Followers

Friday, April 30, 2010

i have return


i'm baaaacccckkkkkk!!!!


tapikan.....tapikan.....



jasad je yang berada di malaysia, hati dan ingatan tertinggal kat bandung.

OH!

macam mana ni? serius nak cuti lama.
rasa macam nak pergi lagi je dalam masa terdekat ni.




ps : photos akan diupload kemudian ;)





Sunday, April 25, 2010

faraway land






Dear readers,



i'm off to BANDUNG & JAKARTA.
yippee.

i'll be away for 5 freaking days!

yes i know, lama gila kan.
seminggu tu.
will be back on Friday, the 30th.

please pray for my safety ya.
i'll miss my blog and surely will miss my twitter.
akan cuba mengupdate twitter di sana if possible lah kan.
siapa-siapa nak follow me on twitter, you can just go to
http://twitter.com/shezzanyusop

peace out! (-_-)
v

Love,


Friday, April 23, 2010

rapuh





Belum sempat ku membagi kebahagiaanku
Belum sempat ku membuat dia tersenyum
Haruskah ku kehilangan 'tuk kesekian kali
Tuhan kumohon jangan lakukan itu


Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela
Tak s'lalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan harap


Jikalau memang harus ku alami duka
Kuatkan hati ini menerimanya




~ Rapuh by Agnes Monica ~

(sambil mengingati pemergian yang tersayang - my beloved grandma, my beloved uncle and my beloved cat)





Thursday, April 22, 2010

hari pertama sekolah rendah saya



oleh sebab telah konon-kononnya di tag dd di blognya jadi saya dengan baik hati layankan aja. kenapa saya kata konon-konon? sebab sebenarnya bukanlah tag sangat sebab dia syok bercerita pasal hari pertama sekolah rendah jadi dia mahu sibuk tahu pengalaman semua kawan-kawan dia. sila jangan nak kecil hati ye dd saya kata kamu sibuk. miahaha. tapi kan dd, mak dah tak ingat sangat lah sayang. al-maklumlah makin muda remaja ni makin pudar ingatan i noks pasal perkara-perkara yang lampau. cewah. kalau ada ingat pun macam musykil itu hari pertama ke kedua ke hari yang ke berapa pun tak tahu. tapi takpe, oleh kerana tidak mahu kamu tinggalkan saya jalan dengan haida je nanti di bandung kelak, saya ceritakan lah juga.

saya ni dulu selalu gak lah lompat-lompat sekolah. ceh. takdelah lompat mana sangat. mula-mula sekolah kat S.R.K Puteri Pandan sebab dekat dengan rumah nenek then baru pindah ke S.R.K St Mary yang dekat dengan office ayahku. so masa first day di Puteri Pandan saya tak banyak ragam. kira macam tak nangis cuma jenis senyap. orang kata very very the kera sumbang gitu sebab jenis pemalu. percaya tak saya pemalu? kehkeh. sila percaya kerana ianya benar. saya ditempatkan di kelas 1 Melur. eh, ke 1 Kenanga? demmit tak ingat.

anyway, yang ni saya ingat-ingat lupa sikit adakah ianya hari pertama atau tidak berlaku peristiwa ini. let's just assumed it was on the first day lah ye anak-anak. ok. sambung...sepatutnya habis sekolah untuk hari pertama tu ayah saya yang akan mengambil saya. oh lupa lepas ayah saya hantar saya dia terus ke pejabat. so saya pun tunggulah kat pintu pagar sekolah tu. sekali tuh ada mamat motor berhenti depan saya. masa tu macam fikir woah, takkanlah kecil-kecil dah ada yang minat nak ngorat kot. haha tipu. bukan itu di fikiran saya. kehkeh.

dia cakap kat saya "shida kan?"
(shida nama komersial i ye dalam dunia seni tanah air ni ye harap maklum. miahahaha!)

saya pun angguklah. "ayah shida minta tolong abang ambil shida kat sekolah hari ni" (ye abang, sebab nama pun mamat motor kan. mestilah yang mudo belako. takkanlah pakcik. tihtihtih!)

masa ni macam sudah kaget sebentar ya. betul ke ni? nak ikut ke taknak nak ikut ke taknak. tapi oleh sebab masa tu tiada siapa pesan kat saya jangan ikut kalau orang yang tak kenal ajak pergi mana-mana, jadi saya pun ok je lah. lagipun masa tu fikir, dia tahu nama timangan jadi betullah kot ayah yang suruh dia ambil.

lalu memboncenglah saya bersama abang motor itu ke pejabat ayah saya di Bangunan MAS kat area KL. vroom vroom vroom...wah kecil-kecil dah ada gaya minah rempit noks. muahahaha!



THE END.














hahaha. habis macam tu saja. ok lah pada siapa yang nak tahu, in the end memang ayah saya yang minta tolong mamat tu ambil saya di sekolah. tapi saya dah tak ingat muka dia. nama dia lagilah haram tak tanya pun siapa. muahaha. psssttt....sebenarnya kan sebenarnya kan saya tak ingat sangat lah betul ke mamat tu yang ambil saya kat sekolah or yang sebenarnya ayah saya yang drive (wah drive gitu) motor tersebut. hahahah. percaya ke korang? kahkah. tak berapa pastilah sayang-sayangku cuma yang pasti saya ada naik motor. cuma tak ingat siapa yang bawa masa tu. kehkeh. ada konflik sikit kat otak sebab tak bape hingat lah. dah 17 tahun yang dulu kot. hahaha.





Tuesday, April 20, 2010

percutian low-class



tiba-tiba rasa terpanggil nak berbicara tentang sesuatu yang serius. haha. skema intro. wah serius lah sangat. padahal nak membebel pasal kenapa orang malaysia suka ke indonesia. sebenarnya benda ni disuarakan my mother hari tu sebab dia hairan tengok anak dia seorang ni yang tak habis-habis nak ke bandung. mak saya tak berapa berkenan sangat nak ke indonesia ni.

bagi saya, pendapat saya mainly sebab MURAH. ada ke negara kat dunia ni yang boleh jadikan korang jutawan sekelip mata padahal korang hanyalah bekerja sebagai kuli di malaysia ni? ada? indonesia saja kan. untuk orang-orang yang bergaji ciput macam saya ni ke situ lah yang paling senang nak pergi. paling jimat. paling murah. RM2000 boleh untuk 5 hari di sana campur dengan duit flight. cuba bayangkan nak ke Australia dengan RM2000 nak duduk selama 5 hari kat sana? boleh ke?

siapa yang tak nak kan pergi Korea ke Jepun ke. semua orang nak. tapi ikut kemampuan dulu la kan. takmolah semata-mata nak gi Korea tapi kena control nafsu membeli-belah and sight-seeing. so tak best gitu. and lagi satu, tak gemar betul ada golongan yang berlagak rasa macam pergi indonesia ni macam low-class lah. tak perlulah nak 'apa barang pergi indonesia', 'low-class gila pergi indonesia tu' dengan kami yang bukan gaji berpuluh ribu-riban macam anda. rasa bersyukur dapat jejak negara orang. walaupun tak setaraf Greece or Paris, tapi at least dapatlah juga peluang ke luar negara. tak faham kenapa perlu macam ada double standard.

cakap pasal ni, teringat kes saya masa nak pergi India dulu under Infosys Programme tu. ada seorang teman ni macam memperlekehkan je. saya tanya, takmo apply ke pergi kursus 2 bulan kat India. dia tanya kenapa saya mahu pergi. saya pun jawablah 'peluang baik janganlah dilepaskan. semua ditanggung. tiket flight, tempat tinggal disediakan dan siap bagi duit poket lagi'...wah lepas tu dengan angkuhnya dia berkata 'pergi India buat apa, aku nak pergi Jerman'. sampai sekarang dia tak pergi Jerman pun. rasa macam nak cakap kat dia sekarang "well at least kat passport aku ada cop aku dah pernah pergi India, kau ada?!"

ok. dah melencong ke india pula. berbalik pada indonesia. hmm...ok. tak tahu nak cakap apa dah. balik ke malaysia lah. bye.



drama cinta bersiri


saya memang suka cerita cinta. baik dalam filem mahupun novel. tapi ada satu yang saya tidak suka. cerita cinta drama bersiri. kenapa tak suka? sebab saya tak suka menunggu. kalau boleh nak tahu ending dia terus. supaya i tak suspense noks. buat tak keruan nak tahu kisah selanjutnya. cewah. masa zaman nur kasih tu dulu, kalau lah dibuat jadi novel confirm saya baca. tapi masa zaman tu lah sekarang dah tahu ending rasa macam tak worth it pula beli. kalau nak beli pun semata-mata nak bayangkan remy ishak yang hawt itu dalam watak adam. haha.

cakap pasal drama bersiri ni kan, ada satu cerita kat tv3 tu yang buat saya tertarik menarik nak tengok. ye. ADAMAYA. kenapa saya rasa tertarik? sebab sein yang super handsome (teringat dia menari hebat dalam sehati berdansa dulu) ada dalam cerita tu. and at the same time, saya suka jenis cinta yang ala-ala mula-mula benci pastu sayang. yes, i know. very cliche kan. tapi nak buat camno, naluri den ni hah yang suko. kahkah.

tapi sayang, cerita tu waktu siang. saya pula kerja sampai malam. al-maklumlah, CEO. muahaha! lagi-lagi sekarang ni waktu yang agak busy nak termampos. so, peluang nak tengok tv pun hanyalah selepas pukul 10 mlm. nak tengok adamaya pun, boleh tengok online je. yang online pun banyak lak part nak kena tunggu dia loading lagi. kenapa tv3 tak boleh buat macam watch-series tu? senang. sekali gus satu episod macam saya tengok Glee and CSI:NY. weh, banyak nya songeh kau. haha.




so now i'm giving ADAMAYA a chance.
let's see whether it is worth watching for!



psst...baru episod ke-2 tapi saya dah rasa macam malas nak tengok. apa kes ni? huuhuu...



Wednesday, April 14, 2010

uninvited




To whom it may concern,

please please please. kamu jangan nakal. jangan nak invite saya join group menjana wang or log in facebook dapat wang or nak jadikan saya downline ke apa ke atau apa-apalah yang sekutu dengannya ye. nak invite game ke apa saya masih boleh terima tapi kalau nak suruh join group yang tah apa-apa tah, please don't!

MLM is a big NO NO for me. you're just wasting your time inviting me and you're wasting my time too sebab nak kena decline satu-satu. my time is precious ok. dengan blog nya, dengan tidurnya, dengan berborak nya, dengan belek-belek majalah lagi, dengan merayap lagi...dah nampak kan betapa busynya saya!

dah. toksah nak invite-invite. nanti kalau saya nak, pepandai lah cari sendiri.


cake...anyone?



hari ini saya puasa. huh itupun nak beritahu kan. oklah, tukar intro. hari ini saya rajin gila. jarang saya serajin ini untuk update blog. buat kerja pun tak rajin macam ni. buat coding 5 baris dalam 20 minit tapi rehat sampai berjam-jam. haha. so apa orang rajin selalu buat? ye betul! kita akan check nuffnang kita bila rajin. haha. apa? korang check tiap-tiap hari? bagus. syabas. anda super rajin macam saya rajin bebenor update twitter. haha. anyway, saya pun belek-membelek nuffnang ni, tengok keyword apa yang orang cari jumpa blog the art of drawing ni. sekarang ni saya merasa hairan, ramai noo yang search pasal kek batik ni apasal? korang puasa gak ek cam saya so mengidam nak makan kek batik ek? ke anda macam saya, kalau puasa je suka tengok gambar makanan. rasa macam heaven lah wa cakap lu walaupun tak dapat rasa tapi dapat tengok itu dah rasa nikmat. wah gitu.


gambar tahun 2008 dalam blog ini juga. masa tu mengidam kek batik gak.
tapi tak ingat ambil dari mana jadi tak credit to anyone.




slurp. sedapnya kek batik.
damn. sekarang terasa nak kek batik jugak!
kat mana nak cari kek batik ni?!



permainan orang kaya



saya bukanlah seorang yang penyabar. sebab itu saya tak boleh bermain catur. walaupun sebenarnya memang sedia maklum tak reti nak main tapi apakan daya, perasaan nak belajar main catur memang tak pernah wujud. lagipun, saya rasa catur adalah permainan untuk orang hebat dan yang kaya-kaya je. diulangi ye, yang SAYA rasa bukan KAMU rasa. mana tak nya, nak main catur kena fikir strategi. oleh sebab 2 orang yang bijak pandai yang main jadi strategi lagi dahsyat so kena ambil masa yang lama. jadi bila tengok rose dan linda bermain catur, saya menguap beribu riban kali sampai dari mula-mula duduk tengok diorang main sampai saya berbaring. siap bertanya..."bila nak habis ni?"

lagipun, main catur kena senyap. sungguhlah tidak sesuai dengan saya yang bising ni. tu yang saya lebih suka main One Happy Family At Home dengan Snap! sebab boleh bising. gelak. main tepuk-tepuk dan yang penting pastu boleh main tipu. haha.



checkmate! rose kalah. haha.


tapi walaupun tak suka main catur tapi kalau tengok orang main, mak tak sabar nak tunggu noks mereka menjerit 'checkmate!'....ok tipu mereka tak jerit saya je suka dengar orang cakap checkmate dengan bersemangat. kira macam diorang jerit SNAP! *pastu tersengih bangga dapat kad lagi-lagi kalau banyak!* masa main game Snap tu.






hmm...tetiba macam nak main Snap dalam ofis ni. ada sesiapa yang boleh pinjamkan?



Monday, April 12, 2010

perempuan yang kurang ajar


pernah tak korang rasa macam nak pijak-pijak, nak sepak-sepak, nak tendang-tendang, nak tumbuk-tumbuk seseorang? saya tak kisahlah semua nak kata kejam ke apakan, kata tiada perikemanusiaan ke whatsoever, memang dah tak kisah dah so saya nak beritahu yang saya pernah berperasaan begitu. saya rasa nak sepak-sepak dan tampar-tampar seorang perempuan kurang ajar, si Rita Rudaini dalam drama Tiupan Sangkakala tu. hebat woahhhh lakonan dia. sampai saya yang jarang tengok drama melayu pun boleh sampai melekat kat TV lah sampai tak tengok AF lah sampai saya pengaruh adik saya suruh tengok sekalilah sampai…ok sampai situ saja.

aksi dia flying kick suami dia tengah solat, i was like….Ya Allah!!! terkezut i noks sampai wondering ada ke manusia biadap macam tu di muka bumi ini? tak boleh bayangkan kalau benda tu terjadi betul-betul di depan saya. tah-tah dah ada aksi tarik rambut antara saya dan Rita. takpun, aksi tampar-menampar berlaku macam dalam wrestling bila perempuan gaduh. serius, tak boleh bayangkan. apa-apapun, bagus Rita. suami betul anda sangat handsome eh eh tiada kena mengena haha.




eman! rita!

bergabung! meletop!




Saturday, April 10, 2010

cartoon lover

growing up, i love watching Disney Cartoons like Cinderella, Snow White and Sleeping Beauty because it's a fairytale. it's always about princess and the handsome prince, a mean wicked stepmother, the huge castle and all...so, it's hard not to love these cartoons right. even when i went to LA a couple of times when i was a kid, i never really get tired of going to Disneyland over and over again. you get to see all this cartoon characters come to live. it's truly the happiest place on earth for a kid.




but, as i started to get older, i turned out to be someone who doesn't like watching animated movies/cartoons at the cinemas. so when people asked me to join them for a movie, i was excited at first. but after i asked them what film are we going to watch, my excitement turns sour whenever they told me it's an animated movie. i kinda feel like it's not worth a watch unless you are a kid.

however, that all change when i watched Happy Feet. the singing and tap-dancing penguins are just so lovable and cute and it's sooo hard to say NO to. slowly, i began to watched more animated movies like Upin Ipin, Princess And The Frogs and the latest one, How To Train Your Dragon.

it was a damn good movie. i actually enjoyed myself watching it even though there was some noisy kids seated next to me. i managed to ignored all the noise and focused on the movie itself. How To Train Your Dragon (HTTYD) is hilarious and at the same time, it something that we can relate to. it's easy to understand. and oh ye, i did cried towards the end. hehe.




watching HTTYD makes me realized one thing though....




how i wish i could own a pet dragon like Toothless.
that can fly me to anywhere in the world!! yeehaaa!




Tuesday, April 6, 2010

facebook hate group




macam dah jadi trend dah sekarang ni. trend apa? ye, trend hate page di facebook. i seriously don't get it. contoh macam ada page ANTI-TERJAH TV3 and 1,000,000 people hates AF. you seriously think kalau dah ada 1 juta jadi member then diorang akan ikut cakap korang lah? ye lah tu. unless kalau korang adalah Menteri Penerangan yang boleh gam sesuatu show or an artist. kalau tak suka jangan tengok. senang cerita. bila tiada orang tengok jadi rating of the show pun turun. bila rating turun nanti sooner or later tiada lagilah cerita itu. and same goes for hate page for Fasha Sandha, Linda Onn and Scha Al-Yahya tu. lebih kurang lah kan macam yang anti-terjah and af tu. honestly, i think that was just a crap. nampak sangat tidak matang. and also macam nampak sangat yang korang care sangat pasal depa sampai sanggup tubuhkan group tu. bagi saya, benda ni akan membuatkan mereka rasa mereka popular sampai ada hate page sendiri. sebab dah tak suka baik buat tak layan je. kalau benci dorang jangan pergi tengok movie diorang, jangan tengok drama dorang and tak payah dengar siaran radio mereka. it other words - BOIKOT je sudah. tak perlu nak memburukkan mereka.



*saya sangat tak suka gilerrrr cerita-cerita slot Aksi di TV3 - tiada sesiapakah yang mahu menubuhkan group Say NO to Jidin or I Hate Papaya di Facebook? (camne saya tahu? tengok iklan je sudah rasa poyo rasa nak gelak berdekah-dekah)



kenapa saya memprivate blog

ye, saya private. selama 2 hari je pun.
ok ok nobody noticed kan except cik rosalinda = ros, linda dan aida.
haha.


sebenarnya blog ini sedang direhatkan. dia menjalani servis yang ke 100 000km. haha. takdelah. sebenarnya niat di hati macam nak tukar template and at the same time buat defragment blog. tahu defragment apa? google it kalau tidak tahu. saya pun deletelah mana-mana entry yang video dia dah tak boleh play ke, entry pasal saya suka programming ke (ada ke) or entry pasal saya dulu dah bertunang tapi sekarang dah putus ke haha saja je bagi contoh ok bukan betul pun. tapi you get the idea lah kan. oleh sebab macam seronok main delete-delete saya pun terdeletelah entry yang tak diplan nak delete. mood saya yang ober eksaited untuk bermain dengan template yang cun-cun terus terbantut lalu kembali ke template asal. baby are you down down down down down dowwwwnnnnn *jay sean menyanyi*. terus tulis status kat FB kalau ada sesiapa tahu cara nak recover entry. a friend of mine kata dia ada satu cara.

cara apa? ini caranya...







.....retype all the entries. dangggg!! pengsan terus shut down laptop.




*kalau korang perasan, shoutbox widget and twitter pun terlupa nak copy balik. dah la tak save huhuhu. malaslah pula nak paste balik widget tu so korang komen je la kat mana-mana yang boleh dikomen. nanti ada mood rajin saya add balik widget tu. sekarang ni tiada mood woo.



Friday, April 2, 2010

conflict of interest



kejap ek kejap ek.
saya macam confused sikit.
take a look at the photo below.








ini meja seorang programmer ke meja pemilik butik pengantin ni? miahahahah! ni semua gara-gara excited ros nak kahwin so bawak semua majalah pengantin ke pejabat. ok ok now people know kenapa saya susah nak fokus buat kerja (aishh membocorkan rahsia peribadi). mana tak nya, duk belek majalah ni satu-satu pastu discussed cakap yang ni cantik yang tu cantik sampai diri sendiri pun tiba-tiba rasa nak kahwin.

cewah. teehee.



deepest condolence





tiada lagi gelak ketawa saya sorang-sorang dalam kereta pagi-pagi masa drive ke pejabat sambil mendengar drama sebabak ERA. he was one of the best comedian in the country and truly one of my favourite. thank you so much abg din for making me laughed all this while. you will be missed.




Al-Fatihah buat Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 pagi (2 April). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin!