Followers

Sunday, September 4, 2011

egois



ego. semua orang ada ego masing-masing kan. yang membezakan cuma tinggi atau rendah je. saya? jujurnya saya bukanlah seorang yang mempunyai ego yang tinggi. tapi bukanlah tak ada ego langsung. dan bukan juga ego memanjang takmo mengalah langsung. melampaulah tu kan. cuma...mungkin bergantung kepada siapa. kot. dan juga situasi. 

contoh paling mudah. masa mohon maaf semasa raya. entah kenapa among my peers i can easily say i am sorry. dengan kawan ego tu teramatlah kurang. tapi bila berdepan dengan orang yang kita tak suka, bila tang nak ucap 'mohon maaf atas segala kesilapan' tu rasa macam berat sangat. tak terucap. teringat masa officemate ajak pergi salam minta maaf dengan bos masa before cuti raya tempoh hari, ayat yang terpacul keluar dari mulut adalah..."perlu ke minta maaf dari dia?". otomatik keluar tanpa terfikir pun. terkejut orang bila saya cakap macam tu. nampak noo kejam kan.

"ego ezzan tak mengizinkan ezzan minta maaf dengan dia. nak buat macam mana..." terus terang saya cakap. statement balas dari officemate adalah ish tak baik macam tu. tapi dah hati ni tak merelakan. takkan sesaja pergi salam tapi tak ikhlas. lagi jahat kan. dalam hati macam ahh, macamlah nak kena sujud dengan dia minta maaf bagai...tapi being a good girl as i am, pergi jugaklah kan ikut officemate jumpa bos. cuma perkataan yang keluar dari mulut adalah 'selamat hari raya'...and bila dia cakap 'maaf ye salah silap terkasar bahasa selama ni'...nak tahu saya balas apa?..tahu pun!....wah kejamnya uols nak cakap camtu. dalam mimpi boleh lah cakap camtu kan. haha. dok eh, tak cakap pun lagu tu. saya cuma balas 'saya pun'...kerlasss kau takmo keluarkan perkataan maaf tu.

kejam? biadap? jahat? say whatever you want. yang selalu kena hentam, kena sound sana sini tanpa adab budi bahasa adalah saya. bukan anda, anda dan anda. hati saya hanya saya yang tahu. sakit saya tak siapa pun tahu. jadi biarlah ego saya sebegitu. ego yang tak tinggi tapi sederhana. ego yang sedikit sebanyak membantu saya untuk menjadi diri saya sekarang.






No comments: