Followers

Saturday, April 23, 2011

tak sukanya subjek ini


tahukah anda minat saya yang utama bukanlah pada IT? ceh ayat tak menahan. tapi ini is serious. tak pernah sekali pun terfikir yang saya akan berada dalam bidang IT. sebab masa sekolah dulu, saya suka melukis. not saying that i'm good in drawing tapi boleh lah melukis. tu yang masa sekolah Form 4 dulu mula-mula saya masuk art stream sebab nak ambil Pendidikan Seni. TAPI....kalau ambil Pendidikan Seni tu kena ambil Akaun, Ekonomi semua tu yang sumpah tak minat langsung. then, minta tukar masuk science stream ambil Lukisan Kejuruteraan. sebab memang cita-cita nak jadi arkitek.TAPI...kena ambil Add Maths, Kimia and Fizik tu semua. dammit. part-part formula ni den memang lomah semacam. Biologi memang dah awal-awal reject sebab tak minat sains. 

ahhhh ketangenan!!! daku suka walaupun topik dalam LK ini buat saya pening. 

tapi sebab dah suka sesangat lah kan Lukisan Kejuruteraan tu digagahkanlah juga amik yang lain tu. kiranya 4 mata pelajaran ni saya kena ambil lah kan by hook or by crook. teringat subjek Add Maths masa sekolah dulu kan, sepanjang 2 tahun belajar subjek tu hanya 2 kali je saya lulus. ye. 2x LULUS. yang lain serious shit fail. haha. lulus masa SPM and Trial SPM. yang lain masa ujian bulanan ke hape ke fail je memanjang. otak saya masa tu memang orang kata dah awal-awal reject math ni kan jadi pergilah tuisyen semua bagai still tak paham-paham juga. masa tu kan wondering motif belajar add maths semua ni? ;p

source


same goes with Kimia. hadoyaiiiiii sampai lebam lah duk cuba seimbangkan persamaan kimia tu. sekarang ni kalau bagi kat saya belum tentu 2 hari 2 malam saya boleh buat. tak boleh lah terima semua-semua tu. the only time i get excited masa buat eksperimen yang untuk buat perfume tu. adeh tak ingat dah apa ke nama proses tu. ada asid amino ke hape ke. untuk subjek Kimia ni pergi gak tuisyen nun jauh kat area Pudu tapi duduk kat Cheras kan. dalam tuisyen takmo pay attention kat cikgu. pergi lak pay attention kat mamat handsome ni. gataiiii no. penat je mak bayar duit tuisyen tapi tak belajar pun.




Fizik? toksah cakaplah. banyak gila formula nak kena ingat. nak cari ketumpatan lah, momentum lah, inersia lah. penuh lah kepala otak ni nak ingat semua benda. paling dibenci adalah bila ingat formula lupa lak yang mana satu untuk cari inersia, yang mana satu nak cari tenaga. ngoks! too complicated for me to digest everything. sampai sekarang kalau orang minta saya selesaikan masalah fizik contohlah dia bagi satu penyataan yang ada lah figure dia, pastu dia suruh cari inersia yang terhasil dari perlanggaran tersebut. konfom den pengsan tang tu gak. pastu fizik ni banyak kata-kata yang sungguh.....physician! dulu teman selalu konpius between inersia and momentum. heh!
ingat tak formula apa ni? ce teka ce teka ;p


sometimes saya rasa i have a photographic memory. it's easier for me to remember pictures rather than words. mungkin sebab tu saya prefer lukisan. tapi kenapa kau sekarang ambil IT? ni semua.....salah mak! wuwuwu. mak lah ni suruh letak Sains Komputer masa daftar UPU dulu. kan dah terdapat. wuwuwu...tapi kan, dah ditakdirkan. nek buek camno.dah tertulis bahawa Ezzan ni boleh berjaya dalam bidang IT...mungkin. ;p

God's ways are always right. Sometimes, they may not make sense to us, but they are right...



4 comments:

noname said...

WWOOOHHH!!!!! minat jugaaakk!!! fewiitt~!! gle mmg best subjek ni... subjek yg d tunggu2 n sangat harap ada homework tough gle tahap bela2 drawing pun xpe.. gilak ah!!

malangnya dh lupa segala formula ilmu rahsia bagai T_T

Cik Seni said...

ezannnn...minat kita sama la...apa yang kita tak minat pun sama la...kecuali Math tu saya minat...hik2 :)

saya pun minat giler Lukisan Kejuruteraan...memang minat tahap guling2 la...sanggup cari homework sendiri kat library pasal subjek ni. Biologi pun tak minat, sebab tu tukar subjek dengan Lukisan Kejuruteraan walaupun terpaksa berpisah kelas dengan kawan2 rapat lain yang amik Biologi...huu. Diaorang kena bedah2 katak...eiii...geliiii la.... :)

Saya pun ada gak buat entry pasal subjek LK ni, entry tahun lepas kot...:) Tapi skarang jadi IT Officer..cita2 nak jadi arkitek dah tak tercapai...huk2. Frust! :(

Ezzan Yusop said...

kheri : hahahaha kannnn bestnye LK ni...windunye i noks. nak lukis2, nak baca plan. wowow...

hasni : kita serupaaa ~~ ezan siap sanggup pergi tuisyen LK siot rege RM90 sebulan. sbb setiap minggu tu ada je keje melukis. addicted heh ;)

w a w a A Z U R A said...

*nak nyampuk*
wahh kamu amek LK jugak?? samalaa kta...tringt dulu mata pensil kena tajam btol, pmbaris kat board tuh kena btol2 bersih, kang comot drawing,pstu pralatan2 lain pon kena clean gak,tkleh main tarik jek pmbaris,kena angkat kang comot *ke ai jek yg wat cmtuh ye? ;p*

tp plg challenge final SPM la, nk lukis pelan umah + air, letrik tuh mncabar gila!! marking dia pon sgt2 critical kan?? ketebalan garisan2 amek kira gak, so wahhhhh mmg tgn ketar mcm ai nih kdg2 ssh gak muahaha ;p