Followers
Monday, May 21, 2012
mengeluh dan mengomplen
Labels:
confused,
pejabat,
responsibility,
sad,
stressed out,
work
.sigh.
haihhh...orang kata tak baik mengeluh. ye, memang tahu pun. tapi apakan daya, itu je yang mampu aku buat sekarang. jiwa aku sedih sebenarnya. sedih sebab kerja.
entahlah. aku rasa susah sangat sekarang ni. payah habis. rasa terbeban dengan kerja ni. situasi aku sekarang ni sama seperti orang yang duduk depan komputer tapi jari-jari yang tak runcing ni tak bergerak. tak menaip. tak membuat kerja. kecuali entri ini dan update status facebook. sungguh tidak produktif.
padahal ada kerja ni. nak kena deraf kontrak. yang aku tak tahu sebijik butir pun. yang aku dah tangguh dari awal Mei lagi. aku takde mood. takde mood nak buat kerja-kerja menderaf dokumen kontrak bagai ni. aku diibaratkan seorang budak kecil yang ditinggalkan di sesuatu kawasan asing pastu kena cari jalan pulang sendiri. tanpa dibekalkan sebarang alat mahupun duit untuk mencari jalan pulang. sungguh metafora betul ayat aku kan.
macam kerja aku sekarang ni. aku dikehendaki menderaf dokumen kontrak. tapi aku tidak diberi sebarang taklimat mengenai kontrak tu. lebih syahdu, bila aku hanya dibekalkan contoh kontrak yang sungguhlah berbeza untuk dirujuk. aku kena buat kontrak penyelenggaraan tapi contoh kontrak yang diberi adalah kontrak pembelian hardware. apa itu? segala maklumat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan tu aku pun tak tahu. sebut harga tu dibuat sebelum aku masuk lagi. bila dah lulus sebut harga tu tiba-tiba aku diberi tugas sediakan kontrak. watdefish?!
orang kata, takpe...belajar. bullshit. nak belajar macam mana tanpa apa-apa rujukan?! tanpa tunjuk ajar?! aku bukanlah semua pun nak spoon-feed je tapi kalau takde orang guide, memang sesatlah aku, lagi-lagi duduk sorang-sorang dalam bilik aku ni.
tak adil untuk aku compare tempat kerja lama dengan yang baru ni. tapi biasalah, hati selalunya menidakkan apa yang minda cakap. dulu, boss aku siap guide aku on various fields especially dari segi management. even dia sendiri yang terangkan segala benda. dari carta organisasi sampailah berkenaan how to write letters, memo etc.
sekarang ni....."ezzan, nanti call En. XX pasal dokumen tu ye.." and bila aku tanya En.XX tu siapa, boleh pulak "...En.XX tu Pengarah Bahagian YY lah!!"...ehhh tanya je pun...
haihhh....mengeluh. mengomplain. itu je kerja budak ni kan. baik dari tempat kerja lama. sampai sekarang. asyik-asyik benda yang sama. confirm ada orang kata macam tu kat aku. tapi aiman tak kesah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment