saya selalu rasa kasihan apabila melawat orang sakit. kadang-kadang tu sampai menitiskan airmata. lagi-lagi kalau orang tu ahli keluarga sendiri. rasa sebak sangat. sebak sampai jadi takut. bagaimana kalau itu adalah kali terakhir berjumpa dengannya? sempatkah saya pohon kemaafan darinya? sempatkah saya berbakti kepadanya? sempatkah saya menunaikan janji padanya? cukup masa kah untuk saya mengembirakan hatinya?
tipulah kalau saya mengaku tak takut mati. saya memang takut mati. saya juga memang takut kehilangan mereka yang saya sayangi. saya rasa hampir semua takut dengan kematian. kematian itu adalah pasti cuma kita tidak tahu bila ia akan tiba. hmm...bila melihat orang sakit yang terlantar membuatkan saya amat menginsafi diri sendiri. sedar tiada manusia yang sempurna, sentiasa lalai dalam tanggungjawab dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Astaghfirullahalazim.
dalam perjalanan pulang dari melawat pakcik yang terlantar sakit membuatkan saya terfikir. sekiranya saya ditempatnya sudah tentu mati itu sentiasa terlintas di fikiran. sempatkah saya melihat hari esok? apakah cukup amal ibadah saya selama ini? sempat kah saya untuk bertaubat? bersediakah tubuh badan saya untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti? bersediakah saya untuk menghadapi azab kubur nanti? ke neraka atau ke syurgakah saya di akhirat kelak?
teringat dengan satu tazkirah di radio (HOT FM kalau tak salah saya) mengenai maut ketika melakukan dosa. dialog dia lebih kurang macam ni "cuba bayangkan kalau tengah berzina dan tiba-tiba Allah cabut nyawa pada saat itu". gerun mendengar ayat itu. bukan sebab saya berzina ke apa ye cuma tak boleh bayangkan kalau ditakdirkan kita mati ketika sedang melakukan dosa dan tak sempat nak mengucap (seperti sedang berpesta meminum arak di kelab-kelab malam atau sedang bercumbu di malam kekasih atau sedang berjudi/membeli nombor ekor atau ketika sedang mencaci maki mengutuk orang lain atau mungkin ketika meninggalkan solat). Na'uzubillah min zalik...
saya rasa salah satu cara supaya kita tidak lalai melaksanakan tanggungjawab padaNYA dan menjaga amalan kita adalah dengan muhasabah diri supaya sentiasa mengingati MATI. bila kita sentiasa mengingati mati, pada masa yang sama kita akan rasa takut untuk berbuat dosa. yelah sebab kita tidak tahu bila kita akan mati kan jadi kita tentu takut tak sempat hendak memohon taubat. boleh jadi esok kita mati ataupun lusa ataupun 5 minit lagi dari masa anda membaca entry ini. siapa tahukan, itu semua ketentuan Allah...walaupun begitu, ini semua adalah sekadar pandangan peribadi dari saya, mungkin berbeza dengan anda =)
"The only thing that is certain in this life is DEATH!"
4 comments:
betulll...
ingatkan mati je dah cukup untuk sedar diri..
tapi yg tua ganyut nk mmpos tu, buat perangai setan (rogol anak dll), apa kes plaj tuh...??huiiihhh
taw xper...
mcm kes kat surt khabar sekrg,bakar baby,rogol ank..2 semua org yang tak takut mati..
thats really an eye opener sis..
linda : tu la kan, sdgkan aku tgk pakcik aku yg sakit pn rasa insaf sgt inikan pula yg wat dosa besar cmtu. ish ish ish. semoga mereka sempat bertaubat...
cik idaY : geleng kepala baca berita skrg ni. what have the world become into now. sedih tgk orang Islam yg terlibat dgn sume tu. :(
elia : thanks elia. this is an eye opener for me too bila tgk org terlantar sakit. :(
Post a Comment