Followers

Monday, May 21, 2012

melentur buluh biarlah dari rebungnya



aku tak pernah makan rebung. dari kecil sampai lah masa diploma, memang tak pernah tau bagaimana rasa rebung. sadis habis. bila tengok lauk rebung masak lemak, tak teruja habis. tak pernah ada keinginan pun nak cuba. dengan bau rebung lagi yang agak kuat, aku tak pernah terfikir pun akan makan rebung tu. lagi-lagi mak aku pun tak pernah masak rebung kat rumah tu. seingat aku lah.

sumber


tapi tu semua dulu. semenjak masa degree duduk rumah sewa, aku dah pandai dah berjinak-jinak dengan rebung. ate, dah ada si mentor ummu athiah, dialah yang mengajar aku makan rebung. sebab aku selalu questioned dia...'sedap sangat ke rebung tu sampai setiap kali lunch kau ambik rebung tu?'...yes, ummu adalah pencinta rebung yang tegar. setiap kali pergi kedai makan seksyen 8 kat shah alam tu dia akan serbu rebung dahulu. kan ummu kan?...'sedap weh! cuba kau rasa, gerenti kau akan makan lepas ni...' terus dia letak dalam pinggan aku. (gaya mutiyah). aku pun ambil sikit. rasa dulu. kang tak sedap kang muntah lak nanti. bila dah masuk mulut tu kan...


wahhh sedapnya!! (gaya ekspresiku...ok, takdelah sekiut wajah diatas)


rupanya sedap rebung ni kan. walaupun bau agak kuat. kadang-kadang sendawa pun bau rebung. haha. kalau aku tau sebegitu sedap, dah lama dah aku makan. dah missed 20 tahun hidup tanpa rebung. sekarang ni kalau pergi kedai makan, aku dah macam ummu dah. cari rebung dulu.

tahukah anda rebung adalah sejenis sayuran yang kaya serat. rebung mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. ia juga mempunyai khasiat untuk mencegah kanser dan mengelakkan berlakunya strok. percayalah. bukan itu sahaja..ianya juga boleh menghidarkan penyakit-penyakit seperti aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah). ok aku dah macam pakar pemakanan. semenjak minggu lepas pergi ceramah kesihatan. padahal masa kat kementerian kesihatan aku takde lah pulak nak pergi ceramah-ceramah ni.



footnote : oh ye, asal usul entri ini adalah kerana tadi aku lunch makan rebung, tu pasal aku nak cerita pasal rebung. itu aje. tajuk kat atas pun macam takde kaitan.


3 comments:

dd dudu said...

dd mangsa yang xleh terima lg bau rebung, so sampai skang xmkn pun rebung, hehe

HuMaiRa BeAuTy CoLLeCTioN said...

ezan!oh!rindu kt kdai mkn sek8 tu...rindu kt kau jugak...hehe ;p

wei, sies sedap kn??kn??aku smpi skang kot addicted ngn rebung...kalo p kedai mkn yg ade rebung, aku rs die cm mlambai2 kt aku nk suh mkn...tp yg sedihnye, aku xreti msk rebung...hohoho

-kau kenal x aku sape???ish!not allow anonymous lak!!kantoi!!huh!!

Ezzan Yusop said...

dd : try dd, try...anda tidak akan menyesal bila dah rasa rebung itewww...hihi..

ummu : waaa rindu sama kamu...dah tentulah aku tau ko sapa. tgk Little Genoius tu dah tau dah hahaha....afefasal xreti masak, camne nak jamu aku nnti bila datang rumah ko...aigooo....