jumaat hari tu, dapat miss call dari zura. bila tengok nama zura kat skrin phone tu macam agak cuak sikit. aishhh kenapa zura, wife mengat call ni? megat hilang ke? dia tak balik rumah dah 2 hari ke? saspen odah ni. so, saya pun call zura balik. rupanya zura nak jemput datang ke birthday party si mengat sabtu esoknya tu (19/2). kus semangat. terus odah cakap 'nak joinnnnnnnn!!!!'. tak sampai sesaat fikir. kehkehkeh. zura explained lah dia nak buat makan-makan sikit jemput beberapa budak-budak OAS yang zura kenal tapi megat tak tahu yang kitorang nak datang. yes, i still consider myself as one of them walaupun dah nak dekat setahun berpisah tsk tsk tsk..eh tetiba terluah perasaan kat sini cewahhh. anyway, sukaaaa sangat surprise surprise ni walaupun kadang-kadang saya ni bukanlah suka disurprisekan sebab selalu tak tahu nak bagi reaksi macam mana cewah... * bagi hint kat dd and rosa untuk birthday saya nanti lol! *
birthday boy man with wifey! matching outfit giteewww... ;p
majlis dalam pukul 3 macam tu tapi ada budak yang bernama ezzan tu lambat sebab tak perasan jam dah pukul 2.15 tapi tak gerak-gerak dari rumah padahal janji nak jumpa rossa dan aida pukul 2.30 kat OAS. panggg sikit itu budak. pukul 3 baru gerak dari putrajaya berarak ke Sungai Merab, ke mahligai (wah kemain) megat dan zura. sampai-sampai terus saya jerit..."megatttt you're old!!! dah sebaya dengan ros!!" hahahah...
masuk-masuk je rumah, terus 'wahhh besarnya rumah megat'...orang kaya siot. patutlah tak pernah nak jemput datang rumah ececeh. borak sikit-sikit pastu terus ke acara red carpet - potong kek. semua makanan dimasak oleh chef zura. wahhh sedapnya carrot cake itu. dari spaghetti bolognese ke pizza ke carrot cake, ke potato wedges and fruit salad semua zura yang masak. zura kata kacang ngan yin je beli. kehkehkeh.
food fiesta nyum nyum
the guests of honour. cewah. ehh seriusnya rossa tengok cerita Hindustan 'Hum Tum'...huhuhu. oh yours truly takde lak dalam gambar ni. sebuk makan. muahaha. eh faliq pun takde. kesian dia. takpe seri ada. hehe.
bestnyeee lepak rumah megat. hehe. kalau ada bantal kat depan tv, sure dah rembat dah. ececeh. anyway, masa balik tu kan, boleh pulak zura and megat siap tapaukan kek, salad buah and spaghetti untuk kitorang. alaaaa segannya. dah lah datang birthday party orang tak bawak hadiah. sengal tak saya? yes, pergi birthday party dengan perut yang kosong. tak bawak hadiah pun. kesian megat. patutnya tetamu datang bawak hadiah, ni tetamu pulang siap dapat door gift lagi ececeh. sekarang tengah sengkek sikit sebab habis duit beli handphone. insyaAllah nanti ezzan bagi hadiah ek kat megat. wah siap tulis kat sini. hehe. saja, supaya ingat. ehh hadiah lina pun tak bagi lagi. oh my oh my.
4 comments:
kalau dd dtg, dd duduk kat mana ek dlm gambar tu, uhuk2
ruginye xdpt makan carrot cake zura uhuk2
dd : kalau dd dtg, dd duk kat dapur kot. muahahah. xpun duk sebelah megat n zura, korek resepi carrot cake...(motif? haha)
sungguh rugi anda....
duduk kat dapur.. memakan semua stock yg disimpan didapur yang tidak dihidang di ruang hadapan ;D
kheri : hahahahah....lawak lawak!
Post a Comment