Followers

Saturday, February 6, 2010

apa yang perlu anda lakukan ketika marah?


hai kawan-kawan. hari ini kita akan belajar ye. mengenai anger management. dalam bahasa omputihnya adalah amarah urusan oh maaflah saya tak reti berbahasa inggeris. haha. oh bukan bukan...saya tidak menganjurkan sebarang kelas pengurusan amarah ye. ataupun mengajar anda untuk create group "I Hate You" di facebook ye (tak baik tak baik) cuma saya terpanggil untuk beritahu mengenai satu artikel mengenai sifat marah di favourite blog saya blog PakarHowTo.

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”


Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.”

“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang sedang marah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”


sila ke blog PakarHowTo untuk membaca kisah selanjutnya ye....




5 comments:

~ ReD ~ said...

huuiihh! berjoget2 syaitonirrajim di sekeliling ku apabila marah..hoho

farra8979 said...

tp kadang2 terlampau diam, tetiba meletop... ^_^

Diarihatiku1976 said...

aku sedang marah hari ni.. ahahaksss

Ezzan Yusop said...

linda : ko joget cam lipas tu kan kan kan. hahah!

farra8979 : diam sambil muhasabah diri. tu lebih baik. heheh! saya pun xleh diam tp belajar untuk deal dgn anger ni lebih baik.

diarihatiku1976 : cepat gi amik wuduk. cewah!

Kyuubi_85 said...

tak baik nak marah2... bak kata dr fadzilah kamsah, marah tu api, api ti setan,... huhuhu

Everything Beautiful