Followers

Wednesday, May 23, 2012

suami aku ustaz



gempak habis tajuk entri iols kan. tapi tajuk itu akan jadi lebih gempak kalau aku bubuh nama Ustaz Don kat belakang tu. miahahaha. ok lah, sebenarnya Suami Aku Ustaz tu tajuk novel yang aku baca semalam. 

aku memang pembaca novel yang tegar. dari zaman sekolah menengah. tapi aku jaranglah buat review or promote mana-mana novelkan. dulu aku selalu baca novel-novel terbitan Alaf 21 sebab masa tu rasa macam mostly ceritanya tersusun dan ayat-ayat lebih matang. and also cover dia cun. walaupun orang kata don't judge a book by it's cover tapi bagi aku cover lah yang main peranan penting. tapi sekarang ni aku main redah je. asalkan cerita dia best. lagipun bila dah makin 'matang' ni kan, aku terasa macam nak baca yang ringan-ringan je, takmo yang berat-berat yang mengalirkan airmata. penat dah. haha.



cerita ini mengisahkan Alisa, pelajar SPM yang terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya, Hafiz yang juga seorang ustaz yang mengajar di sekolah dia. dan yang mengajar Pendidikan Islam di kelas Alisa ni. Alisa berumur 17 tahun, Ustaz Hafiz umur 26-27 tahun camtu. besar beza umur. Ustaz kahwin dengan budak. lagi-lagi belum lepas SPM lagi. jadi banyaklah cekadaknya. lagi-lagi Alisa ni jenis tak makan saman. and kuat melawan. jenis lewat bangun. tak reti masak. rebel (macam aku je ni haha ;p). and ustaz ni jenis cepat cemburu. comel betul bila ustaz cemburu. mungkin aku terbayangkan Ustaz Hafiz tu comel macam Ustaz Don. cewah. dah lah cemburu dengan budak sekolah. sweet....banyak scene yang best macam Alisa segan nak mengaji depan suami dia and bila Ustaz Hafiz asyik tegur bacaan dan tajwid dia, dia sentap hati mak nak. pastu scene Ustaz Hafiz sindir Alisa masa tengah mengajar sebab Alisa pergi lepak kat mamak dengan budak sekelas dia malam sebelum tu, siap "Alisa! Apa hukum isteri keluar rumah tanpa keizinan suami?" padahal masa ni takde sesiapa kat sekolah tu yang tahu dorang ni sebenarnya dah kahwin. hehehe....tapi yang bestnya novel ni gak, tidaklah hiburan semata-mata. banyak diselitkan unsur-unsur keislaman. cerita-cerita nabi.

yang paling aku tak tahan and buat aku bantai gelak tak habis-habis bila baca buku ni adalah ayat ni...




"Saya kencing malam".....


nak tahu kenapa ayat tu buat aku gelak? silalah baca novel ini ye...and kalau nak berkenalan dengan penulis novel ni, klik je gambar cover novel kat atas tu...


Tuesday, May 22, 2012

kalaulah



kalaulah aku ada duit yang super banyak, mesti aku tak perlu bekerja makan gaji...
kalaulah aku ada duit yang super banyak, tak perlu aku buat benda yang aku tak minat...
kalaulah aku ada duit yang super banyak, mesti setahun aku habiskan masa travelling, keliling dunia....
kalaulah aku ada duit yang super banyak, tak perlu nak tunggu matta fair baru nak beli tiket huhu...
kalaulah aku ada duit yang super banyak, ingin aku belajar banyak bahasa kat dunia ni...
kalaulah aku ada duit yang super banyak, akan ku ikut ke mana saja running man cast pergi...
kalaulah aku ada duit yang super banyak, asal stress sikit je boleh pergi shopping sana sini...

kalaulah........




footnote : boleh tak nak jealous dengan orang thailand? dah 2 kali kot running man datang sana. aku ni kalau running man datang malaysia, gerentilah aku amik cuti. nak sambut dorang kat airport and nak ikut dorang ke mana saja mereka pergi...gila obses!


Monday, May 21, 2012

melentur buluh biarlah dari rebungnya



aku tak pernah makan rebung. dari kecil sampai lah masa diploma, memang tak pernah tau bagaimana rasa rebung. sadis habis. bila tengok lauk rebung masak lemak, tak teruja habis. tak pernah ada keinginan pun nak cuba. dengan bau rebung lagi yang agak kuat, aku tak pernah terfikir pun akan makan rebung tu. lagi-lagi mak aku pun tak pernah masak rebung kat rumah tu. seingat aku lah.

sumber


tapi tu semua dulu. semenjak masa degree duduk rumah sewa, aku dah pandai dah berjinak-jinak dengan rebung. ate, dah ada si mentor ummu athiah, dialah yang mengajar aku makan rebung. sebab aku selalu questioned dia...'sedap sangat ke rebung tu sampai setiap kali lunch kau ambik rebung tu?'...yes, ummu adalah pencinta rebung yang tegar. setiap kali pergi kedai makan seksyen 8 kat shah alam tu dia akan serbu rebung dahulu. kan ummu kan?...'sedap weh! cuba kau rasa, gerenti kau akan makan lepas ni...' terus dia letak dalam pinggan aku. (gaya mutiyah). aku pun ambil sikit. rasa dulu. kang tak sedap kang muntah lak nanti. bila dah masuk mulut tu kan...


wahhh sedapnya!! (gaya ekspresiku...ok, takdelah sekiut wajah diatas)


rupanya sedap rebung ni kan. walaupun bau agak kuat. kadang-kadang sendawa pun bau rebung. haha. kalau aku tau sebegitu sedap, dah lama dah aku makan. dah missed 20 tahun hidup tanpa rebung. sekarang ni kalau pergi kedai makan, aku dah macam ummu dah. cari rebung dulu.

tahukah anda rebung adalah sejenis sayuran yang kaya serat. rebung mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. ia juga mempunyai khasiat untuk mencegah kanser dan mengelakkan berlakunya strok. percayalah. bukan itu sahaja..ianya juga boleh menghidarkan penyakit-penyakit seperti aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah). ok aku dah macam pakar pemakanan. semenjak minggu lepas pergi ceramah kesihatan. padahal masa kat kementerian kesihatan aku takde lah pulak nak pergi ceramah-ceramah ni.



footnote : oh ye, asal usul entri ini adalah kerana tadi aku lunch makan rebung, tu pasal aku nak cerita pasal rebung. itu aje. tajuk kat atas pun macam takde kaitan.


mengeluh dan mengomplen


.sigh.

haihhh...orang kata tak baik mengeluh. ye, memang tahu pun. tapi apakan daya, itu je yang mampu aku buat sekarang. jiwa aku sedih sebenarnya. sedih sebab kerja.

entahlah. aku rasa susah sangat sekarang ni. payah habis. rasa terbeban dengan kerja ni. situasi aku sekarang ni sama seperti orang yang duduk depan komputer tapi jari-jari yang tak runcing ni tak bergerak. tak menaip. tak membuat kerja. kecuali entri ini dan update status facebook. sungguh tidak produktif.

padahal ada kerja ni. nak kena deraf kontrak. yang aku tak tahu sebijik butir pun. yang aku dah tangguh dari awal Mei lagi. aku takde mood. takde mood nak buat kerja-kerja menderaf dokumen kontrak bagai ni. aku diibaratkan seorang budak kecil yang ditinggalkan di sesuatu kawasan asing pastu kena cari jalan pulang sendiri. tanpa dibekalkan sebarang alat mahupun duit untuk mencari jalan pulang. sungguh metafora betul ayat aku kan.

macam kerja aku sekarang ni. aku dikehendaki menderaf dokumen kontrak. tapi aku tidak diberi sebarang taklimat mengenai kontrak tu. lebih syahdu, bila aku hanya dibekalkan contoh kontrak yang sungguhlah berbeza untuk dirujuk. aku kena buat kontrak penyelenggaraan tapi contoh kontrak yang diberi adalah kontrak pembelian hardware. apa itu? segala maklumat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan tu aku pun tak tahu. sebut harga tu dibuat sebelum aku masuk lagi. bila dah lulus sebut harga tu tiba-tiba aku diberi tugas sediakan kontrak. watdefish?!

orang kata, takpe...belajar. bullshit. nak belajar macam mana tanpa apa-apa rujukan?! tanpa tunjuk ajar?! aku bukanlah semua pun nak spoon-feed je tapi kalau takde orang guide, memang sesatlah aku, lagi-lagi duduk sorang-sorang dalam bilik aku ni.



tak adil untuk aku compare tempat kerja lama dengan yang baru ni. tapi biasalah, hati selalunya menidakkan apa yang minda cakap. dulu, boss aku siap guide aku on various fields especially dari segi management. even dia sendiri yang terangkan segala benda. dari carta organisasi sampailah berkenaan how to write letters, memo etc.

sekarang ni....."ezzan, nanti call En. XX pasal dokumen tu ye.." and bila aku tanya En.XX tu siapa, boleh pulak "...En.XX tu Pengarah Bahagian YY lah!!"...ehhh tanya je pun...



haihhh....mengeluh. mengomplain. itu je kerja budak ni kan. baik dari tempat kerja lama. sampai sekarang. asyik-asyik benda yang sama. confirm ada orang kata macam tu kat aku. tapi aiman tak kesah.



Friday, May 18, 2012

working in KL



aku rasa kerja di Kuala Lumpur ni lagi banyak peghabis duit kot. konon dulu rasa macam bolehlah jimat duit kan. sebab aku tak drive ke office so tak keluar duit minyak tol semua tu lah kan dan breakfast ku most of the time disponsor oleh PaMa. tapi breakfast tu dulu je. sekarang sebab selalu keluar rumah lambat, jadi tak sempat breakfast. so akan breakfast dengan officemate.

bila breakfast dengan officemate tu kalau takat kat kantin office ni takpelah jugak kan. ni...sampai pergi breakfast kat Old Town White Coffee. takpun keluar cari mamak. or makan kat bangunan luar. lagi-lagi dapat geng yang suka makan dan merayap. syiok habislah kan.

lunch pulak? toksah cerita eh. setiap jumaat mesti keluar. last week ke Wangsa Walk. tadi ke Jusco AU2. last-last week pergi makan ikan bakar dekat area Pasar Keramat. minggu-minggu yang akan datang, dah plan nak pergi Ampang Point lah, Sogo lah, karaoke lah. wahh heaven sangat! seronok pun ada. tapi...confirmlah lagi banyak guna duit kan. tu tak masuk yang online shopping lagi. adalah dalam aku habis RM300 camtu beli baju. pheuww...and tak masuk yang hampir setiap petang aku bertapa kat Suria KLCC tu. kalau kat KLCC tu, selama mana nak tahan tanpa membeli apa-apa kan lagi-lagi kaki shopping macam aku ni. macam semalam. takde motif aku pergi beli komik Dik Cerdas dengan accessories kat Vincci. hahaha...nasib baik ada bisnes Premium Beautiful tu kan. nafsu membeli-belah tu terlayan jugaklah kan. miahaha. 



ni pun, budak-budak office ni dah plan, before puasa, nak shopping raya dulu kat Jalan TAR sebab tak kuasa nak gi sana masa bulan puasa. kerlasss kan weols.... aku dah konfius dah. aku nak bekerja ke nak berjalan ni? haha ;p




Thursday, May 17, 2012

baris! baris sedia!



di suatu petang yang hening...sedang aku berjalan keluar dari pejabat untuk ke kereta, tiba-tiba ada orang menegurku...

"staff baru ye?"
"ye..."
"dari bahagian XX kan?"
"ha a, yang ganti YY..."
"oh, patutlah macam tak pernah nampak sebelum ni...sebelum ni kat mana?"
"saya dulu kementerian kesihatan.."
"oh ye ke...saya ingat dari tentera. sebab gaya jalan macam tentera..."

(-___-)

nak cakap aku jalan macam berkawad letewww....huh! mencik!



footnote : motif tema entri sama macam dd yang berdialog-dialog ni? hahaha...




Wednesday, May 9, 2012

love rain




my must-listen-to-music list at the office.
feeling habis bila layan lagu ni. 
soundtrack Love Rain. 

wordless wednesday






obsessing another korean drama




Wednesday, May 2, 2012

so long...farewell



bukan bukan. ini bukan entry terakhir. bukan nak shutdown blog ni ke hape.


sebenarnya office lama aku baru nak buat majlis perpisahan untuk aku yang dah bertukar keluar. dah sebulan dah pun. kira macam belated lah. terharu tu terharu gak. tapi lebih kepada sebak. huhu. sebabnya lepas ni kira macam dah tak boleh datang sana lah kan. dah tak boleh nak tukar fikiran nak masuk sana balik kan. sebab dah farewell. hehe.

anyway, macam biasa lah kan...most of farewell parties mesti yang si pemergi kena bagi ucapan. aku pulak tak bajet kena bagi sebab aku dah berucap dah sebulan sebelum ni dalam email. cakap thank you maaf semua lah kan. jadi bila disuruh bagi ucapan aku tak prepare. bila tak prepare nervouslah kan apa lagi. padahal boleh cakap banyak tapi aku just cakap maaf diatas salah silap terkasar bahasa dan terima kasihlah. the end. tu je kauuu.

tapi aku terharu dorang bagi gift. walaupun dorang dah call dah beberapa hari sebelum tanya aku nak apa. motif? tak surprise langsung. aku cakap lah alaaa apa-apa pun tak kesah. something yang boleh buat ezzan ingat kat korang. ceh ayat aku tak menahan. last-last aku gak cakap...'ezzan nak jam tangan lah!'...haha aku tak tahu malu mintak hadiah.. aku ni memang jenis tak pakai jam. sebab dah biasa tengok jam dekat phone je. huhu.


sekali tuh bila dapat jam rasa macam....awwww mesti akan pakai selalu walaupun dah tak surprise hehe. aku ni jenis tak reti nak tunjuk perasaan aku sangat. kira aku muka aku terharu ke sebak ke sama je sepesen. tapi aku suka dengan hadiah yang dorang bagi tu. suka! suka! terima kasihlah bebanyak sebab penuhi permintaan aku yang mengada-ngada ni. hehe. selain tu, aku dapat beberapa gift lagi lah gak daripada vendor dan boss aku. wahh terima kasih sekali lagi kat vendor yang ohsem habis lah!!...

kad tu team aku bagi. kotak cream tu boss aku bagi, dia beli kat manila.bluetooth mouse tu vendor bagi. sebab dorang terdengar aku nak rembat mouse tu dari seorang doktor. haha. terussss dapat tu. nasib baik tak rembat betul-betul mouse doktor tu, kalau tak dah dapat 2 dah..haha. all in all, aku sedih sebenarnya masa farewell tu tapi takkan aku nak nangis depan orang ramai lak kan. tak macho lah der.

ok itu jelah nak citer. daaaaa....



footnote : oh ye, aku dah pokai sekarang ni. walaupun gomen dapat gaji baru dan 3 bulan yang tertunggak tu kan. sebab apa?





semua sebab ini.