Followers

Tuesday, April 2, 2013

some random umrah notes



assalam.

i just wanted to jotted down some notes on my umrah trip so that you guys boleh ambik tips-tips (cewah tips ke? ;p)...lagipun, sharing is caring kan...


  • untuk yang akan menunaikan umrah (khas untuk wanita), aku cadangkan untuk tidak membawa banyak jubah malaysia ke sana. maksud aku jubah malaysia adalah jubah yang korang bawak dari sini lah. sebab jubah kita kainnya agak tebal. jadi bila kat Makkah, jubah tu buatkan korang lagi panas. berpeluh kat sana sudah semestinya lah kan. aku kat sana mostly pakai jubah arab je. jubah arab ni selain dari dia murah, dia agak nipis tapi serap peluh. jubah ni memang sesuai untuk pakai kat sana. jadi kalau korang tawaf waktu tengahari macam aku (tu yang agak 'cerah' sedikit lepas balik Malaysia ;p) dengan memakai jubah arab ni, walaupun panas tapi kau akan rasa jubah tu cepat kering. kira lepas tawaf tu, bila kita prepare nak solat korang tak rasa macam badan tu melekit. aku agak menyesal bawak sampai 5 helai jubah dari sini, last-last aku pakai masa nak pergi makan je. siap ada 1 helai lagi yang aku tak pakai. haih.
 
  • bagi yang nak shopping jubah kan, aku suggest untuk korang buat aktiviti shopping2 ni masa kat Madinah sebab bagi aku, jubah-jubah kat Madinah agak cantik sedikit berbanding yang dijual di Makkah. lagipun, bila kat Makkah boleh fokus pada ibadat sahaja. serius aku cakap, bila kat Makkah kadang-kadang tak sempat singgah mana-mana kedai pun. selalunya masa yang ada pun untuk korang shopping adalah lepas subuh sehingga sebelum zohor. waktu lain korang akan samada kat hotel untuk makan ataupun kat dalam Masjidil Haram.

  • di Masjidil Haram, tiada waktu larangan untuk menunaikan solat sunat. i repeat, TIADA WAKTU LARANGAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUNAT. sepanjang waktu boleh buat solat sunat. yang ini mutawwif kami yang maklumkan dan juga berpandukan buku-buku yang aku rujuk mostly said the same thing. kalau kat Tanah Halal, waktu selepas Asar adalah antara waktu larangan untuk menunaikan solat sunat. sama jugak lepas subuh, tak boleh buat solat sunat yang lain (kecuali Dhuha).

  •  marmar di lantai sekeliling Kaabah adalah sejuk. walau sepanas mana pun matahari kat atas, tapi bila dahi mencecah lantai untuk sujud tetap rasa sejuk. bila kaki memijak lantai untuk bertawaf takde pun korang akan 'ouch panas' ke whatsoever.

  • kat sana, kaum wanita dibolehkan untuk pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat tapi ianya dikira sebagai sunat. tapi aku tak buat solat jumaat. aku buat solat zohor. and mostly jemaah perempuan malaysia bersolat di bilik hotel masing-masing untuk memberi laluan kepada jemaah lelaki untuk solat jumaat. solat jumaat still wajib ok bagi lelaki.

  • aku kemaruk fruit juices kat sana. especially yang mix flavour kaler pink. perghhh sedap sangat. almost everyday aku telah juice ni. dah lah murah, 5 riyal je. lebih kurang dalam 4 hinggit melesia. aiskrim kat sana pun sedap. surprisingly, sepanjang aku makan aiskrim dan minum fruit juice tu, Alhamdulillah aku tak diserang batuk.


setakat ni, ini je lah yang aku ingat. kot-kot pasni aku ada teringat something ke, nanti aku update wokeh... 

till then.


2 comments:

NooRjAn said...

As salam...bila baca entry ni..saya rasa cam saya berada kat mekah...tmpt yg sgt best kan dlm dunia ni...

admin said...

salam, tumpang lalu,,,hehe gud info tqdik,,