Followers

Sunday, May 30, 2010

OMG!!!



OMG...rasa sungguh tak percaya.
OMG...dapat cakap dengan Shahir AF8 dalam phone.
OMG...terus gugur jantung.
OMG...nervous gila sampai tergamam dalam phone.
OMG...suara dia sedap walaupun dalam telefon.
OMG...boleh bayangkan dia sengih masa cakap tu.
OMG...dia gelak bila saya cakap 'nervous ni tak tahu nak cakap apa'.
OMG...saya rasa tua bila dia cakap 'ni kakak kak eqah kan'.
OMG...saya blushing walaupun tidak cakap berdepan.
OMG...saya masih tersenyum sumbing ketika menulis puisi ini.
OMG...saya mahu adik saya terus selamanya bersama AF8.
OMG...tiba-tiba jealous dengan adik saya.
OMG...kenapa entah saya sangat suka dengan dia.
OMG...adikku meera pula dapat cakap dengan maulana.
OMG...dia kata dia pun nervous.
OMG...dua-beradik yang sedang mengalami sindrom angau.


semuanya OMG lah!







Friday, May 28, 2010

the saddest drama ever


i'm not sure i've wrote about this. malas pula nak tengok archive so saya tulis sajalah ye. kalau korang rasa saya dah pernah tulis pasal ni, korang mengadulah kat pejabat agama. haha. ok. saya rasa mesti ramai dah tengok cerita Jepun 'One Litre Of Tears' kan. yang drama punya. bukan yang movie. personally, saya rasa cerita itu perlu ditukar tajuk kepada Berliter-liter of Tears. haha. saya tengok cerita ni during semester break sebelum masuk semester 6 masa ambil bachelor science comp dulu. cerita ini dicadangkan oleh sahabat saya memandangkan saya asyik mengadu pada dia bosannya cuti (ceh padahal bukan tak boleh buat final project masa tu. hihi).

so saya pun tengoklah cerita ni. ada 11 episod cerita ini. and truthfully, it is THE SADDEST drama ever. and i mean like...EVER. saya habiskan tengok 11 episod tu dalam masa satu hari juga. tak pernah saya menangis sebegitu teruk bila menonton cerita. saya memang nangis ok. teresak-esak sampai terhenjut-henjut bahu. feeling saya masa tengok drama tu...pergh! memang kalahlah bila saya tengok Kuch Kuch Hota Hai. tisu bersepah-sepah atas tilam masa tu. merah muka. rasanya kalau lah saya kumpul air mata yang mengalir masa tengok cerita tu, mungkin dah penuh gayung kot, boleh buat basuh mukalah. cewah. mana taknya, dari episod pertama dah nangis. sampai lah episod 11. straight menangis. penat rupanya menangis ni. yang paling tak dapat saya lupakan, lepas saya tengok cerita tu saya terpaksa telan panadol sebab pening macam nak demam. dahsyat kau! over acting kan macam lah saya yang berada dalam drama tu. haha. tapi serius. itu yang terjadi.

nah...my fave song of the drama!






Thursday, May 27, 2010

starting over



salah satu sebab kenapa saya tak suka nak bertukar-tukar kerja adalah kerana hari pertama. wah terus je masuk tanpa prolog ke apa. hahaha. ha, hari pertama bekerja. bukan malam pertama. linda baca betul-betul. wah linda tetiba. tahulah kan bila hari pertama tu dia punya gugup tu lain macam. saya sampai sakit perut ya amat. sakit yang macam korang rasa bila tahan kentut sebab masa tu tengah dalam mesyuarat. hah macam tulah saya rasa masa lapor diri. tapi saya tak kentut masa itu. ini mesti beritahu. haha. hari pertama bekerja saya rasa macam budak baru grad first time dapat kerja. dengan pakai tudung putih. ye, saya seperti budak lepasan spm. *wah kau tipu! haha*

bila kerja baru ni rasa macam kena start over kan. paling susah adalah apabila kita kena rebuild reputation at a new place so that orang kata kita ni 'well accepted' dalam kumpulan. first impression is really important. lagi satu yang payah adalah bila kita nak kena build a new relationship and friendship, yes. itu semua bukan senang. lagi-lagi saya ni sang pemalu *tipu lagi!*. kadang-kadang terfikir, how to start a conversation ek? especially dengan orang yang kita tak pernah kenal. tak pernah jumpa sebelum ni. nak kena tanya nama seorang-seorang. then bila dah sembang tu boleh lah pula terlupa nama orang tu. aish. apa nak jadi. selalunya saya akan terfikir. apa ek nak borak hari ni? kalau buat lawak kang ada tak orang nak gelak? hmm macam-macam lagilah.

i can be a bit paranoid at times. mesti fikir the famous 'what-if' questions. macam mana kalau takde kawan? macam mana ada orang tak suka aku? nanti aku nak lunch dengan siapa? kalau tak tahu nak discuss dengan siapa? aku ni akan diumpat tak nanti? you know, those common thoughts that always wander on that thick skull of ours. manusia kan. no man is an island. risau sangat kalau diri kita ni tidak dapat diterima baik oleh orang baru. sebab itulah, bagi saya kawan penting dalam hidup saya. sepentingnya keluarga. dua-dua bagi saya sama penting.

oh ye, so far di tempat baru ni not so bad lah. got some new friends. amat bersyukur ada ramai pegawai yang baru mendaftar. takdelah rasa janggal sangat. sekarang ni kena biasakan diri supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan masa. wah cakap macam jet-lagged konon. hehe. maksud perubahan masa adalah bangun pukul 6.15 pagi then keluar rumah pukul 7 pagi. balik sampai rumah pukul 6 petang. gila penat. balik mesti rasa mengantuk. sekarang ni kadang-kadang pukul 9 malam je i dah ngantok noks. saya dah berubah. wah! hehe.


eh motif apa tah entri kali ini. saja nak merapu meraban. hehe.



LRT...please?





boleh tak kalau saya nak cadangkan pada parlimen atau kerajaan lah kan supaya bina LRT dalam putrajaya ni macam Star atau Putra tu? saya rasa ini sangat bagus dalam usaha untuk memajukan lagi kawasan putrajaya. mungkin orang kata dah ada park and ride kenapa nak ada LRT kan. bagi saya kalau LRT senang. tidak perlu tempuh jam. ni kalau naik bas. sama saja. jam jugak.

ok tak cadangan saya ni? ;p




ini adalah sindrom orang yang tak biasa keluar awal pagi, selalunya keluar rumah pergi pejabat pukul 10 tak pernah harungi jam. sekarang ni uols mak pagi-pagi selalu nak mengamuk sebab jam memanjang sampai naik hantu ngamuk sorang-sorang dalam kereta. keluar selepas 7 pagi jam, keluar sebelum 7 pagi pun jam. aiyoyo! pukul berapa entah nak kena keluar? pukul 6 ke? *emo*


ok lah. kalau Star, Putra, ERL tak boleh, saya terima lah juga kalau ada Monorail. hehee!



Tuesday, May 25, 2010

gambar shahir af8?




jap...jap...nak bagi korang jeles jap...



are you ready?!


....


....


....



tadaaaaaa!!!!!




shahir. juara AF8!!



adik saya bersama sang juara.
ok. sebenarnya saya pun jeles sebab dia dapat bergambar dengan shahir.
pesan kat dia suruh kirim salam kat shahir tapi dia tak sampaikan pun.
oh keciwa.


oh sebelum tu, ni gambar budak-budak af8 yang lain.



nah muni, khas untuk anda! ;)
iwan AF8




ok dah. cukup sudah angau tuh. sambung kerja balik! ;p





Sunday, May 23, 2010

Lirik : RSVP & Kebahagiaan Dalam Perpisahan





akhirnya akhirnya...shahir menang. wah gitu. tak sia-sia saya suruh orang afundi. saya afundi tak? teeettttt! no komen. saya afundi masuk, yes. wah semangat kau gitu. rasa kan bila shahir pandang kamera kan dengan renungan mata dia tu kan rasa macam dia pandang saya seorang saja. boleh? wah berangan tak sesuai tau! hehehe.



sebenarnya saya ada dapat 2 tiket ke Konsert Final AF8, plan nak pergi bersama adikku ameera tapi apakan daya tiba-tiba macam malas nak bersesak. hehe. al-maklumlah dah lama tak pergi konsert jadi tak biasa sangat rasa sesak. satg kang nak pergi toilet lah, nak cari surau nak solat, nak beli minuman lah. oh sungguh payah. but i thanked and appreciate my sister lah for getting me the free tickets walaupun tempat duduk dia upper tier nun kat atas sana kalau saya ambil gambar pun guna dslr lense biasa pun hanya nampak budak-budak AF tu cenonit je. ahaks!

tapi kan entah kenapa tah antara semua budak-budak AF8 ni punya lagu baru saya paling suka lagu maulana. R.S.V.P yang bermaksud silalah respond dalam bahasa pasarnya. haha. best apa...ku pinta kau respondez s'il vous plait yada yada yada...here goes the lirik..

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu


Lagu shahir adalah second best. Kebahagiaan dalam perpisahan. tengok video klip dia rasa macam nak jerit 'hot! hot!'. sangat suka masa chorus lagu ni...embun pun takkan mampu, menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh. nah ambil lirik ni.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

(Korus)
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Tiap titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti







yeayyyy!!! shahir menang. i suka. yippee!!





footnote : tiba-tiba rasa nak jumpa shahir. ok. saya obses. hari tu cakap orang obses pasal artis kan. sekarang saya lak berjangkit. ahaks! tapi takdelah sampai nak menghentam orang lain. kan. ;p







Saturday, May 22, 2010

farewell gifts

thank you so much my hommies on Level 3. wah hommies dah habis macam rapper dah ni. hehe. i'm so touched! diorang bagi this enormous gigantic goodbye card sampai saya fikir nak letak mana ni kat rumah. hahaha. no lah, i was thinking bila masa diorang plan ni sebab kad gini besar tapi saya tak perasan satu pun. well actually ada gak perasan yang diorang soksek kat hujung tapi malas nak ambil port. sebab masa tu tengah kusyuk tulis surat wasiat sebab saya tersingkir. siusiusiu.

look at that gigantic card. sungguh huge kan? i suka sangat uols!!!!


want to see what's inside?

...

...


tengok kartun tu pun buat saya gelak. hehe.
sebab terbayang muka masing2 kat situ.




all these were written by my colleagues!

(click gambar kalau nak baca luahan hati mereka ya. hihi!)



now you know it's hard for me to say goodbye to them right?
i'm bad at saying goodbye. can't really put it in words.


i missed them already!
adios amigos!


footnote : gambar macam kureng sikit sebab guna camera phone je. huhu. maaf kalau anda terpaksa kecikkan mata anda untuk melihat biji butir nya. ahaks!




Friday, May 21, 2010

a goodbye note


(this is going to be a very long entry)


di suatu ketika dulu, perbualan dengan ayu melalui facebook (lebih kuranglah)...

ayu : tahniah weh, dapat calendar module. hebat tu!!
saya : tahniah inda...kau tak perasan ke, semua yang buat calendar module ni mesti blah lepas tu...adakah aku akan mengikuti jejak langkah mereka?








for those who were wondering and also guessing, yes it is official. i am leaving OAS and today marked the end of my journey as an Application Developer in OAS. inilah yang saya maksudkan pasal entri new commitment yang saya posted last 2 weeks. tak boleh beritahu awal-awal sebab nanti takut tak jadi. ceh poyo je ayat macam lah nak bertunang kan kui kui kui. terpaksa rahsiakan dari dd, ummu and ramai lagilah. hanya orang tertentu di office ni saja yang tahu. kemana hala tuju saya selepas ini? ke bandung. haha. ok. be serious. saya akan berkhidmat dengan kerajaan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat kementerian mana tidak diketahui lagi. will start my job on the 24th.

oh my gosh, rasa macam tak percaya je nak tinggalkan OAS ni. sob sob sob. demmit, i'm so not good in saying goodbyes. hmm...well it's been almost two years since i joined this company. so many memories had been made.

i'm gonna miss everyone from...

luqman - budak yang paling suka sakat orang dari zaman dd dulu sampai zaman sekarang suka usik linda. budak yang tak pernah tolak kalau orang bagi free food. hehe. selalu juga tolong ezzan kalau ezzan tak reti sesuatu kan. anyway, sukalah pinjam jam luqman. bagi ezzan boleh? ;p

nat - ibu muda yang cantik sangat. kehkeh. selalu curi makanan nat. anything yang nat offer baik laksa johor ataupun cookies hangus semua ezzan terima dengan hati yang terbuka. cewah. hehe. will miss aisya for sure lah. hopefully dia menang contest Pa&Ma tu ek. ezzan vote tau! ;)

linda - gadis yang kuat makan tapi keding je. jeles noks tengok kau makan banyak tapi tak pecah perut. hehe. dah, toksah garang-garang lagi dengan sufail (motif? hahaha), toksah dah campak-campak handphone tu terkejut syazwan tengah tekun buat kerja. dan silalah kapel dengan luqman. hahahaha.

syazwan (wah syazwan pun masuk list? hehe) - terima kasih sebab...hmm sebab apa ek..ha terima kasih sebab belikan ezzan mineral hari tu. heheh. rasa macam syazwan tak baca kot. eh aida minta tolong suruh syazwan baca ni. hehehe.

megat - jiran 'tersayang'. kenapa tersayang? sebab meja kami sebelah menyebelah je dan kami selalu bergabung tenaga (macam adam dan stacy ;p) menjalankan aktiviti usik orang lah, gelakkan orang lah, mengajuk orang lah. asal ada benda yang lawak je, kami dua bantai gelak. hahaha. kalau megat tak datang, ezzan rasa sunyi. sebab megat takde kat sebelah nak mengajuk haidah. hahaha. always a fun la you.

haidah - haidah ooh haidah boleh tak kau tolong jadi kaki lawan for once? wah gitu! takdelah, kau jadilah budak baik yang mendengar kata bos seperti selalu, jangan jadi macam aku ni selalu saja rasa nak lawan cakap orang. hahahaha. kalau ada problem dengan Training Module sila jangan cari aku. wakakah!

geng-geng heitech (khirul, uswah, rizal, abg nuar and anum ) - maaflah kalau ezzan ada terkasar bahasa ke dengan korang. ada usik-usik (walaupun senario kata tiada salahnya, asal kan baik niat di hatinya) yang terguris hati ke. rizal tu hah, bila tah nak bawak naik kereta vios dia. wah marah tetiba. ;p eh minta maaf balik. eh dah dapat naik vios dah. rizal sengaja hari last baru dia nak bawa saya naik vios dia hehe!

geng level 2 (zida, seri, kak suri, dewa, jia) - terima kasih uols for the friendship. sob sob tak dapat nak tengok anak jia yang super cute tu. zida my dear, i pergi dulu ye noks. jaga ofis baik-baik (motif? hehehe), seri kau kahwin nanti jangan lupa jemput tau, nangis aku kalau kau tak jemput. hehe. kak suri, chaiyok2 habiskan novel kak suri tu. dewa...oh dewaaa selalu ezzan kacau dewa kan. tapi dewa cool je layan. terima kasih. ;)

geng level 1 (fahmi, jenal, rahman) - thanks jenal sebab jual kamera kat aku. nanti aku nak beli lense ko boleh tak? hehe. fahmi oh fahmi nanti nak kahwin jangan lupo jomput den ni hah and terima kasih sebab banyak tolong ezzan. same goes to rahman, terima kasih yuk for everything macam deployment tu. kihkih.

encik burhan - kadang-kadang saya rasa macam encik yang buat Calendar tu walaupun saya dipertanggungjawabkan ke atas module itu. rasa macam encik lebih berhak kot yang in charge kalendar tu. hehe. maafkan segala kesalahan dan kekasaran bahasa saya sepanjang saya menjadi anak buah encik. encik memang boss yang hebat. setiap kali encik berjaya selesaikan masalah programming dalam masa 2 jam saya terasa kerdil sekali sebab berhari-hari saya fikir penyelesaiannya, encik selesaikan dalam masa 2 jam. woahhh memang terbaek! ;)

encik sham - thanks for lending me your camera and the lense. appreciate that a lot. lepas ni dah tak boleh pinjam lagi lah. uwaaa...eh ke boleh lagi bagi pinjam *kelip-kelip mata sikit* terima kasihlah atas semua tunjuk ajar.

encik kamal hassan ok tipu encik AKK (masuk list gak tau) - terima kasih sebab terima surat perletakan jawatan saya. kihkih. terima kasih juga sebab hari tu encik ada tolong saya pasal Calendar Module masa awal-awal saya macam meroyan sikit sebab tak suka buat Calendar yang encik lutfi tinggalkan itu. ;p

encik shahir - maaflah ye cik, saya terpaksa tinggalkan company ni. walaupun dengan berat hati tapi it's for my future. terima kasih juga sebab merelakan pemergian saya (wah macam nak pergi berperang je. hehehe). kalau OAS ada event apa-apa ke panggillah saya, kalau encik ada buat kenduri ke kat rumah encik sudi-sudikan lah jemput saya (over!). rumah kita dekat kan cik kan kan kan? ;p

last but not least, to my girls, my dolls, my best friends - aida farisa and rosalinda si artis kelantan yang cantik. kenapa saya panggil mereka my dolls? well, since dd left the building, the two has been the closest person to me in the company. kalau salah sorang takde mesti rasa tak meriah. selalu gaduh bila nak decide nak makan katne. hehe. kitorang ni sangat selalu lah bersama. nak balik pun mesti ada ayat ni "ros balik pukul berapa? sainglah sekali" ataupun "korang balik awal ke hari ni. kita balik awal" nanti akan ada jawapan "nak balik awal jugak!". we went everywhere together. went lunch together. went to the movies together. went to alamanda together. we watched glee together. we were so lazy together. LOL. lepas ni siapalah pula nak jadi peneman ezzan pergi mana-mana? sedih sangat nak berpisah dengan korang. love you guys to death XOXO.



there'll be no more wearing jeans and t-shirts to work...
no more coming late to work..
no more going out early for lunch...
no more lunch lama-lama...

no more going to alamanda sampai rasa macam eh bila nak balik ofis ni...

no more hanging out at the surau lama-lama...
no more main teka-teki petang-petang...
no more seeing linda beraksi manja dengan luqman...
no more hearing haida saying 'harammmm' everytime someone ajuk cakap dia...
no more munching on goreng pisang and keropok lekor petang-petang...
no more surfing the net like crazy...
no more discussing about the Glee's episode...
no more hanging out at Shameera...
and most importantly,
...
...
...

no more coming to the office knowing that you guys will make my laugh!


OASIANS!!!
you will always be in my heart.





psssttt....last-last kan semua dalam gambar ni terkeluar.


tapi oleh sebab saya the last person yang keluar jadi kira saya adalah juaralah. the last man standing before going down. cewah. saya juara macam shahir af8 tu yang bakal juara af8. wah konfiden tau dia juara macamlah saya yang tentukan. silalah afundi shahir bebanyak. ;p


Peace out! (-_-)v
Lots of Love,

Thursday, May 20, 2010

nak chat ke?



entah kenapa saya sekarang ni malas gila babeng nak chat-mengechat ni. bukan cat-mengecat tau. hehe. dulu masa zaman belajar bukan main chatting sampai tengah malam dengan budak-budak kelas. sekarang ni, nak on ym pun malas gila. semalam baru je on ym through yahoo messenger. selama ni kat pejabat through yahoomail je. itupun sebab saing nak check inbox. lepas tu, tutup. kadang-kadang siap orang suruh on ym sebab nak bagi link lah, nak tanya sesuatu lah aih macam-macam. facebook chat? lagilah. dah lah lembap. tu yang saya offline je memanjang kat facebook padahal menatap facebook bagai nak rak. hehe. skype lagilah saya tak pernah guna walaupun dia teramatlah famous.

tiba-tiba teringat zaman tok nadok dulu masuk chat room mirc tu. pergh! konon dah habis dewasa dah lah tu. tapi sekarang saya rasa itu poyo. gila ketinggalan zaman. rasa macam budak-budak baru nak up. does anyone here still masuk chat room kampung or mamak kat mirc tu?

hmm...mungkinkah disebabkan faktor umur yang makin tua matang membuatkan saya tidak merasakan apa-apa special pun tentang justin bieber tu? ok. tiada kaitan. haha. dah jangan marah peminat justin bieber.



Tuesday, May 18, 2010

professional kah jurugambar anda?



for those of you ladies out there yang bakal berkahwin ye (guys pun boleh jugalah kan kalau nak baca)...saya nasihatkan anda ye sila pilih jurugambar yang betul-betul professional. professional tidak bermaksud dia mesti popular dan mahal, professional disini bermaksud mempunyai track record yang bagus dan pe'el yang baik. kenapa pe'el yang baik?

well mari mari tuan dengar ini cerita cewah. anyway, i have been to so many weddings in my life dah tak terbilang banyaknya. so saya banyak memerhati gelagat orang ramai. dari sang mempelai sampai lah sampai si tukang bagi bunga telur. biasalah kan adat majlis perkahwinan, mungkin ada yang tidak berpuas hati, mungkin ada yang tak perfect dari segi sana sini. ye lah, bukan senang nak puaskan hati semua orang kan. tapikan tapikan tapikan...saya rasa macam ingin menegur sikitlah cara sesetengah jurugambar bekerja.

saya rasa annoying sangat-sangat apabila ada photographer yang bertindak melampaui batas sehingga membuatkan para tetamu berasa menyampah terhadapnya. to make matter worse, dia bersikap tidak menghormati orang lain. i know you're trying to get the best shots as possible (who doesn't right?) but please remember, respect others too. bila bercakap tu silalah ye lemah-lembut especially with the elders ataupun dengan keluarga pihak pengantin. kasihan tengok orang-orang tua yang terpaksa menunggu di tepi nak bagi can kat jurugambar snap gambar berzaman. apalah salahnya kalau utamakan tetamu itu. rasa geram juga melihat jurugambar yang over macam dia pula yang tuan rumah. lebih sudu dari kuah. dahlah mengarah-mengarah orang suruh letak hantaran kat sana, alihkan barang tu ke tepi, macam-macamlah suruhannya.

amboiii. dahlah yang disuruh tu orang tua. bila berhadapan dengan orang macam tu, saya gelakkan saja. sebab rasa dia seorang yang poser. mungkin diorang rasa nanti tak dapat gambar cantik-cantik kalau tak mintak pengatin posing sakan bagai tapi kalau secara logiknya lah kan, if you are good then the pictures will speak for itself.

there were times i feel like gambar candid sebenarnya lebih cantik berbanding gambar yang berposing sebab semuanya real. real true emotions, real actions. tidak berpura-pura. something that is so pure that you can't fake it. betulkan bila orang cakap 'actions speaks louder'. nak berposing bagai save it for the outdoor photoshoot session. masa tu korang nak berposing semua, posing lah. i believe in capturing the emotions that matters most rather than just focusing on the dress and the shoes. tiba-tiba i remembered hearing someone mentioned 'i want everybody to feel the love on my wedding day'. serius tak ingat siapa tah cakap ni. hmm...







cantikkan gambar-gambar ni. sungguh jujur emosi masing-masing dalam semua gambar ini. in case you're wondering, yes. gambar pertama tu memang gambar brad pitt and jen aniston masa diorang kahwin dulu. cewah. ;p





by the way, ini hanyalah pendapat saya. terpulang pada anda untuk menilainya. my point of view as an observer. not a photographer. walaupun saya tahu macam akan ada orang cakap eleh gambar yang saya snap pun bukannya cantik mana pun kan tapi nak cakap camni. hehehe.

anyway, credits to Feria Cinematic Gallery and Table4Photography for the photos.




Monday, May 17, 2010

it starts with...



wahai linda, terima kasihlah tak terhingga sebab afundi tag aku wah gitu hehe. aku jawablah gak ek tapi aku tak tag orang lain macam dalam rules tag yang ada kat blog kau tu. konon dah habis rules are meant to be broken gitu lah prinsip aku berkaitan dengan tag ni lah. cewah. lagipun aku rasa macam orang lain semua banyak kerja macam aku. hehehe. nah amik ni...



what is your name: Shaidatul Ezzan

a four letter word: Shit *wah terus mencarut*

a boy’s name: Shahir AF8 *nak jugak letak af8 tu. wee... ;) *

a girl’s name: Shaidatul. Shahir dan Shaidatul. get it? ;p *sukalah dia tu*

an occupation: System Analyst ;p

a colour: Shocking pink. chantek!

something ur wear: Shawls lah my dear.

a food: Sup Sayur, Sup Cendawan dan segala macam sup lah.

something found in the bathroom: Shampoo.

a place: Switzerland!

a reason to being late: Selalu bangun lambat ;p

something u shout: Sengal!!!

a movie title: S.W.A.T (watched it like millions of time)

something u drink: Soya bean

a musical group: Switchfoot. love 'em!

an animal: Singa menawan keluarga bahagia ;p

a street name: Sri Keembong as in Jln Sri Keembong. hehe. rumahku lah apa lagi.

a type of car: Suzuki Swift.





Thursday, May 13, 2010

credit card? NO, thank you!


(entri yang tiada motif - sesaja nak update)


i have a confession to make...i'm a shopping freak. suka sangat-sangat beli kasut dan handbag dan tudung dan buku. yes, buku. kasut pun dah banyak sampai emak bising penuh kasut saya saja kat luar tu. saya gila bershopping. almost everything yang saya berkenan rasa macam nak beli. pergi KLCC rasa macam nak beli beg, pergi Alamanda rasa macam nak beli kasut, nampak mana-mana kedai tudung rasa macam nak singgah walaupun rasa macam nak belek je masa tu. tapi saya bukan orang kaya yang boleh keluar duit macam air yang mengalir. ataupun seperti mereka yang boleh swipe kad sewenang-wenangnya. ye, saya memang tiada kad kredit. dan saya sehabis boleh tidak mahu memiliki kad kredit. kenapa? sebab takut jadi macam Rebecca Bloomwood. hidup dikelilingi hutang.


mesti best kan bila pergi shopping boleh swipe swipe je kan. akan jadi lebih best kalau orang lain yang tolong bayarkan bil kredit kad tu. hehe. sebenarnya kalau diikutkan kelebihan kredit kad pun ada gak contoh macam kes ehem ehem saya tertinggal flight tahun lepas. nak guna cash beli tiket baru? rabak poket noks. hehe. masa tu rasa bersyukur sebab encik-tunang-tapi-bakal-menjadi-suami-dalam-masa-terdekat-ni (wah, panjang kau! ;p) si ros ni ada kredit kad. orang boleh cakap ala boleh je nak ada kredit kad yang penting kena kawal je nafsu shopping tu tapi hello!! you're talking to a girl who doesn't mind spending extra dime as long as she gets what she wants. ok. over sikit. tapi close. rehab for shopaholics? ada ke kat malaysia ni? huhu.

mungkin ada hikmahnya saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. kalau tidak, sudah tentu mak dan ayah saya sudah diisytiharkan muflis. takpun, botak kepala nak bayar hutang anak-anak. hehehe.