Followers

Tuesday, April 20, 2010

percutian low-class



tiba-tiba rasa terpanggil nak berbicara tentang sesuatu yang serius. haha. skema intro. wah serius lah sangat. padahal nak membebel pasal kenapa orang malaysia suka ke indonesia. sebenarnya benda ni disuarakan my mother hari tu sebab dia hairan tengok anak dia seorang ni yang tak habis-habis nak ke bandung. mak saya tak berapa berkenan sangat nak ke indonesia ni.

bagi saya, pendapat saya mainly sebab MURAH. ada ke negara kat dunia ni yang boleh jadikan korang jutawan sekelip mata padahal korang hanyalah bekerja sebagai kuli di malaysia ni? ada? indonesia saja kan. untuk orang-orang yang bergaji ciput macam saya ni ke situ lah yang paling senang nak pergi. paling jimat. paling murah. RM2000 boleh untuk 5 hari di sana campur dengan duit flight. cuba bayangkan nak ke Australia dengan RM2000 nak duduk selama 5 hari kat sana? boleh ke?

siapa yang tak nak kan pergi Korea ke Jepun ke. semua orang nak. tapi ikut kemampuan dulu la kan. takmolah semata-mata nak gi Korea tapi kena control nafsu membeli-belah and sight-seeing. so tak best gitu. and lagi satu, tak gemar betul ada golongan yang berlagak rasa macam pergi indonesia ni macam low-class lah. tak perlulah nak 'apa barang pergi indonesia', 'low-class gila pergi indonesia tu' dengan kami yang bukan gaji berpuluh ribu-riban macam anda. rasa bersyukur dapat jejak negara orang. walaupun tak setaraf Greece or Paris, tapi at least dapatlah juga peluang ke luar negara. tak faham kenapa perlu macam ada double standard.

cakap pasal ni, teringat kes saya masa nak pergi India dulu under Infosys Programme tu. ada seorang teman ni macam memperlekehkan je. saya tanya, takmo apply ke pergi kursus 2 bulan kat India. dia tanya kenapa saya mahu pergi. saya pun jawablah 'peluang baik janganlah dilepaskan. semua ditanggung. tiket flight, tempat tinggal disediakan dan siap bagi duit poket lagi'...wah lepas tu dengan angkuhnya dia berkata 'pergi India buat apa, aku nak pergi Jerman'. sampai sekarang dia tak pergi Jerman pun. rasa macam nak cakap kat dia sekarang "well at least kat passport aku ada cop aku dah pernah pergi India, kau ada?!"

ok. dah melencong ke india pula. berbalik pada indonesia. hmm...ok. tak tahu nak cakap apa dah. balik ke malaysia lah. bye.



5 comments:

mun-e said...

oh.. kite penah g medan sekali tu je pastu tak dapat la. tahun ni cameron highland sudahhhhh :P jimat tuk kawen. hehe.

eh blagaknya yang nak pergi jerman tu. ceh mcm bagus.

dd dudu said...

hihi kenapa ending paragraph adalah "balik ke malaysia lah"

tetibe dd garu2 dagu, hik2

Ezzan Yusop said...

muni : kehkeh. ezan cameron pn x pnh pergi. hikhik!

dd : sbb mula2 kn duk citer psl indon, pastu travel ke india. pastu mcm xtau nk citer apa dah, kita balik malaysia lah. ha phm x phm x? hm xphm ek xpe ezan pn xphm motif nya. muahahah!

DilaGhani said...

ahahaha..balik ke malaysia. that one is real funny la mek. aku sungguh teringin nak ke jepun. tapi...tapiiiii...pakej dia riban2 kau. takpela, aku pegi sambutan bon odori kat shah alam je la..hahaha

Ezzan Yusop said...

dila : aku pong my dear mahu ke jepun. tunggulah aku jadi pengarah ke barulah mampu. hehehe. woah, ada sambutan di situ ya...