sooooo gomen kan tajuk entri iols. hahaha. ok ceq nak habaq mai. last week aku attend satu kursus ni kat office aku. kursus pengurusan stress dan transformasi minda...katanyerrr. stress ke iols kat sini? tak pun. cuma stress bila hujung tahun ni nak cuti kemain ligat lagi bos aku nak approved. nyampah i. berbalik pada tajuk entri. sejak bila si ezzan rajin attend kursus ni? kan ke dah cukup 7 hari? well, macam biasa. ikut kawan....
tapi kan, aku sangat TAK menyesal pergi kursus ni. serius ni. one of a few courses yang aku sangat enjoy. aku terasa macam pergi kem-kem motivasi masa zaman sekolah dulu. maybe because speaker dia daebak kot. jadi aku tak menguap langsung sepanjang tempoh kursus tu. wahhh ajaibnya!
masa kursus ni dia buat satu ujian. nak tahu sebenarnya kita ni sesuai ke tak kerja gomen. and kalau kerja gomen kat bahagian mana yang kita sesuai sebenarnya. menarik sungguh. aku pun duk jawablah questionnaire yang dorang bagi. bila dah buat kira-kira semua, aku ni tergolong dalam group yang pencapaian paling tinggi, kuasa second, perhubungan third dan last adalah jaminan.
ok, mengikut apa kata survey (speaker) berkenaan, orang yang berciri-ciri macam graf ini tak sesuai kerja kerajaan, baik meniaga jer. hahahahah. gelak besar aku masa kursus tu. dia kata lagi orang macam ni, dia suka bebas tu pasal dia akan asyik mengulor je kerja....muahahaha! kena lagi batang hidung aku. orang macam ni jenis tak kisah sangat dan tak cerewet. dalam bab bekerja, janji kerja siap. tak kisah lah nak guna cara yang paling ringkas ke apa. (yang ni aku setuju). yang paling tak tahan siap cakap...mostly orang ciri-ciri ni mempunyai sifat maskulin! wahhh lagi gelak guling-guling aku. hahahah (gelak kasar suara garau ;p)
sesiapa yang kuasa dia tinggi, orang macam ni suka mengarah orang je kerja dia. dalam bahasa kasarnya, gila kuasa. yang perhubungan tinggi, orang macam ni sesuai kerja kat service counter sebab ciri-ciri orang macam ni suka berinteraksi dengan orang. mementingkan hubungan sesama manusia. kira kalau orang minta tolong tu memang akan ditolong dengan sehabis baiklah. lastly, ciri-ciri orang yang tinggi jaminan dia adalah setiap pekerjaan yang dia lakukan, dia mesti nak tahu "what's in for him/her?". kira macam 'apa yang aku dapat kalau aku buat camtu'. this type of person ni sesuai jaga QC kat dalam sesuatu organisasi. no no bukan queen control hokay, quality control sebab seorang yang cerewet dan detailed.
so, there you go! pembelajaran untuk hari ni.....banyak lagi sebenarnya aku belajar masa kursus ni. paling best perbezaan lelaki dan perempuan. ni bukan takat physical differences je. pasal beza otak lelaki dan perempuan. pasal pendengaran lelaki perempuan, pandangan mata lelaki perempuan and why baby boy lebih lambat sedikit bercakap berbanding dengan baby girl. nanti-nanti aku cerita dalam entri yang akan datang...wah tetiba macam buat drama siri plak ;)
footnote : ok, aku nak mengulor jap cari kerja nak meniaga kat mana pasni....heheh ;p
1 comment:
ooo kawan kite anak die baby girl dah ckp byk dahhh, haris lum ckp sgt,sebut mama mama je bole laa. baby girl tu muda lg dari haris.
cecite cecite
Post a Comment