Wednesday, September 12, 2012

persoalan lagi


....berapa banyak persoalan daaa.....


kenapa kan, bila dalam novel-novel cinta (yang bukan islamik yeee!) je kan, si hero tu mesti kerja tak menahan. CEO lah, Pengurus Syarikat lah. Pengarah Syarikat lah. Pilot yang handsome lah, takpun Ketua Projek yang projek mega punya...nak yang dahsyat-dahsyat je jawatan. yang heroine nye plak, samada accountant or secretary or sales/marketing exec or surirumah. antara tang tu lah yang selalu aku baca.

apaaaaa...depa ingat Pegawai Teknologi Maklumat tak sesuai ke jadi hero dan heroine? Programmer tak layak jadi hero dan heroine?


entri takde motif. muahahaha...


Tuesday, September 11, 2012

persoalan di minda



selalu sangat baca dan dengar 'cintailah si polan itu kerana Allah' dalam artikel-artikel islamik yang aku baca. dalam novel pun selalu guna ayat camtu. dan aku ada dua soalan terhadap pernyataan di atas:

1) macam mana nak mencintai seseorang kerana Allah?
2) how to know yang kita mencintai seseorang itu kerana Allah?

.....siapa boleh tolong explain kat ahkak yang kurang pengetahuan dalam bidang cintan cintun ni?? dd? rosa? ummu? ;p



source



footnote : jangan lak korang duk pikir 'ohmai ezzan dah jatuh cinta!' or 'ohmai ezzan dah nak kahwin!' or 'ohmai jiwang seh!'...aku cepuk karang. it's a general statement.