Followers

Wednesday, June 30, 2010

pelakon winter sonata bunuh diri?!


kenapa ramai bebenor pelakon korea bunuh diri ni? tadi tahu pasal 2nd hero cerita winter sonata yang famous amos masa zaman remaja saya cewah remaja. hehe. ha bukan bae yong jun tak tahu ejaan betul ke tak malas nak google tapi nasib baik (bak kata muni) bukan dia. kalau tak sia-sia je saya puja dia sampai siap kena sorok gambar dia masa spotcheck kat sekolah dulu. hehe. eh eh tapi serius tak faham kenapa diorang ni bunuh diri senang-senang je camtu. tension kot jadi pelakon kat sana. ke sejuk sangat kot kat sana. or maybe terlampau ramai artis-artis baru yang handsome lagi mengugat jiwa dan raga haha. aish. nampaknya, terpaksalah saya lupakan cita-cita nak berlakon bersama geum jandi dan ji hoo sunbae. motif? haha.




park yong-ha yang bunuh diri tu.



Tuesday, June 29, 2010

ada berani?



kalau tak cukup duit, cakap je lah tak cukup duit. come forward and tell me straight out. susah sangat ke. i was waiting for that answer to come out from your mouth actually. ni tak, bagi beribu alasan. save it lah people, i won't accept all your crap anymore!



Monday, June 28, 2010

all hail the germans!


seperti mana saya berasa kasihan apabila korea utara di belasah portugal dengan 7-0, begitulah juga perasaan saya ketika melihat perlawanan germany belasah england 4-1 walaupun supposedly the score should be 4-2 but nevertheless, buhbye england. buhbye gerrard. buhbye lampard. and as for the new generation of the english football, please work harder next time and forget about all the glitz and glamour ya! bear in mind that if you become famous, doesn't mean that you are good ;p

and to the germans, we won baby!!!! yesss!!! woohooo. now, let's beat the hell out of the argentina shall we :)



Friday, June 25, 2010

senior lah sangat


petang tadi saya baca paper. ye petang bukan pagi sebab ada meeting tapi bukan itu tujuan utama saya. takde orang tanya kaulah labu kenapa nak explain. ok berbalik pada topik kita yang belum mula lagi ni. hah, tadi baca paper pasal budak meninggal lepas kena ragging dengan senior dia. kes-kes macam ni buat saya rasa alahai dalam dunia yang serba moden ni pun ada lagi budaya bodoh tu. cakap pasal ragging ni kan teringat masa minggu orientasi nak masuk diploma dulu. i don't know lah whether this is ragging or not but i kinda feel like it was.

masa orientasi dulu, time is everything. kami disuruh makan dan kunyah secepat mungkin. bayangkan baru suapan pertama kakak senior akan berdiri kat tepi sambil memekik 'cepat sikit makan!'. masa tu dia tak kisah kalau kita tercekik ke apa. stupid. bayangkanlah nak dapat air masak pun susah. dah macam dehidrasi dah.

i remembered this one time, this kakak-kakak senior siap paksa-paksa budak pakai tudung untuk yang free hair tu. bukan takat paksa tapi terjerit-jerit dari tingkat atas dengan suara yang kuat. damn loser. kau ingat dengan kau terjerit-jerit budak boleh terima lah nasihat kau. saya bertudung tapi kenapa bila dengar jeritan maut dia tu saya rasa macam 'mana ada orang nak berdakwah dengan cara macam ni!'. niat baik tapi cara serius shit failed.

then bila orientasi of courselah kan ada qiamulail. diorang buat sesi yang sedih tu saya pun tak tahu sesi apa tapi maybe ada kot yang tahu. ala yang dia cakap pasal mati. pasal parents semua tu kan. ha, masa ni siapa yang tak nangis pun kena marah. tengok. bila menangis orang kata mesti budak ni banyak dosa, bila tak nangis dikatanya tiada perasaan. tak sayang mak bapak lah. dey dey, dah kalau setiap kem motivasi pun diorang buat benda yang sama budak lama-lama mesti dah imun dah.

pastu kalau siapa jalan seret kaki pun kena marah juga. ni namanya otak letak kat bontot. dah kalau memang gaya orang jalan macam tu nak buat macam mana. suka hatilah nak jalan macam mana pun. mereka ini agak pathetic. masa berjalan beramai-ramai kalau putus barisan pun kena marah. sungguh tak faham macamlah nak masuk kem tentera. nak masuk diploma saja pun.

just because you are senior does not mean that you can act like a snob. psstt so kheri, jangan dera pegawai baru suruh belikan sirap untuk kamu. miahaha! ;p





dah. mahu pulang sudah. okthxbai.

cantik menarik kau memang da' bomb



lunch tadi saya ke kenduri kahwin. curlass kau noks lunch pergi makan free. satu jabatan pergi. siap naik kereta big boss. hehe. oh lupa nak cakap kenduri kahwin anak buah bos saya. kat dalam putrajaya gak so jadi tadi lepas meeting terus zooooom ke precint 16. sampai-sampai je saya nak pengsan. bukan sebab migrain. ataupun sebab cuaca ke apa. tapi sebab ya rabbi!!!!!! cantiknyaaaaaaaa...terasa macam dalam taman. rasa macam waduh waduh cantiknya sayang sangat tak bawa DSLR saya ke majlis ini. ye lah kan takkan pergi office nak bawak beg kamera kot sungguh poyo sebegitu macam nak tunjuk kat orang ramai je. hehe.




tema majlis sungguh cantik menarik. tema adalah biru turquoise dengan putih. sangat cantik. tak sangka kombinasi warna dia sangat cantik, cantik sangat. pengantin pun sangat cantik. baju dia pun cantik. hand bouquet dia sangat cantik. make up dia cantik. arghhh semuanya cantik. pelamin cantik. hantaran cantik. pokok yang kat pelamin tu lagilah amatlah cantik. inilah yang saya nak masa majlis nikah saya yang tak tahu bila tah. arghh tekanan tengok sebab cantik sangat. ok kira ada berapa banyak perkataan cantik dalam ayat tadi. haha.





Thursday, June 24, 2010

teacher, i dong understang


tak faham...

  • kenapa ada sesetengah blogger yang bragged about how good their blog is? sendiri pula tu yang declare blog dia bagus. apakah kriteria-kriteria sebuah (ke sesuatu?) blog yang boleh diklasifikasikan sebagai blog bagus? saya pun tak tahu. aish pelik betul bila baca blog dia. tapi betul lah juga, siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri. haha.
  • kenapa saya tiada semangat untuk bekerja. rasa macam terpaksa je kerja. bukan suka bekerja. kadang-kadang timbul niat macam ahh malasnya nak pergi kerja nak cuti tanpa gaji boleh tak selama sebulan macam tu. tapi itu lagi satu masa elah nya. duk kat hati je tak tercakap di mulut (tapi tertulis kat blog ;p )
  • kenapa mostly penyokong english league club macam liverpool and man united tak sokong pun england untuk world cup ni?
  • kenapa saya cepat rasa bosan dengan seseorang ni. dulu kemain selalu lah berhubung tapi sekarang whatever that he/she talked, i did not find it interesting anymore. tak kuasa nak melayan. kejamkah saya?

dah. nak tengok itali main jap. tapi dah ngantuk. okthanksbye.





saya sokong!



semalam tengok bola. england game. glad they'd make it to the next round sebab nanti mereka akan dibelasah jumpa germany. yezza. suka sangat. ye saya suka tengok bola. dari dulu masa sekolah tengok bola. tapi sekarang not every gamelah teman nak tengok. kalaulah masih remaja lagi akan saya tengok game yang pukul 2 pagi itu tapi apakan daya, saya kerja kena bangun awal nak siapkan sarapan untuk seisi rumah. ceh ceh tipu. bangun awal sebab nak rebut parking. siusiu. oh ye, bila tengok match tu kan yang buat saya selalu tertanya-tanya bukanlah kenapa player ni suka blamed the coach bila kalah atau kenapa si rooney tu tak habis-habis nak mengamuk macam lah dia tu hebat sangat main depan pintu gol pun tak dapat masuk tapi ini. ini yang buat saya tertanya-tanya...





penyokong-penyokong ni kan, depa ni tak kerja ke?






mumble mumbling


lamanya tak menulis. ceh. padahal baru beberapa hari je. lol. been terribly busy for the last couple of days. busy apa? busy masuk meeting, keluar meeting. nampak kan betapa busy nya pegawai ini. cewah. life so far has been a little bit dull. broke and dull. no challenges whatsoever. anyway, actually there's nothing much to say, just that...



office work is plain damn boring.