Followers

Tuesday, September 27, 2011

from this moment








From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on...

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on...

I give my hand to you with all my heart
Can't wait to live my life with you, can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you...

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on...

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you...

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment...
I will love you as long as I live
From this moment on...



footnote : sedang dalam keobsesan dengan lagu ni. ye, memang lagu lama. cuma bila dengar kat ipod dengan earplug yang kedap bunyi rasa macam jiwang gila. dah cop untuk jadi lagu masa aku kahwin nanti. dan tiba-tiba rasa nak pergi kursus kahwin. terasa macam dilamun cinta la pula sekarang ni...cewah!


Friday, September 23, 2011

berhenti kerja


(ayat entri ini mungkin agak kasar)


ada sebuah masaelah.

hati aku kuat mengatakan untuk berhenti kerja. aku bosan dengan situasi sekarang. aku bosan bila orang mengadili aku berdasarkan surat. adakah kemampuan menulis surat menjadi kayu ukuran seseorang itu bekerja? adakah kemampuan mengarang ayat surat rasmi menunjukkan seseorang pegawai itu matang dalam kerjanya? bodoh! tak masuk akal! statement 'pegawai tak perlu ambil masa lama untuk deraf surat, sejam dua jam dah boleh siap' adalah paling gampang aku rasa sampai rasa nak lempang orang yang mengeluarkan kata-kata 'bangang' itu!

aku bukannya ambil jurusan penulisan surat rasmi di universiti dulu.

aku rasa amat tidak adil bila seorang pegawai teknologi maklumat (atau apa-apa pegawai teknikal seperti jurutera) diberi markah berdasarkan keupayaannya melakukan tugas-tugas pengurusan. adat. setiap syarikat mesti ada Key Performance Index (KPI) yang digunakan untuk mengukur kualiti performance pekerja masing-masing. lalu pihak atasan menggunakan alasan 'pegawai ini tidak reti buat surat, lambat buat surat' untuk memberi markah yang rendah kepada pegawai tersebut. adilkah?

sedangkan pegawai tersebut sebenarnya dan sepatutnya membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan skop kerja dia. yang berkaitan dengan bidang dia. tapi sekarang dia diadili melalui kerja yang bukan skop dia. tersasar jauh dari bidangnya. that's unfair! yes, i know..who says life is fair anyway. tapi tak bermakna something could not be done! 

aku masih muda (yes, i'd like to think under 30 is still young) lagi. aku sepatutnya masih mengasah bakat dalam bidang IT. sepatutnya masih mencari ilmu IT. sepatutnya masih belajar lagi. 2 tahun membuat programming belum cukup untuk memahirkan aku sebagai 'orang IT' walaupun 5 tahun belajar di universiti. nak kata intermediate pun macam jauh saja lagi.

sejujurnya, minda aku tak berkembang kat tempat ni. ilmu IT dan kemahiran yang aku ada walaupun tak banyak, aku rasa tak dapat dimanfaatkan disini. membazirnya aku rasa siap pergi India belajar programming tapi in the end aku stuck behind the desk doing management works. aku tak tahulah orang lain, mungkin ada yang suka buat kerja-kerja pengurusan. aku memang tidak. naluri aku (cewah) hanya pada kerja-kerja teknikal.

ye, mungkin tension bila buat programming. entah kenapa, setension-tension aku buat programming aku tak pernah lagi sampai jatuh sakit. ye, stress saya disini sampai saya sakit. tak tipu punya, doktor kat klinik sendiri yang cakap aku stress sampai effect pada hormon badan siap tumbuh bintik-bintik merah kat tangan. malu cerita tapi itulah yang terjadi. tapi percayalah...lagi tension berhadapan dengan kerja-kerja pengurusan dan orang yang atasan yang banyak songeh ini. serius tak tipu. serius tak tipu. memang sengaja repeat.

jadi disini aku nak menasihati pada mereka-mereka di luar sana yang amat berbakat dalam IT (programming, network etc) di pihak swasta, bergumbiralah! dan sekiranya anda ditawarkan untuk bekerja dengan gomen, usahlah dipersia-siakan bakat yang ada pada anda (dah macam juri AF komen dah aku ni)...bagi aku, bekerja ini kita kena enjoy. whether the surrounding or the work itself. then, baru semangat nak bekerja tu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu diseru. bila enjoy, then you will perform at your best self. and you will be one hell of a satisfied worker.

aku memang nak berhenti kerja....tapi...

....macam mana nak pujuk mak ayah supaya mereka dapat memahami kehendak anaknya yang seorang ini? dan lagi satu....kat mana nak cari kerja kosong sekarang ni?


update : sedap plak guna aku dalam entri. rasa macam matang. sejajar dengan peredaran usia. nak guna aku lah untuk entri-entri lepas ni.

Wednesday, September 21, 2011

jawatan kosong : secretary




IKLAN JAP EKKK...

korang korang ada sesiapa yang tengah cari kerja tak? atau ibu-ibu, adik-adik or kakak-kaka or sedara mara yang tengah cari kerja? kalau ada baguslah. meh sini mail lambung nak buat iklan jawatan kosong. helping out a friend.

Secretary needed urgently!!

Location : Armoured Protection, Jln Klang Lama (Tepi highway NPE)
Salary : RM1500 - RM1900 depend on experiences (negotiable)
Minimum : 1 year experience
Jobscope :
- Personal Assistant (PA) kepada Chairman Sykt.
- Pengurusan Tender-tender
- Pengurusan Rekod 
...dan lain-lain kerja secretary yang seangkatan dengannya.


Sekiranya berminat, bolehlah email resume korang ke email address ni : efza692000@yahoo.com ataupun  ed_enemy@yahoo.com ye. dia tengah menunggu dengan penuh kesabaran. kemasukan Oktober 2011. nak cepat ni.




wordless wednesday





FINALLY!













Monday, September 19, 2011

my dream home



i'm a list person. i like to list things. kalau kat office, i have my what-to-do list on a sticky note at my computer. especially kalau minggu tu gila babeng punya banyak kerja. and also when i'm shopping for groceries. i have what-to-buy list with me. it helps me to become more organized and not to overspent. in life, i have my own checklist of what i should accomplish at a certain point of age. one of it is to own a house before i turn 30. 

now, i'm 26. yes, i know. dah tua wuuuwuuu...saya ada 4 tahun je lagi untuk capai target tu. 4 tahun untuk kumpul duit supaya dapat membeli sebuah rumah impian itu. entah kenapa semalam, semangat nak beli rumah tu dah macam rasuk diri saya wah gitu. i spent the whole day browsing and surveying houses for sale online. dalam kepala memang dah ada design yang saya suka. fyi, saya takdelah suka sangat rumah besar-besar ni, leceh nak kemas. (cakap je lah kau pemalas). i'm soooo into english cottage style house. i dunno. when i look at it, i just think HOME SWEET HOME. kinda like this one.


source


cantik kan? sejuk je mata memandang. ada ke rumah style macam tu kat malaysia? see, tak perlulah besar gaban rumah tu. just nice. it looks comfy enough for a family. i even had imagined what my living room will look like. my bedrooms and kitchen and semualah. saya memang minat interior design ni. lagi-lagi kat tumblr tu banyak sangat gambar-gambar yang leh jadi contoh. berangan memang hobi yang terbaek. i love white decor. lagi pun senang nak mix n match white ni. 

white living room

white kitchen. saya tak perlukan dapur besar-besar. sebabnya bukan masak sangat pun. haha.

white bedroom. cantiknyaaa....


kemainnnn kau peah berangan over tau. tapi bestkan berangan-angan pasal decoration rumah ni. masa tu siapa yang tak kreatip pun terus jadi kreatip. anyway just to share some info with chu ols, semalam masa tengah browsing kat iproperty.com saya pun pilih lah kriteria-kriteria rumah yang dicari kan - terrace/link, area cheras/kajang/bangi, price range from RM100k - RM300k and saya pun tekanlah enter. sekali tu keluar message :

"sorry, your searched criteria returned 0 results"


wtfish?!!! gilos!! takde dah wehhh rumah murah-murah sekarang ni. semua mahal ya amat. mana nak cari duit more than 300k tu. ada sekali tu, ternampak satu rumah kat area damansara, semi-d kot kalau tak salah. rege dia sampai 6 JUTA. YA AMPUNNNN!!! tu harga satu rumah ke satu taman perumahan? julinglah bijik mata tengok harga macam tu! mati hidup balik pun belum tentu dapat kumpul duit banyak macam tu!




Thursday, September 15, 2011

happy happy day



when i was a teenage girl, i used to think that the most important thing i want to have is money. and lots of it. and who doesn't like to have money, right? with money, you can buy everything...well, almost!

but now that i've grew older and wiser, i have to agree with the saying 'money can't buy happiness'. i may want to have a lots of money to buy everything that i want in the world but at the end of the day, it all comes down whether i'm happy with what i have or not.

happiness in life is truly what i'm aiming for especially at this stage of life where i started to wonder am i gonna lead a happy life and whether i can be happy despite everything happened. i'm not saying money is not important, it still is. it's just that i want to be happy more than i want to be rich. tak semua orang kaya itu bahagia.


gambar hiasan - tiada kaitan dengan entry pun. hehe...

Wednesday, September 14, 2011

wordless wednesday





congratulations to my infosys buddies on getting hitched - Akma & Afifi!





Monday, September 12, 2011

oh baby baby baby...



masa zaman sekolah menengah dulu kan, saya adalah peminat cerita Taiwan. especially masa zaman tu cerita Meteor Garden adalah super popular tahap dewa. obses ok dengan F4 semua tuh. siap bolehlah jugak menyanyi lagu cina. yang tak boleh tahan tu motip saya siap beli album F4? original lak tu? kumpulan duit belanja semata-mata nak beli album dorang. kerlas gitu. macamlah faham kan dorang nyanyi apa. nak google masa tu zaman susah nak dapat internet, kat cyber cafe je boleh online. (eh kenapa dulu takde internet boleh je hidup, tapi sekarang kalau tak online mesti macam gelisah? hehe!)

nak dijadikan cerita lah kan, satu hari tu saya nyanyilah bagai nak rak lagu Can't Lose You kat rumah, soundtrack Meteor Garden 2 yang F4 nyanyi tu kan...ingat tak? ala yang lagu dia 'Oh baby baby baby...my baby baby baby...' (jangan lak korang nyanyi nada lagu Baby Justin Bieber)...



segala patah perkataan cina tu saya nyanyi. pastu kena tegur dengan makcik..

"kau tahu ke apa maksud lagu tuh duk nyanyi-nyanyi lagu cina tu? sedap-sedap je nyanyi entah-entah dia nyanyi 'mari makan babi mari makan babi'...."

LMAO!!! saya gelak guling-guling!! aigoo makcik oiii makcik oii...takkanlah dia nak suruh makan babi kot. lawak je makcik iols ni. ala makcik ni pun, macamlah saya takde kawan cina kat sekolah tu. minta je dorang translate kan. habis celita woh. takut noo saya nyanyi bukan-bukan. hahaha....




Sunday, September 11, 2011

the cave of the golden rose



korang pernah tengok tak cerita ni? what?! tak pernah ke?  *gasp!*  mesti korang 90's babies or lahir on the 21st century kan. sayangnyaaa korang missed out on one of the greatest drama on tv. well, greatest according to me lah kan. heehee. for those of you yang sebaya-sebaya 'muda' macam zamri rockers kan *cough* mesti korang pernah tengok kan or maybe heard of it...i was still in primary school (darjah 6 kot) when i watched this series. obses ok obses. rasanya masa tu hampir satu sekolah duk cerita pasal series ni lagi-lagi saya yang sekolah perempuan. ramai lah asyik-asyik duk sebut-sebut nama ramualdo lah, tarabas lah. yours truly dah of course lah tak terkecuali heeee  (^__^)v

siapa yang saya suka? d'uh! dah tentu-tentulah yang paling hot, yang paling handsome, yang paling smart, yang paling awesome, yang paling mempunyai mata yang cantik, yang paling...yang paling hot sekali (eh dah cakap hot tadi ek)...tak lain dan tak bukan....




THE-LOOK-ME-IN-THE-EYE-AND-LET-ME-MESMERIZE-YOU TARABAS!!

[source]
oh those eyes!!! i feel like a teenager once again. yes, i know.
he's sooo johnny depp look-alike. sebab tu mak jemah suka uols. haha. 


and sekarang ni TV9 is showing the drama once again after so many years at 10pm, every Sunday night. yeayyy!!! so excited. saya yang tak pernah-pernah tengok rancangan kat TV9 ni terus tangan laju je tukar channel. jangan lupa tengok ye pada yang fanatik-fanatik macam zamri rockers ni (kejap jemah kejap zamri iols pun konpius)...pada yang tengah mengandung baby boy ke, tataplah muka tarabas supaya anak anda ada iras rupa dia nanti jadi iols boleh jadikan adik angkat (nak ngorat macam tua noo dah)...kalau baby girl, tatap lah muka fantaghiro ni nanti jadi gojesss macam dia. hihi...




malam mingguku kian terisi...woohooo!!

Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday




source





Tuesday, September 6, 2011

suatu hari di hari raya



pheeuuwwww....

11 hari saya cuti uols. bestnyaaa cuti kan. sukanyaaaa lama-lama cuti ni. rasa dah macam nak cuti sampai hujung tahun takmo dah kerja. over. so how was your raya holidays? mine was...bolehlah. i love the holidays but not the raya itself. boleh plak kan. sebab apa tak suka raya? toooooo much of family drama. urgh! benci sangat. well i'm not gonna scribble about what happened in here. dah susah sekarang ni. blog pun bukan rahsia sekarang ni kan. ada je nanti mulut-mulut jahat yang suka kot tengok orang bergaduh ni pastu sampaikanlah berita yang tak betul. just saying. not that i accused anyone pun.

enough about that. anyway, tema raya tahun ini adalah merah. kerlasss kau jah. merah mak ngah. sangat. dah lama dah decide merah ni since march ke april. and tahun ni saya ada perasaan nak overdiva lalu memilih kain lace untuk dijadikan baju raya. kerlas kau jah lagi. almaklumlah, nak kahwin lambat lagi tapi dah tak sabar nak pakai lace. tu yang terus buat baju raya. hehe.




my baju raya yang merah mak ngah


tahun ni raya sederhana. meriah kat KL tapi tidak di JB. maybe because my cousins came here to celebrate the 1st raya at my house. tu yang terasa meriah sangat. this is kinda their first time sambut syawal kat luar JB since my cousin kerja kat Penang and start cuti masa malam raya. kira on their way back to JB diorang singgah beraya kat Cheras. terasa gembira sangat. mak masak laksa johor. lagi lah saya suka. did i tell you how much i love laksa johor? it's my ultimate favourite laksa. second comes laksa sarawak. untuk sesiapa yang tak tahu and nak tahu (yang tak nak tahu skip this part ek), my abang cik (my male cousin) married a melanau iban sarawakian (kak pika), who was a christian before converting to Islam about 6-7 years ago and they have a 5 years old son, irfan whom i love to death. kak pika brought along her cousins (who is a melanau chinese) to my house untuk sambut raya and we were having a blast. dah rasa macam 1 family je even though baru 1st time jumpa. yes, very the 1Malaysia kan family saya.


kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada yang mengenali...
ikhlas dari Yusop & Redza sekeluarga di Tokyo, Jepun
.berangan tak hengat. haha poyo.



this time around takde gambar makanan. too busy talking and layaning si irfan kecik tu. after spending some minta-maaf moments, we went to visit my grandma (on my father's side) in Kg. Pandan for some food feast (lagi!) but the rest went straight back to JB. kat rumah nenek makan lagi. this time makan ketupat. ye ketupat ek bukan nasi himpit. rendang, lodeh pun ada. tapi kan tapi kan...baru sedar sesuatu. sampai laaaa ni belum rasa sedikit pun kuah kacang. yup. banyak banyak rumah pergi takde pun orang buat kuah kacang. nak kuah kacangggggg. sedapnya ketupat dengan kuah kacang...nyum nyum. 

aktiviti kat JB sama jerr macam tahun-tahun lepas. malam tidur hotel, siang beraya rumah saudara mara, sahabat handai. melawat kubur arwah nenek and atuk. cuma kali ni we had the opportunity to visit the site which was once i called kampung saya. sekarang kawasan tu dah jadi padang jarak padang tekukur dah. sedih je rasa tengok tempat kitorang membesar berkumpul ramai-ramai jadi macam tu. dah tak tahu dah mana tapak rumah kampung saya dulu. sob sob.

...di Kg. Melayu Pandan, Johor Bahru. semua dah takde...

so that's basically it. 3 days 3 nights in JB. a lot of dramas. a lot of tears were shed. a lot of food were stuffed down the throat. a lot of money were given. and also dapat duit raya gak walaupun dah besar gabak ni. tak kesah lah kan berapa janji dapat duit raya. kau hado? haha. anyway, that summed up the whole holiday. geez...this entry should be titled 'what i did last raya' kan? haha...




footnote : aaahhh tidak!! tidak!!....tak bestnya dah masuk kerja balik. nasib baik minggu ni 4 hari je kerja sebab saya cuti semalam. dan minggu depan 4 hari jugak thanks to hari malaysia. and rasa nak amik cuti sehari pada minggu lagi satu tu monday maybe. nak 4 hari gak je kerja. dasar pemalas kau perempuan. huhu...





Sunday, September 4, 2011

egois



ego. semua orang ada ego masing-masing kan. yang membezakan cuma tinggi atau rendah je. saya? jujurnya saya bukanlah seorang yang mempunyai ego yang tinggi. tapi bukanlah tak ada ego langsung. dan bukan juga ego memanjang takmo mengalah langsung. melampaulah tu kan. cuma...mungkin bergantung kepada siapa. kot. dan juga situasi. 

contoh paling mudah. masa mohon maaf semasa raya. entah kenapa among my peers i can easily say i am sorry. dengan kawan ego tu teramatlah kurang. tapi bila berdepan dengan orang yang kita tak suka, bila tang nak ucap 'mohon maaf atas segala kesilapan' tu rasa macam berat sangat. tak terucap. teringat masa officemate ajak pergi salam minta maaf dengan bos masa before cuti raya tempoh hari, ayat yang terpacul keluar dari mulut adalah..."perlu ke minta maaf dari dia?". otomatik keluar tanpa terfikir pun. terkejut orang bila saya cakap macam tu. nampak noo kejam kan.

"ego ezzan tak mengizinkan ezzan minta maaf dengan dia. nak buat macam mana..." terus terang saya cakap. statement balas dari officemate adalah ish tak baik macam tu. tapi dah hati ni tak merelakan. takkan sesaja pergi salam tapi tak ikhlas. lagi jahat kan. dalam hati macam ahh, macamlah nak kena sujud dengan dia minta maaf bagai...tapi being a good girl as i am, pergi jugaklah kan ikut officemate jumpa bos. cuma perkataan yang keluar dari mulut adalah 'selamat hari raya'...and bila dia cakap 'maaf ye salah silap terkasar bahasa selama ni'...nak tahu saya balas apa?..tahu pun!....wah kejamnya uols nak cakap camtu. dalam mimpi boleh lah cakap camtu kan. haha. dok eh, tak cakap pun lagu tu. saya cuma balas 'saya pun'...kerlasss kau takmo keluarkan perkataan maaf tu.

kejam? biadap? jahat? say whatever you want. yang selalu kena hentam, kena sound sana sini tanpa adab budi bahasa adalah saya. bukan anda, anda dan anda. hati saya hanya saya yang tahu. sakit saya tak siapa pun tahu. jadi biarlah ego saya sebegitu. ego yang tak tinggi tapi sederhana. ego yang sedikit sebanyak membantu saya untuk menjadi diri saya sekarang.






Saturday, September 3, 2011

kisah dongeng saja



i've been listening to this song for quite awhile during the raya holidays. fell in love with it the first time i heard it playing on the radio. can't seem to get this song outta my head. terlalu suka...



........

Mencintai aku dengan seadanya 
Mencintai aku bukan kerana rupa 
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

.........




Thursday, September 1, 2011

menyambut syawal


[sticky entry]

we're just a few days away from waving goodbye to the Holy Month of Ramadhan and saying welcome to the month of Syawal. how was your Ramadhan so far? mine was and still is a lot better than previous years. Alhamdulillah, i managed to performed terawih on many nights, i'd be lying if i say i managed to do it every single night but it was much more than before. syukur. and i really like this year's Ramadhan. why? because i cooked and baked a lot during this month, which was surprisingly 'NEW' for me as i don't like to be in the kitchen. at all. doa emak maybe nak anak dia kahwin cepat tu yang tetiba rajin masuk dapur. hehe.

sedih dan sayu rasanya nak berpisah dengan Ramadhan kali ini. suka sangat bulan yang mulia ini. bulan ni rasa macam everything is at peace. takde terkejar-kejar dengan kerja. kat office pun macam relax sikit. kira macam siang hanya untuk bekerja. malam untuk beribadat. rasa tenang sangat. hidup pun lebih teratur. entah kenapa saya rasa macam nak ramadhan ni lama sedikit. tapi kita Hamba Allah, bukan hamba Ramadhan kan?   (ambil ayat Id kat fb dia)

let's be honest. i don't think i am that thrilled to celebrate this coming raya. (gasp!) why? well, as usual family drama. which is something i'm used to because we kinda had it almost every year. it's like a ritual stuff or something. some of you might not understand the position i'm in. i have suchhh complicated relationship with my own family and relatives. but don't get the wrong idea. it's not that i don't love them, it's just sometimes you can't help feeling a little annoyed. well, you know what they say, you can't choose your family. but what the heck kan, raya tetap raya. i shall put those 'drama' thing behind and pretend that i don't give a shit (oops!) about what happened. i'm good at pretending, ya know...

anyway, it'll be a really looonnnngggg holiday which i kinda like (hey, who doesn't right?) because i can finally breathe a little after all the hardwork. 11 days of heavenly holiday! the longest so far for me. yeay!! i'll be spending my first raya here in KL as usual and later on, we'll be heading to Johor Bahru to visits all the relatives there. and if ada duit lebih sikit, planning to head down to Singapore for some USS trip. but itu hanya rancangan. tak muktamad pun.


so i would like to take this opportunity to wish all my friends and my beloved readers 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' and if any of my entries written here in this blog ever offended anyone, i am really truly sorry. please do come to my house. not sure if this year my parents decides to host the open house event but anyone is welcome to come. siapa-siapa nak datang nanti saya bagi alamat ye.

...and for those workaholics out there, remember....

"Your job won't take care of you when you fall sick! 
Your family and friends will...
So be home for the holidays!"



LOTS OF LOVE WITH HUGS & KISSES