Followers

Sunday, May 2, 2010

bandung : the first day


Bandung. hmm nak cerita apa ek. lebih kurang sama macam trip yang lepas, cuma this time around, pergi lama sikit lah. sebab dulu masa pergi 3 hari saja rasa tak sempat and tak puas, so we decided to spent lama sikit kat sana. masih pergi dengan orang yang sama kecuali lina diganti dengan haida. itupun jenuh eh nak pujuk haida supaya join in the fun.

jangan risau, kali ini saya tidak menulis detail sangat. saya buat summary secara point form je la ek, bisa enggak? hehe. oh sebelum tu, terlupa nak cakap. entry ini agak panjang. hehe.

let's cekidaut!


Day 1 :

  • Yeay! Kami tak tertinggal flight! *sila berikan sorakan dan tepukan gemuruh. ok boleh juga buat standing ovation* Sanggup tau berlapar tak breakfast dulu before take off semata-mata tak mahu pisang berbuah dua kali noks. Tapi saya breakfast lah gak makan oats dirumah, pukul 6.15 dah breakfast. Terkezut perut. Flight departed at 9.40am.
  • Sampai Bandung around 12.30 kot. aiyoo mak sangatlah tidak melihat jam. tak ingat pukul berapa sampai. terus jumpa Jeffrey. sekarang enggak perlu signage 'Ezzan Cheras' lagi dah. tiada lagi dah sesi perkenalan. Jeffrey can spot us in a heartbeat. cewah. Terus ramah noks, siap ber 'Hai Jeffrey!! Ingat nama kami lagi enggak?' gaya ober eksaited gitu.
  • Dari airport terus ke Pasar Minggu. Curlass kan sampai-sampai terus shopping. hehe. Check in kat Progo Hotel was scheduled at 2.00pm. so in the meantime, habiskan masa by keluar duit sikit kat Pasar Minggu tu. Pasar tu kan dia ala-ala pasar malam kat malaysia tapi dia siang. Apa ek diborong disitu? Hmm, borong Jamur Crispy? apa itu jamur? inilah jamur.
cendawan goreng yang sangat rangup!

  • Then, we headed straight to Rumah Sederhana for lunch. Haida terkejut sebab datang-datang je waiter dia terus hidang lauk. so dd pun explain lah memang stail masakan padang dia hidang je semua tapi later on dia akan kira mana yang kita makan je. As usual, we ordered Gurame Bakar, our favourite. bagi kami, tak sah pergi bandung kalau tak makan ini. cewah!
  • Lepas lunch, kami pun checked in lah kat Hotel Progo. Dapat bilik baek punyaa! Then, kami ke Cihampelas pula. Kota replika kartun dan t-shirt murah. Kami berehat sebentar bersama J.Co di Cihampelas Plaza. at the same time, tengah ada show ke apa tah kat sana so adalah budak-budak menari tengah-tengah tu. bak kata adlin aman ramli, 'budak-budak baru nak up'. miahaha.


  • lepas lepak-lepak minum coffee di J.Co yang saya tak pernah pun jejak yang malaysia punya branch kat Pavi tu, kami pun pulang ke hotel. penat giler noks.


END OF DAY ONE

(more photos can be view at Ezzan Yusop's Photography)






No comments: