Followers

Monday, January 9, 2012

pre-holiday story




maaflah lambat update pasal trip ke london. like i mentioned in my previous post, i'm down with fever and flu. siap ambil mc sehari. kiranya last week aku kerja sehari je. lagipun nak karang cerita yang seminggu lebih memerlukan inspirasi terlampau. 

plan nak gi London sebenarnya banyak kali berubah. mula-mula yang pergi hanyalah parents iols je. sebab macam tahun lepas juga, dorang takmo bawak anak-anak. kalau nak, guna duit sendiri. huh. aku ni plak, bila dengar je dorang nak gi London, memang meluap-luap sangat nak ikut. orang kata rezeki Allah nak bagi kan, dapat gak aku kumpul duit sendiri. duit dari bisnes Premium Beautiful. syukur. kiranya dalam tangan aku ada 4 ribu. dah get ready dah. nak dijadikan cerita kan, parents nak pergi 20hb  Disember. tapi aku plak ada kursus dari 19hb - 23hb Disember. pikir punya pikir punya pikir, takpelah aku gi lambat pun ok gak. ok, setel satu masaelah.

satu lagi isu timbul. "mak rasa nak pergi korea lah, kita gi korea lah. cancel London!" hadoyaiiii....nasib baiklah tak pergi booking lagi tiket flight. then, kira-kira bajet nak gi korea terlebih sudah. at least RM5 ribu sebab ikut pakej tour kan. kenapa lebih dari gi London? sebab kat London dah ada rumah. and jalan ikut suka, takde nak ikut-ikut orang. kira macam all you need is just duit poket. pujuk mak lagi..."mak, korea tu bila-bila masa pun boleh pergi. ni London mak, dah siap ada tempat tinggal lagi orang offer bagi guna. bukannya senang nak gi London ni!"...then, kata putus terakhir : okay. LONDON.

yessss!! so, sibuklah aku gi survey ticket price. dalam pada survey-survey tu, KLM lah masa tu paling murah. tapi masa survey tu aku survey untuk dua orang je. aku dan meera. sebab si eqah takde duit kan. (meera dapat pengecualian sebab dia masih belajar. so ayah bayarkan untuk dia. huh. nyampah). pastu ayah kata oklah ayah bayarkan tapi eqah kena bayar balik. eqah pun macam aku jugak. tak dapat nak cuti lama-lama. so weols pun decide nak pergi on the 24th. balik saing sekali dengan mak ayah. 31hb Disember. tiket sorang RM3600. kiralah sendiri kalau 3 orang berapa ek.

the trip to london has been confirmed! at last! excited gila vavi lah. lepas tu kan, boleh pulak kursus yang patut aku attend dari 19hb - 23hb tu ditangguh ke Januari 2012. hot siot mak jemah. sebab rasa macam afafasal tak gtau awal-awal, kalau tak tentu iols dah pergi saing sekali dengan mak ayah.

and then, dapat exciting news. bulan 12 kan dapat bonus. at the same time, duit claim pun dah masuk bulan 12 tu. berganda-ganda lah keexcitedan mak jemah. yes, ada duit belanja. so, that's basically some pre-holiday story that i'd like to share with my readers. nantikan ek kisah travel iols lagi pasni ye. tungguuuuu....



No comments: