Followers

Monday, December 19, 2011

gossip girl




suatu hari di hari isnin yang lepas...(wah lama dah baru nak citer)




"psstt...psst....ezzan dengan si polan tu dah bertunang ke? dorang memang ada apa-apa ek......."


kus semangattttt mak jemah. kadang aku rimas bila digosipkan dengan si polan. penat pun ye gak. walaupun selalunya aku buat dek je malas nak layan bila orang kenen-kenenkan aku dengan si polan, tapi tak bermaksud aku betul-betul 'ada apa-apa' dengan dia. ye lah, orang kata diam tu tandanya setuju. tapi KRU kata, diam adalah pintar. dari aku bukak mulut nak mendeny semua, baik aku diam. biasanya aku akan sengih, gelak je bila orang duk usik-usik. tapi tak bermaksud aku suka ye. aku bukannya kesah or kecik hati sangat-sangat pun pasal gosip tu sebab tak betul kan, buat apa nak ambil hati. membazior je memory space dalam hati nak kecik-kecik hati ni. cuma aku tak berkenan je.

kenapa aku tak berapa berkenan kena gosip melodi ni? well....iyalah, si polan tu aku dah anggap macam kawan dah. dan aku pun syok berkawan dengan dia. selalu gelak ketawa usik-mengusik. manja kadang-kadang tu adalah. tapi tu part aku je lah kan. takkan dia nak manja laks kan. so oleh sebab best sama-sama berkawan, aku takmo lah sebab gosip yang tak berasas tu (cewah macam artis lah pulak) nanti jadi awkward pulak. aku takmolah dia rasa tak selesa plak ke malu lak kan. aku lak memang jenis tak reti malu haha jadi aku layankan aja dengan mendiamkan diri.

hari khamis pulak....cerita lain yang kuar...


"saya rasa korang berdua ni sebenarnya suka antara satu sama lain. dari cara korang pandang sesama korang berdua pun lain. pandangan tu macam saya pandang husband saya. saya boleh nampak lah, ezzan...dah perasan lama dah"


hamboi hamboi hamboi ayat azwan ali tak menahan dah kuar dah...macam mana lah orang lain lebih tahu perasaan aku dari aku sendiri ye. kerlass gitu. tapi macam biasa lah kan, aku hanya..."ye ke? saya rasa biasa je...saya layan dia sama macam saya layan orang lain" 

aku risau gak bila orang duk kenen-kenenkan lama-lama dari aku memang tak berperasaan kat dia terus ada. tiba-tiba lak muncul. kata-kata tu kan suatu doa. kang orang duk gosip-gosip sekali tu betul-betul jadi, tak ke haru nanti...tak pasal-pasal kena transfer keluar sebab satu pejabat. hah. kantoi sudah kena gosip dengan ofismate sendiri haha. apasal masa OAS takde kena gosip pongg?? ;p



can't a single girl get close to a guy without being misunderstood?
can't a single girl be friendly with a guy without being judged on?
  


2 comments:

xara said...

Masa kat OAS, takde masa nak gosip2 kerana topik perbincangannya lebih jauh, seperti ke Bandung contohnya :D

dd dudu said...

ezann, napee dd macam ketinggalan ketapi ni

huwaaaark