Followers

Friday, July 16, 2010

mean world

kat area rumah saya, ada seorang budak ni. ewah kau terus masuk isi ni pendahuluan takde serius fail bm penulisan ni. ok sambung. ada seorang budak ni. umur dia lebih kurang 8 tahun kot. budak ni kanak-kanak istimewa. dia bisu. tapi saya suka sangat tengok dia. walaupun dia bisu, tapi dia selalu senyum kat saya. sebab saya rasa dia perasan yang saya kalau tengok dia mesti nak senyum. kira berbalas senyuman lah amboi amboi amboi. saya mudah kasihankan dia. hmm tak bestkan panggil budak bisu. oleh kerana saya tak tahu nama dia mari kita panggil dia adik mel. as in si comel, get it? ;p

pernah tu ada sekali ternampak dia main dengan budak-budak lain ni tapi budak-budak tu macam buli je dia. ye saya tahu mereka tu kanak-kanak jadi tak tahu mana baik buruk tapi saya rasa macam nak marah je budak-budak tu bila dia buli adik mel ni. saya emo. macam nak backup dia jadi konon-konon kakak angkat macam kat sekolah tu. kadang-kadang saya sedih sangat tengok dia mundar-mandir sebab takde pun budak-budak yang lain tu bercakap dengan dia. bila dia bercakap dalam bahasa isyarat takde pula yang faham. sedih sangat masa tu. pernah terlintas dalam hati 'kalau dia ni adik aku, aku jaga dia baik-baik. aku pastikan takde seorang pun boleh sakitkan hati dia'. pelik tak kalau tetiba saya yang nak berkawan dengan dia? hmm...

another one kan, adalah suatu kali masa diploma dulu, ada ternampak seorang budak nerd yang pakai kemeja kemas siap bawak beg sandang macam beg sekolah dengan pakai spek mata tebal tengah berjalan menuju ke cafeteria. for me, tiada yang unusual pun tentang itu. tapi yang saya tak faham tu kenapa ada group-group mereka yang kononnya hebat tapi loser mesti nak komen and gelakkan budak tu. apa masalah woiii?!! dia kacau hidup korang ke??!!

aish. tak tahu pulak yang perlu kejam untuk jadi hebat.



No comments: