Followers

Saturday, September 26, 2009

Lebaran Ini



huargghhhh...malasnya rasa nak balik Cheras. rasa nak stay saja lama-lama kat JB. nak beraya sakan. tahun ni saya rasa syawal lebih bermakna berbanding tahun lepas. tahun ni agak lama saya berada di JB. dari hari Ahad hinggalah ke Rabu. selalunya, saya hanya spent 1 or 2 days in JB for raya celebration after my beloved grandma passed away 2 years ago tapi this time around, 4 days tu kira agak lama juga. itupun siap nak singgah Batu Pahat nak jumpa orang kampung, keluarga Wak Nan yang dah 2 tahun lebih tak berjumpa tapi tak singgah sebab tak sempat. keluarga Pak Jalil pun tak sempat nak jumpa. hmm, ramailah tak sempat nak jumpa.



so, how was your raya? mine was MERIAH mak ngah oiii....hikhik! berapa banyak baju raya korang? penuh tak meja dengan kuih raya? berapa banyak dapat duit raya? tahun ni, saya dapat duit raya sebanyak RM15 RM20 saja. syahdu sedan saya. tapi itu untuk setakat ni saja lah kot-kot lepas ni ada orang baik hati nak bagi duit raya pada saya yang MASIH belajar ni ye. hehehe.



ini baju untuk hari raya pertama - mekap ditaja oleh Eqah! hikhik..




ini pula baju untuk hari raya kedua - tidak bermekap sangat. hikhik!




ini pula baju untuk hari raya ketiga - tidak mekap langsung! :p


ye, saya tahu. banyak betul baju raya saya. haha. saja nak glamer lebih tahun ni. muahahah! balas balik tahun lepas tiada baju raya. hew hew hew! cuma untuk hari keempat saya sudah pakai jeans semula. malas sudah mahu gosok baju dan tudung. hikhik! lagipun dah nak balik KL pun that day so yang simple-simple saja sudah.


meera.me.kak pika.eqah


untuk raya pertama dan kedua, saya sekeluarga menetap di Hotel Puteri Pan Pacific JB. tahun lepas kami duduk di Hyatt tapi tahun ni duduk di PanPac pula. untuk raya ketiga pula, kami tumpang pula rumah Abg Chik dan Kak Pika di Riviera apetah nama dia di Taman Perling. pada yang tak tahu kenapa saya tidak duduk sahaja di kampung saya, silalah baca entri ini. malas kak pah nak elaborate lagi setiap tahun. hohoho...


anyway, i've always loved raya. not the food mind you, it's the family gathering that excites me! berjumpa dengan anak-anak sepupu and saudara-saudara yang amat saya sayangi. oh ye, bajet duit raya untuk diberi pada budak-budak dan orang-orang tua agak terover sedikit pula. sebab ada yang tak sangka dapat berjumpa, ada yang terlupa nak kira masuk list penerima. hikhik! tapi takpe, bulan ni kira kena berjimat sedikit. :(









kali ini, raya kami di hadiri juga oleh artis fofular di malaysia. siapa?
jeng jeng jeng.

...

...

...


inilah dia, noh hujan jr. nama glamer si irfan ni... :D
ada gaya tak si sayang saya ni nak jadi lead singer band hujan? hikhik...



untuk gambar raya saya yang selebihnya, sila layari Facebook saya dan juga di thecamerajunkie. yang di Facebook lebih banyak, kalau nak tengok add lah saya ye. cewah! promote diri sendiri.... :p


oh ye, macam tahun lepas juga...ada sesi bermain piano oleh ayah si irfan, abg chik. banyak lagu yang dia main tapi ambil my fave raya song saja lah ye...




another one by abg chik!







gambar selingan :


keadaan PLUS highway yang jam dekat area seremban pada hari rabu petang. tapi bukan sebab kereta banyak ke apa. cuma ada accident kat depan.







Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri Dari Perantauan

[ini sticky entry]





(dari kiri) : ameera, puan may, ezzan, encik yusop serta eqah, si tukang ambil gambar ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua kaum keluarga yang berada di Johor dan yang berada di Kuala Lumpur. tak lupa juga kepada sahabat handai yang berada di Malaysia serta seluruh umat Islam yang di seluruh dunia. oh, dan juga untuk anak angkat keluarga kami, ummu athiah. maaf terpaksa raya berjauhan tinggalkan anakanda di malaysia. :(


dari Yusop & May sekeluarga di Zurich, Switzerland.
bukan pergi belajar tapi pergi jenjalan.
tapi sebenarnya dah balik malaysia pun.
ini gambar 3 tahun yang lepas. hikhik.






saja je nak berangan konon beraya kat luar negara uols. miahaha.
ok, now on serious note.

saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini serta teman-teman yang amat saya sayangi. jutaan ampun dan maaf saya sekiranya ada sesiapa saja yang terasa hati atau terluka dengan keterlanjuran kata-kata atau perbuatan saya. semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna dan menjanjikan keberkatan buat kita semua. akhir kata, berhati-hati di jalan raya ye semua.


Translation :
i would like to wish selamat hari raya aidilfitri to all my blog readers as well to my beloved friends. million of appologies if anyone ever feel hurt by what i say or what i do. may this raya brings joy and happiness. last but not least, drive safely people!

(cewah, dah habis international lah blog ini siap nak translate gitu. muahahah! eh eh tah betul tah tidak translation ni. hihi.)






* teman-teman di atas termasuk lah juga boss-boss, bekas boss dan mereka yang saya tak kenal tapi still baik hati nak add saya di facebook.



Sunday, September 20, 2009

Balik Kampung

Hello kawan-kawan. Hm, ada ke orang baca blog raya-raya ni? Hikhik.
Anyway, sekarang saya dah gerak nak balik kampung dah di JB. Macam tahun lepas juga, saya akan bermalam di hotel di JB nanti. Tak sabar nak jumpa zara. :-D

Selamat hari raya aidilfitri semua. Nanti ada masa saya update lagi ye. Tapi guna handphone saja lah...

Juadah aidilfitri

Inilah juadah hari raya tahun ini. Kalau tahun lepas mother masak laksa johor, tahun ni masak rendang ayam, kuah lodeh dan nasi himpit. Spaghetti goreng tu untuk jamu orang datang takbir malam tadi, manakala laksa penang tu pula makcik bagi. Sungguh menyelerakan. Nyum nyum..

Ok lah, mahu bersiap-siap ni. Papai...

Oh ye..Korang semua masak apa first raya ni?

Saturday, September 19, 2009

Akhir ramadhan

Juadah berbuka buat hari terakhir ramadhan 2009.
Senang..drive thru sahaja. Hukhuk.

Buhbye ramadhan!


Friday, September 18, 2009

Gaya tudung siti

Hari ni saya ke pejabat di kala pekerja yang lain sudah bercuti. Sangat busy hari ni. Saya busy di alamanda. Muahaha..

Anyway, masa ni tiba-tiba linda bagi idea menggayakan tudung ala siti. Cun tak i noks. Wakakah. Saja gedik. Gedik itukan asam garam kehidupan. Hew hew hew ~

Wednesday, September 16, 2009

OAS Iftar Session

hari ini, giliran seluruh warga OAS berbuka puasa bersama pula. the venue is in Kajang, di Restoren Po'sen. sebut betul-betul. Po'sen ye kawan-kawan. hehe. hampir kesemua warga OAS hadir except for a few yang ada hal penting yang tak dapat dielakkan macam megat, fazira , kak ros yang dah balik kelantan and linda. but nevertheless, it was still a huge success walaupun nak pergi siap sesat bagai dan lalu jalan yang sangat jauh semata-mata nak elak jam. haha. jalan jauh yang di bawa fahmi membuatkan anda berasa macam dah sampai Nilai sahaja. muahaha. Restoran Po'sen betul-betul belakang Masjid Sg Kantan yang terletak berdekatan dengan Stadium Kajang.

anyway, the food was marvellous wa cakap lu. lamb chop la paling da' bomb! cewah. ada gak yang makan sup gear box tapi oleh sebab saya tak makan jadi tiada gambar mau ditunjukkan sekali. hikhik. the restaurant's deco sungguh membuatkan saya berada di suasana kampung. suka sangat-sangat. silalah pergi menjamu selera di restoran ini because the food was delicious i tell you. kira memang berbaloilah kalau spend duit kat sini. hukhuk!



ada lampu liplap gantung kat sana. chantek sekali noks.



seriously tak ada idea nak story apa. maybe because i'm still full, extremely happy and at the same time sungguh malas ingin mengarang ayat so i'll just let the pictures do the talking ya.











[the developers photos was taken from Zainal's facebook!]





thanks to Encik RR for organizing this feast. next year nak buat kat mana pula? Restoran Nelayan kah? cewah...demand tinggi! hikhik...



Tol Percuma

Sumber dari Utusan Malaysia :


"Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.

‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.

Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya."


Kenapa tak bagi juga pada pengguna Lebuhraya Utara Selatan???!!!
tak aci lah macam ni...




ESS Team Reunion / Iftar Part 2

woah, tak habis-habis reunion. hikhik! hari tu reunion, hari ni reunion. hello, konsert AF reunion pun sekali je tau. hahaha. tapi oleh sebab ada extra rindu dan sayang disitu, kami organized lagi reunion for the ESS team. yang hadir - saya, dd, haida, ayu, salwa, hakim + partner, luqman, aida, kak ros and the VIP, encik ahmad (nama glamer encik lutfi lah muni. eh eh muni pula...heheh!). kenapa VIP? sebab VIP kan selalu lambat. bak kata salwa, ni memang betul-betul guest ni. ha, encik lutfi jangan nak terasa ek. dah dapat kad raya kan. hehe. ayu sangat risaukan encik. setiap 5 minit dia akan tanya, cik lutfi datang tak? betul ke ni dia datang? dia nak makan apa nanti dia datang? kalau tak percaya, sila tanya hakim. wah, gila concern ayu. muahaha! cik terharu tak terharu tak? :p

tapi still tak dapat kumpul semua. deng and abg joe tak datang. blamed it on luqman for not inviting abg joe. takkanlah nak kena suruh baru nak buat. hello, benda-benda macam tu boleh fikir sendiri ok. ceh, i marah pula tiba-tiba uols. hikhik!

anyway, it was so much fun semalam. soooooo fun sampai saya tidak snap gambar langsung. miahaha. dd was quite surprised saya tidak memegang kamera langsung semalam walaupun ada di bawa bersama. seronok berborak uols. bergelak ketawa, pastu tanya pasal kerja masing-masing, tanya kami tak stay office ke (saya menjawab sudah tentulah tidak. wakakah!), tanya nak tengok kunci kereta cik lutfi (ni dd yang suruh tanya tau! dia nak buat spotcheck ada lagi tak keychain kami tu...hehe!), tanya bila nak kahwin (cik L tanya akim yang ni!), tanya tak main badmintaon ke hari ni (cik L tanya salwa) dan soalan yang paling penting...pukul berapa balik kerja sekarang (soalan yang diajukan pada cik lutfi...muahaha!)

nak tau ke pasal apa yang kami makan? hmm...tak payahlah ek. nanti kang bila saya beritahu kitorang makan sate kajang, roti john sedap, air bandung marvellous, nasi ayam kampung yang sangat banyak, abc yang murah tapi sedap, nasi goreng kampung dan tomyam sedap, korang kata cam bosan asyik makanan yang sama saja. eh eh terberitahu pula makan apa. hukhuk!

anyway...nanti masa raya kita bergathering lagi yuk! pilih salah satu rumah pastu kita serbu ramai-ramai. heheh!


ps : terima kasih buat cik lutfi dan hakim kerana bagi saya duit raya. ok, yang lain-lain tu silalah cemburu ye! :p



Monday, September 14, 2009

ada tak




....company yang bagi cuti seminggu sebelum raya dan juga seminggu lepas raya? meh lah sini beritahu saya. hikhik! :)


and company BapakLoPunyaSendiri or LoPunyaCompanySendiri juga tidak termasuk okay dalam senarai....miahaha!



main point : sudah tiada mood mahu buat kerja sekarang ni! lalala...
i want nobody, nobody but you...clap clap! (sambil goyang-goyang kepala)



Saturday, September 12, 2009

raya preparation

the clock's ticking faster than i realized...sedar tak sedar next week would be the last week of Ramadhan. sekejapnya rasa. tiba-tiba je dah nak raya. only a week left for raya preparation. saya jenis tak prepare sangat. kalau ada, ada lah. tiada shopping sangat. eh eh aiyoyo! just remember something. i have to go to KLCC somewhere before rayalah. ceh, tadi kata tak shopping sangat. miahaha. takde lah, sebenarnya saya perlu beli sesuatu di Parkson sebab voucher RM50 tu expiry date is on 24th September 2009. nak beli apa ye? planning to buy a perfume tapi kena tambah duit lagi lah pula...


anyway, cakap pasal raya preparation ni kan, mesti tak sah kalau tak cakap pasal kuih raya. bab-bab kuih raya tahun ni tak macam tahun lepas. tahun lepas banyak juga mother buat kuih raya. but this year, semua kuih tunjuk. hikhik! mother dah beli dah pun. tiada masa dong mahu buat kuih tahun ni. lagi pun saya bukan peminat kuih-kuih ni kecuali chocolate chips saja. lebih suka kerepek-kerepek.


pasal duit raya pula tahun ni kena save bajet sikit. heheh. kena kuatkan ingatan kat Bandung. cewah! oleh kerana saya sungguh baik hati, jadi disini saya ingin berpesan kepada kawan-kawan yang nak duit raya sila tinggalkan komen anda di post ini, nanti saya pas duit raya kat facebook tu ye. :p


anyway, tahun ni tarikh hari raya tarikh best kan?
20092009 :D




Thursday, September 10, 2009

movie mania

He's Just Not That Into You, itu nama movie yang saya tonton ketika sakit hari selasa hari tu. hikhik! tu je lah nak beritahu. oh ye, malam semalam pula tengok Bedtime Stories. haha. kantoi tak pergi terawih. lepas tu bosan lagi tengok pula drama taiwan They Kiss Again.
semuanya masih lagi menggunakan laptop.






kenapa saya rajin tengok movie kat laptop sekarang ni?
sebab tv rumah rosak. ada suara tapi tak keluar gambar.
DEMMIU.



update: father said the tv can only be fixed by next monday. whattheheck? how am i supposed to go through life without tv? CSI? E!? HBO movies? tsk tsk. ok lah, mahu pergi download itu movies banyak-banyak (nada dd) sampai lebam. buat stock sampai hari isnin. (T_T) ~




Tuesday, September 8, 2009

rumahku syurga cinta

two days at home seems like HEAVEN wa cakap lu. cewah! eh eh jap, tengok title entry ni. gempaq tak? haha. ok ok, anyway 2 hari tu juga lah saya berkesempatan untuk menonton filem. not at the cinema, mind you. keadaan diri tak mengizinkan untuk berjalan ke sana ke mari tak tentu hala. cuma menonton di lappy saja setelah men-download, dah tak reti nak buat apa kan. hikhik! so on monday, i watched Syurga Cinta. hahahaha. gelakkan lah saya. tak kesah pun. memang selalu lambat. orang lain dah berzaman tengok baru saya nak tengok. lagi-lagi bila demam-demam ni otak pun dah malas nak fikir tengok cerita apa lalu tengoklah cerita ini. tapi ok juga lah cerita dia. ada scene yang saya rasa kelakar, yang saya rasa poyo. ada juga dialog yang menyentuh perasaan macam dialog ni...

"JADILAH SEORANG WANITA DI DALAM BALANG KACA YANG SUKAR DISENTUH..HANYA LELAKI YANG BENAR-BENAR HEBAT SAHAJA YANG MAMPU MEMILIKINYA.."

lebih kuranglah macam tu dialog yang mereka ungkapkan. ada 1 scene masa watak awal tu nak minum arak tapi dia baca bismillah. masa tu dia baru sedar apa yang dia buat tu salah.

yang paling terkesan adalah bila mereka berbicara tentang jenis-jenis jodoh iaitu jodoh dari syaitan, jodoh dari jin dan jodoh dari Allah.

ni dialog dalam filem tu..

Syuhada: Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham
: Tiga?

Atuk
: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.


Dan yang ketiganya, jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.




ni sebahagian dari skrip filem itu ye, bukan saya sengaja yang olah sendiri. jadi sesiapa yang rasa macam salah ke, tak betul ke, kurang tepat ke, rasa macam nak bangkang ke...semua tidak akan dilayan yuk sebab blog saya bukanlah untuk berdebat parlimen. cewah!






oh ye, hari selasa saya tengok cerita omputih pula tapi selasa punya cerita nanti saya story mory dalam rancangan diari ramadhan ezzan ye. cewah...



Sunday, September 6, 2009

seriously unwell

saya tak sihat untuk beberapa hari ni. demam plus batuk plus selsema plus sakit kepala yang amat sangat sampai tak boleh buat apa kecuali baring. bangun untuk solat pun rasa berpinar je pandangan. tapi saya still puasa okay walau dah tak larat gila. takut juga kena virus H1N1 ke (minta dijauhkan!). so saya pergi jumpa doktor, dia tiada pula mentioned apa-apa pasal virus tu. dia just ambil my temperature and said 'panas demam awak ni'. then, the doctor suggest supaya berbuka puasa tapi memandangkan waktu itu nak dekat pukul 4 petang, rasa sayang pula nak berbuka. dah setengah hari dah, 3 jam saja lagi nak berbuka. so tanya doktor, tiada alternatif lain ke? sayanglah nak berbuka. huh, saya memang degil. hehe! sekali tu kan doktor cakap, 'ada, kena cucuk lah!'...masa tu tergamam jap, hmm nak berbuka ke nak kena inject. fikir punya fikir, then pilih cucuk lah. lama pula tak kena cucuk. macam cool je you know kena inject ni, fikir saya. haha. tanya doktor balik 'cucuk kat mana ye' masa ni dah bersiap sedia nak sinsing (betul ke ejaan ni, tak pasti lah) lengan baju tapi sekali tu doktor cakap sambil tersenyum....

'kat punggung!'....

OhMakKau. terkezut i noks. 'Segannya!' kata hati saya tapi tak sedar saya dah tercakap kuat-kuat. haha. then the doctor said...

'kat lengan pun boleh cuma nanti rasa kebas'...
'you lefthanded ke right handed?' tanya doktor lagi.
'right doktor!' jawab saya.
'ok, nanti saya akan inject on the left hand!' saya mengangguk saja.

hmm, oklah kan. cucuk kat lengan takpe. masa tu fikir nak cepat baik, tak fikir sakit ke tak. then, bila dah rasa redha je nak kena cucuk saya pun hulurkan lah lengan. tengok jarum injection tu perasaan dalam hati gundah gulana ni. 'tajamnya jarum'. sekali bila dah terasa jarum masuk ke lengan, masa tu rasa nak bersuara...no, rasa nak menjerit pula.

'Woahhhhh! Sakitnya!'


pastu rasa macam lamanya cucuk, doktor takmo tarik ke jarum tu. huhu! lupa pula doktor tu tengah masukkan ubat dalam badan bukannya saja hobi dia main cucuk-cucuk orang. then, bila dah settle everything, betullah cakap doktor tu...kebas gila tangan. masih lagi kebas ketika post ini ditaip cuma tak sekebas awal-awal tu.



so, the point here is that just nak beritahu bahawa i'll be taking a medical leave (MC) starting tomorrow (monday) and resume work maybe on tuesday if i'm fully fit lah kan. takkan lah still batuk-batuk selesema tu nak pergi office nanti semua kat office tu kena jangkit lagilah teruk.


anyway, saya tahu dd, megat dan ummu akan merindui saya kan kan kan...dahlah korang, takyah nak malu-malu nak mengaku isi hati korang. muahahah!


oklah, saya nak pergi makan ubat and tidur selepas itu.
selamat bekerja semua!
(untuk yang bekerja di luar selangor yang tak cuti! ;p)





ps : oh ye. terlupa nak cakap. doktor diatas adalah doktor perempuan untuk muni kamu yang tertanya-tanya kenapa nak segan. lelaki ke perempuan ke tetap segan. dah jangan nak mempersoalkan ye. haha.




Saturday, September 5, 2009

Bazaar ramadhan setiawangsa

Keadaan di bazaar ramadhan setiawangsa. Gila panjang. Hukhuk. Sekarang saya berada di setiawangsa. My fave bazaar, nothing beats this. So many choices. Just saw kek batik tadi. Dari hari tu mengidam kek batik. Dapat pun. Dd dan kak ros, sila jeles. Muahaha!

remy ishak dalam nur kasih

ceh, title sampai macamtu sekali. haha! macamlah orang semua tak tahu! :p







ok. i admit it. Remy Ishak is hawwttttt!!
wait...change that to super hawttttttttttt!!
ceh, baru berkesempatan tengok Nur Kasih semalam.
haha. gelakkan lah saya sebab lambat.
orang lain semua dah go ga-ga over this drama long time ago.
saya baru sekarang terhegeh-hegeh nak tengok.
cop, saya tak kata drama tu best ke apa ok.
dan saya tak kata juga drama tu tak best.
walaupun saya rasa agak lambat sedikit jalan cerita dia.
cuma suka tengok Remy dalam cerita tu.
pakai kopiah dan berjubah. walaweh.
before ni tak rasa pun dia hot ke apa.
cuma sekarang je baru terbuka mata.
tu pun sebab watak dia kot.
hikhik!

(tak dapat cari gambar dia berjubah dan berkopiah.
terpaksa satisfied dengan gambar di atas)




hmm...tiada pihak ke nak turn this drama into a novel? would be nice though to have it in a novel. macam novel cinta yang islamik gitu ala-ala Ayat-ayat Cinta.




Friday, September 4, 2009

ESS Team Reunion / Iftar

yeay! happy happy. kenapa happy? sebab...dapat berbuka puasa dengan ex-staff OAS or more precisely, ex ESS Team members. there's salwa, ayu, hakim, abang joe and deng (plus his wife). sebenarnya mereka plus saya, dd dan luqman adalah original members of the ESS Team. cewah. eh eh terlupa pula seorang lagi. encik lutfi. huhu. he couldn't make it though tapi takpe cik. for the next meet up make sure you'll be there okay. kempunan hakim dan deng nak menatap wajah kesayangan hamba. cewah...wajah encik sebenarnya. haha!

ok, berbalik pada topik kita...hmm, apa topik kita tadi ek. ha, original members tu. dari seramai-ramai alam, last-last tinggal saya, dd and luqman je. yang baru join team ESS is haida. walaupun masa buka tu happy gila sebab dapat jumpa diorang semua tapi still ada perasaan sedih, sebab tinggal kami berempat je yang meneruskan perjuangan.

anyway, kami berbuka di Taman Warisan. sampai-sampai je kami pergi peluk salwa tanpa bertanya khabar. main terkam saja. hahaha. terlampau happy sampai tak hingat dunia. then, nampak ada orang kurus tinggi berbaju kemeja biru dan berkasut kulit menghampiri meja kami. kami pun jerit 'Hakimmmmm!!!!' sambil lambai tangan macam hakim dah habis artis lah tu. haha. kembanglah tu kim. tapi rambut tu dah tak cacak, kembali leper sudah. nampak macam budak baik walaupun sebenarnya tidak. huahuahua!

then, dari jauh kami nampak sepasang merpati sejoli datang dengan gaya rock sambil berpegang tangan dengan pasangan. masa ni tak jerit. masa ni semua macam 'pssst, deng dengan wife dia. comelnya pegang tangan. hikhik'. tiba-tiba teringat panggilan kami kepada deng, bos kecik. hehe. later on, nampak seorang makcik berbaju purple jalan lenggang kangkung. bunyi kasut keletang keletung. ayu rupanya. ummu usik 'ayu dah pandai pakai heels sekarang sey'...hahaha! sementara menunggu yang lain sampai, kami disajikan bukan dengan makanan tapi dengan slide show gambar sekitar perkahwinan deng (using his laptop). wah, nasib baik takde projektor kat situ kalau tak mesti gila kuasa nak tengok kat skrin besar. haha. pastu datanglah ahli-ahli geng kelaparan yang lain - encik rr, zainal, fahmi and khirul. then, dah nak dekat buka tu baru nampak batang hidung abang joe kesayangan dd. eh eh dd pula. :p




- kenapa hakim tutup mata? ngantuk ke tunggu berbuka...hikhik! -
- masa ni abg joe belum datang -
- maaf megat, gambar belakang gelap sikit. -
- kenapa cik rr tak pandang kamera? -


hmm...tengok gambar lain pulak lah..






- laa, akim tutup mata lagi! sakit ek dipeluk fahmi? fahmi ni...aipppp! :p -
- baru cik rr pandang kamera -
- lor, sekali zainal lak tak masuk dalam frame. kesian linda. eh eh. :p -
- eh eh, khirul pandang mana pulak tu? ish ish ish kome ni... -



tengok gambar kat atas ni. penuh 4 meja tu dengan makanan. sampaikan sign 'reserved' tu terpaksa dialihkan sebab tak muat nak letak makanan. al-maklumlah ada 18 orang ahli omnivor disitu. omnivor inda. muahahah! woah. betul-betul kenyang ni sampai rasa macam nak jadi orang kaya ada driver yang boleh hantar saya balik rumah kerana malas memandu. haha. in the end, saya and ummu rasa majlis berbuka puasa ini sukses bangat deh. walaupun ada juga lah minor details yang kinda caught me off guard tapi nasib baik bijak cover. cewah!



segala gambar telah diupload di thecamerajunkie. jom tengok meh...



Wednesday, September 2, 2009

alasan tak munasabah



i'm sure most of you have read the news in Kosmo! today regarding the Muslim guys who was caught eating in public in this fasting month. the reason they gave was 'terlupa baca niat puasa'...WTF?!

one word that came to my mind was that: SENGAL!
(hah, amik kau berkasar bulan puasa ni!)



sekalipun nak makan, pergi lah makan kat rumah ke apa. ni tak, kat gerai tepi jalan yang kau pergi makan kenapa...makan nasi lemak pula tu...lagi satu, niat itu tempatnya di hati. sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya...


hmm...tak faham betullah...
faham tak tak faham?
faham tak faham tak?




Tuesday, September 1, 2009

meeting yang syahdu

dalam pada ESS team sibuk-sibuk nak turun meeting setelah dipanggil oleh en rr, tengah-tengah kecoh kat pintu level 3 nak pakai selipar, sekali tu boleh pula dd bersuara...

"eh, tak panggil encik lutfi ke?" sambil sengih-sengih...

reaksi kami selepas itu : syahdu syahdan dan terkesima...

sekarang ni, masuk-masuk je level 3 dah tak nampak rambut cacak dah.

tsk tsk. (T_T)~





dear blog,


Happy 1st Birthday!





my blog turns 1 today. woohooo!!!
happy 1st birthday dear.
wah, berdear-dear dengan blog gitu.
nak hadiah ke?
haha. mereng. cakap dengan blog sorang-sorang.


let's recall my first ever post....LIFE