"Do not argue with an idiot, they will lower you to their level and then try to beat you with experience..."
Followers
Monday, February 28, 2011
the sengals
last week was such an intense week for me. stressed gila vavi. so bila stress saya suka berangan over-over dengan rossa. kan rossa? rossa selalu je melayan kerenah gila saya. kitorang bergtalk almost everyday. luahkan perasaan masing-masing. tak puas hati dengan kerja lah, mengimbau masa lalu lah. macam-macamlah. dah tak terkira dah kesengalan kami berdua. haha.
hari tu, gtalk pasal stress kerja. dia stress, saya pun stress. bila stress tu saya cakap..."ros, kadang-kadangkan ezzan berangan nak kahwin dengan mat saleh. pastu husband mat saleh i tu, tiba-tiba kena balik negara dia. i kena lah ikut kata suami kan. so i ikutlah dia balik obersea and i boleh berhenti dr kerja yg stress2 ni. yeayyy!!"
...dan ros pun melayan "ha a kan. jadi housewife. pastu update blog dari sana (motip?) eh tp takleh gi makan sesama lah nanti, tapi make sure u cari husband tmpat negara2 cantik, leh i gi berjalan xyah duduk hotel.."
...saya pun sambung sengal "kalau dapat husband dari itali ke, paris ke, switzerland ke...boleh i bawak uols jalan-jalan main snow...hahahah!" pastu dua-dua gelak haram.
ada sekali tu ros cakap..."ezzan, kita tengah borak dengan dd ni. kalau anak laki nak tengok muka siapa kan, sebab lina suruh dia tengok muka fazura kalau dapat baby girl. kita suruh lah dia tengok muka johnny depp kalau lelaki.and dd balas, boleh boleh.hehe kang nanti ezan rebut anak dengan kitorang plak."
..hahahahha sengalkan kami. tapi best! that's basically our mereng time together. sampai satu tahap masing-masing siap tegur 'kita ni kalau borak mesti benda yang merepek kan'. motif baru sedar? haha.
cruel and mean
Labels:
facts,
kejam,
pissed off
yesterday, the whole clan went out for lunch at The Curve. pergi Ah Tuan Ee's Restaurant, a nyonya restaurant. the food was amazing, totally recommended. but that's not what i want to rant about here. we were seated next to this one family who brought along their maid. apa yang buat saya macam nak sound baekkk punya kat family tu was the way they treated the maid. bayangkan satu famili tu tengah makan and the maid to kena berdiri je jaga baby tuan dia. i mean standing the whole time they were in the restaurant. kalau dorang makan selama 1 jam, 1 jam tu lah maid tu berdiri je kat sebelah baby tu. tuan dia sedap makan macam-macam but tak order langsung bagi maid tu makan. standing for one hour jaga budak and not being offered anything to eat. can you imagine tak?
i think that's just a pure act of cruelty. so mean. dah tak berperikemanusiaan. i know she was just a maid, but she is still a human being too you know. it doesn't mean that you can be heartless bastards to them. hishhh talking about it je pun kinda makes me wanted to punch the family's face. i don't care melayu ke, cina ke, india ke. what they did was wrong and unacceptable. geez, malaysian ke tu?!
and now you wonder kenapa ada maid lari dari rumah kan...
Monday, February 21, 2011
surprise birthday party!
jumaat hari tu, dapat miss call dari zura. bila tengok nama zura kat skrin phone tu macam agak cuak sikit. aishhh kenapa zura, wife mengat call ni? megat hilang ke? dia tak balik rumah dah 2 hari ke? saspen odah ni. so, saya pun call zura balik. rupanya zura nak jemput datang ke birthday party si mengat sabtu esoknya tu (19/2). kus semangat. terus odah cakap 'nak joinnnnnnnn!!!!'. tak sampai sesaat fikir. kehkehkeh. zura explained lah dia nak buat makan-makan sikit jemput beberapa budak-budak OAS yang zura kenal tapi megat tak tahu yang kitorang nak datang. yes, i still consider myself as one of them walaupun dah nak dekat setahun berpisah tsk tsk tsk..eh tetiba terluah perasaan kat sini cewahhh. anyway, sukaaaa sangat surprise surprise ni walaupun kadang-kadang saya ni bukanlah suka disurprisekan sebab selalu tak tahu nak bagi reaksi macam mana cewah... * bagi hint kat dd and rosa untuk birthday saya nanti lol! *
birthday boy man with wifey! matching outfit giteewww... ;p
majlis dalam pukul 3 macam tu tapi ada budak yang bernama ezzan tu lambat sebab tak perasan jam dah pukul 2.15 tapi tak gerak-gerak dari rumah padahal janji nak jumpa rossa dan aida pukul 2.30 kat OAS. panggg sikit itu budak. pukul 3 baru gerak dari putrajaya berarak ke Sungai Merab, ke mahligai (wah kemain) megat dan zura. sampai-sampai terus saya jerit..."megatttt you're old!!! dah sebaya dengan ros!!" hahahah...
masuk-masuk je rumah, terus 'wahhh besarnya rumah megat'...orang kaya siot. patutlah tak pernah nak jemput datang rumah ececeh. borak sikit-sikit pastu terus ke acara red carpet - potong kek. semua makanan dimasak oleh chef zura. wahhh sedapnya carrot cake itu. dari spaghetti bolognese ke pizza ke carrot cake, ke potato wedges and fruit salad semua zura yang masak. zura kata kacang ngan yin je beli. kehkehkeh.
food fiesta nyum nyum
the guests of honour. cewah. ehh seriusnya rossa tengok cerita Hindustan 'Hum Tum'...huhuhu. oh yours truly takde lak dalam gambar ni. sebuk makan. muahaha. eh faliq pun takde. kesian dia. takpe seri ada. hehe.
bestnyeee lepak rumah megat. hehe. kalau ada bantal kat depan tv, sure dah rembat dah. ececeh. anyway, masa balik tu kan, boleh pulak zura and megat siap tapaukan kek, salad buah and spaghetti untuk kitorang. alaaaa segannya. dah lah datang birthday party orang tak bawak hadiah. sengal tak saya? yes, pergi birthday party dengan perut yang kosong. tak bawak hadiah pun. kesian megat. patutnya tetamu datang bawak hadiah, ni tetamu pulang siap dapat door gift lagi ececeh. sekarang tengah sengkek sikit sebab habis duit beli handphone. insyaAllah nanti ezzan bagi hadiah ek kat megat. wah siap tulis kat sini. hehe. saja, supaya ingat. ehh hadiah lina pun tak bagi lagi. oh my oh my.
Friday, February 18, 2011
bad bad dreams
I was having terrible nightmares for the past couple of weeks. Mula-mula saya mimpi zombie. Boleh lak mimpi saya pergi rumah rossa and masa tu ada zombie attack! (damn you the walking dead!) and lepas park kereta dekat area rumah terus lari lintang pukang masuk rumah rossa (padahal tak pernah pun pergi rumah rossa yang baru ni). And bila masuk rumah tu tengok-tengok dd, kheri n idzuan semua ada dalam rumah tu. And also ada ustaz tengah baca ayat-ayat Quran nak halau zombie tu. Tp zombie tu dah macam syaitan. Sebab dia gegarkan rumah sambil cakap bergema. Saya terpandang tingkap and kat situ zombie tu tengah pandang saya. Serammmmm...terus saya baca ayat kursi kuat-kuat dalam mimpi tu. Lagi zombie tu marah, gegarkan rumah rossa sampai rasa nak roboh.
Satu lagi dalam mimpi saya yang lain, saya mimpi (mimpi dalam mimpi get it?) saya kena kacau dengan hantu. Lagi takut sebab macam real walaupun tak nampak muka hantu macam mana (xmo pun tengok). Saya jerit dalam mimpi tu. And bila saya terjaga dalam mimpi dlm mimpi tu (damn dah macam inception dah) keadaan gelap gelita. Fyi, i'm afraid of the dark. Saya nangis bila tak boleh nak buka pintu bilik siap baling-baling bantal kat pintu meraung supaya mak ayah selamatkan saya huhu...then, saya terjaga dari mimpi utama. Masih terkejut sebab gelap. Saya memang tidur buka lampu bilik air. Sebab tak boleh tidur dalam gelap. Tanya dd, rossa and ummu, mereka dah arif dah pasal ni hihi. Neway, bila saya bangun tu terus jalan laju-laju gi bilik air buka lampu and pintu luas supaya cerah. Tapi lepas tu saya rasa penat sangat. Like i said, macam real...
Published with Blogger-droid v1.6.6
Wednesday, February 16, 2011
Quotes 2 :
Labels:
random
#1 - I read recipes the same way I read science fiction.. I get to the end and I think, "Well, that's not going to happen."
#2 - I'm not lazy, I'm just highly motivated not to do anything..
Tuesday, February 15, 2011
nak jadi pelakon ke?
wahhh very the long days tak update. 10 days to be exact. lama ke tu? macam lama macam tak. haha. anyway, kalau sesiapa ada baca entry dd sebelum ini, yes it's true. rumah saya dijadikan lokasi penggambaran telemovie. sebenarnya sebelum ini ada gak guna rumah ni as shooting location citer apa tah dulu tak ingat. tapi masa tu saya study kat uitm so memang takde lah masa shooting tu. kira this is the first time tengok orang shooting. call me jakun whatsoever, memang saya excited campur segan. rumah saya digunakan untuk 2 hari. so 2 hari lah saya dok tengok depa berlakon.
keadaan rumah masa tengah shooting
bila tengok diorang shooting kan baru rasa macam 'ehhhh susah ghupenye jadi pelakon. macam tak best je jadi pelakon. takmolah jadi pelakon!'...eh tapi serius. bila tengok how many takes diorang kena shoot, dialog yang sama untuk ulang sampai sepuluh kali. tu tak termasuk kalau scene tengah minum or makan, kalau sepuluh kali ulang, sepuluh kali makan. macam manalah hollywood shoot kissing scene tu ek. worst, sex scene muahaha ober lak kau. pastu sementara tunggu krew setup kan set, or waiting for the next scene to be shot duduk je lah. tunggu sampai scene sendiri. kalau banyak kali take, lagi lama lah kena tunggu. bayangkan saya yang menengok pun boleh naik bosan tengok scene yang sama di shoot banyak kali.
azhar sulaiman in a blue shirt. masa ni scene depan rumah.
kenapa kereta saya dapat berlakon cerita ni walaupun sebagai props tapi tuannya tak ditawarkan sebarang watak sampingan?! kenapaaa?! oh ye, azhar sulaiman ada drive kereta saya siot. *smirk*
kenapa kereta saya dapat berlakon cerita ni walaupun sebagai props tapi tuannya tak ditawarkan sebarang watak sampingan?! kenapaaa?! oh ye, azhar sulaiman ada drive kereta saya siot. *smirk*
pastu kan, nak dijadikan cerita malam yang dorang shoot tu, ada orang kat kawasan rumah main mercun. kebabom kebabom sampai CUT!! banyak kali lah. so dorang terpaksa stop banyak kali. kena tunggu sampai takde bunyi mercun dah. yup, memang macam tu. krew kata kalau bunyi kapal terbang lalu pun dorang kena cut! sebab bunyi masuk dalam audio recording tu, bunyi cicak pun boleh masuk tau uols kalau shoot indoor. oooohhh *angguk kepala*. so, dorang terpaksa hold for half an hour sebab tak dapat shooting. masa tu around 1 a.m. boleh pula dorang pakat pergi beli burger. the whole production team plus the actors join makan depan rumah. haha what a sight.
damn, saya adalah pendek bila berdiri sebelah memey. ohh my saya dah berbaju tidur dah masa ni. dorang baru wrap shooting. the time was 2 a.m.
oh lupa nak beritahu telemovie ni tajuknya 'Ada Apa Dengan Durian' mungkin akan ditayangkan pada bulan Mac di RTM. don't ask me about what's the story is all about, i had no idea. just watch it kalau nak tengok rumah saya. haha. gila glams kau odah! promote sebab rumah and kereta berlakon dalam cerita tu. bukan diri sendiri muahaha ;p
Saturday, February 5, 2011
holiday trip : singapore
*this is going to be quite a long entry. please, don't say i didn't warned you ;)
plan nak pergi Singapore ni sebenarnya dah lama jugak lah terpendam di lubuk hati ceh ayat tak menahan. semua gara-gara nak sangat merasa pergi Universal Studios Singapore. oleh kerana pernah merasa pergi Universal Studios Hollywood suatu masa dulu, jadi semangat nak relive the moment tu berkobar-kobarlah kan. ye la, nak pergi Los Angeles tu macam ahhh jauhnya nak capai dengan duit mahal lagi tu kan so dah alang-alang ada kat negara jiran, better pergi lah kan.
so, hari sabtu hari tu bergerak lah weols balik JB. sepanjang perjalanan hujan je. dari KL sampai lah ke JB, hujan still tak berhenti. dalam hati macam 'hmmm kalau hujan tak benti gak esok camne ek'. then, ahad dalam pukul 12 tengahari macam tu terjah lah kami ke singapore dengan dua kereta. fyi, hujan masih lagi tak berhenti. makin lebat lagi adalah. anyway, masuk-masuk je kat imigresen singapore kena bayar S$10 untuk card parking. kat singapore ni, dorang macam ada system parking yang standardize. so nak park kat mana-mana mall pun guna the exact same card. macam kad Touch 'N' Go. anyway, orang imigresen singapore kata jangan pergi Orchard Road waktu tu sebab tengah heavy traffic. so, we decided to head on straight to Vivo City, a shopping mall to parked our cars.
dari Vivo City tu, kitorang naik MRT ke Sentosa Resort. Fees dia S$3 each. Masa tu ingatkan jauh lah kan dari Vivo City tu ghupenye, ceh boleh jalan kaki je pun. kira macam dekat dia adalah dari Parcel E nak ke Alamanda. dekat noooo lah kan. very the manja gitu nak naik gak MRT macam lah kat KL takde LRT. huhu. sampailah kami ke Sentosa Resort. sungguh lah teman excited tak sabar nak masuk Universal Studios walaupun hujan agak lebat masa tu.oh ye kat Sentosa ini ada Hard Rock Cafe, Universal Studios, Casino, Shopping Mall dan Waterfront yang tengah direnovate.
* tengok Universal Studios tau, bukan Casino tu*
ok. ni sampai part sedih bagi sesiapa yang baca entri dd ni. part inilah yang buat saya keciwa dan berduka sungguh. sampai-sampai dipintu gerbang Universal Studios. hujan ya rabbi agak lebat juga lah. masa tu rasa ahhh persetankan, nak masuk jugak. dalam hati macam dah ada perasaaan tak syiok sebab ye lah, bayangkan nak main game dalam Universal Studios tu dalam keadaan hujan lebat. nak dijadikan cerita duit memang bawa cukup-cukup untuk masuk Universal Studios tu and untuk some souvenirs. sekali tu, nak masuk macam kena beli baju hujan S$10 kot kalau tak silap. terus jerit dalam hati 'arghhh tak cukup duit'. uhuk uhuk. lepas tu pula family members yang lain macam takmo masuk sebab duit macam tak cukup. yes, singaporean dollar is quite expensive if you ask me. lepas bincang-bincang, semua kecuali saya decided to come again next time bila dah tak hujan. and i was like, damn! bila lagi nak masuk ni? tau tak orang ambil cuti ni semata-mata nak pergi Universal Studios ni? tau takkkkkk???!! *geram*
so bila dah semua takmo masuk, apa lagi. bergambar je lah kat entrance tu. i was quite pissed actually masa tu. i think my parents kinda noticed my disappointment face. it was obvious kot. rasa macam nak nangis je wuwuwu. we ended up buying souvenirs je kat Universal Studios tu. keciwa sungguh. lepas tu, berjalan jelah kami kat area sentosa resort tu. singgah Hard Rock Cafe beli lanyard. pastu kat waterfront, tu apa lagi. bergambar lah weols.
ok ok group photos everyone! as usual, odah tak masuk dalam gambar.
*snap*
erkkk kenapa posing masing-masing ala-ala senget?
anyway, masa kat Sentosa tu kan, gila babs gua lapar beb. ate, makan mihun goreng pukul 9 pagi je untuk alas perut sampai pukul 3, mana teman tak lapar. nasib baik sana ada KFC. tapi agak wondering jugalah halal ke tak ni. then bila belek-belek poster kat pintu masuk KFC tu, ada logo halal. apa lagi me and my sister pergi beli makanan. tapi masa tu macam fikir mahal jugalah. bayangkan kami beli chicken wings yang kecik-kecik tu and cheesy fries semuanya dalam S$10. kalau darab ringgit dalam RM23. mahalll woo. tapi kalau dah asyik semua nak darab duit kita kebulurlah pula. redah je beb makan chicken wings (mcm ala-ala popcorn tu) share dengan 6 orang. ambik ko. semua melantak tapi tak minum air. hebat. haha.
lepas dah jalan-jalan kat Sentosa, kitorang pun pergi Vivo City balik to get our cars. from Vivo City, mak dah request nak pergi satu tempat kat Singapore yang ada bangunan cantik-cantik. my dear cousin, Kak Pika yang teramatlah familiar dengan Singapore (dah almost everyday masuk sebab selalu ada kerja kat sana) pun bawaklah weols ke Marina Bay. on the way nak ke Marina Bay, i terasa macam kat New York uols. dengan skycrappers tinggi-tinggi serius terasa macam kat Times Square New York walaupun tak pernah jejak sana. Tak salah saya area tu nama dia Robinson Rd kot. (please kepada Singaporean yang ada baca blog saya, correct me if i'm wrong ek). totally love the feeling macam ala-ala Sex In The City kalau pakai designer clothes lah kan kehkeh. imaginasi melampau.
bangunan cantik-cantik kat area Marina Bay. Nampak tak 3 building tapi kat atas tu dia cantum nampak macam kapal selam tu? that's a hotel actually. apanamanya tah den pun tak tahu. atas yang bentuk kapal tu is the poolside area (again, correct me if i'm wrong). my cousin said kat hotel tu bawah ada casino.
oleh kerana masa mencumbui eh eh mencemburui kami, niat mak hendak bershopping di Orchard Road tidak kesampaian. it was almost nightfall dah. so pulanglah kami ke tanah air. sob sob. rasa tak puas sebenarnya kat sana.takpe takpe, i will come back again. maybe masa raya nanti ke kan. wahhh curlasss gi beraya kat singapore. dah waktu tu je yang saya balik JB. huhu. oh ye, masa kat JB lepas dah balik dari Singapore tu kan, kitorang pergi makan seafood dekat tengah laut near Tanjung Pelepas. yes, you read it right. dekat tengah laut. dah kena lalu jeti nak gi restoran tu, mestilah kat tengah laut tu kan. huhuh.cehh berlebih plak ko. takdelah tengah mana tapi macam kalau jatuh kat tepi restoran tu confirm lemas. lemas kalau tak tahu berenanglah kan macam beta. haha.
so, that's about it. panjang kan karangan UPSR saya yang bertajuk 'Kenangan Percutian Saya Di Pulau Temasek'. mesti cikgu pening nak right. sekejap english, sekejap malay. hehe. that's how i spent my (almost) Chinese New Year holiday. or should i say, my Federal Day holiday. or maybe just a holiday. yup, let's keep it simple shall we. eh apa aku merepek ni...
Wednesday, February 2, 2011
flood
seriau rasa bila tengok banjir teruk yang melanda segamat minggu ni. bayangkan kat highway pun boleh nampak. rasa macam sikit je lagi boleh naik paras highway kalau hujan tak berhenti. saya siap ternampak lembu tengah makan daun kat pokok tapi nampak tang kepala dia je. kira paras air dah sampai tinggi badan lembu tu dah. kesian lembu tu.
nampak tak lembu tu? cuba korang tengok betul-betul kat gambar tu. ok, rapat lagi. cuba besarkan salah satu gambar tu. nampak tak kepala lembu tu? kalau korang nampak, korang memang hebat. sebab takde pun lembu tu macam mana korang boleh nampak ni? hihihi. odah tak snap lah gambar lembu tu, masa tu terkejut campur kesian. tak sempatlah odah nak snap.
*entry about my singapore trip will be update later. belek-belek gambar dulu nooo pilih yang mana cun baru boleh buat entry. ceh cover line. padahal mood tidak rajin melanda diri. siusiusiu.
Subscribe to:
Posts (Atom)