Followers

Friday, June 25, 2010

senior lah sangat


petang tadi saya baca paper. ye petang bukan pagi sebab ada meeting tapi bukan itu tujuan utama saya. takde orang tanya kaulah labu kenapa nak explain. ok berbalik pada topik kita yang belum mula lagi ni. hah, tadi baca paper pasal budak meninggal lepas kena ragging dengan senior dia. kes-kes macam ni buat saya rasa alahai dalam dunia yang serba moden ni pun ada lagi budaya bodoh tu. cakap pasal ragging ni kan teringat masa minggu orientasi nak masuk diploma dulu. i don't know lah whether this is ragging or not but i kinda feel like it was.

masa orientasi dulu, time is everything. kami disuruh makan dan kunyah secepat mungkin. bayangkan baru suapan pertama kakak senior akan berdiri kat tepi sambil memekik 'cepat sikit makan!'. masa tu dia tak kisah kalau kita tercekik ke apa. stupid. bayangkanlah nak dapat air masak pun susah. dah macam dehidrasi dah.

i remembered this one time, this kakak-kakak senior siap paksa-paksa budak pakai tudung untuk yang free hair tu. bukan takat paksa tapi terjerit-jerit dari tingkat atas dengan suara yang kuat. damn loser. kau ingat dengan kau terjerit-jerit budak boleh terima lah nasihat kau. saya bertudung tapi kenapa bila dengar jeritan maut dia tu saya rasa macam 'mana ada orang nak berdakwah dengan cara macam ni!'. niat baik tapi cara serius shit failed.

then bila orientasi of courselah kan ada qiamulail. diorang buat sesi yang sedih tu saya pun tak tahu sesi apa tapi maybe ada kot yang tahu. ala yang dia cakap pasal mati. pasal parents semua tu kan. ha, masa ni siapa yang tak nangis pun kena marah. tengok. bila menangis orang kata mesti budak ni banyak dosa, bila tak nangis dikatanya tiada perasaan. tak sayang mak bapak lah. dey dey, dah kalau setiap kem motivasi pun diorang buat benda yang sama budak lama-lama mesti dah imun dah.

pastu kalau siapa jalan seret kaki pun kena marah juga. ni namanya otak letak kat bontot. dah kalau memang gaya orang jalan macam tu nak buat macam mana. suka hatilah nak jalan macam mana pun. mereka ini agak pathetic. masa berjalan beramai-ramai kalau putus barisan pun kena marah. sungguh tak faham macamlah nak masuk kem tentera. nak masuk diploma saja pun.

just because you are senior does not mean that you can act like a snob. psstt so kheri, jangan dera pegawai baru suruh belikan sirap untuk kamu. miahaha! ;p





dah. mahu pulang sudah. okthxbai.

2 comments:

Eein Haedzerin said...

what happen to dat boy was terrible. sape ntah invent budaya bodoh tak bertamadun ni. alasan supaya si freshies ni jadi tak manja & akan hormat si senior sungguh tak masuk akal. respect is earn, not gain. sape nak hormat, kalau dah terjerit-jerit macam pontianak.

*uhh.. sorry ter'emo'- sangat benci budaya ragging*

SweetSour said...

aku benci orientasi masa kat Uitm dulu. memang nasib kita dapat OC dari kalangan kaki surau. tensen giler. bayangkan tido tak ckp pastu dorang tau nak memekik jer. kita tgh sibuk nak berebut nak amik makanan,dorang memekik suruh cepat2 makan. giler apa? makan pn belom lagi. sori skit aku mmg tak nangis langsung masa sesi brain wash tu. semayang pn masa tu pn tunggang langgang. perghh mmg terok la time orientasi kita tu!!