Followers

Friday, September 24, 2010

magika!

korang dah tengok ke magika? saya dah saya dah! wah berlagak noo kau odah. haha. semalam saya sempat tengok filem tu. dan keputusannya adalah...




saya suka!!!! sebab apa? sebab lagu dia best sangat. memang akan terngiang-ngianglah kat kepala saya ni! superb lah edry kru ni cipta lagu. i am so impressed. dah lah impressed dengan CGI nya yang nampak quite smooth very less awkwardness. lagu Kita Bersaudara nyanyian KRU pun best wa suka giler beb! keluar-keluar wayang terus nak nyanyi lagu Naga Tasik Chini nyanyian hero nombor satu di hati saya...bukan bukan bukan mawi yang nyanyi tapi M. Nasir. hehe. sukanya M. Nasir...

"nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan naga..."

lagi satu cerita ni agak melucukan. ada lah juga scenes yang buat saya gelak sengih-sengih. ada juga scene tetiba je air mata saya mengalir. kihkih. lepas gelak-gelak boleh pula saya nangis. huh hilang macho.

kadang-kadang ada juga terasa macam tengok Lord Of The Rings bila M.Nasir pakai rambut putih yang panjang macam Gandalf. ada gak macam tengok cerita Chronicles of Narnia bila binatang bercakap. and of course poster macam The Spiderwick Chronicles. but i'm not complaining. sebab i think by far this is one of the best malay movies with CGI effects. read it again. best malay movies with CGI toksah pula korang cakap Harry Potter lagi best yang tu dah tentulah kot sepak kang. eh emo pula.



diana danielle sbg ayu . fimie don sbg malik . mawi sbg bad a.k.a badang . ziana zain sbg nenek kebayan . hadziq sbg belalang . zaibo sbg pak belalang . maya karin sbg puteri bunian . senario + apek sbg 5 hang . sharifah aleya sbg bawang merah . sharifah aleya sbg bawang putih . m.nasir sbg naga tasik chini . ning baizura sbg puteri gunung ledang versi tua . vanida imran sbg mahsuri . norman hakim sbg awang lembing . nabil sbg orang minyak . aznil hj nawawi sbg pak pandir . raja azura sbg mak andeh . adibah noor sbg mak bawang merah bawang putih . marsha sbg puteri santubong .

(ada ke lagi artis yang berlakon tapi aku terlupa nak mentioned ek? hmmm...)

kalau korang jenis suka cerita fantasi-fantasi ni macam saya pergilah tengok. kalau rasa macam tak logik cerita macam ni dah toksah bising-bising pergi tengok cerita 4 Madu kat wayang. dah terang tang tang tagline dia 'tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi' jadi biarkan minda anda menerawang ke alam fantasi.

nah, trailer!



*all pictures are from KRUStudios.com

4 comments:

Ezao' Edogawa said...

mcm best je... bpe star nk bg ni?

Ezzan Yusop said...

ezao : hmmm maybe 4 out of 5.
bagi saya asal boleh buat saya melekat kt kusi tnpa tgk jam dan buat saya gelak nangis dan menyanyi, semuanya bagus sahaja. heheh!

dd dudu said...

alaaa nak tengokkk, tapi klu tgk wyg skg2 mesti mak marah sbb ada yg x setel lagi wedding preparation ni, wuuwuwu


suke suke cite fantasi cam gini

~ ReD ~ said...

baru je tgok semalam...BEST!:D

Makanan Aka-Ala Fear Factor [Asia]. Ada Beranikah Anda Makan?