Followers

Wednesday, November 30, 2011

mr.right




i get asked quite often about what type of guy do i fall for. well, well...lemme see...hmmm what do i look for in a guy ek? one thing's for sure, i am waaayyyy past the age of attracted to those oh-so-good looking guys. masa 17, 18 tahun bolehlah nak go ga-ga over guys macam robert pattinson or taylor lautner tu kan. a 26 year old me would probably prefer someone like aaron aziz. wah tetiba masuk local artist kan. haha. tapi you get what i mean lah kan. personality and maturity are what basically i am more attracted to these days.

i'm at this stage where my facebook wall are mainly full with baby photos. most of my close friends are either having kids, happily married, soon to be married or in a relationship. except yours truly lah kan. hehe. do i feel the pressure to settle down? frankly speaking, no. not really. i mean, there's no denying the fact that there were times where i kinda feel like having someone by my side and longing to have those cute little ones. but i believe that if something is bound to happen, it will happen. at the right time with the right person and for the best reason. 


InsyaAllah.



footnote : Hello December! 


Tuesday, November 29, 2011

The Twilight Saga : Breaking Dawn (Review)



so i've watched Breaking Dawn last week. movie yang paling dinanti-nantikan oleh twilighters sekalian alam. kalau ikutkan memang dari segi novel, Breaking Dawn is the best. my fave among the series. bila baca novel dia perghh memang feeling habis. unfortunately, i'm not feeling it from the movie. entahlah. rasa macam kurang umpph lah. maybe because it's part 1 kan. ke sebab scene katil-patah-while-having-sex telah dicut for Malaysian viewer terus tak feel tengok? haha. bukan sebab tu lah hamboi-hamboi. lagipun dah tahu punya, confirm kena cut scene tu. so tak berharap sangat lah part tu. haha.

what i am most disappointed about is the birth scene sebenarnya. rasa macam terlalu simple. dalam buku memanglah cerita detail macam mana venom tu masuk dalam diri Bella bla bla bla. tapi yang movie ni just tetiba tunjuk blood vein macam ala-ala CSI lah pulak. then suddenly scene Rosalie pegang Renesmee and baju Edward berlumuran darah. cam tu je. eh ke cinema yang aku pergi ni je yang potong part-part birth? huhu...

lagi satu. part serigala bercakap sesama mereka. perlu kah?


okay. my favourite part pulak? dah tentu-tentulah scene wedding kan. cliche betul aku ni. sebab apa suka sangat? well, selain dari sweet gilavavi and super gorgeous decoration, it is mainly because dorang tunjukkan flashback scenes from the first movie. heart it a lot. lagi-lagi diorang letak lagu 'Flightless Bird, American Mouth' as the background music when they recite their vows. terus rasa aaahhhhh...swoon.

dari 10 bintang, i give this a movie a 7. mainly because of the wedding scene. not the honeymoon part since i feel like it was a bit exaggerated. lama gila honeymoon tapi main chess je lebih. boleh? i truly feel like it's worth watching lah especially those getting married. boleh tiru decoration macam dalam movie ni. hehe. 


footnote : can't wait for the movie 'The Avengers' to hit theaters! 


facebook's photo tag




frankly speaking, i hate it when people that i barely talk to tagged me on their wedding card photo dalam facebook. i mean, c'mon...do you really think that is the only (proper) way to invite people? do you really think that i would look at the card? sudah tentulah tidak. entah-entah glance pun tidak. i know it may sounds harsh but i'm telling it like it is. aku faham. dia nak senang. tag je semua orang kat kad tu. tapi create event kan much better. takdelah menyemak dapat notification. it's a bit irritating when you get notified over some conversation yang not related to you or setakat cakap congrats je. just imagine if dia tag 50 orang kat gambar tu and each one bagi komen 'congrats', tak ke akan dapat 49 notifications? and if dia balas each comments tu, mahunya tak sampai seratus notification? a tad annoying kan.



Sunday, November 13, 2011

A'isyah Humaira



presenting ummu's new bundle of joy!



Thursday, November 10, 2011

bapak Qayyum



selamat hari raya aidiladha. hope it's not too late to wish everyone. been busy lately. bukanlah busy changing diaper haris (cewah!) but busy with work, system demo and a whole lot of crap. i was away for a week in Morib. jadi urusetia dan penceramah kursus. kerlasss kau maria sekarang dah jadi penceramah bebas. got another one coming up later at the end of the month in Malacca. next week i will be away for two days sebab ada system installation kat Melaka and another week in Ipoh. pheuwwww...busy month, i know. 

eh berbalik kepada title post. kenapa bapak Qayyum? well, dari dulu lagi i have a list of names for my future child. and since i want to have maximum 4 children - 2 girls and 2 boys (wah wah dahsyat mak jemah ni) dah tentulah ada 2 nama perempuan dan 2 nama lelaki. masa sembang-sembang dengan officemate kat kursus di Morib hari tu kan, tetiba termasuk topik nama anak. aku pun mulalah propa. "ezzan kalau dapat baby boy nak namakan Qayyum. Qalif Qayyum. sedap kan kak?"

akak officemate aku tuh mengangguk sambil tu balas "sedap. tapi kalau tahu bin siapa tu lagi sedap kot. kehkeh!"...amboi3...suka tau bagi statement cepumas gitu. tiba-tiba akak tu sambung..."akak tak sabar nak tengok ezzan kahwin dengan siapa nanti.." aku sengih sambil tu balas.."ala, bukan akak je...ezzan pun tak sabar nak tahu ezzan kahwin dengan siapa.." lepas tu dua-dua bantai gelak. HAHAHAH..

dah lama tu kan kira macam dah masuk topik lain dah tau, tetiba akak tu bersambung.........

"siapalah yang jadi bapak Qayyum tu nanti..."


source

...i was wondering the same thing kak...


Friday, October 28, 2011

pelindung pilihan Allah



i now present you....
dd's little bundle of joy....



say hello to Haris Safeyullah Bin Mohd Khairi. yang bermaksud 'Pelindung Pilihan Allah'. sedapkan nama baby boy yang chomel ini.... ;)


Saturday, October 22, 2011

jadi makcik dah sekarang!!


My bff dd dudu dah selamat lahirkan baby boy semalam!!! yeayyy, i am so over the moon macam aku lah plak yang dapat baby. this child is sooo gonna be spoil by me...terus rasa nak jadikan baby boy dd sebagai anak angkat. boleh?

Rasa macam lepas ni balik dari office je nak singgah rumah dd, main-main dengan baby! Boleh tak dd? Hehe...


Monday, October 17, 2011

pengalaman public speaking



dalam masa 2 minggu lepas sahaja, dah 4 kali aku bagi ceramah dan sistem demo kat depan audience. dan bila aku kata audience, bukanlah di hadapan 5-10 orang ye. audience yang aku maksudkan adalah seperti satu AUDITORIUM. yang terdiri dari para doktor, nurses, pengarah hospital dan pengarah jabatan....kira dalam 40-80 orang koooo. aku dah rasa macam yang berhormat lah pulak bila kena naik stage, bagi speech, jawab pertanyaan pasal sistem dan macam-macam lagilah.  mau tak nervous?! nervous gilaaaa hokay...aku rasa aku tak boleh pegang microphone. rasa macam terus blur.


dan bila aku nervous, i tend to stammer especially 15 minit yang pertama. dan aku akan blank. apa orang cakap memang aku tak layan langsung dah. of course, aku akan sakit perut. masa first time bagi tu, dah lah aku memang sakit perut siap muntah-muntah, walaupun dah prepare nak cakap apa tapi tetap gabra ya amat. first demo tu kat melaka, screen resolution laptop tu tak berapa betul bila keluar kat projector masa aku present tu. penolong aku bagi nota cakap 'kecikkan screen browser sikit' tapi motip aku nak layan? dah tentulah aku macam tak leh nak function. nota tu aku baca then aku simpan dalam poket. tak buat pun apa disuruh. haha. tahap nebes yang maximum dah tu. sepatutnya slot aku present tu dalam setengah jam tapi aku settled present dalam 20 minit. laju mengalahkan ERL.

second one, dekat slim river. tak nervous sangat sebab tak ramai. dalam 40-50 orang macam tu kot. maybe masa tu aku dah sediakan script nak cakap apa. walaupun nervous gak tapi tak senervous kat melaka. next one was in ipoh. ok, ini aku adalah super super gabra tahap cipanzi tak boleh duduk diam siap suruh officemate check heartbeat. over kan? sebab apa? sebab dalam auditorium yang besarnya macam panggung wayang dan penonton adalah seramai lebih kurang 70-80 orang. kira seat nya menurun gitu. pastu nak berucap kena naik stage. macam dalam gambar ni...


tapi audience aku lagi ramai. penuh dewan. serius tak tipu weh, aku siap pergi toilet okay sebelum slot aku, duduk lama-lama praktis depan cermin. siap sms boss cakap 'boss je lah present sistem. saya nervous sangat sampai rasa nak pecah dada'. drama betul aku ni aku kan. kadang-kadang aku doa 'pleaselahhh blackout!! takyah aku present' tapi dah tentulah doa aku tuh tak dimakbulkan. aku ni kadang-kadang ada masa datanglah clumsiness tu. so masa aku nak naik stage buat demo sistem tu, dekat rostrum tu ada wayar-wayar tau...aku siap cakap kat diri aku, jalan baik-baik depan ada wayar jangan tersadung. dah macam orang gila dah aku cakap sorang-sorang.

and then lastly, hari jumaat lepas. demo sistem dekat port dickson. yang ni aku tak tahulah kenapa aku tetap nervous teramat sangat. padahal penonton lebih sikit berbanding masa kat ipoh hari tu. dalam 40 orang je kot. dah habit aku agaknya lah, mesti pergi toilet dulu sebelum demo. tah apa tah ada kat toilet tu boleh buat calmed the nerves aku pun tak tahulah. yang ni sampai tangan aku takleh duk diam. pegang pen, main-main dengan pen, pusing-pusingkan pen. bayangkan masa dekat rostrum tu aku nak taip kat keyboard pun tangan aku ketar-ketar. lagi pulak mic tu aku kena pegang instead of stand-in mic. dah macam karaoke dah aku rasa. cuma tak keluar suara je. masa kat pd ni mencabar sikit, sebab selama ni bila aku present last-last mesti aku akan tanya...'ada apa-apa soalan' hoping that no one will ask and no one did. sekali tuh kooo...kat pd bila tang sesi Q&A boleh plak ada soalan tentang user training. selalunya boss aku akan jawab tapi si MC ni boleh plak 'kita persilakan Cik Ezzan untuk menjawab soalan tersebut!'...woiiiiiiii apesal lak aku niii??!

nak tak nak, takkanlah aku nak buat dek je kan. so aku pun kembalilah ke rostrum. main bantai je jawab. pastu aku tengok macam orang yang tanya tu tak faham dengan apa yang aku cakap. aku pun bercakap dengan diri sendiri 'eh saya tak menjawab soalan ke?' tanpa disedari mic tengah ON. boleh pulak kannnnnn???? sekali tuh officemate aku yang duduk depan dewan dah tergelak dah bila aku pandang dorang. kan dah malu tertipah dah.


...huh....takmo dah present...