taip taip padam. taip taip padam. itu je yang saya buat sepuluh minit yang lalu. bukan takde idea. cuma tak reti nak susun ayat. bukan ayat-ayat cinta. ayat penyata. ayat yang ingin menyatakan bahawasanya saya rasa macam nak pencen. wah kau baru berapa bulan kerja dah nak pencen. serius. rasa penat sangat bekerja. tapi sebelum pencen kena cari laki dulu. kang duit pencen habis nak minta kat siapa lagi kan nak beli beg tangan Chanel dan Hermes semua tu. haha. hmm tak faham macam mana orang boleh bekerja sampai umur 60 tahun. kalau saya umur 40 je kalau boleh nak pencen. lepas pencen bukak bisnes cekodok pisang dan cucur udang. meniaga je la tepi jalan. tak laku sedekah kat jiran tapi cakap ada lebih sengaja simpankan sikit untuk dia. senang. sempoi.
kalau ada orang kata kerja gomen ni senang dan boleh relek relek sila tampar bulat-bulat je muka orang tu. itu semua dusta belaka cewah. penat sebenarnya kerja gomen ni. sebenarnya gomen ke swasta ke semua sama je. masih kerja bagai nak rak. masih lagi rasa penat bekerja. yang senang swasta adalah anda tidak terikat dengan segala peraturan. susahnya cuma anda mungkin boleh senang dipecat lalu menanam anggur. senangnya kerja gomen anda akan dapat segala benefits semua gaji dibayar setiap bulan dan kurang sikit risiko dibuang kerja dan pada masa yang sama, melatih diri anda untuk berdisiplin. mana tak nya tipah oiii kang tak berdisiplin kena tindakan tatatertib. kau nak? haha.
eh dah macam tak tahu apa yang nak dinyatakan disini dalam ayat penyata. ok tah mana satu tah ayat penyata tersebut.
1 comment:
ezzan, memang keje gomen mmg cmtu. sbb tu bila yg keje gomen, masuk MLM dan jadi kaya-raya boleh berhenti keje gomen.
Aku pn klu byk duit berbillion dalam akaun memang dah lama aku berhenti.
Tapi yelah nak buat mcamana. Orang kerajaan kena sokong gomenla.
Nama pun dah sign 'saya yang menurut perintah'
;)
Post a Comment