Followers

Friday, October 19, 2012

the great doctor





dah lama tak tengok Adam & Hawa sebab dah hooked dengan cerita ni. Faith, The Great Doctor. cerita yang sangat best. sebenarnya tak sangka yang cerita ni best. almaklumlah, aku tak berapa suka tengok cerita yang unsur lama-lama zaman empayar-empayar ni. tapi cerita ni berjaya buat aku menatap sampai pukul 3 pagi lepas balik dari kerja. mungkin sebab Lee Min Ho sebagai General Choi Young yang sungguh gagah dan perkasa dan gentleman. mungkin jugak sebab Kim Hee Sun sebagai Eun Soo, seorang doktor yang kelam kabut dan banyak cakap dan kelakar. 

mesti pelik kan tengok gambar General zaman dulu-dulu bawak police shield tu kan. pastu tengok pulak doktor tu pegang stateskop tu kan tapi pakaian zaman dulu-dulu. kenalah tengok nak tahu cerita ni pasal apa.



cerita ni ada 24 episod. sekarang ni kat korea dah 20 episod. kat One HD baru nak masuk episod 13. memang best. serius tak tipu.




Monday, October 8, 2012

aren't we all?



you see, i don't trust when people say 'i don't judge you'. wae yo? because we are all judgmental in our own way without even realizing it. some do it verbally. telling everyone this and that. while some, prefer to do it mentally. and when i say people i meant now. in this era ye.

paling senang, masa korang baca beautifulnara atau ohbulan tu. kadang tak sedar pun tengah-tengah baca tu tetiba je start thinking negativity about the person in the gossip column. tipulah kalau korang kata tak pernah terlintas langsung fikir camtu. heh, who are we kidding to? macam aku sekarang ni, menyampah ya amat bila orang duk cakap 'swaaagggg' dengan gaya poyo giler tu, siap rasa macam nak tampar muka orang tu. selalu aku akan fikir 'loser habis!'. itupun aku dah judge. inikan pulak kalau aku baca cerita-cerita gosip ni. lagilah seribu satu benda yang aku fikirkan. 

camni lah aku rasa bila orang cakap 'swaaaaggggg', terus rasa nak lempang


kalau orang buat benda baik pun kita judge, inikan kalau buat benda buruk kan. lagilah dahsyat orang judge. contoh macam baru-baru ni yang aku baca kat twitter, pasal wardina yang tetiba naik angin bila gambar dia yang seksi dalam majalah waktu dolu-dolu diupload oleh seorang twitterer (eh ada ke word ni? hee). dia marah and geram sebab rasa diri diaibkan. dia siap offer diri nak berjumpa dengan si polan tu untuk minta dia delete tweet tu...berbincang cara baik tapi bila dia buat macam tu, orang lain siap reply 'alah...kecohlah wardina ni!', 'itupun nak emo!', 'nak tunjuk baik lettew' yada yada yada.

you see, you see. padahal aku rasa takde salah pun wardina buat macam tu. sebab hak dia kan. tapi dia still dikatakan nak tunjuk baik. tak judgmental ke tu? kalau aku pun mesti aku marah bila orang upload gambar-gambar masa before berhijab. cuma aku bukan artis je. jadi aku takdelah nak melenting bagai.

tapi aku pun ada je judge orang walaupun aku rasa benda tu betul. yes, i iz not perfect, i know. contoh (contoh lagi...) macam kadang-kadang tweet si Sham Kamikaze yang "kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik yang belum menutup aurat silalah berbuat demikian". di post banyak kali di FB dan twitter dia. yes, aku tahu dia dah berubah. yes, aku tahu dia nak berdakwah. yes, aku tahu dia bukan nak berlagak alim cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengingatkan sahabatnya. tapi stilllllll......ada segelintir jugak yang merasakan kadang-kadang over pulak dia ni sedangkan ustaz-ustaz yang tersohor takde plak nak cakap macam tu...(termasuk aku lettewww fikir camtuuuu ;p)



haih....entahlah. manusia kan. memang sifatnya asyik nak mengondem orang je. 





Tuesday, October 2, 2012

tips dalam membeli novel



aku seorang pengumpul novel yang tegar. koleksi novel-novel aku pun dah banyak sangat sampai dah melendut rak buku aku. mak pun dah kata aku kena buat library sendiri ni. heh. tapi sini aku nak kongsi tips masa nak beli novel. cewah tips inda! oleh kerana aku obses dengan novel, jadi ada beberapa kriteria yang aku ambil kira nak pastikan sesuatu cerita tu best ke tak. dulu mungkin aku rasa cover haruslah memainkan peranan penting. tapi orang kata don't judge a book by it's cover. okay, fine. la ni, aku nak judge by it's back cover. boleh?

tips 1 : aku tak suka cerita yang banyak sangat watak lelaki yang diceritakan dalam sinopsis kat back cover. aku tak suka baca cerita poyo konon-konon yang heroine nya menjadi rebutan ramai. tak suka mak! selalunya bila aku baca sinopsis, aku tengok kalau ada lebih dari 2 nama lelaki kat situ terus aku tak teruskan baca sinopsis tu. contoh macam ni lah sinopsis dia kat belakang tu...

Ezzan - aku sayangkan dia. tapi aku tahu dia dan aku tak mungkin bersama. kami terlalu berbeza.

Choi Minho - aku sayangkan Ezzan. sayang sangat. tapi kenapa dia tolak cinta aku? aku tak kisah dengan perbezaan umur kami.

T.O.P - kenapa bila Ezzan cerita masalah cinta dia, hati aku yang sakit?! adakah aku telah jatuh hati dengan sahabat baik aku sendiri?! ..gulp...

Kim Jong Kook - kalau aku tak dapat Ezzan, takde siapa akan dapat dia! ini sparta lah!!

tak menahan kan cerita rekaan aku ni. melampau betul imaginasi. hahahahah...motip semua pun lelaki korea? tapi you guys get lah kan what i mean.

tips 2 : aku tak suka cerita yang kompleks ya amat! di sinilah perlunya korang baca review. kalau korang main beli je tapi tak baca review boleh mendatangkan penyesalan. baiklah baca review. kalau tak jadi macam aku. contoh macam novel yang aku baca baru-baru ni, Setelah Hati Dimiliki (pergh jiwang!). serius cerita itu adalah tidak best. tak kisahlah kan kalau penulis dia nak marah aku kan sesuki hati kritik novel dia. tapi aku ada hak sebagai pembaca kot. huhu...


lelaki A bertunang dengan perempuan X. tapi alih-alih kahwin dengan kakak perempuan A tu, perempuan Y. sebelum kahwin tu, perempuan Y pernah berkahwin dengan lelaki lain tapi laki dia meninggal. tapi takde siapa tahu yang Y pernah kahwin. jadi bila Y kahwin dengan A, terbongkar rahsia tu. A marah bebenor lalu diceraikan Y. Y ni plak sebelum kahwin, ada jugak diayat oleh lelaki B, iaitu bekas adik ipar dia. B layan baik tapi Y tak boleh terima. lalu bila sepupu Y, lelaki C ajak kahwin teruslah si Y ni setuju sebab nak lari dari B. tapi sebenarnya lelaki C ni suka kat adik Y, perempuan X tadi tu. last-last akhirnya Y ni kahwin dengan B walaupun si A cuba nak rujuk balik sebab menyesal. 


hah?! kompleks kan?! tu pasal aku tak suka cerita banyak watak. aku naik rimas. bila aku naik rimas, aku akan skip banyak part. dan aku akan amik masa nak baca cerita cenggitu. dalam 3-4 hari baru habis baca walhal aku selalunya boleh habis baca dalam sehari je kalau cerita dia best. aku pun tak tahu kenapa tah aku pergi beli novel ni, sebab bila tengok cover tak tergoda pun. mungkin masa tu aku nak habiskan masa, jadi aku rembat buku ni. now, i iz menyesalsss...


tips 3 : janganlah korang tertipu dengan cop mohor 'terlaris' yang kadang-kadang dorang letak kat front cover tu. sebab apa? sebab tak best pun sebenarnya. ni adalah kali pertama yang aku beli sebab terlaris tu walaupun bila baca sinopsis dia aku macam "huh? macam tu je?". geezzzz, i should trust my instinct at that time. boleh selamat RM23.90 aku. novel yang aku beli sebab cap mohor 'TERLARIS' tu adalah novel ni. Rindu Milikku. novel yang aku rasa ohmai gila tak best cerita ni! bosannyaaaaa...aku ambil masa seminggu nak habiskan baca cerita ni. rasa macam nak jerit.."bak balik duit aku!!!!" tapi dah terbeli kan. nak buek camno.

 
cerita dia mengisahkan Nina yang kurang sempurna. bercinta dengan lelaki yang dia chatting online. tapi dia ada masalah. perniagaan kedai buku dia mengalami kerugian. business tu dia join dengan 2 orang kawan dia. mula-mula laki tu memang sayang habis lah kat Nina tu. siap paksa Nina ni bertunang. Nina ni pun ada sifat rendah diri oleh kerana ketidaksempurnaan dia tu. tapi lama-lama laki tu dah macam tak sayang kat Nina tu. dia suka balik ex-gf dia. mak laki ni pun sesuka hati nak putuskan tunang dorang...at the same time, Nina ni ditinggalkan oleh rakan kongsi dia...something like that lah...

huarghhh! nguap jap. see, aku yang menaip cerita macam ni pun aku dah bosan. ni lak kalau korang yang baca kan. aku hanya nak selamatkan korang je. cewah....aishhhh...again, nyesal beli!