aku jenis orang yang merancang cuti. awal tahun, dapat je kalendar aku akan check cuti umum dulu. then, baru aku bulatkan hari mana yang patut aku cuti. dan selalunya aku akan pilih hari yang cuti umum tu dekat-dekat. kira macam kalau aku ambil 3 hari cuti + 2 cuti umum, aku akan dapat seminggu cuti. orang kata plan baek punya.
contoh macam raya nanti kan. kalau ikut kalendar ni, raya 19 dan 20 Ogos. ahad isnin. confirm selasa pun cuti. so aku hanya ambil 3 hari saja cuti from 22 - 24. dapatlah 9 hari cuti. takpun nanti bulan november, ada cuti deepavali dengan awal muharram yang jatuhnya dalam minggu yang sama. 13 deepavali (selasa) dan awal muharram 15 (khamis). so, confirm aku akan cuti 12, 14, 16. kadang aku cuti tak buat apa pun, berehat-rehat kat rumah. balik JB ke. pergi ireland ke. ececeh. hahah.
jadi bila aku dah plan hari mana aku nak ambil cuti, senang sikit aku nak kawal setahun tu berapa hari cuti yang aku nak bawak ke tahun hadapan. dan senang juga planning untuk bercuti ke obersea. aku kalau boleh takmolah spend cuti aku banyak sangat. sebab aku pun dapat 25 je cuti setahun. tu yang nak kena pepandai arrange holiday supaya pergi holiday masa cuti umum.
sebenarnya, motif aku tulis entri ni sebab aku baru lepas survey tiket flight. nampak noo aku takde keje kan. kawan sekolah aku ajak pergi dublin tahun ni. mula-mula dia ajak pergi bulan mei. tapi, gila kauu aku baru balik london kot awal tahun ni. jadi momentum nak jimat duit tu slow. aku cadang kat dia pergilah hujung tahun. sempatlah gak aku nak kumpul duit kan. tu yang kononnye plan macam nak pergi yang cuti bulan 11 tu. tapi plan je lah kan dulu. kang kot-kot mak aku lak ajak gi korea tetiba, mestilah aku nak gi korea jumpa haroro kan.
ala...lagipun, tah-tah aku tak sempat pun nak kumpul duit. satg ada yang bulan 11 tu aku pergi jalan-jalan kat universal studios singapore je.
No comments:
Post a Comment