Followers

Tuesday, August 28, 2012

OMK : hana kimi versi korea


kembali kita ke segmen 'oh my korea!' setelah berehat selama sebulan, diacarakan oleh pengacara kesayangan anda.....ezzan minho! seperti sebelum-sebelum ini, segmen OMK akan memaparkan drama-drama korea yang saya rasa berbaloi ditonton mengikut selera saya. haha.....sejak bila tah blog aku ni ada segmen kdrama... 
 
ikenai taiyou na na na na...

pada yang sangat obses dengan drama Hanazakari no Kimitachi E - drama jepun yang super kelakar, super best, tengok berulang kali pun tak bosan....another version is coming out guys! bagi aku, drama Hana Kimi yang jepun ni the best jdorama lah so far. so, when i heard that the korean are also producing their version of Hana Kimi, i get so excited. nak tahu sapa akan pegang watak Sano Izumi, Ashiya Mizuki dan yang paling penting...Nakatsu!!!!

now, i present to you the korean version of Hana Kimi - To The Beautiful You

Sulli (Jae Hee a.k.a Ashiya) &  Minho (Tae Joon a.k.a Sano)
handsomenyeeeeee Minho


sekarang ni dah 4 episod aku tengok. so far, dari segi jalan cerita aku rasa not bad, first episod dah gelak-gelak...cuma yang aku frust....bab karakter especially yang melakonkan watak Nakatsu. tak segila dan tak sekiut Ikuta Toma!!! uwaaaa.... Nakatsu lah pembuat aku gelak selalu. pastu ketua dorm korea tak segila ketua dorm jepun. alaaaa....dorang penceria cerita tau. and also doktor sekolah tu. tak se-best doktor jepun tu. 

tapi aku rasa tak fair lah kan, baru 4 episod aku dah judge the book by the looks (peribahasa baru). takpe, let's give it a try...


Monday, August 27, 2012

green raya day


ANNYEONG NAE CHINGU YAHH!!!
(translate : hello my friends)
seperti biasa, kesesalan timbul sebab tak ambil cuti 4 hari minggu ni. kalau tak tentu dah berjimba relax kat rumah. lagipun macam best je kan, amik cuti 7 hari untuk raya tapi dapat 2 minggu. naik balik kerja september nanti. pergh. memang heaven kalau buat macam tu. kenapalah aku tak terfikir masa nak mohon cuti aritu..... (T_____T)

as told in my previous post, tahun ni tema warna adalah hijau terang. tak sangka plak sama tema dengan famili abang chik, cuma tona warna je berbeza. they went for hijau lumut. seperti biasa, tahun ni beraya kat johor bahru. tiap-tiap tahun memang akan balik JB lah. pernah ke tak balik. cuma tahun ni, we went back earlier. balik lepas last terawikh jumaat sebelum raya tu. selalunya previous years, weols celebrate raya kat KL dulu sebab masa tu arwah nenek belah ayah masih ada. tahun ni suram sikit sebab i have no grandparents left. tsk tsk. but nevertheless, life has to go on kan. 



first day raya, macam biasa ada laksa johor. mak den buat. sodap sangat. and kat rumah makcik buat ketupat, rendang, serunding, kuah lodeh segala bagai lah. huh penat je lost 4 kilos during ramadhan tapi masuk je syawal makan macam tak hingat dunia. bila ramadhan boleh plak kan tahan lapar. oh ye, raya tahun ni agak sederhana sebab tak pergi beraya sangat. boleh? haha. lepak lepak dengan cousins je. walaupun sederhana tetap meriah sebab tahun ni takde 'drama swasta' dah like last year. ahh history history. toksah dikenang dah. well, aku masih lagi dapat duit raya tahun ni. wah wah walaupun lima ringgit, i suka sangattt...nampak tak betapa i tak dimamah usia, orang masih ingat aku belajar lagi....*tddmka*


here i am wearing a green tudung bawal on the fourth day. yes, tudung bawal. aku yang memang seorang pemalas nak gosok baju telah membeli tudung bawal. satu keajaiban *tddmka* tapi masa aku pakai ni, aku tak gosok pun. haha.ok, motif aku tepek gambar aku yang control ayu gila vavi ni sebab nak kepohchi beritahu yang aku beli tudung bawal hijau tu kat Jalan TAR dengan harga.............................................wait, for it..........enam hinggit jeeeeerrr uols. iye. murah je tudung tu. tapi aku pakai style shawl lah. tepek brooch kt tepi telinga. oh ye, tudung tu aku ambik kat tempat yang dorang longgok-longgok je. mak jemah memang tak kesah sangat tudung murah-murah ni asalkan ok dan cun.


footnote : second day of raya, aku pergi ke JPO. boleh? hahaha...dah takde keje lain kan. dats why takde gambar raya kedua untuk entri ni ;) raya ketiga plak aku pakai jubah hitam je. jubah yang aku pergi kerja. kehkeh. sebab malas nak berlawa-lawa. ewah...


Wednesday, August 15, 2012

raya sakan


*  tema warna raya tahun ini :)  *



malas nak buat ucapan panjang-panjang. okthxbai.

Friday, August 10, 2012

Holiday in London & Paris for FREE?!

note : advertorial


OMO!! OMO!! Seriously? Like...seriously?? You mean...both cities?!

credit
credit

yes, yes my dear...you have a chance to go to London AND Paris.....and it's all for FREEEEEEE!! tak perlu keluarkan duit untuk flight, hotel, makan dan transport kat sana. that is all being taken care of. yang korang perlu keluarkan hanyalah duit untuk shopping saja. sounds like OHSEM kannn...bayangkan pergi Harrods, jalan-jalan kat Oxford Street, jumpa Kate Middleton kat Buckingham Palace (kalau terserempak lah kan...hehe)...and gosh, pergi sightseeing di Eiffel Tower!!! oh Eiffel I'm in LOVE oledi....Disneyland Paris lagi! wahhh ni lagi best ni.


siapa nak ikut?! 
email me and i'll show you how you can be a part of this trip
ezzan.my@gmail.com




Thursday, August 9, 2012

comellah boss saya ni


isnin lepas, aku ke Kota Kinabalu untuk attend meeting. yes, meeting je pun. bukan kena pergi kursus kat sana ke apa. flight pergi pukul 9.20 pagi, meeting pukul 2.30 petang dan flight balik pukul 6.50 petang pada hari yang sama. yup, aku balik hari okesss. dah macam business woman dah. cuma takde private jet je. cewah.

sampai KK dalam pukul 11.30 macam tu. bila aku kat KK kan, baru aku rasa best giler boss aku ni. motip boss aku yang ajak pergi pasar ikan, pasar Philippine dan pasar kering? "saya nak cari ikan bawal lah!" statement yang keluar dari mulutnya. comelkan boss aku ni. heheh. oh ye, boss saya lelaki ok. dia stock ayah-ayah. satu yang tak tahan, bila dia suruh aku..."ezzan, you tolong pilihkan brooch untuk isteri saya? sekarang trend macam mana?" wah gituuuu....curlass kau jah. jadi brooch consultant plaks kan. "you beli tak butang baju melayu untuk boyfriend?" wah wah wah boss aku ni nak bergosip lak. masa ni aku dah habis gelak dah. hehe. terasa macam bersembang dengan ayah je. bila aku balas "takde!" dia kata "takkan tak beli untuk boyfriend...." pastu bila aku balas..."bukan takde tak beli tuan haji, takde tu maksudnye takde boyfriend" pastu kitorang gelak sesama. haha. yang memborongnya dia, aku tak beli banyak mana pun. lagipun adik aku pun baru balik dari sabah bulan julai hari tu. boleh pulak dia cakap "apa laa ezzan, datang KK tak shopping banyak.." aku lak balas "...saya tak plan pun nak jalan, so duit yang bawak pun tak banyak..." ;)



pastu petang tu, lepas dah habis meeting masa kat airport, boleh pulak boss aku ni stop kat kedai diamond. wahdushhhhhh dahsyat nooo. aku tak pernah lah nak stop kat kedai emas kalau jalan sengsorang. dia terus masuk kedai diamond tu bila nampak sign SALE 50%-70%. ingatkan nak beli untuk wife dia ke kan, sekali tu dia cari cincin untuk dia. tak ke comel boss aku ni? aku terhibur sangat. haha. aku pun apa lagi kan, duk try lah segala cincin yang ada kat dalam kedai tu. tapi serius, memang aku rasa murah. cincin yang regenya rm1k jadi rm500 je. dah lah blue sapphire diamond laks tu. style dia macam design cincin kate middleton lagi. boss aku plak siap cakap "...xmo ambik satu ke ezzan?" gulp. nak ambik satu? aku bawak duit rm100 je. rm60 dah habis kat pasar dah tadi. ada ke cincin diamond 40 hengget? "...saya tak mampu nak beli cincin macam ni tuan haji, saya mampu stok-stok cincin kat pasar tadi je..." gelak lah lagi weols.

anyway, flight aku pukul 6.50 kan. KK lak buka puasanya 6.33. tapi 6.30 kitorang dah kena board the flight. aku bawak masuk air je and some cookies je dalam beg. pastu masa kat pintu masuk tu, aku nampak orang lain ada yang bawak masuk dunkin donuts lah, marry brown lah. aku lak macam terkesima. boleh ke bawak masuk flight semua tu? sekali rupa-rupanya boleh. aaahhh kalau aku tau aku dah beli dah burger tadi. sebab dinner is served dalam pukul 7.45 masa tu. waaah belapar lah i. lagi-lagi, ada bad weather right after take-off tu so they couldn't served the food sooner. berkoroncong untuk ana lah perut aku ni. tapi ni kira first time lah aku berbuka dalam flight. selalunya orang berbuka dalam kereta kan. aku berbuka dalam flight. hehe.

my iftar. chicken briyani. yg paling sedap adalah kitkat iteww



Wednesday, August 8, 2012

quiche ayam, cendawan & bayam robek hatiku eh ah eh ah


amacam? ada ala-ala macam masakan azwan ali tak nama makanan yang aku masak weekend lepas? muahaha. as usual, weekend adalah program ketuk-ketukkkk ramadhan bagi iols. so, kali ini kak joyah ingin mempersembahkan hidangan quiche. apa itewww quiche adik-adik? well, quiche ni bagi yang tak tahu is a bit like a pie without the pastry top. tu dalam bahasa mudahnya. nak lebih spesifik, google la der.

                                                 this is a pie                                                this is a quiche


sebenarnya, minat aku timbul untuk buat quiche ni sebab mak aku pernah buat dulu masa aku duduk keramat which is like 15-16 years ago (haha sekarang dah tua baru nak belajor buat). masa tu rasa...wah sedapnya quiche ni. tu yang terus rasa sedap tu memang tersemat dikolbu. so, since i was possessed with a semangat rajin memasak bulan ni, aku pun google lah resepi quiche ni. satu sifat aku kalau cari resepi, mesti nak cari bahasa melayu punya. aku tak berapa faham resepi kalau dia dalam english. aku mesti wondering apo bondo tu. lagipun resepi melayu selalunya mention nama bahan yang dia guna dan dorang bagi tips. aku ni kalau masak mesti nak ikut betul-betul resepi dan bahan-bahan yang digunakan.

so, okay...here goes the recipe.

Bahan-bahan pastri :
2 cawan tepung gandum
170g mentega sejuk - dipotong kiub
secubit garam
5-6 sudu besar air sejuk (yang ni kalau aku cek dalam buku resepi mat saleh, ada yang buh 3-4 teaspoon je. tapi aku suggest minimal lagi baik. sebabnya aku TERtuang BANYAK air sejuk ni dalam adunan, terus jadi lembik. bila lembik susah nak uli doh tu. terpaksalah aku tambah tepung. siusiusiu~)

Bahan-bahan inti:
6 biji cendawan butang/swiss brown - dihiris kasar
1 biji bawang besar - dicincang
2 keping dada ayam - dipotong kiub
1 ikat bayam - dipotong kasar
3 biji telur
3/4 cawan sour cream atau boleh guna krim memasak
3/4 cawan susu segar/susu penuh krim UHT
1 cawan cheddar cheese - diparut
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
  1. sediakan pastri. gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk pengadun. masukkan mentega yang telah dipotong kiub ke dalam tepung sehingga campuran mempunyai tekstur kering seperti serbuk roti.
  2. campurkan air sejuk sesudu demi sesudu dan gaul dengan garfu sehingga adunan bersatu membentuk doh. uli doh sikit sahaja dan balut dengan plastik pembungkus makanan. simpan dalam fridge selama 30 minit.
  3. sediakan bahan inti. dalam kuali yang panas, gorengkan hirisan cendawan dengan sedikit minyak sambil membalik-balikkan selama beberapa minit until brown. keluarkan dari kuali.
  4. dalam kuali yang sama, tumiskan bawang besar sehingga lembut, masukkan potongan ayam dan stir until cooked. masukkan bayam dan masak sehingga layu. tambah garam dan lada hitam secukup rasa. sejukkan inti sementara menyediakan kulit pastri quiche.
  5. panaskan oven kepada 220 celcius. sediakan tin tat/quiche berukursan 12 inci. yang ni kalau korang nak buat mini quiche pun boleh dengan menggunakan beberapa tin tat/quiche yang kecil.
  6. keluarkan pastri dari fridge. taburkan permukaan meja kerja dengan sedikit tepung dan juga di atas pastri. canaikan pastri kepada ketebalan 3-5mm menggunakan penggelek. (jangan plak korang buat macam mamak roti canai tu haha)
  7. alihkan kepada tin tat/quiche dan muatkan serta kemaskan ke bucu tin. trim pasti berlebihan.
  8. pukul telur, sour cream/cooking cream, susu, garam dan lada hitam.
  9. ratakan bahan-bahan inti (cendawan, ayam dan bayam) ke dalam kulit quiche tadi. taburkan cheese. tuangkan campuran telur dan krim sehingga memenuhi quiche.
  10. bakar dalam oven  yang bersuhu 220 darjah celcius selama 20 minit, selepas tu turunkan kepada 170 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga quiche masak dan keperangan.
  11. keluarkan dari oven, biarkan sejuk sedikit sebelum mengeluarkan quiche dari tin.

voila!! my version of ze quiche!! :)


senang je kan.....(tapi aku rasa leceh lah gak sebab aku takde penggelek kooo. last-last aku gelek dengan gelas je. tapi takes time lah. gelasnya comel lote. nak canai 12 inci. last-last aku penyekkan sendiri je doh tu dalam bekas quiche)

anyway...fyi, sebenarnya resepi ni namanya Quiche Ayam, Cendawan, Kentang dan Bayam. tapi boleh pulak kan, last minute cek-cek kat dapur, dah habis pulak kentangnye kan. so...tak include lah kentang dalam resepi ni. tapi kalau korang nak juga guna kentang, boleh gunakan 2 biji kentang yang dipotong kiub dan direbus sehingga lembut. pastu masa masukkan inti dalam kulit quiche (step 9) includekan sekali kentang yang dah lembut tu. tapi kalau takde kentang pun ok je. sedap je aku rasa. as usual, mendapat pujian....pernah ke aku tak dapat pujian bila masak? haha.



eh pernah. masa buat kek batik tahun lepas. tak sedap aku buat. hahah! ;)

selamat mencuba....


              

Wednesday, August 1, 2012

nak kahwin bila?



it seems like my current favourite pastime these days is digging back old blog entries. whether it's my blog or dd's or ros'. pastu bantai gelak macam haram bila baca and tengok gambar. and so, here i was browsing through this blog's archives and stumbled upon an entry in 2009. 

one of the questions tagged was 'at what age do you think you'll get married
and i answered '27'...





sekarang dah umur berapa?  (T_________T)