Followers

Sunday, August 8, 2010

jatuh cinta kali ke...

jatuh cinta lagi...
lagi-lagi ku jatuh cinta...
jatuh cinta dengan...
mukai osamu namanya...



aish. ni yang malas nak tengok drama jepun ni. senang bebenor teman nak jatuh cinta. selalu sangat dah jadi macam ni. masa tengok Hana Kimi saya tangkap cinta sama dengan Toma-kun. bila tengok Honey to Clover jatuh cinta sama itu Kashiwabara Takashi walaupun masa tu Ikuta Toma dan Mukai Osamu ni berlakon sekali dalam cerita tu.

spent the saturday watching this drama one whole day.



suka kalau setiap weekend tengok jdrama. yang tak suka sebab nak download lama. teringat dulu download drama2 ni guna torrent. mak oiii seminggu baru habis 11 episod download. gilak ah. hehe. neway, Atashinchi no Danshi is second best jdrama i've watched next to Hana Kimi (japan). saya masih lagi rasa Hana Kimi terbaek wok tengok banyak kali pun wa sanggup. apsal semua drama yang saya suka ada Horikita Maki? sebab saya suka dia. dia sangat kawaii heee!




Saturday, August 7, 2010

kurang masin

eh, bukan salt ini yang kurang masin.
salt ini ha...






watched SALT just now with my sister right after i got back from work. the movie was just OK to me. nothing special. nothing significant. in fact it was pretty predictable. senang cakap, cerita ini macam kurang garam lah. dia tak buh garam secukup rasa. sayang nama je SALT tapi tak Salty mana pun. hehe. but boy i just gotta say this one thing. blonde or brunette, angelina jolie was smokingly hawt! she was the reason i decided to watched this film. ikutkan hati tadi nak tengok The Last Airbender tu tapi full house noks. anyway, tu je lah nak beritahu. hehe.









Thursday, August 5, 2010

we sing. we dance. we steal things

apokobondo tu jang? itu adalah tajuk album jason mraz. fyi, this album of his is one my favourite. bukanlah dari segi lagu sebab lagu dia adalah dalam 3, 4 yang saya suka from this album macam I'm Yours and Lucky tu. tapi maksud saya yang saya suka sangat is in terms of his creativity. come on lah, tajuk dia je dah buat orang macam 'huhhh? tajuk apa ni? kenapa tajuk album macam ni?' and yes, ia membuatkan korang curious sangat nak tahu lagu-lagu dia. then tengok cover album dia macam 'camni je?' tapi i likeeeee...


smart kan cover album dia. jimat kos. lukis je pakai photoshop. senang cerita.
eh pakai paint pun boleh. haha.


yang ni plak cover single I'm Yours. tak ke smart to the max? cewah.




hmm macam nak tukar tajuk blog ni lah. tukar from the art of drawing ke we sing. we dance. we steal things. tapi tajuk tu patent ke tak ek? kang tak pasal-pasal den kono saman. saman traffic mampulah den nak bayar. kalau saman undang-undang ni mahu den gadai rumah den. itupun kalau den ado rumah yang nak digadai. haha. nah. oleh sebab mood saya macam santai hari ni, mari kita dengar or tonton lagu yang saya tak pernah bosan dengar. sambil tu makan tempe. eh takde kaitan. haha.





dialog kelakar


tiba-tiba teringat satu dialog dalam filem kegemaranku, Papadom.

Saadom sediakan lunch untuk anak dia dan kawan-kawan anak dia. Masa rehat siap tunggu kat kantin bersama papadomnya. Sekali tu, kawan liyana jasmay tu cakap...

"Uncle Dom, kami tak mahu makan nasi hari ni. Nak diet. Kalau tak macam mana nak dapat pakwe macam Johnny Depp!"

and then, he replied with..





"Johnny Depp tu sekolah sini ke? pergi panggil dia, uncle nak jumpa" Saadom dengan muka selambanya jawab. muka yang memang clueless. serius funny. saya gelak berdekah-dekah. lawak gila kentang. kahkahkah.



Tuesday, August 3, 2010

yang pernah



kenapa tajuk yang pernah? sebab tiba-tiba terasa nak mengimbau kembali deretan-deretan handphone yang pernah ku miliki. cewah. ayat tak menahan. inilah yang terjadi jika menulis surat rasmi menjadi rutin kerja harian anda. anyway, tahu tak my first handphone is NOT 3310? yes, believe me. model handphone saya yang pertama lagi kuno lah berbanding 3310 yang faymes tu. tadaaa...meet my first mr. hp!


inilah dia model nokia 3210. ia sangat besar dan ia sangat berat. rasa-rasa kalau baling kat anjing benjol lah gak kepala dia. hp ni mak saya yang bagi. itupun sebab nak masuk diploma. so kira ni hadiah lah. tengok. masa U tau baru ada handphone. budak-budak sekarang ni darjah satu pun dah ada hp. aih manja bebenor. kadang-kadang rasa nak marah je bila tengok budak-budak kecik merengek nak hp kat parents dia. emo tetiba.



my second hp was the nokia 3200. i bought this with my own money. masa tu saya buat kerja part-time kat farmasi area rumah saya ni. jadi pembantu farmasi. dengan duit gaji tu lah saya beli hp ni. hp yang lama tu saya jual dengan seorang kakak yang kerja sekali kat farmasi tu. so bergaya lah saya bersama handphone ni dari part 3 masa diploma sehingga part 4 degree. ye, degree ye. berkurun lama saya pakai hp ni. perkhidmatannya sungguh cemerlang dan terbilang. saya suka hp ni sebab boleh tukar skin dengan kertas pembalut hadiah boleh, nak lukis sendiri atas kertas pun boleh pastu letak je dalam casing dia terus jadi skin dia. suka. boleh jadi kreatif. hehe. aish. lama betul guna.






dari part 5 degree sampailah sekarang saya menggunakan Sony Ericsson Z610i ni. this was a present from my father on my birthday. BIRTHDAY KE BERAPA KAU JANGAN NAK TANYA. haha. masa dulu memang nak sangat phone flip semua sebab terpengaruh dengan drama korea. lagipun saya rasa amatlah cool phone flip ni especially bila korang tengah gaduh dengan bf korang and dia call pastu anda malas nak layan then anda tutup phone tu dengan kuat 'bammmm!' depan orang ramai lalu berjalan pergi macam tiada apa-apa. wah hebat. orang akan cakap 'baru lepas gaduh dengan bf lah tu' cewah berangan tak hingat.

tapi kan sekarang ni, hati i berbelah bahagi uols. sebelah hati saya mahukan yang ini. bila pakai ni rasa macam wanita bekerjaya dan professional. senang cerita macam diri i boss uols dan kalau lepak kat starbucks sambil tu buat-buat busy pegang hp ni rasa macam wow gila. haha. can access my email anywhere around the world. macam organizer lah senang nak berhubung. lagipun kalau pakai ni, saya tak rasa segan nak keluarkan handphone bila duduk sebelah pegawai-pegawai dan doktor-doktor yang duk sibuk bermain dengan iPhone masing-masing masa dalam meeting. hehe.



yes. a blackberry. can online 24/7. mahu bold ataupun storm.
rasa macam OhSoSophisticated! ;)

hati sebelah saya yang lagi satu itu yang lebih berjiwa camerajunkie mahukan handphone yang ada superb image quality. ye lah kan temah oiii, takkanlah saya nak bawak masuk meeting DSLR gabak tu nak ambil gambar doktor handsome secara curi-curi kan. dah tak curi lah tu namanya. pastu nak ambil gambar sendiri kena pegang dslr lenguh lengan siot. pastu macam weirdo je kalau orang tengok orang lain ambil gambar sendiri guna DSLR. get it? hehe. as many of you knows, gambar dari phone blackberry and iPhone takdelah secun mana pun. 3.2megapixels je pun kan. itulah sebab saya macam ada perasaan kat yang ini juga.





a pink Sony Ericsson C905. 8 megapixels camera phone.


Please. help me choose. which one. Blackberry ke Sony Ericsson? Pleaseeee....





Monday, August 2, 2010

perbualan comel


di suatu ketika, perbincangan mengenai sistem perisian sedang berlangsung dengan jaya dan hangatnya. masing-masing sibuk nak bersuara.

"Sistem ni tak berapa user-friendly!"

"Sepatutnya user kena defined awal-awal!"

"Syarikat sub-kon nak tarik diri dari projek"

"Adakah data dari sistem awak ni boleh integrate dengan sistem yang ada ni?"


Tengah sibuk-sibuk berdiskusi tu kan, sekali tu terdengar suara terngiang, suara merdu yang disayang eh nyanyi lagu bila rindu pula. hehe...sambung ek, sekali tu kan tiba-tiba ada yang bersuara...


...

...

...

...

...

...


"Jumbo gajah biru kat astro ceria la adik!"


pffftt????? masing-masing blur. berpandang sesama sendiri. mencari punca suara tersebut. oh. rupanya seorang doktor sedang menjawab panggilan dari anaknya. comel je rasa.



she's 17 now!


my sistah, ameera turns 17 today! yes, 2nd of august. ahhh to be 17 again. i still remember the day i turned 17. ok tipu. damn can't remember what i had for my 17th birthday. tuanya kau semua dah lupa! anyway, yeay (lupa nak bersorak). dah besor dah budak ni. cewah. as usual, bila birthday mesti ada celebration makan-makan kan. tak lengkap gitu setakat bagi hadiah je walaupun tak bagi lagi ni. so, kitorang apa lagi noks, celebrate lah kan. cuma celebrate a day early which was yesterday lah kan. oleh sebab dia duk putrajaya, so celebrate pun kat sana je la kan. tapi teman ni malas bebenor nak pergi alamanda rasa naik jemu. jenuh fikir last-last tu, birthday girl pun suggest satu tempat ni.

tadaaaaa disinilah tempat kami celebrate birthday si meerawk ni...

ohmygucci. sangat suka ini tempat. rasa macam nak kahwin kat sini. tetiba. tapi serius. siap beritahu ayah dalam kereta on the way balik. see the view. see see...aishhh jatuh chinta lah dengan tempat ini. bayangkan majlis kahwin kat tepi tasik pastu bot-bot lalu. oh sungguh indah. ok cukup berangan itu.





and of course, a celebration entry would not be complete without the FOOD. yes, orang malaysia ni asal birthday je belanja makan kan. senang. tak payah pening fikir nak bagi hadiah apa. orang tu suka ke tak. aish. so, anyway this is what we ate. saya memilih salmon. sedap siot. memang berbaloi. i think the prices were quite reasonable. lebih kurang macam harga nando's lah gitu. murah kan murah kan. food sedap bersama view yang amazing. it couldn't get any better than this. right?




eh oh ye, lupa nak kenalkan. the birthday girl herself!
say HI to ameera, the youngest of the Yusop's Angels!
*haiiiii meerawk! ni kak dd yg meera cakap macam muka tiz zaqyah tu*
mungkin itu monolog dalaman dd apabila dia cakap hai to meera. ;p



HAPPY BIRTHDAY DARLING SISTER!
BELAJAR RAJIN-RAJIN JANGAN NAK DUK CARI BOYPREN JE MEMANJANG.
KANG SIKIT-SIKIT GADUH. HAHA.
GOOD LUCK IN YOUR SPM.
INGAT KAK NOR NAK BAGI APA KALAU DAPAT LEBIH DARI 5A. HEHE.



DAH TAK TAHU NAK MERABAN APA.




EH EH...TERLUPA SESUATU


anyway, last but not least, nah gambar penulis melaram beg yang telah dibeli berzaman di bandung baru nak pakai hari ni. cewah!


motif posing maintain sama? harus. perlu tunjuk itu beg.




Sunday, August 1, 2010

siapa nyanyi lagu ni ek?

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna.. Sempurna..



situasi : lagu latar majlis perkahwinan jiran kampung. bertempat di restoran nelayan, taman tasik titiwangsa dan para pelakon terdiri daripada saya dan ahli keluarga serta sedara mara saya. tengah bersoksek-soksek. perbualan berlaku seperti berikut...

dialog pelakon umur 50 tahun : "siapa nyanyi lagu ni ek, anuar zain ke? tapi suara bukan macam anuar zain"

pelakon umur 25 tahun jawab : "eh ada plak anuar zain. ni lagu indon ni. rasanya hmm nidji kot!"

pelakon umur 21 tahun balas : "eh bukan ungu ke?"

pelakon umur 25 balas balik tak mahu kalah : "eh ungu ke? bukan nidji ke? hmm..."

pelakon umur 50 tahun sampuk : "bukan peterpan?"

masing-masing kerut dahi. tak puas hati. selagi tak ingat siapa nyanyi selagi tu nak tegakkan jawapan masing-masing. sekali tu kan sedang kami duk berbalah siapa nyanyi lagu tu, budak berumur 8 tahun menjawab sambil muka bengang...

...

...

...

...



"Andra & The Backbone lah!"

*bengang tengok orang tua berbalah. haha.*