Followers

Monday, June 10, 2013

berpuasa di tanah suci



sebelum aku jejakkan kaki ke Baitullah tempoh hari, aku memang dah berhasrat at least nak puasa sehari kat sana. kalau lebih, lagi bagus. teringin nak rasa berpuasa di tanah suci. ye lah, nak pergi umrah semasa bulan ramadhan, macam belum mampu je lagi kan. harga pakej umrah bulan ramadhan adalah diluar kemampuan beta. so far memang aku takde lagi jumpa pakej umrah untuk bulan ramadhan yang bawah 7k. so far lah...

so apa rasa dia berpuasa kat Mekah? well, to tell you the truth....it's really almost the same as berpuasa kat Malaysia. ye lah, bukan bulan ramadhan kan. tapi yang bestnya ialah aku spent sepanjang masa sehari berpuasa tu kat Masjidil Haram. kiranya aku memang tak balik hotel. duduk je dalam masjid. pagi aku buat tawaf sunat. and then buatlah solat-solat sunat dan ibadah yang lain seperti baca Quran....bila aku mengantuk, aku tidur jap. sebelum tutup mata, nampak kaabah. celik mata, nampak kaabah. best sangat.

nak dijadikan cerita, ada seorang perempuan arab yang berusia ni offer makanan kat aku masa tengahari. roti kot kalau tak salah aku. ke buah something. hadoii tak ingatlah pulak...neway, puas lah aku menolak...tapi aku cakap english. kata i'm fasting. tapi aku pun ngok gak kan. motip berbahasa inggeris? hehe...rasa macam nak dekat 5 kalilah aku tolak tapi dia tetap insist suruh aku makan. aku lak masa tu sorang je kan. mak balik hotel untuk makan tengahari. so aku dikelilingi oleh makcik-makcik arab. mesti dorang kata aku sombong ya amat. orang offer makanan aku boleh reject. ada rasa macam serba salah gak aku. masa tu aku rasa satu jer.............nyesalnye tak tau berbahasa arabbbbbbb!!!! puasa pun tak tahu apa dalam bahasa arab!!! khilaf sungguh!

eh baru aku teringat. aku ada balik hotel. hehe. sebab nak buang air masa tu. bukan takde toilet dalam Masjidil Haram. ada tu ada, cuma ia agak jauh ke bawah tanah dan agak bahaya untuk perempuan pergi seorang diri.

anyway, another thing yang best adalah semasa berbuka puasa. minum air zamzam dengan roti jer. kenapa tak kurma? well, aku terlupa sebenarnya nak bawak kurma ke masjid masa balik sekejap nak terkucil tu. dah sampai separuh jalan, baru teringat kurma. last-last aku singgah kedai beli roti jer. aku rasa pemandangan cukup indah sekali masa berbuka puasa. ye lah, ingat senang ke nak berbuka puasa berdepan dengan kaabah? tak semua orang dapat rasa pengalaman tu. syukran Ya Allah, kerana diberikan kesempatan untuk berpuasa di sana. 



before i end this, just nak share some info yang aku dapat tau kat sana. semasa bulan Ramadhan, Masjidil Haram memang akan pack dah macam orang tunaikan haji dah. ini aku saksikan sendiri gambar yang telah dirakam sewaktu aku berkunjung ke Muzium Masjidil Haram & Masjidil Nabawi di area Hudaibiyah (kalau tak salah). pemandangannya sangat..... SubhanAllah! mengasyikkan! one of the most beautiful photo i should say. memang ramai. and i heard that masa bulan Ramadhan, kebanyakkan orang arab ni akan bercuti semata-mata ingin beribadat. bestnya kalau kat Malaysia boleh buat camtu. and furthermore, i was told that sepanjang bulan tu, The King of Saudi Arabia akan provide food for iftar UNTUK SEMUA yang ada di Masjidil Haram. FOR FREE. Allahuakbar! 

sejak dari situ, aku dah tanamkan niat. 
aku dah berazam.
sekiranya diizinkan-NYA...
aku ingin sekali berpuasa Ramadhan dan menunaikan solat terawih di Masjidil Haram.
at least sekali dalam seumur hidup ni.
aku nak rasa pengalaman berqiyamulail di sana.
nak rasa pengalaman berpuasa ramadhan di sana.
nak rasa pengalaman bertarawikh kat sana.