Followers

Tuesday, December 18, 2012

lelaki vs perempuan (part 1)



ok. takdelah battle sangat kan. cuma aku nak sambung cerita pasal kursus yang aku pergi hari tu. kadang aku rasa tajuk kursus tu macam takde kaitan sangatkan dengan apa yang aku belajar. haha. anyway, as i mentioned in my previous post, speaker kursus ini, kita panggil dia pak utih eh sebab dia sendiri bahasakan diri dia pak utih. hehe chomel. pak utih banyak bercerita pasal perbezaan lelaki perempuan. 

for instance, otak lelaki lebih besar sedikit dari otak perempuan. ok iols baru tahu yang tu. dan lelaki ni dari kecil lagi masa baby memang lebih tertarik dengan benda-benda. dia tunjuk satu video eksperimen 2 baby yang berumur lebih kurang sebulan lebih - sorang boy dan sorang girl. baby girl ni lebih memandang kepada manusia. kira macam perhatian dia lebih kepada muka orang. while baby boy tu masa diagah-agah tak pandang pun muka orang tu tapi bila orang tu macam tunjuk belon kat dia, baby boy tu akan pandang. bila digantikan dengan muka orang tadi tu, dia tak pandang.

lagi satu, pak utih nasihatkan ibu-ibu kat luar sana supaya toksah lah risaaaauuu kalau anak lelaki lambat sikit bercakapnya daripada budak perempuan. yang ni dia jalankan eksperimen kat cucu pak utih sendiri. cucu pak utih lelaki. umur 2 tahun. orang duk suruh dia sebut 'kakak' dia sebut 'tuti', suruh sebut atuk nenek semua, 'tuti' jugak dipanggilnya. aku rasa tuti tu nama maid tapi tu pendapat aku lah. heheh. and then ditunjukkan satu video budak perempuan yang umur 2 tahun gak tapi dah boleh nyanyi lagu Adele - Someone Like You dengan penuh perasaan walaupun bunyi dia macam nemind i pind shomeone ike chuuuu....tapi woahh aku pun tak hafal lagu tu hokay...

otak perempuan ni sentiasa berfikir. orang perempuan kalau kat office, fikir pasal kerja dan rumah dan famili. bila balik rumah lak, perempuan akan fikir gak pasal kerja. dia akan fikir esok kerja nak pakai baju apa, kerja mana yang nak siapkan dulu yada yada yada. meaning 24hours asyik berfikir (patutlah perempuan cepat tua sebab asyik fikirrr je - ceh yang ni aku menambah-nambah hahah). lelaki pulak lain. bila kat rumah, tak fikir sangat. kat office, yes dia akan berfikir. tapi fikir pasal kerjalah. pak utih cakap otak lelaki ni macam monotonous. that's why lelaki ni kalau dia fokus kat sesuatu benda, memang dia akan bagi konsentrasi 100%.

and perempuan kalau nak bagi arahan kat lelaki (tak kisahlah budak kecil ke yang dewasa ke), arahan tu kena disampaikan satu persatu (remember monotonous?). tak boleh arahan macam ni..

"amir, jangan lupa basuh kasut sekolah. baju kat ampaian tu pun jangan tak diangkat, nanti hujan. penat je basuh tu. pastu sebelum keluar main bola tu, tolong ibu lipat kain and make sure homework siapkan dulu baru boleh main!"

selalu kan kita dengar mak kita bagi arahan macam ni. kalau budak perempuan, dia memang boleh ingat segala arahan tu. tapi budak lelaki. dia akan ingat yang pertama tu "basuh kasut sekolah" dan yang terakhir which is "main". nanti dia buat tu je. pak utih ni tak berapa berkenan dengan tadika-tadika di malaysia ni sebab campurkan budak lelaki dan budak perempuan. dia kata budak lelaki kalau kat tadika akan rasa stress sebab dorang ni 'lambat' as compared to girls. satu lagi, transition dari satu subjek ke subjek yang lain pun memberi impak. otak lelaki memerlukan at least 10 minutes to 'switch gear'. pak utih ni apart from being a motivational speaker, dia juga ada tadika and dia gubah silibus untuk tadika tu in a 'boy-friendly' environment. means satu hari tu satu subjek supaya budak lelaki tak stress dalam pembelajaran.




buat masa ni, aku cerita yang ni je dulu. nanti iols sambung ok dengan perbezaan pendengaran lelaki dan perempuan. banyak lagi fakta-faktanya uolssss. tunggu tau........................ ;p





Monday, December 17, 2012

transformasi minda



sooooo gomen kan tajuk entri iols. hahaha. ok ceq nak habaq mai. last week aku attend satu kursus ni kat office aku. kursus pengurusan stress dan transformasi minda...katanyerrr. stress ke iols kat sini? tak pun. cuma stress bila hujung tahun ni nak cuti kemain ligat lagi bos aku nak approved. nyampah i. berbalik pada tajuk entri. sejak bila si ezzan rajin attend kursus ni? kan ke dah cukup 7 hari? well, macam biasa. ikut kawan....

tapi kan, aku sangat TAK menyesal pergi kursus ni. serius ni. one of a few courses yang aku sangat enjoy. aku terasa macam pergi kem-kem motivasi masa zaman sekolah dulu. maybe because speaker dia daebak kot. jadi aku tak menguap langsung sepanjang tempoh kursus tu. wahhh ajaibnya! 

masa kursus ni dia buat satu ujian. nak tahu sebenarnya kita ni sesuai ke tak kerja gomen. and kalau kerja gomen kat bahagian mana yang kita sesuai sebenarnya. menarik sungguh. aku pun duk jawablah questionnaire yang dorang bagi. bila dah buat kira-kira semua, aku ni tergolong dalam group yang pencapaian paling tinggi, kuasa second, perhubungan third dan last adalah jaminan.


ok, mengikut apa kata survey (speaker) berkenaan, orang yang berciri-ciri macam graf ini tak sesuai kerja kerajaan, baik meniaga jer. hahahahah. gelak besar aku masa kursus tu. dia kata lagi orang macam ni, dia suka bebas tu pasal dia akan asyik mengulor je kerja....muahahaha! kena lagi batang hidung aku. orang macam ni jenis tak kisah sangat dan tak cerewet. dalam bab bekerja, janji kerja siap. tak kisah lah nak guna cara yang paling ringkas ke apa. (yang ni aku setuju). yang paling tak tahan siap cakap...mostly orang ciri-ciri ni mempunyai sifat maskulin! wahhh lagi gelak guling-guling aku. hahahah (gelak kasar suara garau ;p)

sesiapa yang kuasa dia tinggi, orang macam ni suka mengarah orang je kerja dia. dalam bahasa kasarnya, gila kuasa. yang perhubungan tinggi, orang macam ni sesuai kerja kat service counter sebab ciri-ciri orang macam ni suka berinteraksi dengan orang. mementingkan hubungan sesama manusia. kira kalau orang minta tolong tu memang akan ditolong dengan sehabis baiklah. lastly, ciri-ciri orang yang tinggi jaminan dia adalah setiap pekerjaan yang dia lakukan, dia mesti nak tahu "what's in for him/her?". kira macam 'apa yang aku dapat kalau aku buat camtu'. this type of person ni sesuai jaga QC kat dalam sesuatu organisasi. no no bukan queen control hokay, quality control sebab seorang yang cerewet dan detailed.

so, there you go! pembelajaran untuk hari ni.....banyak lagi sebenarnya aku belajar masa kursus ni. paling best perbezaan lelaki dan perempuan. ni bukan takat physical differences je. pasal beza otak lelaki dan perempuan. pasal pendengaran lelaki perempuan, pandangan mata lelaki perempuan and why baby boy lebih lambat sedikit bercakap berbanding dengan baby girl. nanti-nanti aku cerita dalam entri yang akan datang...wah tetiba macam buat drama siri plak ;)


footnote : ok, aku nak mengulor jap cari kerja nak meniaga kat mana pasni....heheh ;p