Followers

Wednesday, February 27, 2013

toy story



aku seorang yang tidak suka anak patung. bukan lately tapi memang dari zaman kanak-kanak lagi hidup aku bukan dikelilingi anak patung, teddy bear atau patung barbie. lagi-lagi pulak patung barbie tu mahal ya amat satu masa dahulu, masa tu mana mampu. RM50 dulu adalah seperti RM100 (bagi aku lah). teddy bear dan anak patung pulak well......sssebabbb aku takut.


aku ni suka fikir bukan-bukan. kalau kreatip takpelah gak kan. tapi ni dok, fikir ke arah negatip jer. masa kecik dulu, aku selalu membayangkan yang anak-anak patung ni akan berjalan waktu kita tidur. kira macam dia hidup lah (konon!) especially anak-anak patung baby tu. rasa kalau dalam gelap aku tenung je mata anak patung tu macam dia tenung aku balik (uwaaa mak takut!!!)...pastu yang jenis bersuara tu lagi lah menggerunkannnn. kang kalau tidur malam tiba-tiba patung tu berbunyi plak. lagi-lagi yang boleh ketawa tu. seramnyerrr noks. 


aku jugak tak pernah peluk teddy bear masa tidur....again, sebab aku takut. let say lah kan aku terjaga waktu malam. bukak-bukak mata terus terpandang mata teddy bear tu. ahhhhhhh!!!! memang aku baling teddy bear tu. ataupun anak patung yang bila baring dia tutup mata, bila dirikan dia mata dia terbukak. yang tu pun aku rasa scaarrryyy. "habis tu kau main apa masa kecik kalau dah anak patung kau tak main ni ezzan?" 



......aku main daun terup lah weh! miahahah...well, aku main masak-masak dengan anak-anak jiran sebelah rumah. yang tu aku suka. and also, aku main lego especially dalam rumah. mostly memang aku main lego lah. 






footnote: aku benci chucky. he's one of the reasons why i don't like dolls and i don't play one. aku benci dia tak mati-mati. siap ada bride of chucky lagi. huh!



Tuesday, February 19, 2013

Kim Jong Kook?!!


yahhhhh kim jong kook!!

wae, oppa...wae??!! what happened to you??!! you were supposed to be SPARTA KOOK. THE COMMANDER. TIGER. THE CAPABLE ONE...

but...but this photo...thisss....dah jadi macam IDOL KOOK lah plak! hampir tak dikenali dah.



patutlah sekarang Si Giraffe ni dah tak takut dah dengan Tiger ni...Tiger dah mellow down dah.

siusiusiu~

Thursday, February 14, 2013

office attire



i rarely wear baju kurung to office these days. bukan sebab bajet wanita moden tapi sebab bajet malas nak gosok baju. especially since i now no longer worked at kementerian, where you have to be formal most of the time. rules sini agak longgar sikit. maybe it's more technical. tapi bukanlah aku tak pakai baju kurung langsung. pakai tu pakai cuma on those days where i need to attend some meetings at the kementerian.

basically, my office attire consists of long skirt. sometimes straight cut, mermaid style and sometimes yang ala kembang-kembang gitu (macam tuan dia...miahahaha) yang kalau ditiup angin boleh jadi marilyn monroe. ceh gitu! kadang tu aku pakai maxi dress. i thought nobody really notice what i wore everyday. tiba-tiba hari ni aku dikejutkan dengan soalan....

"cik ezzan beli skirt kat mana ye? banyak skirt-skirt cik ezzan yang cantik!"

laaaa tu ke nak tanya. aku nak tergelak sebenarnya masa tu. sebab tak sangka soklan tu yang keluar. lalu aku pun jawab..."kalau skirt kaler hitam macam yang ezzan pakai sekarang ni, ezzan beli kat jejeko je noks. brand scarlet jewwwwrr!" 

aku suka je brand scarlet ni especially skirts dorang. tak malu nak mengakuinya. and selalunya nak cari blouse untuk office attire pun shopping kat jusco jer. non hado sampai nak pergi beli kat pavi sana. aku tak faham kenapa ada orang pandang rendah pada brand scarlet ni. personally, bagi aku selesa apa pakai baju scarlet ni. ada orang kata, kain dia tak elok. der, tak kan kau bayar RM30 nak expect dapat korean silk kot. dah tentu-tentu bila tengok harga kualiti kain dia macam mana. tapi bagi aku, ok jer. takde plak aku masuk mesin alih-alih terkoyak baju tu kan...

"yang dress pun beli kat jusco jugak ke?" tanya dorang lagi. maxi dress selalu aku beli online. sebab mostly yang jual kat shopping mall, saiz dia 'besar' sangat tak sesuai dengan diri i yang 'comel lote dan kecil' ini. hikhik gelak tersipu malu *tddmka*

ok, motif aku tulis entri ini adalah ingin mempromosikan online boutique adik gue. butik dia ni available on Instagram sahaja. i repeat, Instagram sahaja. so, uols disana tu yang ada Instagram, go and follow @kloseqs



footnote : dah lah kau lama menyepi, boleh plak kau tiba-tiba post pasal baju. siusiusiu ~